Ai buat tajuk, "TV_PIXAR: satu kaedah untuk menangani masalah pelajar 4KFL yang datang lewat ke kelas Sains"
dan kajian tindakan ini telah dibentangkan semasa Persembahan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2008 di auditorium kolej Yayasan Saad. dan seterusnya Ai terpilih untk mewakili melaka di "The First Malaysia-Thailand Educational Research Conference" yang telah berlangsung di Summit Hotel pada November 2008.
itu cerita lama. tapi merupakan kenangan manis sbb dapat jumpa orang thailand yg manis2 dan dengar presentation yg mantap2.
kisah hari ini, Ai kan penyelaras makmal siber maka haruslah sediakan borang dan pelajar2 yg gunakan makmal hendaklah tuliskan nama dalam borang penggunaan. kebiasaannya pelajar ni memang nak kena diingatkan setiap hari supaya tuliskan nama penuh. ada jugak yang buat taktahu je kalau Ai cakap pun. jadi setelah mengkaji masalah ini, Ai mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini setelah melihat deretan nama pelajar yang tiada nama bapa. senang cakap depa pi letak nama sendiri itupun tak penuh. dan tadi Ai pun laung,
"pelajar yang tidak menulis nama penuh yakni tak tulis bin atau binti dalam borang ni adalah anak luar nikah"
tak payah tunggu lama, masing2 bangun berebut nah tulis nama penuh.
menarik, kan?
p/s: Ai tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. entry ini adalah untuk kajian tindakan sahaja.
TQ
kahkahkah... terus nak letak nama bapakkan? klakar disitu
ReplyDeletetindakan kajian yang sgt berkesan! hahaha!
ReplyDeletefaiz farish,
ReplyDeleteyaaa baru kelamkabut.
hihihi
Mommy Fara,
ReplyDeleteyaaaa berkesan!!
kajian tindakan... sukses
ReplyDeleteeh but how about student yg mmg berstatus gtu eh?
ReplyDeleteKajian yang mendapat tindak balas segera..hahahaha
ReplyDeleteakubudaksabak,
ReplyDeletemmg sukses
nuril,
ReplyDeletekt sekolah aku takde yg status gtu. tu yg berani cakap tu. hehehe. anak yatim ade. tapi aku tak sebut anak yatim.
ngeee....itulah , nape susah sgt nak letak nama ayah ..hurm...
ReplyDeletehehehe ... ^_^..tenks follow blog saya ... ^_^