Ikut AiTotYati

21.2.11

PEROKOK TEGAR TIADA SIVIK?


lokasi: di tepi mesin bayaran kereta automatik, Jusco Ayer Keroh.
tarikh: selasa minggu lepas


gambar pertama tu, tulisan Bahasa Malaysia "DILARANG MEROKOK". papan tanda tu betul2 tepi kerusi kuning yang kamu nampak pada gambar kedua. ala gambar kedua yang ada tangan. tangan tu Ai bulatkan sbb mamat tu merokok.

memang dalam hati, Ai kata &^$#!#^*!!!!

kau buta ke ape? punyelah besar signboard tu kau boleh selamba badak je smoke?
dan Ai pun dengan selamba badak dengan sengaja snap gambar mamat tu beserta rokoknye.
memang mamat tu pandang Ai semacam, pandangan tak puashati. ketika itu, kalau dia tanya kenapa snap gambar dia, Ai cuma akan tanya dia balik menggunakan ayat ini,


"sukahati akulah aku nak tangkap gambar ko ke, gambar kaki ko ke. kau pun suka suka hati je merokok di tempat awam. depan papan tanda larangan merokok lagi"


tapi ayat ni tak dapat nak diluahkan sbb mamat tu cuma buat pandangan tak puashati. Ai pun balasdengan pandangan tak puashati.


kepada perokok sekalian, korang kalau nak smoke tu korang punye pasal tapi jangan jadi dungu buta tuli smoke di tempat yang dilarang dan hembus asap ke muka orang lain. kau nak bunuh diri, bunuh diri sendiri!!!




tak gitu?

8 comments:

  1. setuju!
    tak paham dengan orang2 yang merokok ni... jangan lah nak babitkan orang lain sama...

    ReplyDelete
  2. syayassir,

    tu la pasal. pegila smoke kt dlm bilik di umah sendiri.

    ni lagi mau hembus2 pd org lain

    ReplyDelete
  3. saya wakil dari JJ melaka ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan sedari utk entry2 berkisar JJ kami :P
    ~lalalala

    ReplyDelete
  4. nuril,

    di mana wang saguhati saya?

    lalalalala

    ReplyDelete
  5. kalo aku.. aku mesti saje cakap kuat2..n perli2 kat sebelah org tu..kekke

    ReplyDelete
  6. lieya,

    Ai tak terkeluar nak cakap. tu yang perli dengan tindak tanduk.

    ngeee

    ReplyDelete
  7. ni cerita smalam kt lcct..
    tgh bratur nk bayar air milo tin tuh, ade sorg mamat nih dgn slambe je
    "kak, dunhill 8 kotak..eh, 7 la.."
    pastu kuar 2pieces 50 bucks..
    mak aih slambe je bakar duit -___-

    ReplyDelete
  8. semua perokok mmg x de sivik...sbb? dgn diri sendiri pun dah kurang sivik, apatah lagi dgn org lain? tol x?

    ReplyDelete