Ikut AiTotYati

30.5.11

Aku jutawan


Tengok, 1peket indocafe coffemix yg 3in1 tu rege 7ribu
;-)

28.5.11

Berbudi dalam pasu

Lihat, pokok limau purut meninggi. btg kurus tinggi, daun merimbun di bhgn atas. jadi begitu krn kami buh kt belakang. ia nk cr sunlite.

EnJekjek gigih salin pasu. ms cuti je mampu layan pokok. weekdays mampu siram je.

Ai watpe? Kemas bj.
foto curi snap dr master bedroom.
sok pg nk terbang riang dgn enJekjek maka harus kms brg

27.5.11

Kenangan


Ini makmal applied science yg lama.dh 5bln ditinggalkn sbb pindah ke blok lain.
T'jumpa gmbr ni ms belek2 galeri hset

25.5.11

Ittadakimasu

Belasah je.
Donburi teriyaki dgn set asam pedas,jus epal n carrot susu.
Letih maa drive g ampangan td

24.5.11

Ai & pizza hut mmg takde jodoh

Our dinner.
cite update mlm nanti.
dr S500i ni

23.5.11

RASA ITU

rasa itu
hanya ku yang tahu

rasa itu
bukan kau yang lalui

rasa itu
sukar untuk diberitahu

rasa itu
letakkan ia jauh di sudut hatiku

rasa itu
meruntun jiwaku

rasa itu
ku serah hanya padaMu


ya Allah
bantulah aku...

22.5.11

Hasil tangkapan


Seharian menghilang. terbang bebas dgn enJekjek satu melaka.itu hasil tangkapan.
Lepas ni kita mkn megi ye bang:-P

21.5.11

Nur Kasih....... yang kasihan

kasihan sebab MBO gi delay sejam setengah movie tu. patutnya 3.30 ptg dah boleh masuk cinema tapi delay sejam setengah makanya jam 5pm baru dapat masuk panggung dan tonton.

kat luar cinema tu dah mcm nak ade rusuhan.

bak kata enJekjek,
"mana tak penuh MBO ni ayang, makcik2 yang minat Nur kasih semua turun padang"


berapa bintang?

3bintang sudah


-_-"

Movie marathon


Hr ni 8.30-10.30am ada lathn dlm p'khdmtn di sek.br hbs td.
rempit ke umah pick up hubby trs ke mbo cinema melaka mall.
Bli tiket utk POTC dgn NKTM.nk marathon kan?
La ni tgh wait POTC start.durasinya 140min. Lps hbs trs solat n lunch. Then NKTM stat 3.30pm.
Bahagia terbang bebas.
Kau ada?

20.5.11

RABA JANGAN SEBARANG RABA!!!!!!

nampak ada tanda seru pada tajuk tak?
Ai tengah geram ni.


bukan, bukan. bukan jadi pada Ai tapi pada kawan Ai.
al-kisah, kawan Ai ni jarang pakai baju kurung tapi suka berkebaya pergi kerja.
makanya pada hari jumaat yang mulia ni beliau pakailah baju kurung. seruan Jumaat gtu.


tadi masa kami nak bayar makanan, tetiba makcik tu terus raba perut kawan Ai tu dan tanya,

"eh nampak lain hari ni. dah ada isi ke?"



ek eleh. suka suki je nak raba-raba perut orang.
dan Ai sangat kasihan dengan kawan Ai sebab



*



*



*




kawan Ai BELUM KAHWIN lagi!!!
masih anak dara trang tang tang.



terkulat-kulat kawan Ai nak menjawabnya. apelah yang dia rasa.
kalau Ai yang dah kawen ni pun rasa sedih.
lagilah dia yang belum kawen orang tanya mcm tu!!!


moralnya, lenkali raba jangan sebarang raba makcik oiiiii!!!!
kan? kan? kan?

18.5.11

RESPON SEPATUTNYA? part 2

jiwa gusar, sebab marah yang terpendam.
kisah berlaku siang tadi di kantin tempat keje.

al-kisahnya, Ai dan beberapa orang akak duduk di meja makan. Ai duduk membelakangi dinding. maksudnya dinding berada di belakang Ai le. tempat tu sempit sikit. memang kalau orang nak lalu belakang, Ai kena bangun atau Ai kena tarik kerusi ke depan supaya badan Ai rapat ke meja makan tu.


nak dijadikan cerita, seorang insan yang berbadan dua (pregnant) nak lalu belakang Ai sebab dia nak duduk di meja sebelah meja Ai. jadi tanpa disuruh, Ai segera menarik kerusi Ai ke depan supaya badan Ai rapat ke meja makan agar Ai dapat beri laluan pada dia. sambil tu, Ai tanya pada insan yang berbadan dua (pregnant) tu muat tak dia lalu belakang Ai?



tetiba entah datang mana suara menyampuk,

"ala dia mesti muat punye walau berbadan dua. bukan macam kau (rujuk pada Ai), tak berbadan dua pun tapi tak muat. badan dia macam tu ada hasilnya, badan kau entah bila nak keluar hasil"


Ai tak menjawab pun. Ai teruskan makan sebab dalam hati teringat pesanan kawan-kawan supaya jadilah orang yang sabar.


tapi dalam hati rasa nak menangis.
seronok kot ek mempersendakan insan-insan macam Ai ni ye?

17.5.11

Peugeot service centre Melaka


Skrg peugeot centre yg baru! 
Akan dilancarkn pd 31mei2011.
kat mana? 
Kawasan perindustrian malim.

206 tu kenapa?
Ai kasi make up sikit.
Pasang spoiler,door visor n tukar wiper.total cost rm541 plus labour caj.
Dah 2tahun pake br mampu nak bg bontot n kening baru pd boipren Ai ni.
Lepas ni nk movie marathon kongsi dgn ff5
Mcm biasa entry pendek dr s500i

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA: tema hari guru 2011

itu tema hari guru tahun ni... tapi Ai rasa perasaan itu semakin kuat

'




;








!










#





rasa nak jadi Bumble Bee laaaaaa



hehehehe



tapi kadang-kadang rasa nak jadi Optimus Prime, takpun decepticon


mana sesuai untuk Ai?


Bumble Bee, kan?

15.5.11

De Palma Ampang


3 hari 2 malam di sini. Entry penuh kemudian. Skrg mahu transit ke satu tempat

14.5.11

Bahagian pinjaman perumahan putrajaya


lastweek Ai & enJekjek dtg sini.tp disebabkn oleh ketidakcekapan seorg pegawai kaunternya membaca geran rumah kami maka beliau suka2 hati reject p'mohonan kami utk convert loan rumah bank kpd loan kerajaan&tlh menyebabkn kami t'paksa dtg sini lg smlm[fridy].ye dtg dr melaka ke putrajaya.

Siapa pegawai tu? Bmana nk convert loan rumah bank ke loan rumah kerajaan?
Nantikn entry seterusnya.

Ai away dr lappy mulai smlm-ahad. Now ada di 1 tpt menenangkn otak tp x blh tido lena krn guest blk sblh memekak padahal skrg 4.28pagi.

Short entry blogging dr hset sonyE je.

12.5.11

Nafsu besar


Kereta comel tp minyak nak yg berprestasi tinggi je.pasrah je la sape suh bli imported car.
Eh malam ni malam jumaat.jom tidur awal.
Esok keje n nak g jauh maka rehat kena lebih.
Kwn2 sila cuci otak ye.jgn pk biru mcm pd paparan skrin puteh lcd

11.5.11

SEKOLAH VOKASIONAL AKAN DINAIKTARAF KEPADA KOLEJ VOKASIONAL

Ai, sila bersiap sedia......


link haruslah daripada berita harian online.
terima kasih berita harian

SELAMAT HARI IBU

Ai ketinggalan?
biarlah.... sebab tahu mesti ramai dah buat entry pada hari ahad lepas.


Ai dah wish pada mak Ai n mak mertua Ai.


walau Ai belum punya zuriat sendiri namun Ai tetap menerima ucapan 'SELAMAT HARI IBU' daripada


1. enJekjek
tak pernah, sepanjang perkahwinan kami beliau ucapkan selamat hari ibu pada Ai. tapi rasa sangat sweet dan terharu. muah muahs untuk abang!!!


2. para pelajar
isnin pagi Ai menerima ucapan selamat hari ibu bertalu-talu daripada mereka. sangat terharu dan tersentuh. walau mereka tahu Ai belum punya zuriat tapi mereka menganggap Ai sbg ibu mereka. rupa-rupanya mereka ada nama panggilan untuk Ai kalau mereka nak berborak antara mereka. mereka panggil Ai sebagai Ummi. hihihihihi. comellah kamu semua!!!

10.5.11

Mid exam 2011


Sume tunduk khusyk jwb exam.
Oren? Tu pakaian seragam sek pljr2 Ai. Ni dlm kls f5.demam exam dh b'mula.
Kbykn pljr dh mula insaf.spm akn m'jelang tiba nov nanti.
Ai bw lappy tp syok pula sekali sekala ddk tanpa wat apa2.cuma memerhati.
Best,kan?

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

terima kasih kepada semua pembaca senyap atau pembaca tak senyap sebab sering ke sini memberi galakan dan nasihat.


Ai nak hug kamu!!!!

eh tapi yang lelaki tak buleh le


:P

9.5.11

RESPON YANG SEPATUTNYA?

pagi tadi perhimpunan mingguan, seseorang telah mengeluarkan BB nyer. kemudian beliau menunjukkan satu gambar pada Ai dan rakan-rakan yang ada di situ.


agak2 korang. gambar ape?




yaaaa kamu memang pandai, gambar baby.
baby itu adalah newborn. baru smlm lahir. mmg bertuah mak baby tu. dapat jadi ibu pd hari ibu.
baby itu sangat chomel dan tembam dan mmg Ai geram dgn body baby tu.



kemudian si pemunya BB pun bersuara,

"haaa Ai, ko ni bila lagi nak jadi ibu? mak baby ni baru je kwen tahun lepas. dah jadi ibu tahun ni. ko bile lagi?"



Ai tak melenting atau marah cuma Ai jawab,

"Puan, perjalanan baby tu masih jauh lagi, itupun kalau panjang umurnya. kita sepatutnya doakan mana2 isteri yg belum jadi ibu tu supaya dapat jadi ibu. jangan tanya soalan macam tu pada seorang isteri yang belum jadi ibu lagi. mmg Ai tak ada jawapan"




suasana hening.
dan Ai dapat fokus pada isi perhimpunan mingguan.

8.5.11

KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2011



mulai jumaat 6/5/2011 hingga hari ini 8/5/2011 berlangsung karnival pendidikan melaka di MITC. dan tidak ketinggalan semalam Ai menyempatkan diri pergi ke sana (MITC) sebab enJekjek nak test cd lagu2 tarian. sekolah enJekjek jadi tuan rumah maka selaku orang yg bertanggungjawab, beliau melaksanakan tugas beliau. ah jgn disebut tentang tugas, enJekjek bekerja tidak kira masa. susun lagu, buat kad jemputan, buat surat dan macam2 lagi sampai naik meluat jeles Ai dibuatnya. Jeles bukan pasal ape, semua2 tu enJekjek terpaksa buat di rumah. dan kadang2 Ai rasa sedikit terabai. tapi selaku isteri yg supportive kena bagi semangat pd enJekjek. kite kena paham tugas beliau. hehehe

dan sewaktu entry ini ditaip enJekjek masih belum pulang dari MITC. beliau masih di sana. bosan dowh duduk umah. tapi hari ni Ai dah lipat kain, main masak2 n buatlah ape2 yg patut.

owh bercakap tentang Karnival Pendidikan Melaka ni, semalam Ai telah memborong buku2. fuhhh mmg best kalau bli masa karnival pendidikan melaka.bayangkan buku2 dapat less hingga 30%. ada juga buku latihan yg dijual secara 4buah rm10. dan harga sebuah buku latihan tu ialah rm8.90. jadi memang Ai tak lepaskan peluang merembat mana2 buku yg patut.


dan habis cakap tentang karnival pendidikan melaka 2011.

foto2 yg bakal tuan/puan lihat adalah semasa kejohanan catur.
ala yg ada entry di sini

ini banner kejohanan yg digantung di depan dewan bestari


inilah keadaan dalam dewan bestari


ini senarai nama masa pusingan pertama


ini masa waktu rehat. kami lepak di bawah pokok. di situ tiada kerusi. owh dalam dewan tak boleh duduk sbb itu hanya untuk masa bertanding sahaja. jika dah habis lawan maka kena duduk di luar dewan. Ai bagi mereka roti goreng dengan air botol.

ini waktu amer lawan peserta dari smk st david


ini dah habis lawan. si farouk ni sesaja je main2 dgn peserta dari sekolah lain.


dah habis.... (^_^)

7.5.11

Hobi yg mahal

Suka le enJekjek dpt bli lens br. ini macro lens af 18-270mm.
Harga? 
Cukuple if Ai bg hint, if g ariani Ai blh dpt 2 platinum kad dan 1 kad emas dgn skali pembelian.
Ini cara kami hiburkan hati. msg2 support hobi psgn.
Anak? Apa ada hal? If Allah blm nk bg, kami redha je

-----------------------------------------------------------------------

entry klu pendek2 camtu maknanya dari handset le tuh. bukan takmo bli handset yg cecanggih tapi cukuplah dgn ape yg ade ni. sony ericsson s500i ni dah 3 tahun 5 bulan berkhidmat dgn Ai. Ai bli pd tahun 2007 bulan 12. masa tu dapat duit jadi timbalan pengawas spm. so sbb nk buat kenangan makanya bli le handset sbb masa tu handset nokia sabun tu dah buat hal. lagipun, kadang2 nk bli gajet ni kena tengok pada keperluan. kalu setakat nk bli gajet canggih2 tapi tak gunakan semaksimanya dan sekadar nk show off pun takde maknanya. jadi kalau ade suara2 sumbang yg memperlekehkan handset Ai, jawab jelah duit Ai sukati le nk buat ape. skrg ni kena berjimat lebih sikit a'ah berjimatla sangat yg ko g shoppinbg kt ariani tu apasal? oh tu sebab tudung memang nak pakai

tak sabar nk cuti sekolah. cepatlah cuti.. nak g bercuti...

KOSONG

|



|





|


























.

6.5.11

PERATURAN PERTAMA DALAM HIDUP

peraturan pertama dalam hidup:

mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business, mind your own business,


tak payah bajet macam bagus.
kau pun bukan sempurna sangat.
maybe kau nampak macam alim.
tapi kau alim taik kuceng.




pergi berambus!

5.5.11

RED VELVET CUPCAKES WITH CREAM CHEESE

dah selalu sangat enJekjek tanya mana entry khas untuk pemberian beliau. yang ni pemberian yang boleh dimakan, yang ade buat entry tu dulu adalah yang tak boleh makan tapi boleh dikendong ke hulu dan ke hilir.

jadi sempena usia Ai yang masuk 30tahun dan 1 bulan pada hari ini  maka Ai telah membuat entry ini sehari sebelum usia Ai 30tahun 1 bulan. paham tak? :P


baiklah, demi kasih sayang yang tiada berbelah bagi maka Ai buat entry khas  red velvet cupcakes with cream cheese yang enJekjek berikan sempena befdei Ai yang ke-30 tempohari. sodapppppppp banget. oh enJekjek g tempah di sini








ok kamu dah kenyang?
kenyang dengan foto moto?
hihihihi


silalah hargai isteri anda ye. jaga isteri anda. takde maknanya anda menghendap kehidupan isteri orang lain. tapi kalau betul anda buat, anda memang suami yang tidak bertanggungjawab.
toksah nak sibuk hal isteri orang lain. isteri sendiri yang depan mata tu yang kena jaga dan belai.

tak gitu?





eh lupa pula, tu ikan2 peliharaan kami. kalau Ai bosan Ai akan bercakap dengan ikan.
ikan pun benda hidup, kite kena berkomunikasi dengan dia
(^___^)

SAMPAH

sampah masayarakat?

sampah sirap sarap?

sampah berlonggok?

sampah di celah pokok bunga?




sape suka sampah?

sape suka kutip sampah?

kenapa kena buang sampah dengan betul?



tapi macam best je buang sampah daripada tingkap kereta, kan?

arghhhh.. itu adalah jenis manusia yang mementingkan diri sendiri. dia nak kereta dia bersih tapi kat luar kotor.

arghhhh mesti otak dia penuh dengan sampah!!!
harap je masyarakat moden tapi mentaliti macam sampah!!
dan ada juga yang berpakaian macam sampah.... tak cukup kain?

4.5.11

TAK PERLU LA SAYANG Ai SAMPAI BEGITU SEKALI

antara sebab faktor demam, maybe sebab bawaan budak pemikiran.
ade sikit gangguan dalam emosi.

ah, pembaca suka nak kaitkan dengan zuriat. oleh itu jangan lupa sentiasa doakan Ai dan enJekjek dikurniakan zuriat ye
bukan, ini tiada kaitan langsung dengan zuriat tapi secara tidak langsung mengganggu fokus di tempat kerja.


baru2 ini Ai ade memohon utk bertukar tempat kerja dan naik gred (41 ke 44). bukan saje2 Ai nk pindah tapi demi untuk meluaskan pengalaman, mencari sesuatu yang baru dan meningkatkan taraf hidup Ai telah memohon post tersebut.

tapi yang mendukacitakan Ai ialah bos Ai tak approved. maksud tidak approved di sini ialah beliau tidak menyokong permohonan Ai. sebab beliau tidak menyokong kerana beliau menyatakan bahawa Ai merupakan aset sekolah. dan memang beliau menulis dalam borang permohonan Ai, 'tiada halangan".  untuk pengetahuan pembaca, maksud tiada halangan ialah tidak disokong. sebab kalau majikan anda menyokong permohonan anda, pasti akan ditulis, "disokong sepenuhnya"


sekarang Ai rasa sangat tak hepi. kerana apa? kerana Ai rasa beliau menyekat peluang Ai.
tahulah Ai mmg seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang tapi tak perlulah sayang Ai sampai begini rupanya.


tapi bak kata kekda di fb beliau, "kadang2 kite terlupa yang didatangkn pada kita bukan ujian, tapi hikmah"


jadi Ai terima semua itu sebagai hikmah.
ade yang terbaik akan berlaku.

Ai pasrah.... -_-"

3.5.11

Sihat sebelum sakit


Jumaat lastweek dh skt tekak n dmm.so rasa dh sht,smlm mkn smbl tempoyak. X sangka tekak kembali skt n mlm td dmm semula.plus flu dgn batuk maka setelah jumpa dr, Ai dpt mc 2hr sbb suhu tinggi n tekak infectd.5jenis ubt: dmm,skt tekak,selsema,batuk n antibiotik. X dpt buka laptop, smbl baring blogging dr hset.bye Ai nk tido.kwn2 sila jaga kesihatan ok

2.5.11

ARIANI MADNESS

dalam hati Ai mmg dah lama nak ke butik Ariani sejak mula iklan sale dia bermain2 di kaca tv. tapi sebab demam dan ketidaklaratan mengheret badan sendiri makanya Ai abaikan saje. tapi lepas baca entry kekda di sini, rontaan hati makin menjadi-jadi.

dan sebagai akibatnya, Ai telah berjaya memujuk enJekjek supaya memandu Ai ke butik Ariani Melaka yg terletak di no. 31, jln BPM 1, tmn bukit mutiara, Bukit Piatu, Melaka. ala kat bukit piatu tu. tak tau? lepas SM Teknik Bukit Piatu, jalan menghala ke Melaka. arghhhh, google map jelah. sonang. hihihihi. dan Ai rasa enJekjek bersetuju pun kerana beliau tahu, kalau Ai stress hiburannya adalah shopping. hahahahah. ala, yang penting bukan duit enJekjek pun, duit Ai juga. duit keje Ai hasil keizinan enJekjek (^_______^)

dan pagi2 tadi, selepas selesai bersarapan di restoran Lot 85, kami menuju ke Ariani. dan itu dia, Ai adalah pelanggan yang kedua yang masuk ke ariani nampak sangat ariani baru bukak ko dah terjah cik Ai oi Ai bukan ape, dulu pernah sekali datang masa ramai giler orang. adek2 yg nak entertain tu pun takde. so tak dapat nk tanya n nak bermanja2. muahahaha. so ni masa Ai masuk, adek2 tu buat taktahu je. lepas depa nampak Ai dah menyambar 2 helai ke fitting room makanya lepas tu mmg ade sorang adek tu follow. so Ai pun mulalah nak warna itu, nak warna ini. nak corak itu nak corak ini. eh adek2 tu mesti dapat komisen daripada kerja dia entertain customer, kan?

Ai mmg dah warning sama enJekjek, boleh je tinggalkan Ai sbb memang misi Ai yang utama nak cari 3kaler plain iaitu hijau pucuk pisang, pink n coklat. tapi enJekjek very supportive, beliau duduk di sofa yg disediakan sambil menyekodeng Ai. muahahaha. sebab selama ni, kalau Ai datang mesti dengan kwn2 perempuan je, kwn2 perempuan yg ade kad membership.


dan lepas sejam, Ai telah membeli sehingga melayakkan Ai mendapat kad member Ai sendiri iaitu kad emas a.k.a gold card wah macam pingat emas plak rasanya taktahulah enJekjek tahu tak berapa banyak kena spent utk entitled gold card tu. keluar dari ariani Ai senyum je. rasa macam hilang demam. kahkahkah



cakap banyak tak mahu, layan gambar
 balik2 je dok senyap kat ruang tamu. 
hari ni enJekjek sukarela nak memasak memandangkan isterinya ni baru nak baik demam. 
maceh enJekjek. (^_^) 
lepas tu paksa enJekjek snap foto ni. hahahaha




 lepas enJekjek dah snap picture, Ai pun pergilah membasuh sume tudung2 ni. bukan susah pun, buh air dalam baldi, buh dynamo, kocak2 then bilas.
lepas tu tergedik2 amik gambar sbb enJekjek sibuk memasak maka snap sendiri. eh amik sendiri tau :P
yang ni baru bilas, sidai jap kasi air menitis. Ai g  jap masuk bilik amik hanger kecik2.



 taraaaa... dah sidai dah, ini adalah hasil kunjungan pada hari ini. 
puas hati Ai.
so biarkan saje dalam bathroom hari ni. esok g keje Ai nak pakai.
ko standby jelah Ai, kalau ade yg bersuara, "yelah, orang takde anak bolehlah bli tudung ariani"
esok Ai akan jawab, "apsal, akak jeles ke?"



hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
 
 
maaf, emosi memang tak berapa nak stabil. dalam seminggu dua ni mood akan libang-libu huru-hara. kalau sape cari pasal sebut2 pasal anak, memangAi laser je.
dalam sebulan, memang ade satu minggu tu mulut Ai macam takde kawalan sikit. 
shuke benor nak menjawab.
korang pun tau minggu ape, kan?

1.5.11

Ubuntu: vbox

ai nak cerita pasal ubuntu. tak... bukan i yang buntu... u yang buntu.. ubuntu...


ada banyak cara nk install ubuntu ni.....
untuk keterangan lanjut sila ke blog enJekjek di sini






dah habis baca?
ok lepas ni boleh praktikkan ye