Ikut AiTotYati

22.11.10

MAK ANDAM, PAK ANDAM @ PAPADAM? MUNGKIN PEMADAM?

Saje letak title catchy catchy sikit. baru kome nak baca. perasan


ehsan encik G


Ni nak habaq mai sikit, Ai hangat hati semalam. cuma control demi adek tersayang yg jadi raja sehari.
Minggu lepas weekend kt kampung halaman. Semalam pun kt kampung halaman. Nextweek pun mungkin tiada di melaka. Memang betul2 bestlah cuti sekolah. Habiskan duit dari tabung pelancongan!!! Ai rasa start dari perkataan Minggu tu dah takde kaitan dgn entry ni. Tapi saja nak habaq yg Ai dok tua di jalan krn ulang alik melaka  - sabak bernam.  (^_^)


Dipendekkan cerita, semalam adalah hari menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin wanita perempuan. Pengantin lelaki adalah adek Ai. Selaku kakitangan kerajaan yang menepati masa, Ai tanya pada adek Ai  soalan berikut dan jawapannya:


11.00 pagi: berkumpul di rumah mak mak abah Ai. umah Ai kt melaka le

11.15 pagi: bertolak ke surau berdekatan umah pengantin perempuan.


Hasilnya, rombongan pengantin lelaki dapat menepati masa. Kami perlu awal tiba di surau itu kerana adek Ai perlu diandam oleh pak andam. Adek Ai mmg pakai tshirt n seluar trek je drpd rumah sbb baju sume pak andam yg pegang.


11.40pagi: kami tiba di surau itu.
Oh lupa pula nk nyatakan bahawa majlis sanding dijadualkan jam 12.30 tengahari.


Tapi selepas 20 minit menunggu pak andam masih tidak kunjung tiba. Padahal bukan jauh pun surau tu dengan umah pengantin perempuan. Kami pihak pengantin lelaki dah basah ketiak. Paham2 jelah tengahari buta ddk pula di surau kayu yang berhalamankan court badminton yg bersimen di bwh sinaran matahari terik. Perghhh mmg panas. Hangat macam hot fm. Adek Ai dah banyak kali telefon memberitahu yg kami telah sampai di surau itu.

Ai spesis menepati masa. Begitu juga enJekjek yang ade blog di sini. dan tak semena-mena abah Ai yang dikenali sebagai seorang yang cool bersuara,

"kenapalah tak tepati masa. Ingat kite orang kampung ni koman sangat ke?"
(buat pengetahuan pembaca, ayah Ai pesara guru besar)


ini bermaksud, bila abah dah bersuara, dia hangat hati juga.

dan pak andam tiba selepas 35 minit kami menanti. Kami berarak lewat 10 minit daripada yang dijadualkan. perarakan bermula jam 12.40tengahari.


Setelah dicongak dan dihitung kami menanti selama 1jam 5minit sebelum perarakan pengantin bermula.
ala sekejap je tu kan?



Persoalannya di sini, kenapa pak andam lewat?

1. Adakah krn beliau lewat tiba utk menyolekkan pengantin perempuan maka lewat juga utk mengandam pengantin lelaki? Adakah kerana majlis malam berinai tamat jam 1pagi (malam sebelum itu) maka pak andam boleh bangun lewat utk mengandam pengantin. atau adakah pak andam perlu menyolek pengantin lain sebelum itu?

2. kenapa baju pengantin lelaki tidak boleh diberikan awal? adakah takut hilang? atau hendak menunjukkan bhw baju pengantin amik pakej dr pak andam tu? sekurang-kurangnya kalau baju melayu tu boleh dipakai awal maka tak perlulah kami keluar dgn sangat awalnye.

3. Itu kampung. Trafik jam? tang mana?


korang rasa?

11 comments:

  1. selalunya sbb mekap kan pengantin pompuan Ai. sbb pompuan kan leceh sket nk di siapkan. sepatutnya baju dah bg dulu. jd senang lah xyah nk tergesa2.

    sib baik adik Ai penyabo orgnya :P

    ReplyDelete
  2. poyaty,

    smlm bukan setakat adek Ai, along angah, kakngah, jiran2 pengiring sume bersabar.

    hihihihi.

    tapi tang baju tu, mmg setuju. bagilah dulu. boleh pakai trs dr rumah mcm masa Ai jadi pengantin dulu
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. hehe..akak rasa dia sakit pewott kot..makan kt kenduri sehari sebelum tu..

    ReplyDelete
  4. princess nur,

    hahaha menarik (^_^)

    ReplyDelete
  5. mungkin dia kurang tido sbb tengok sukan SEA? relevan x?

    ReplyDelete
  6. Pak andam yang mana siap kan aan.. kan pak andam yang sama dengan aku aritu.. kekeke

    ReplyDelete
  7. syidaGorjes,

    releven gak tu.

    eh sukan SEA ke sukan asia?

    ReplyDelete
  8. lieya,

    masa pak andam tu sampai nak je aku tanya,

    "bang, jam kt mana ye?"

    hahahhaha

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. aritu masa aku pun sama.. dia kena laser ngan kakak ipar aku.. (si pak andam yang ngadu kat aku) kekekek..

    ReplyDelete
  10. lieya,

    yelah. time is gold tau. bukan free perkhidmatan tu. jadi kenalah sampai on time.

    maaf cakaplah tapi kebanyakan mak andam or pak andam melayu mmg suka lengah2kan masa.

    kalau make up artist tu bangsa lain, mmg akan terpacak waktu yg kite suh sampai.

    Ai bukan nk kondem bangsa sendiri tapi mengapakah bangsa ku masih belum tahu menghormati masa?

    ReplyDelete
  11. huhu...abah bersuare..
    rugi i xde..lau ade..lame da owg sabah ni b'sore..heee...

    ReplyDelete