Ikut AiTotYati

8.2.13

BATAS AURAT ORANG ISLAM

salam Jumaat.

muhasabah diri sendiri.
perempuan kalau nak masuk syurga senang. jika dah berkahwin, taat dengan suami, patuh suruhan agama dan jaga maruah.
yeee jaga maruah antaranya wajib menutup aurat.

bagi wanita islam, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan wajib ditutup.
memang biasa dengar dialog,

"aku punya pasal la, kubur lain2"
"eleh, kau tutup aurat pun kau mengumpat"
"bila tiba masa sesuai nanti aku tutuplah aurat"

itu Ai tak mahu komen. di malaysia ni, nak cari ilmu agama senang sangat. radio ada, tv ade, usrah ada, internet ada, eh macam2 ada.

Insyaallah, mari kita menjadi yang lebih baik daripada hari semalam.
kalau kita sentiasa mengingati mati, memang rasa takut nak buat jahat, nak bermulut laser dan perkara2 nakal yang lainlah.

puasa itu wajib, menutup aurat pun wajib. puasa boleh buat, aurat?
tepuk dada tanya iman.


Salah satu surah yang digunakan para ulama untuk menetapkan hukum menutup aurat adalah surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

ringan2kanlah tangan klik link itu ye. 
terima kasih utusan :D

0 komen terulung:

Post a Comment