Ikut AiTotYati

31.7.09

hari pertama di sekolah

wah tajuk tak hengat.. hari pertama di sekolah. hahahahaha. yelah lama bebenor cutinye (aku tau korang jeles!!!hahahahah-sengaja buat tuduhan).

hari ni aku datang dgn semangat baru. senyum sampai ke telinga. terima kasih kpd kawan2 yg mendoakan kesihatan aku dan tak lupa juga kpd suami aku yg sangat2 banyak bersabar menjaga aku (bila mau buat entri khas utk hubby?)

hari ni 2waktu awal je aku ada kelas.
jam 7.30pagi loceng dah bunyi. aku segera ke anjung makmal siber untk menonjolkan diri. wah make an entrance. tekaan aku tepat sebab pelajar2 5 auto memang sedang melihat ke arah anjung. aku dengar mereka menjerit

"weh korang, cikgu dah ada!!! cepat kita jumpa cikgu!!"

mereka berlari2 anak (anak2 memang suka berlari2).

aku kontrol gelak gile2 melihat keriangan kanak2 ribena tu. bila dah hampiri aku,

"cikgu kenapa cikgu cuti lama sangat? rindula kat cikgu. cikgu tahu tak kami bosan tak dapat belajar applied science?'

wah dialog membodek aku mmg pandai!!!

dialog si nur arif pula,
"cikgu tahu tak kami datang nak lawat cikgu di wad. siap bawa buah-buahan lagi. tapi bila sampai kat kaunter hospital tu kata cikgu dah discaj. sedih kami cikgu tak dapat jumpa, tapi kami gembira dapat makan buah-buahan tu."

hahahahahaha apalah punya dialog. ish, memang wajah2 gembira (poyo).

aku baru bersemangat nak mengajar hari ni tapi memandangkan ramai pelajar membuat cuti sendiri (sekolah kami tutup kerana h1n1 sehingga semalam), jadi aku terpaksa buat aktiviti bebas.

"itu sebablah kami sayangggggggggggg cikgu sebab cikgu bagi kami main pc," ceh ayat tak hengat. bodek pandai!!!

oh kedatangan pada hari ini utk kelas 5auto ialah 13/36.

fenomena yang sama juga berlaku dalam kelas 5KFL. hanya 10/33 yang hadir. jadi aktiviti bebas juga.

betapa aku rindukan udara smtmt.

oh hubby sekarang menjadi peneman setia menghantar aku pergi dan balik sekolah mulai hari ini.

hubby dah pesan supaya next week aku harus bangun jam 5.45am kerana tadi dia dah set duration aku bersiap2 utk ke sekolah stat aku masuk bilik air sampai siap pakai stokin. wah aku bangga sebab rekodnya ialah 45 minit!!!! ahahahhahahaha perempuan mmg macam tu. tapi aku pelik nape dulu2 aku bgn 6.30am tapi kuar umah jam 7.00am? adakah aku mandi koboi atatu ape?

oh oh aku tahu sebab pagi tadi aku kena adjust nature call. selain itu, aku juga harus memakai bengkung keselamatan. jadi aku kira, terpaksalah lama sikit. extra 15minit.heheheh

okes lepas ni bersedialah untuk mengadap kerja-kerja sekolah seterusnya. chayok chayok!!!

29.7.09

ayam panggang pula

oh oh smlm aku tak sempat nk berblog kerana begitu teruja dapat keluar rumah!!!!
akhirnya dapat makan classic cheese cake!!! nyummm nyum ----> 2 ayat di atas aku taip ms hr isnin. nak buat entry pasal ayam panggang tapi malaslah pulak!!!

selasa --->> malas melanda. hanya blog hopping shj sambil window shooping.

rabu--->> mood malas nk wat ape2. aku marathon desperate housewifes kt pc hubby. selalu aku bising pd hubby sebab dia layan dragon ball and segala kartun yang dia dah tengok. tapi bila aku pikir balik aku pun sama je. ntah berapa kali tengok pun aku tak tahu. tak campur lagi yang aku tengok berulang-ulang di 8tv ataupun 711(starworld). hihihihih.

khamis --->> ok hr ni mood dah ok sikit sbb hubby dah tolong tukarkan template baru. ntah sebelum ni ade masalah sikit dengan template.

esok aku akan mula bersekolah semula setelah seminggu ditutup kerana H1N1. (okes sebelum tu mc 2minggu. total tidak kesekolah = 3minggu) wah bagaimanalah rupa sekolah ye? rindu pada makmal siber dan kawan2 sekerja. terutama kak faizah (labmate), rindu meja , rindu nak kerja (ceh bila dah banyak keje stress pulak!!) dan yang penting rindu pada pelajar2 aku yang nakal tapi baik.

berikut merupakan gambar-gambar hero kesayangan pada tahun ini.
aku mula mengajar tahun 2003 (usiaku baru 21 tahun ceh taknak ngaku 22thn sbb masa tu aku hbs final exam final year masatu februari03), bekas pelajar yang batch pertama itu tentu sudah berusia 23 tahun(bukan di sini tapi selangor ye). dan aku telah pun menerima kad-kad undangan perkahwinan mereka.











itu kelas 5KFL-->33 orang semua hero!!
gambar curi. huh if tau aku nak snap gambar sumpah pasti mereka akan posing maut weh.
kalau dalam ranking, ini kelas paling akhir sekali tapi aku tak peduli gelaran itu kerana aim aku pada tahun ini ialah 100% lulus!!!

dapat dilihat dalam gambar yang paparan dari lcd projektor tu senget. supplier yang pasang senget. juruteknik tak dapat nak adjust sbb dah kena skru. huhuh. maka sebagai cikgu yang kreatif haruslah aku adjust slide powerpoint aku heh.






yang atas tu pula ialah 5 Auto --36 org semua pun hero.
gambar ini pun snap curi2.
ini kelas memang pandai tapi kadang-kadang kepandaian mereka memakan diri sendiri.


aku tidak pernah membezakan kadar kepandaian pelajar2 aku. kerana yang penting ialah mengajar mereka dan mendidik mereka. nakal sikit2 tu normalllah. dengan kanak-kanak ribena tu aku tak boleh marah2. if nak menegur harus dengan baik budi pekerti baru mereka nak dengar cakap. alhamdulillah setakat ini aku tiada masalah dengan mereka. kalau aku lambat ke makmal sains pasti mereka akan menyusul di makmal siber (ceh menyusul ade makna!!!)

pelajar2 kelas 5BB n 5 PPU je aku tak sempat snap gambar lagi. esoklah wat keje snap menyenap. hihihi

pelajar2 ku nantikan kemunculan cikgu mu ini!!! kita kan habiskan lagi satu subtopik je!!! yey (patut dah hbs 2 minggu lepas tapi sbb aku mc so tertangguh--> saje wat pelajar rindu-->poyo)

p/s: bila dah publish baru perasan tajuk entri tak bertukar. biarkan....

27.7.09

KATAK OH KATAK

dari pagi sampailah ke waktu hubby balik aku tak pasang kipas. sejuk sampai tulang rusuk. nape sejuk? sejuk sebab





alhamdulillah hari ni hujan selebat-lebatnya. sori la ye foto amik guna handset sony ericson 2.0 megapixel je. mula2 hujan. kemudian hujan berhenti. kemudian terdengar suara katak-katak memanggil. kemudian gelodok (petir).

kemudian hujan pun turun semula. masa itu aku berdoa supaya janganlah banjir sebab sungai batu berendam kat belakang rumah kami je. aku tengok jalan memang dah penuh air. kereta lalu pun slow je. air dah naik melebihi paras longkang.




kemudian aku pun berjalan perlahan-lahan dan aku terus buka pintu dapur apakah pemandangan yang dapat aku lihat?



longkang dapur dipenuhi air. tapi mujur air tu mengalir. jika tidak maka aku kena memikirkan mana nak letak barang-barang dlam rumah. rumah aku setingkat aje.

alagi satu pemandangan, parit belakang yang memisahkan antara rumah kami dengan tanah persendirian orang belakang juga telah dilimpahi air. dah masuk pun ke tanah orang tuh. mana aku tak cuak. jika air naik lagi aku harus telefon hubby balik angkat barang rumah. huhuhu.


nmun alhamdulillh jam 4 petang hujan mula reda. aku dengar ada jiran2 aku harus membantu keluarga ibu bapa mereka kerana rumah mereka dilimpahi air. tadi hubby round kat taman belakang, playground dipenuhi air setinggi lutut (kanak-kanak- suspen tak?)

26.7.09

AYAM PERCIK

memandangkan hari ni mood aku baik dan untuk menghilangkan gian akibat terlalu lama tak memasak (cuti 2minggu mmg cuti betul2- terima kasih tak terhingga buat hubby yg menjaga aku dengan penuh kasih sayang-harus buat entry khas buat hubby) aku memutuskan untuk membuat ayam percik.

ayam percik ini adalah resepi ibu aku dan merupakan hidangan utama ketika hari raya. memang wajib ada!!!

disebabkan mood aku baik maka aku nak kongsi dengan pembaca blog aku (mulia weh) walaupun sepatutnya seorang chef handal tidak akan membocorkan rahsianya.

tanpa membuang masa marilah copy paste resipi ayam percik aku ni dan bolehle surirumahtangga buat( tak kiralah samada kamu bekerjaya atau tidak) . sangat senang weh.

bahan-bahannya
5 btg serai
5 ulas bwg putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering (if takde guna je cili padi 10 biji)

ok sume bahan atas tu hendaklah dikisar lumat dan ditumis sampai naik bau wanginye.

setelah itu, ambil 1/2 ekor ayam(nak potong besar/ kecik sukahati kamu le),
hari tu aku beli sume drumstik je. hehehehe

2 cwn santan pekat, air asam jawa,
sedikit gula dan garam secukup rasa. semua tu masukkan dalam periuk. jika anda diet boleh ganti santan dengan susu tapi tak berapa nak umphh le.


masak hingga kuah tinggal sikit dan dah pekat (tapi pastikan ayam tu jangan masak sangat).


bila dah hampir nak masak tu alihkan ayam untuk dipanggang. nak sedap panggang atas arang.
ayam percik hampir jadi

kami malas jadi masukkan je dalam oven pembakar tapi rasanya ada kurang sikitlah. tiada rasa arang yang menjadi kesukaan aku.

kalau nak masak dalam oven pembakar (aku guna oven elba) suhu tetapkan pada 180 darjah celcius selama 30 minit.
okes tadi ada kuah yang lebih kan? kuah tu kamu masak samapi pekat. nanti boleh wat topping atas ayam percik tu.

itu adalah hasil masakan. sangat mudah dan cepat. selain puashati buat sendiri, resepi ini juga adalah penuh dengan kasih sayang aku pada hubby (itulah rahsia kenapa suami aku membesar dengan sihat weh).

jadi kamu boleh makan dengan inijapanese tomato. itulah namanya. tak payah susah-susah nk masak sayur. makan je dengan nasi putih panas-panas. jangan lupa baca bismillah.

lain kali aku akan kongsi tips supaya surirumah (khas utk pasangn baru kahwin atau baru berjinak-jinak nak memask) supaya dapat menjimatkan masa di dapur tapi dapat buat masakan yang best-best.

MAKE MONEY ONLINE

mehle klik Neobux