Ikut AiTotYati

10.8.10

SIKAP IKAN SIAKAP



wah intro je dah letak lambang Guru Cemerlang. kaitan?

Ai merupakan penyelaras data SMM. ala data yang melibatkan pelajar tu. al-kisahnya, Ai kena harus, wajib menghantar laporan jumlah pelajar ke PPD pada setiap awal bulan. ini bagi mematikan data bilangan pelajar adalah tepat. jadi pada minggu lepas semasa mesyuarat seluruh warga  Ai telah mengedarkan senarai SMM beserta data yang harus dikemaskini kepada orang yang terlibat termasuk insan yang bergelar Guru Cemerlang.

mereka diberikan masa selama 5hari untuk mengedarkan senarai SMM itu kepada pelajar dan memulangkannya semula kepada Ai.

namun ada beberapa orang rakan sekerja yang memberikan jawapan yang tak munasabah macam tak logik je. yang boleh membuatkan orang yang mendengarnya membuat pertikaian

jawapan itu ialah:

"Ai, kertas tu saya bagi pada awak minggu depan ye. semalam dengan hari ni saya takde kelas dengan pelajar so tak boleh nak bagi kertas tu pada pelajar untuk semak. esok baru saya ada kelas dengan mereka"


dan jawapan itu keluar dari insan yang bergelar Guru Cemerlang ok ye memang mereka juga manusia biasa tapi they have to be the good role model
layakkah mereka memegang gelaran itu?


perkara simple. pada pendapat Ai kalau tak ada kelas dengan pelajar pun, boleh sahaja minta tolong pelajar lain untuk panggilkan ketua kelas. minta ketua kelas serahkan pada pelajar lain untuk semakan. guru cemerlang tak boleh nak pikir benda senang macam tu ke? nak jugak aku guru biasa ni yang nak usulkan cadangan?

maaf, Ai tahu bukan semua guru cemerlang begitu. hanya segelintir sahaja.

tapi layakkah guru yang bersikap begitu diberikan gelaran guru cemerlang?

4 comments:

  1. Salam Tot,
    Selamat berpuasa buat Tot sekeluarga :)
    Ijan

    ReplyDelete
  2. adakah itu hujah yang sama dari org yg same..?
    saborlah deh.
    mmg dugaan jadi org-cemerlang-bekerjasama-dengan-staf-cemerlang. woha!

    ReplyDelete
  3. ijan~ selamat berpuasa (^_^)

    nuril~ hujah dari guru yang dianugerahkan guru cemerlang. dia memohon untuk menjadi guru cemerlang dan permohonan berjaya. orang tu mohon dan nasib dia baik sbb takde ape2 pemantauan terus dapat title tu. ni batch penghujung 2008. syarat utk jadi guru cemerlang ni ketat tapi sbb thn tu longgar maka ramailah yg dapat. dengarnya sebab nak penuhkan kuota je -_-"

    ReplyDelete
  4. sabar..sabar.. itu namanya tak menghargai anugerah yg dh diperolehi..

    ReplyDelete