Ikut AiTotYati

24.4.13

SERVIS 80000KM PEUGEOT 206

Ai nak buat servis untuk 80ribu km tapi meter baru tunjuk 76204km. Ai pergi seorang diri je.Jek kerja. Lagipun Ai dah biasa di servis centre ni.

abang singa naik tahta

Sampai di pusat servis peugeot jam 10pagi kelihatan banyak kereta menunggu. Ai terus jumpa encik hafiz selaku penasihat servis. Dia bagitahu Ai utk 80ribu km ni bajet dlm rm700 lebih. Tapi sebab ada kempen maka akan dpt less 20% untuk barang dan upah. Ai bagitahu juga yg brek Ai berbunyi dan enjin tak berapa pick up kalau daki bukit.

sedang Ai membaca buku (iye dah tau mesti lama so Ai bawa 4buah buku. gigih kan?) Hafiz bagitahu brek pad depan dh haus sangat sbb tu berbunyi so kena tukar kos lps less rm240++. Tu baru brake pads. Cek punye cek speaker kiri pecah(rm70++) dan absorber belakang bocor(rm600++). Agak2 brp kos servis kali ni?
minyak hitam sedang diflush keluar dari enjin
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

saja bagi dot dot sebab Ai baca buku sambil habiskan air milo kat peugeot centre ni. iye deme ada sediakan complimentary drinks. Ai hanya perlu tekan, ambil dan minum. sepanjang menunggu abang singa diservis 2kali Ai pergi tandas dan habiskan 2cawan milo panas (itu pun nak cite ke? heee sebagai kenangan gtu :P)

oh berapa RM terbang untuk servis kali ini?

tukar minyak hitam RM196 (no less)
seal RM 4.72
oil filter RM 35.12
air filter RM70.72
spark plug RM114.00 (no less)
cooling liquid 5 litre RM 61.28
pollen filter RM58.40
brake pads RM197.76
remove-refit brake pads RM28.80
service level c- RM62.40
loudspeaker (left side) RM55.36
deposit absorber RM100

yang takde tulis no less to barang yang diberi diskaun 20%. peugeot centre malim ni tengah ada kempen ape ntah so customer layak untuk dapat less 20% bagi parts tertentu dan labour caj. oh total semua ialah RM984.56 plus service tax 5% menjadikannya RM990.05

haruslah kan tak bawa cash money banyak2 jadi tadi leret dan menang sahaja. oh absorber takde stok jadi Ai kena tunggu barang sampai barulah hafiz akan call Ai untuk beritahu bila boleh dipasang.

p/s: semua angka yang ditunjukkan adalah untuk rujukan Ai dan mungkin pembeli kereta peugeot pada masa depan.

p/s: entry ini ditaip di Peugeot service centre malim, Melaka di kala menunggu bestari 206 peugeot diservis untuk 80ribu km dan telah dischedulekan penerbitannya.

4 comments:

  1. Awalnya Ai pi service... heheheh...kalo i mmg tunggu lepas angka 80K tu baru nk pi... ni x lama lagik 'Vsaya' i pun nak kena service 80K gak... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai rasa mcm ade yg tak kena je dgn abg singa tu yg g awal tu. Tengok2 mmg byk nk kena ganti. Xpela sbb Ai selalu dok ulang alik mlk-kl

      Delete
  2. servis keta selalunya lebh dr jangkaan kita :)

    ReplyDelete