Ikut AiTotYati

4.11.10

GUA NIAH part 1 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4

ala, takkan pening kot baca tajuk tu. Ai nak cerita tentang percutian ke miri dan brunei. dan skrg Ai nk cerita tentang Gua Niah. Tapi cerita tentang Gua Niah ni Ai pecahkan kepada 3 bhgn. boleh faham? tak faham tanya Ai.

*gelak gelak gelak*


untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-3 dulu.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch dow @ mendarat
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di MIRI
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei


kalau kamu belum tahu, Gua Niah ni terletak di sarawak. ek eleh memang le. mana lah tahu kot2 ade yang belum trahu gua Niah merupakan Gua batu kapur yang terbesar sekali di asia Tenggara. jika kamu pernah ke Gua kelam di Perlis, tolong bayangkan yang Gua Niah adalah berkali-kali ganda besarnya.

sebelum bertolak ke Gua Niah yang terletak di Taman Negara Niah, Sarawak kami telah medang eh minum pagi. sebelum minum pagi kenalah keluar dari rumah dulu. hahahahah jangan mare ye.

 lutong Inn
  eh ni lah umah sewa kawan Ai yg jadi tempat penginapan kami tu.



medang tu perkataan jawa yang bermaksud minumlah. Ai telah pekena laksa sarawak. serius sedap gile. Ai ni pulak bukannya spesis makan laksa tau. tapi dengan laksa sarawak ni memang takde masalah Ai nak makan. layan foto.

antara kartun yang ada dalam kedai yg sangat catchy.

laksa sarawak.
laksanya guna benda macam bihun kt semenanjung tu. 
tapi ini bukan bihun ini laksa sarawak.

makan dengan sambal ni. sedap!!! alhamdulillah


sesudah makan laksa sarawak, kami bertolak dari Miri dengan menaiki kereta kawan Ai dan sahabat baik cik Nuril. perjalanan ke Taman Negara Niah mengambil masa selama 2jam dari Lutong, Miri.

jalan yang kami lalui sangatlah tenang. tiada kesesakan lalu lintas. ada sekali tu, masa di satu jalan yg sunyi, tetiba radio kereta ter off dan door lock kereta terbuka. masing2 senyap tak kata ape. Ai anggapkan berlaku litar pintas je dlm kereta tu. tapi sebenarnya masih berteka-teki. jeng jeng...


setibanya di sana, kami pun parking kereta. nak tulis gak?  hihiih


 dua foto ni snap dari dalam kereta.



sebelum masuk ke dalam negara Niah makanya haruslah posing sebagai bukti kami telah sampai di Taman negara Niah, Sarawak. layan. cuba teka Ai mana satu?

yelah yelah Ai yang demoookkkk tu. grrrr




kami ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk. seorang dewasa dikenakan bayaran masuk sebanyak RM10 sahaja. oh ye, jika kamu berniat untuk mengeksplorasi Gua Niah pastikan kamu memakai pakaian yang sesuai. Ai cadangkan kamu:

1. pakai tshirt
2. pakai seluar trek
3. berkasut sukan dan berstokin
4. membawa bersama air mineral botol besar (kalau cepat haus)
5. bawa torchlight atau lampu suluh sebab dalm Gua Niah tu gelap gelita
6. memakai penutup kepala untuk elak kena tahi kelawar


cantek kan?

tak masuk pun muziumnye

ape yang menarik? hidup segan mati tak mahu
shop till the shop drop. hihiihih


peta Taman Negara Niah


ok sila berjalan sikit. ni nak pergi naik bot ni.



ini kak chot. gagah!!! 40-an tapi tenaga kalahkan Ai.
kami ready nak naik bot nak menyeberangi sungai


ini port sebelah sini. port tempat naik

itu pula port sebelah sana. ek eleh naik bot cuma 3minit je. gelak gelak gelak. 
tak sempat pun nak posing dlm bot. hahahhaha. 
oh naik bot ni tiketnye asing drpd tiket rm10 tu. kena bayar rm1 di sini. 
pelik kenapa tak masukkan sekali dlm pakej rm10 tu. hmmm
ko nak untung lebih ke bang?



kau tengok. nak kena berjalan 3km baru boleh sampai ke pintu masuk gua. uwaaaaaaaaaaaaa. 
masa ni Ai sangat2 takut kaki krem or sakit. sbb mmg dah lama gile tak berjalan sejauh ini selepas Ai kena sakit PID tu. tapi takpe, kwn2 ade bg moral support!!!


perjalanan pun dimulakan. ayeen, kakchot n nuril.
gile hepi kwn2 Ai. kau tengok nuril bukan main ko ye
hehhehe


hahaha termasuk tutup lubang hidung. kehkeh. Ai pun nk foto gak!!


yeah inilah laluan sepanjang ke pintu masuk Gua Niah.
diingatkan ini baru permulaan ye.

jagalah taman Negara Niah ni
haiwan pun tak buang sampah merata-rata tau.


posing ala chalie's angel sblm masuk perkarangan pintu masuk Gua Niah. 
kalau kamu rasa kami dah sampai Gua Niah. kamu silap!!!
ini baru permulaan nak masuk ke Gua Niah


nantikan sambungannya esok.



kesian, eh sekian (^_^)














22 comments:

  1. Salam perkenalan. Misi membalas kunjungan ni.. thanks eh sudi jd follower kebun stoberi tu.. teheheheh

    ReplyDelete
  2. selamat datang selamat datang puan stoberi (^_^)

    tq juga sudi follow Ai

    ReplyDelete
  3. jeles gini, bila la nk sampai ke sana? nk tunggu pencen lutut dh tk kuat.... huhu

    ReplyDelete
  4. kakza~ pujuk2 hembus2 sikit encik abang akak tu

    ngeee

    ReplyDelete
  5. wah..bestnya ke sana..hari tu ellen ke miri tak sempat plak ke sana sebab jauh..nak g lah next time..hehe..tak sabar nak tunggu part 2 ni..ada apa dalam gua niah tu...?hehhe

    ReplyDelete
  6. hai ellen,

    selamat datang ke blog Ai.

    next time pergi tau. mmg kena spent satu hari utk explore Gua Niah.

    yaaaa nantikan sambungannya esok pagi (^_^)

    ReplyDelete
  7. sy shuke!!

    bila tgk balik gambar, mmg rase best woo!

    sambung wes sambung

    ReplyDelete
  8. nuril~ kan kan? best kan?

    rindu2 Miri Ai tgk gmbar. syok aaa
    weh lenkali g Miri lagi nak?

    Ai tak puashatilah tak dapat teruskan perjalan ke Gua Lukisan. nk g sana nk masuk gua lukisan pulak.

    (^_^)

    ReplyDelete
  9. salam..

    x pernah makan laksa sarawak tapi amy memang hantu laksa..terliur la pulak..

    ReplyDelete
  10. wslm amy,

    memang sedap!!!!

    Ai pun terliur juga tau.
    haish.

    ReplyDelete
  11. apa ni..sambung2..mencik tau..kekeke..

    ReplyDelete
  12. weh laksa sarawak mmg sedap..ingat putera kamal tak? abg ipar dia ngajar sama aku.. dah 2 kali g open house umah dia..makan laksa sarawak.. mmg sedap..

    ReplyDelete
  13. lieya~ sedap hingga selalu buat aku terliur. yaa ku masih ingat dia. nanti suh abg ipar dia masak boleh tak?

    hehheh

    ReplyDelete
  14. wah best tgk yati jejalan kat srwk..best tgk laksa tue..teringin nak cuba..siap ade smbl lg...kat semenanjung lain kan..bila la berpeluang nak pergi srwk..

    ni dah siri ke 4..siri 1-3 kena terjah jugak ni...

    ReplyDelete
  15. cik tom,

    melancong mmg best!! nk lak pergi dgn sahabat2 tersayang.

    laksa sarawak mmg sedap!!! masih terasa keenakannya.

    yaa terjah jgn tak terjah.

    tq sudi baca blog Ai (^_^)

    ReplyDelete
  16. wah. dah g gua niah. selalu tgk dalam buku teks sekolah je. hehe

    ReplyDelete
  17. affan ruslan,

    kalau ade keupayaan silalah pergi. dan explore semua.

    (^_^)

    ReplyDelete
  18. Rugi-rugi masa posting kat Sarawak tak sempat berjalan-jalan

    ReplyDelete
  19. mohd azrin~ takpe, skrg duit sudah banyak. boleh g terbang ke sana (^_^)

    ReplyDelete
  20. kalo nak kena kirim la kat dia..sbb rempah ratusnya dia selalu beli kat sana..tp lagi best suh kakak dia masakkan ek.. sbb kalo masak sendirik tak sdap..hahaha alasa..

    ReplyDelete
  21. Pent tak masuk gua ni? Macam penat je. Nk g ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la. harus peruntukkan satu hari utk explore Gua Niah ni.

      Delete