Ikut AiTotYati

19.2.13

CHIKI & MIKI DALAM KENANGAN

oiiiii jiwa sentimental rupanya Ai ni. orang jawa kata ciwek (kuat nangis). mau tak sedih tiap kali Snowi ke dapur, mesti Snowi hidu2 dan mengiau2 di tempat yang kami letak Chiki dulu. kesian pada Snowi. entry ini adalah tribute buat Chiki & Miki.

day 1 Chiki lahir
Chiki yang paling besar. no 2 dari kiri. ade bulu2 putih, mulut pink kaler gtu
Close up Chiki- Day 1 when she was born
kucing2 ni Ai tak bagi nama sehinggalah 2 minggu mereka berada di dunia. pada hari pertama ada seekor yang mati. dan kemudian seminggu lepas tu seekor lagi mati. daripada 7 ekor menjadi 6 ekor dan kemudian 5 ekor.

Nama Chiki diberikan oleh Ai. kira macam jatuh cinta pandang pertamalah dengan Chiki ni. Chiki besar, bulu gebu, nakal, klu nk hisap susu dialah raja. dia akan tolak adik beradik yang lain. Ai rasa dialah yang sulung. tapi Chiki memang nakal sebab banyak kali juga Snowi denda dia.

Snowi letak Chiki kat level 2 rak buku lepas tu susukan anak2 yg lain.

Snowi bawa anak2 ke sofa tapi tak angkat Chiki sekali. Chiki ada kt bwh tu. tapi mungkin juga Chiki terjatuh dari sofa?
Chiki tidur. chiki atas kiri yang paling besar tu

gambar bertarikh 3/2/13- Chiki yang dah pandai memanjat sangkar. dia yang ajar adik2 buat gaya gini
klu guna DSLR mungkin boleh capture the moment Chiki jatuh. ni dia panjat sampai atas. Ai baru nak snap gambar tetiba Chiki jatuh sendiri. kuikui
Chiki di sebelah kiri. nilah cage mereka. Ai letak kotak tisu utk depa main2 tapi depa buat tido berjemaah pula. Chiki dah big girl so dia tak join.
gambar kedua terakhir 5 beradik yang sempat Ai rakamkan pada 4/2/13. tengok, sume nak menyempit dalam kotak tisu standard saiz tu. Comot@Bulus@Toby tak kelihatan sebab dah kena hempap dek adek beradiknya. Ai tak ambil banyak gambar Miki sebab Miki ni mcm yg bongsu, low profile je.




 yang ini adalah gambar terakhir yang sempat Ai rakam pada 6/2/2013. kelihatan di atas anak tangga tertinggi ialah Chiki, diikuti dengan Tama dan Comot. Miki dan Rayyan tak memanjat. gayat kot. hihihihi

Chiki dan Miki sudah tinggal kenangan. tinggal Comot, Tama dan Rayyan sahaja. akan Ai jaga mereka bertiga sepenuh hati Ai. Buat Chiki dan Miki, ragam kome akan sentiasa segar dalam ingatan Ai.

damailah kamu di sana wahai Chiki dan Miki

0 komen terulung:

Post a Comment