Ikut AiTotYati

27.2.13

What happens during the menstrual cycle phases?

ini dicopy paste dari fertilityfriend.com

Your menstrual cycle is driven by your hormones. Hormones are biochemical substances that are produced in one area of your body and carried in your bloodstream to send signals that trigger responses in another part of your body. The hormones that control your fertility signals are produced in the following areas:
  • hypothalamus (in your brain)
  • anterior pituitary gland (also in your brain, located behind and attached to the hypothalamus)
  • ovaries
  • adrenal glands (located on top of your kidneys).
A series of hormonal steps trigger the events of your menstrual cycle:
  1. At the beginning of your menstrual cycle, the hypothalamus produces GnRH (gonadotropin-releasing hormone). The GnRH pulses through your bloodstream from the hypothalamus to the pituitary gland in spurts every 60-90 minutes from menstruation until ovulation. The GnRH signals the anterior pituitary gland to secrete FSH (Follicle Stimulating Hormone) and later LH (Luteinizing Hormone). This is what is happening when you have your period and in the days before ovulation.

  2. The Follicle Stimulating Hormone (FSH), as its name suggests, stimulates the development and maturation of follicles in the ovaries. One of these follicles will become dominant and contains the ovum that will be released at ovulation. The developing follicles begin to produce estrogen. 

  3. The estrogen released by the developing follicles, and later by the dominant follicle, causes the lining of the uterus, the endometrium, to grow and thicken in preparation of implantation of a fertilized ovum. 

  4. By about the seventh day of your cycle on average (but this can vary widely) the dominant follicle takes over. The eggs within the other follicles lose their nourishment and die as do the follicular cells. 

  5. The dominant follicle produces a sharp rise in estrogen. (You can recognize this stage of your cycle by closely monitoring your cervical fluid). Estrogen is at its peak one to two days prior to ovulation. 

  6. This estrogen surge signals the release of LH (Luteinizing Hormone). This is the hormone that is measured by ovulation predictor kits (OPKs). LH travels through the bloodstream to the ovary where it causes the ovary to release enzymes that make a hole in the sac of the dominant follicle. This causes the dominant follicle to rupture and release the ovum into the fallopian tube where it can be fertilized. This is ovulation. The LH surge is necessary for ovulation to occur. The LH surge (the highest concentration of LH) occurs 12-24 hours prior to ovulation but LH begins to rise about 36 hours before ovulation. 

  7. Estrogen drops dramatically after ovulation. 

  8. The dominant follicle, transformed by LH, becomes the corpus luteum after ovulation. This phase of your cycle after ovulation is called the luteal phase since hormone production is governed by the corpus luteum. The corpus luteum continues to produce a small amount estrogen, but now also produces progesterone. Progesterone is the hormone that dominates this phase of your cycle. Like estrogen, progesterone is needed to develop the endometrium so that a fertilized egg can implant and be nourished should fertilization occur. Your BBT (Basal Body Temperature) rises as a result of progesterone production. 

  9. If an egg is fertilized and implantation of the fertilized egg occurs, the corpus luteum's life is extended. In conception cycles, the corpus luteum keeps on producing progesterone and some estrogen and the development of the endometrium continues. The pregnancy hormone, hCG begins to be produced when the fertilized egg implants, at around 7-10 days past ovulation. As the pregnancy progresses, hormone production is taken over by the placenta. 

  10. If there is no pregnancy, the corpus luteum dies, progesterone levels fall, and a new cycle begins. 

    later if Ai rajin Ai kasi translate. hihiihi

26.2.13

BLEKI NAK BUAT PHD?





itu Bleki. 
Bleki suka nak mengacau kalau Ai tengah buat kerja.
Bleki selalu buat muka comel. hihihihi
gambar satu hingga lima menunjukkan Bleki duduk atas jurnal paper yang Ai tengah baca.
Bleki nak cari port tidur laaa tu.
Bleki Bleki.

bila Ai marah Bleki, dia merajuk pergi turun ke bawah meja. alololo siannye


Bleki di luar rumah.
lepak la apa lagi.
mata sepet pasal sedang menghayati angin sepoi-sepoi bahasa.

semalam bawa Bleki ke klinik sebab kaki Bleki bengkak. sebelum check, timbang dulu. Berat Bleki ialah 3.9kg!!! wooo patutlah berat.

Bleki dapat injection sebab dia demam. nak balik Bleki dapat 2jenis pil iaitu pil untuk kurangkan radang dan antibiotik. doctor kata maybe sebab infection dari kucing yang bergaduh dengan Bleki minggu lepas.

semalam bawa juga Snowi. Snowi pun dapat ubat juga. Doctor kata fungus di kulit Snowi tu mungkin dapat masa Snowi di boarding house yang tak bertauliah tu. ye memang kami perasan lepas kami tinggalkan Snowi masa gi jepun tahun lepas, Snowi ade fungus. tapi semalam chcek Doctor kata dah tak nampak, maybe sebab kami dah sapukan ubat atas fungus tu.

owh total rawatan semalam ialah RM113.
2minggu lepas masa bawa arwah Chiki, Bleki n Snowi kena RM189+RM79

ye bulan ini memang bulan anak2 Ai sakit. 
semoga Bleki dan Snowi akan cepat sembuh.
Sian Bleki jalan terdengkot-dengkot

 

25.2.13

10 PERKARA YANG PERNAH ANDA BUAT

salam readers.
ok tengok imej di bawah ni


Ai download dari fb. hihiihih.

semua benda yang ditulis tu Ai pernah buat. 
ok kot2 ade yang tak berapa nak jelas dengan tulisan tu meh Ai kasi taip semula.


1. Cuba makan macam kucing
memang Ai pernah buat masa kecik sebab nak tahu camne rasa makan tanpa guna tangan. hahahha mmg gile punye otak budak.
 
2. berjalan sambil cuba mengelak garis-garis di lantai
yang ni buat masa pergi rumah kawan abah yang ade tiles. dulu2 umah makpak Ai rumah kayu, rumah kampung. so bila pergi housing area nampak tiles so macam batak. kihkih
 
3. Tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok lampu peti ais terpadam dengan perlahan dari peti ais
yang ni walaupun dah kahwin n ade peti sejuk sendiri Ai masih tetap buat!!!!
 
4. berebut-rebut nak tekan butang lif
kali pertama buat ialah masa ikut abah pergi opis mana ntah. kena naik lif untuk pertama kali dan batak nak tekan butang2 lif tu. oh perasaan gayat pun ade ye
 
5. cuba tekan pen macam ni semua warna serentak
masa zaman Ai kecik pen ni keluar. masa tu murah je kot harganya. batang pen tu kaler putih n ade banyak warna. memang best tekan2 sampai rosak. hahahahha.
 
6. makan batter/uli cake/ kuih sebelum siap
perkara ni memang selalu buat sebab selalu tolong mak buat kek/biskut/kuih. ade sekali tu makan aduanan kek banyak sangat sampai cirit-birit. hahahhaha
 
7. ikat towel keliling leher lepas tu berangan macam superhero
 ini dah kahwin pun buat juga. lagi2 kalu enJekjek macam lemau je nak mandi. so Ai akan berlaku macam superwomanlah utk suh dia mandi. hihihihi
 
8. bercakap depan kipas nak buat suara robot
oh well memang best. dah besar gajah pun dok buat lagi.
 
9. nyanyi lagu tema 20th century fox sebelum movie bermula
klu tak tau lagunya camne g tengok kat youtube. cite tak start kite plak yang start nyanyi. wiiii
 
10. duduk atas kerusi plastik yang tersusun tinggi
ini selalu buat masa sekolah rendah. ade sekali tu kerusi terbalik ke belakang sebab kami dok tindan kerusi yang tak sama saiz. hahhaha. balik umah bontot lebam (pasal gi cite kat emak, emak bukan nak kesian Ai jatuh tapi mak piat bonto sbb marah. hahahhaha)

ok, korang pernah buat tak benda2 kat atas tu? 
 

19.2.13

CHIKI & MIKI DALAM KENANGAN

oiiiii jiwa sentimental rupanya Ai ni. orang jawa kata ciwek (kuat nangis). mau tak sedih tiap kali Snowi ke dapur, mesti Snowi hidu2 dan mengiau2 di tempat yang kami letak Chiki dulu. kesian pada Snowi. entry ini adalah tribute buat Chiki & Miki.

day 1 Chiki lahir
Chiki yang paling besar. no 2 dari kiri. ade bulu2 putih, mulut pink kaler gtu
Close up Chiki- Day 1 when she was born
kucing2 ni Ai tak bagi nama sehinggalah 2 minggu mereka berada di dunia. pada hari pertama ada seekor yang mati. dan kemudian seminggu lepas tu seekor lagi mati. daripada 7 ekor menjadi 6 ekor dan kemudian 5 ekor.

Nama Chiki diberikan oleh Ai. kira macam jatuh cinta pandang pertamalah dengan Chiki ni. Chiki besar, bulu gebu, nakal, klu nk hisap susu dialah raja. dia akan tolak adik beradik yang lain. Ai rasa dialah yang sulung. tapi Chiki memang nakal sebab banyak kali juga Snowi denda dia.

Snowi letak Chiki kat level 2 rak buku lepas tu susukan anak2 yg lain.

Snowi bawa anak2 ke sofa tapi tak angkat Chiki sekali. Chiki ada kt bwh tu. tapi mungkin juga Chiki terjatuh dari sofa?
Chiki tidur. chiki atas kiri yang paling besar tu

gambar bertarikh 3/2/13- Chiki yang dah pandai memanjat sangkar. dia yang ajar adik2 buat gaya gini
klu guna DSLR mungkin boleh capture the moment Chiki jatuh. ni dia panjat sampai atas. Ai baru nak snap gambar tetiba Chiki jatuh sendiri. kuikui
Chiki di sebelah kiri. nilah cage mereka. Ai letak kotak tisu utk depa main2 tapi depa buat tido berjemaah pula. Chiki dah big girl so dia tak join.
gambar kedua terakhir 5 beradik yang sempat Ai rakamkan pada 4/2/13. tengok, sume nak menyempit dalam kotak tisu standard saiz tu. Comot@Bulus@Toby tak kelihatan sebab dah kena hempap dek adek beradiknya. Ai tak ambil banyak gambar Miki sebab Miki ni mcm yg bongsu, low profile je.




 yang ini adalah gambar terakhir yang sempat Ai rakam pada 6/2/2013. kelihatan di atas anak tangga tertinggi ialah Chiki, diikuti dengan Tama dan Comot. Miki dan Rayyan tak memanjat. gayat kot. hihihihi

Chiki dan Miki sudah tinggal kenangan. tinggal Comot, Tama dan Rayyan sahaja. akan Ai jaga mereka bertiga sepenuh hati Ai. Buat Chiki dan Miki, ragam kome akan sentiasa segar dalam ingatan Ai.

damailah kamu di sana wahai Chiki dan Miki

18.2.13

SELAMAT PERGI CHIKI & MIKI

salam buat readers.

readers yg ade dalam fb Ai maybe dah tahu yang Ai telah kehilangan 2 ekor anak kucing.

Chiki was born on 10 Jan 2013, died on 16 Februari 2013 (TOD around 4 pm)
Miki (awal2 panggil Miko) was born on 10 Jan 2013, died 17 Februari 2013 (TOD sebelum subuh)

sebelum ini  memang dah ada 2 ekor anak kucing yang mati. tapi itu mati sebelum Ai sempat bagi nama. cerita Snowi beranak di sini

dah 2 hari Chiki pergi tapi Ai masih bersedih. malam2 nk tidur masih teringat dan mmg menangis.
lagi2 kalau tengok gambar masa Chiki tengah sakit. kasihan Chiki.

ceritanya, Ai tinggalkan Bleki, Snowi dan anak2 di satu pusat penjagaan kucing. selalu Ai tinggalkan pada Vet yg bertauliah tapi kali ini tidak. 6 hari 5 malam Ai tinggalkan mereka kerana Ai pulang ke kampung halaman sempena cuti tahun baru Cina. Ai letak jumaat, dan Ai ambil pada rabu minggu depannya. masa Ai dan enJekjek ambil, Chiki kelihatan sangat lemah. termasuk Miki. so bila dah sampai rumah kami suapkan makanan pada Chiki dan Miki. keesokannya Miki kelihatan agak sihat tapi Chiki tidak.
kronologi Chiki & Miki seperti berikut:


13/2/13 (rabu)-
ambil Bleki, Snowi dan anak2. suara Bleki serak. Snowi pula kelihatan sangat kurus. masa ambil owner takde cuma pembantunya je ade. sampai di rumah, enJekjek suapkan air susu buat Chiki dan Miki. Miki kelihatan ok tapi Chiki hanya mampu berdiri.

yang longlai di kotak itu ialah Chiki. Chiki nak keluar dari kotak, nak main tapi hanya mampu setakat itu sahaja.

malam tu owner pusat penjagaan called. owner bagitahu memang kucingnya yang diletak di bahagian belakang tu ade yang demam. dan kebetulan memang Bleki & Snowi sekeluarga ditempatkan sama dengan mereka. I bagitahu keadaan Bleki, Snowi & Chiki. tapi owner tak bertauliah (buka petshop sebab minat) berulang2 kali mengatakan Snowi refused to BF kan Chiki. lepas tu dia terkejut bila dengar suara Bleki serak. bukan itu sahaja, Bleki sakit mata dan telah diberikan eye mo (ye eye mo utk manusia tu!). ada sedikit rasa terkilan dalam hati Ai. kalau dah tahu kucing tu sakit kenapa tak dihantar ke klinik? kos klinik caj saje dalam bil Ai.

14/2/13(khamis)- hantar Bleki, Snowi dan Chiki ke klinik haiwan. Vet telah diagnos Bleki ade ulser dan sakit tekak. Chiki pula disahkan hanya 'tunggu masa'. .Vet kata maybe kena jangkitan dari kucing lain yang sakit.

'it's a miracle if Chiki can survive," kata Vet.

Bleki dan Chiki diberikan injection dan ubat. Snowi diberikan multivitamin. Miki tidak dibawa ke klinik kerana kelihatan sihat dan boleh berlari ke sana ke mari

balik sahaja dari klinik, Ai mula suapkan makanan utk Chiki. Chiki dikuarantin. kami letakkan Chiki dalam kotak kasut yang dilapik tuala, diletakkan potongan2 suratkhabar dan ditutup dengan sapu tangan.

15/2/13 (jumaat)-  Chiki boleh bangun dan mula mengiau. menjelang petang, Ai suapkan air zam-zam lagi. tapi kali ini, air yang masuk terus keluar seperti kita masukkan air dalam botol yang berlubang di bahagian bawahnya. Ai bagi makan pun, makanan keluar ikut duburnya. Ai bagi ubat dan biarkan Chiki tidur.

16/2/13 (sabtu)- Chiki mula mengiau dan seperti ingin keluar dari kotak. mungkin Chiki tak nampak ahli keluarganya yang lain sbb Ai dah letakkan mereka di luar. MIL nak datang so letaklah mereka di luar. Chiki kelihatan sihat. jadi Ai letakkan Chiki dengan adik beradiknya yang lain dalam cage. Ai tinggalkan Chiki bermain dengan adik-beradiknya.

Chiki di pagi sabtu




jam 2 petang Ai jenguk Chiki. Chiki terbaring lesu. mulut Chiki terbuka seperti kehausan. Ai bawa Chiki masuk dalam rumah. letak di tempat biasa. Ai suapkan air minuman tapi air meleleh keluar ikut mulut.

Chiki yg kelihatan nazak.

Ai dapat merasakan Chiki tersnyum mengucapkan terima kasih krn menjaganya.
Ai dah start cry cry. Ai tunggu enJekjek balik (iye hari sabtu enJekjek jadi fasilitator robotik negeri). bila enJekjek balik, keadaan Chiki memang dah semakin nazak. Chiki sukar untuk bernafas. memang boleh dengar kesusahan Chiki nak bernafas. tak lama kemudian, PIL dan SIL sampai. kami tinggalkan Chiki seketika untuk entertain mereka.

jam 4.30 petang, SIL ke dapur. Snowi pula mengiau-ngiau. Snowi seperti tahu anaknya sudah tiada. Ai pegang badan Chiki, masih panas. bermakna Chiki baru sahaja meninggalkan kami. empangan airmata Ai pecah. tak mampu nak ditahan. enJekjek kebumikan Chiki di bawah pokok pisang.

Chiki dah takde

enJekjek tgh gali kubur Chiki
gambar enjekjek Ai gelapkan sebab dia pakai seluar hawaii oren, kelakar pula. enjekjek sedang menggali lubang untuk menanam Chiki. semua kotak dan sapu tangan yang berkaitan Chiki kami kebumikan dalam satu liang lahad.

Miki pula pergi meninggalkan kami ahad pagi sebelum subuh. maybe sedih dengan pemergian Chiki.
semoga Chiki & Miki tenang di sana.

pengajaran: Jika ingin pergi bercuti atau balik kampung, pastikan kucings dihantar kepadaVets yang bertauliah. yang tahu perkara yang patut dibuat jika kucing jatuh sakit atau nampak sakit sewaktu dalam jagaannya.

9.2.13

TELEKUNG SITI KHADIJAH TESTIMONIAL #10

Klik untuk pembesaran imej


salam readers.

heeee dah lama dah testimonial ni keluar di website telekung siti khadijah. oh direct  link di sini
cuma yang tak berapa nak betul ialah Ai dari Melaka, bukan dari kuala lumpur.

Ai dah emel pada team telekung siti khadijah untuk maklumkan perkara ini.
kita tunggu respon mereka ya.

ok babai. nak balik kampung sempena CNY
(^_^)

8.2.13

BATAS AURAT ORANG ISLAM

salam Jumaat.

muhasabah diri sendiri.
perempuan kalau nak masuk syurga senang. jika dah berkahwin, taat dengan suami, patuh suruhan agama dan jaga maruah.
yeee jaga maruah antaranya wajib menutup aurat.

bagi wanita islam, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan wajib ditutup.
memang biasa dengar dialog,

"aku punya pasal la, kubur lain2"
"eleh, kau tutup aurat pun kau mengumpat"
"bila tiba masa sesuai nanti aku tutuplah aurat"

itu Ai tak mahu komen. di malaysia ni, nak cari ilmu agama senang sangat. radio ada, tv ade, usrah ada, internet ada, eh macam2 ada.

Insyaallah, mari kita menjadi yang lebih baik daripada hari semalam.
kalau kita sentiasa mengingati mati, memang rasa takut nak buat jahat, nak bermulut laser dan perkara2 nakal yang lainlah.

puasa itu wajib, menutup aurat pun wajib. puasa boleh buat, aurat?
tepuk dada tanya iman.


Salah satu surah yang digunakan para ulama untuk menetapkan hukum menutup aurat adalah surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

ringan2kanlah tangan klik link itu ye. 
terima kasih utusan :D

6.2.13

SANTAI SI BLEKI

TIANG SATU HUJUNG KANAN

tiang dua sebelah tiang satu hujung kanan


hihi saje je kasi readers pening dengan caption gambar.
gambar di atas adalah tempat lepak Bleki yang baru.
alhamdulillah tembok belakang rumah dah siap bina.
cat?
nanti cat sendiri. jimat bajet woooo.
ni nak naik tembok pun dah 6tahun duduk rumah ni baru mampu nak buat 
(^_^)

4.2.13

AIR ANUGERAH

Salam readers.

Ikhtiar ttcian mcm Ai. Jom minum air anugerah.

Air anugerah ni Ai bli di kedai agama. Ala yg ade jual buku agama, peralatan haji dll. Klu tgk dlm website 500 ml berharga rm4.50 tp Ai pergi kedai ni dan bli 24 botol terus maka dapatlah rm 91.20 semua. 
Klu nk kira sebotol rm 3.80.

Apa khasiat air anugerah?
1.dh dibacakan dgn 30juzuk alquran
2. Utk ubati sakit n byk lagi. (Boleh cari dlm tenet)

Cara minum air anugerah
1. Baca bismillah
2. Baca alfatihah
3. Selawat 3x
4. Niatkan hajat kita.

Ini ikhtiar ye, kite mesti cuba.
 ALLAH jua penentu segala
24botol beli malam tadi. malam tadi minum sebotol. pagi tadi minum setengah botol

3.2.13

HADIAH BLEKI BUAT Ai

bagi hadiah memang hobi Bleki.

masa kecik2 Bleki suka bawa rumput, ranting kayu dan batu masuk rumah. oh tak ketinggalan juga katak bersaiz kecik.

tapi minggu lepas Bleki bawa ini masuk rumah


iye seekor burung yang masih hidup cuma tak boleh nak terbang je.
Bleki masuk rumah, buh burung ni kat meja laptop enJekjek lepas tu Bleki mengiau-ngiau pada Ai. 
torkojot den sbb masa tu tengah layan The Wedding Band.

Ai kesian dengan burung tu so Ai pun letakkan burung tu di tembok belakang rumah dengan harapan burung tu boleh terbang. amboiiii mak kau Bleki punyelah marah. lagi kuat Bleki mengiau sampai sakit telinga Ai.

1.2.13

MUHASABAH DIRI

something to ponder di Jumaat ini


dulu2 masa zaman tak berapa nak berilmu, Ai bertudung kalau nak PERGI BERJALAN2.
kalau SETAKAT KELUAR RUMAH NAK MENYAPU LAMAN ATAU CUCI KERETA ATAU BUANG SAMPAH memang Ai tak bertudung. konsep bertudung Ai dulu ialah PAKAI TUDUNG PROPER APABILA HENDAK BERJALAN JAUH, BERSHOPPING DAN SEBAGAINYA. ini semua berlaku pada zaman sebelum Ai berkahwin dengan enJekjek.

sedangkan sepatutnya aurat hendaklah ditutup apabila bersama bukan muhrim.

alhamdulillah, selepas berkahwin dengan enJekjek, banyak yang ditegur (padahal dulu abah marah je kalau Ai keluar rumah tak pakai tudung tapi remaja memang degil eh?)

Ai kesian dengan enJekjek, nak tanggung dosa dia sendiri, nak tanggung dosa Ai lagi. Ai ni dah la belum ada anak lagi, nanti buat banyak2 dosa ini siapa yang mahu mendoakan Ai?

jom kawan-kawan. kita cuba berubah menjadi yang lebih baik daripada semalam.
(^_^)