Ikut AiTotYati

Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

16.1.11

ASTRO FIRST: memang berbaloi

kamu ada astro? Ai pun ade. hehehheh. selalu tengok iklan astro first ni?
ala iklan yg despatch boy tu kena bawa gulungan filem hantar kpd satu family di kwsn perumahan? tak pernah tengok iklan astro first? ek eleh.

petang semalam buat pertama kalinya Ai tonton movie kat astro first. astro first ni tayangkan movie yg baru beberapa minggu keluar panggung. sekarang ni ada movie Ngangkung, Damping Malam dengan Aku masih dara.

oh nk tahu movie ape Ai bli? Ai bli kangkung Ngangkung. teringin sgt nk tgk psl ade saheizy sam. kehkeh.
oleh kerana movie tu komedi seram tu berani nk tengok. kalau mmg genre seram ya amoun Ai takmo tonton.


oh bagaimana nk bli movie kat astro first ni? mudah saje.
1. memula tekan channel 480. diulang channel 480 ye.
2. lepas tu tekan butang B atau Biru pd alat kawalan jauh anda eh mcm suara astro nih memang lambat sikit sbb loading
3. pada skrin akan terpapar segala jenis movie yg ade. lps tu kamu check atau tanda betul pd filem yg kamu nak beli. setakat ni hanya ada seperti yang Ai senaraikan di atas ye. lps tu confirmkan order.
4. akan keluar satu paparan menyuru kamu menaip sesuatu di telefon bimbit kamu. kemudian amik handset dan taip kod pembelian tu hantar ke 32999. tunggu mesej drpd astro.
5. dapat mesej kata dah bli. kamu tontonlah!!!

harga? oh utk satu movie ialah RM15 dan kamu boleh tonton selama 48jam. ye 48jam tanpa henti sukati nk tgk bile. RM15 tu pulak akan dimasukkan dalam bil. oh termasuk tax 6% ye kwn2. jadinya rm15.90 le campur tax. dalam mesej yg kite terima tu juga ada dinyatakan dari bila hingga bila boleh tengok movie tu. macam movie yang Ai bli ni Ngangkung ada kat channel 482.  validity sampai isnin 17 Jan2011 jam 1815.


pada pendapat Ai mmg berbaloilah. RM15 boleh tonton byk kali selama 48jam tanpa henti dan tak perlu nk g panggung wayang.

untuk maklumat lanjut boleh klik sini


kamu nak tonton filem di astro first?
kamu dah tonton movie di astro first?

15.8.10

DINIHARI 14082010

Salam ramadhan buat semua.
Tengok, 7.02pagi dah keluar?
Sebenarnya kami ada misi.
Ai lupa pulak nk snap foto masa kt dekoder astro sebelum keluar rumah pagi tadi.
dekoder tunjuk masa yang ade angka 6.
Yang atas tu pula ialah masa dah masuk dlm kereta.
oh jam dlm kereta ni cepat 10minit. makanya kami keluar pagi tadi lebih kurang 6.55pagi.
ape kami nak buat?
ikuti catatan dinihari kami pagi tadi.

jeng jeng. masa ni dah sampe kt trafik lite depan IPK melaka.
enjekjek mmg rempit.
teruskan perjalanan.

kami pergi ke sini. nak shoot sunrise (^_^)
oh kat mana ni?
ikuti catatan ni selanjutnya.
berahsia sungguhlah ko Ai

oh masih tak pasti?
takpe layan dulu foto yg amik guna henset sbb bateri kamera Ai dah kong. 
patutle foto ko blur


enJekjek sedang mengusha port yang baeeeeeeeek punye.
jangan usha awek sudah


taman siapa mana pulak ni?

enJekjek sedang sediakan kamera.


kami berada di depan rumah orang-orang kaya ni.
rumah macm ni kalau kt kl mau harga cecah setengah juta.


kami berada di jalan mati kawasan perumahan ni.
lama Ai tenung kereta tu. macam biasa Ai lihat.
rupanya kereta kawan Ai. dia baru pindah ke situ.
ye rumah itu mmg besar.
dan pangkin yg Ai tunjuk awal2 tadi ialah taman di depan umah dia.
motorsikal tu ialah ustaz yg datang utk mengajar keluarga mereka mengaji.
macam inilah contoh yg baik. walau orang berada pada Allah tidak dilupa.

rumah ni pula kosong. sape nak beli?
jangan tepon Ai. kehkeh

anak panah hitam ialah taman persendirian orang lain pula.
oleh kerana matahari tidak memunculkan diri maka kami beralih ke kawasan beranak panah kuning.
kena drive turun ke bawah.


anak panah merah menunjukkan kawasan yg kami pergi awal-awal tadi.
itulah deretan rumah yang bernilai setengah juta kalau kt KL.


dari port baru ni kami boleh nampak kawasan MITC (melaka international trade center)
dan situ jugalah kwsn rumah pak menakan Ai yg kejap lagi kami nak singgah.


matahari dah timbul.
ko ingat air ke Ai? matahari timbul?


kami patah balik ke port yg awal2. hubby siap keluarkan tripod.

operasi bermula

yey!!! Dang Sang Suria pun muncul

panorama snap guna henset cikai  s500i


lepas dah snap segala kami pun beransur ke umah pak menakan.
anak panah merah menunjukkan tempat berlakunya kejadian hazard hazardous.
cerita selanjutnya di sini.

dengar hitz pula. skrg 7.47pagi.


7.48pagi

sempat lagi singgah Planeterium Melaka yang tak best tu.
en Jekjek khusyuk tangkap gambar(anak panah merah)
nak tengok gambo hubby yg lain pergi blog dia di sini.


Ai dlm kereta, bosan setia menanti hubby (^_^)



en Jekjek syok dapat bangunan yg ade reflection sunrise


nak sampai rumah pak menakan Ai dah ni


rumah pak menakan Mydin lengang

8.00 pagi dah terpacak kat umah pak menakan aku. heheh


hahahah rupanya belum buka lagi

haa inilah waktu rumah pak menakan Mydin beroperasi.
saje aku snap so senang lenkali takdelah korang pulak datang awal sangat mcm aku.

so kami pun blah, cari aktiviti lain.
ni di kota fesyen, kedai masih belum dibuka. en Jekjek amik kesempatan snap foto.
hubby Ai mmg gila foto


kami ke dataran ayer keroh yang ada jam besar tu.
karnival Sua Rasa TV9 berlangsung di sini.
tak kosser aku nak pegi. setakat ni karnival tv3 pun aku tak pernah pergi.
jangan maraaaa aaa.

jam yg tunjukkan kepelbagaian waktu.

Ai namakan blog ini sempena pakwe kereta kesayangan ni

mujur kaler cerah, sebenarnya dah 2bulan tak mandikan.
kantoi.

mengancam tak mata saya? tanya abg BESTARI 206
umur saya 1 tahun 4 bulan.
makwe puan tuan saya bli masa befdei dia.
kesian, beli sendiri takde orang nak hadiahkan. kehkeh

agaknya hubby kesian dengan aku yang shot guna kamera henset je. lepas tu amik foto kereta sendiri je. so hubby berbesar hati mengajar aku satu teknik dalam fotografi. iaitu PENING PANNING.

panning tu ape?
panning tu kaedah fotografi le. malas sangat tu kenapa? pergi tanya Encik Google le. :P

hasil foto aku yang guna panning. eh pening jugaklah aku nak buat tadi.
nampak tak?
objek yang sedang bergerak tu clear manakala objek lain sume blur.
haaaa ni le pening panning.

lepas habis panning kami patah balik ke rumah pak menakan Mydin.
tengok, orang dalam waja tu lagi awal datang. tapi aku lagi awal sebab tadi dia takde pun kat situ.


usai melaksanakan hajat kecil, saje amik foto bag ni. 
sebab aku asyik posing dgn Cik Carlo je.

cet, ape la pak menakan aku ni, kedekut betul. setakat cover utk tempat tisu ni takkanlah tak boleh order yg baru? hari-hari untung juta-juta. 
pande je ko Ai kata aku untung juta-juta: dialog pak menakan aku.

sebab org takde, maka Ai sangat gembira nak gunakan mesin ni.

hasilnya:
BMI Ai 27, oh tidak normal. tu, dah overweight.
korang nak tau sangat berat Ai berapa kire sendiri le.
buwekkkkk

hubby gigih menolak troli. 
anak panah menunjukkan kami paring kereta betul-betul depan umah pak menakan aku.

tak caye? ni foto pintu depan
tengok, muka hubby Ai dah blurkan sedang gigih masukkan barang dalam troli.

dan operasi dinihari tamat jam 9.50 pagi.
dah dah balik umah kemas umah plak.


kesian, eh sekian (^_^)





9.8.09

RM 12 JE

caller: ni cik ******** ke?
aku: iye saya

caller: cik merupakan pelanggan astro bukan?
aku: iye saya

caller: akaun astro cik sekarang tiada pakej mustika kan?
aku: iye takde.

caller: apa kata cik melanggan pakej mustika ini? cik boleh tengok cerita dan filem-filem melayu. ada .............. (ntah tak ingat ape caller tu bebel)
aku: takpelah cik. cukuplah dengan rm49.95 ni. ini pun saya rasa mahal.

caller: tapi cik, banyak cerita yang cik boleh tengok.
aku: maafla ye. sebenarnya kami kurang tengok tv. hujung minggu baru berkesempatan. lagipun saya lebih banyak menonton channel 701-715, discovery channel dengan nationl geo.

caller: tapi cik harganya tidak mahal. cik tambah RM12 je sebulan. banyak cerita dan filem boleh ditonton.
aku: oh ye ke. kalau begitu, apa kata cik aje yang tolong bayarkan rm12 tu setiap bulan? rm12 je kan? saya pulak boleh tolong tengok cerita tu.

caller: takpelah cik. tq
aku: sama2.

moral: jika pelanggan dah kata taknak tu, taknaklah!!! caj mahal mcm cipan tapi cerita ulang-ulang.