Ikut AiTotYati

7.4.13

SAMBUTAN HARI LAHIR KE-32

yesza i'm officially 32 years old.
uhuk uhuk dah remaja emas rupanya.
hahahahaha tapi Ai tetap muda jelita ok.
sebab bila berjalan dengan adik perempuan usia 23 tahun, kerap kali orang akan tanya adakah si adik itu kakak? maybe sebab my adik lebih tinggi dariapada Ai dan bentuk muka adik yang lebih panjang maka adik digelar kakak? hahahahahaha (adik if you are reading this jangan mare ye :P )

saje nak share perkara2 yang dilakukan dengan enJekjek sepanjang sambutan pada Jumaat yang lalu.

oleh kerana hari lahir jatuh pada hari Jumaat maka hanya boleh keluar dengan enJekjek pada waktu petang. tqvm buat enJekjek yang meluangkan masa walaupun Ai tahu dia sedang sibuk dengan Karnival Pendidikan Melaka 2013 yang sedang berlangsung di MITC dari khamis hingga hari ini (ahad).

selepas solat jumaat kami keluar menuju ke Aeon Bandaraya Melaka utk menonton G.I Joe di GSC cinema. oh movie ni Ai yang belanja la sbb Ai yg gatal nk tgk sangat tapi pada Ai cerita G.I Joe tu biasa2 sahaja. banyak perkara2 yang menyebabkan Ai ragu2. lepas beli tiket kami terus pergi makan di The chicken rice shop. dan kemudian pergi tonton G.I.Joe

tamat G.I.Joe kami pergi solat asar. lepas tu cari cincin emas di Poh Kong. sebelum itu enJekjek ada bagitahu nak hadiahkan samsung s3 tapi Ai fikir HTC sensation yang Ai pakai dari 2010 ni masih elok lagi sementelaah Ai ade note 10.1, maka Ai request cincin emas la (atleast nilai emas akan terus meningkat). so dapatlah Ai sebentuk cincin.

haaa gitulah rupanya. ade 3 bentuk bulat di tengah2 dan ada 2 bentuk love di kiri dan kanan yang mewakili usia Ai - 32 tahun. eh salah 23 tahun (nak jugakkkk tu). oh btw masa kami p bli ni harga emas turun menjadi rm180 satu gram. perghhh mmg best!! sebab Ai pernah beli  emas 916 pada harga RM198 segram. sebenarnya Ai berkenan satu bentuk cincin yang ada love agak terjojol tapi enJekjek tak approve pasal dia kata macam nak menunjuk2 aje. heeeee Ai akur jelah. sebenarnya kalau Ai nak yg tu bukan nak menunjuk tapi lebih kepada puashati kot. heheheheh

ok bila dah dapat cincin tu pergi beli kaunter skII. ala Ai pakai facial treatment essencenye yg ade pitera aje pun. bli yang 75ml tu harganya RM219 tapi dapat free sebotol facial treatment solution dengan satu mask. Ai start pakai skII tahun lepas selepas balik dari jepun. kalau dulu2 tiap kali bangun tidur mesti kulit muka menggelupas (Ai tidur mmg on air cond) tapi sejak pakai ni alhamdulillah takde dah kulit kering gitu. selain daripada itu, liang roma Ai yg dulu terbuka dah makin mengecil dah.

Ai ada dapat birthday coupun daripada Aeon. dalam tu ade kupon yg boleh bli complete set skII dengan harga rm489 instead of RM679 (yg ni piteranya dapat botol yang besar saiz 215ml . mula2 fikir nak bli complete set tapi sbb Ai tak pakai pun yg lain maka better bli piteranya sahaja). botol 75ml ni Ai pakai setiap pagi dan malam boleh tahan utk 3bulan. kalau bli botol 215mlm tu mau setahun kot. kuikui

yaaa itu skII dan sebelah kiri itu ialah handbeg baru. kuikui. terbeli ye terbeli pada hari khamis.
ala boleh kira hadiah utk diri sendiri la. tahun ni belum bli handbeg lagi. boleh gtu? sebenarnya masuk CR nak cari wallet tapi bila nampak je handbeg ni macam love at the first sight. terus rembat. heeeee

ok lepas keluar dari Aeon terus gerak ke Parameswara di umbai, Melaka, kalau di Umbai makanlah di restoren Parameswara tu sebab pada kami, harganya murah tapi seafoodnya sangat fresh dan masakannya sedap. kami makan ikan bakar, ikan sweet sour (yg ni seekor ikan dibelah dua), sotong goreng tepung, udang butter dan sayur kailan, nasi lemak 2bungkus, teh o ais dan air suam hanya RM82. itupun tak habis. kami bungkus bw balik. (mmg berbaloi mkn di sini compared to makan di kenny roger's ke Tony Roma ke dll yg seangkatan).

kami tiba di rumah jam 8 malam. enJekjek lepas mandi terus hadap robot cikgu Sha'ari dia. robot tu terlibat dengan karnival pendidikan melaka ni.

ok itulah cerita sambutan pada tahun ini.
adalah ditegaskan segala butiran yang ditulis adalah untuk rujukan Ai pada masa hadapan.


sekian.



6 comments:

  1. Happy befay ye.dpt cincin.best nya

    ReplyDelete
  2. Serious cantik handbeg tu! I pun suka tgk...Ai, ok eh pakai SKII tu? Teringin nk try sbb diusia lanjut nih tetiba concern plak ngan muka sendiri nih... Hehhhehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan?simple yet elegent. Amboi kemain ayat.

      So far Ai pakai skII tu mmg kulit dh xkering dah, tzone kurg minyk, open pores getting smaller, kedut2 tepi mata makin kurg. Ai puadhati dan berbaloilah dgn harganya tu

      Delete
  3. Hahaha...i read it okay... :P

    cume terlambat beberapa hari plak kan bace entry kakak ni..keh3..

    Love u!

    ReplyDelete