Ikut AiTotYati

10.6.10

AKU BUKAN PATI TAKDE SIRI

3hari Ai 'mandom' kat dalam rumah. tak keluar (eh ade keluar g jenguk jiran yg datang jenguk umahnye. ala dalam entry sini Ai ada cerita). 3hari mandom sbb hubby Ai tiada dan jugak Ai study utk PTK. percaya? :P

you all.. mandom tu bukan makan papadom dengan banyak tapi kamu akan macam jadi insan kesunyian sebab takde kawan. whoaaa!!!

dipendekkkan cerita pagi tadi Ai selamat menduduki PTK. hbs PTK pecut kereta ke rumah sambil calling calling cik Nuril. Ai sampai umah terus goreng mee. sambil goreng-goreng dapat call pulak dari opis sekolah.. Ai kan guru data SMM yg cemerlang maka sbb PPD hantar surat ke sekolah utk collect data maka Ai kenalah datang ke sekolah. data SMM tu Ai simpan di dalam laptop kepunyaan kerajaan malaysia yg Ai tinggalkan di sekolah.

masih di rumah, lepas hbs sembang gossip sikt2 n mkn, cik Nuril ke opis then Ai tunggu hubby. Ai nk ke kedai foto amik gambau pasport. sbb dah jadi member kt situ makanya dapatlah buat 8 keping dgn harga RM8 dalam masa 10 minit shj. (murahkan?)

kami terus menuju ke IMI melaka (imigresen lah). di sinilah kengerian Ai bermula.

1. masa nak isi borang dah kena himpit dengan ibu beranak 4. sbb die ibu makanya Ai beri laluan pd dia dulu. tempat nk menulis bagi pd dia. tolong dia. jwb bila dia tanya. Ai pulak? asyik terganggu dgn ibu beranak 4 ini so lambatlah sikit.. kan? takpelah tolong orang (^_^)

2. masuk dalam IMI nombor Ai dipanggil. semua setel kecuali cap jari. Ai ada masalah sikit dengan cap jari ni. cik adik manis berkontek lens mata kucing meminta Ai ke JPN melaka utk ambil borang yg mengesahkan ada mslh dengan cap jari. Ai tanya borang apa? cik adik manis kata cakap je dengan JPN, mereka tahulah.

3. terus ke JPN, tanya dan ambil nombor. dapat nombor 1219. lagi 8 orang masa  Ai tunggu tu. so bila sampai turn. Ai ceritalah masalah Ai. "pihak IMI perlukan pengesahan dari JPN mengatakan bhw Ai mempunyai cap jari yg bermasalah" 
cik abg JPN buleh tanya Ai, "IMI suruh ambil borang ape?"
sumpah rasa mcm nk bunuh cik abang JPN tu. ape ke bangang tak phm ke cerita aku? ulang:
"Ai nk buat pasport tapi sbb ada masalah cap jari Ai kena ke JPN utk dapatkan pengesahan. borang ape yg saya perlu isi?"
cik abang JPN suh Ai tanya semula ke IMI. ape yg sebenarnya IMI nak. aduyai. masa ni Ai dah mcm singe ke ape tapi tetap maintain cun. sabar.

4. patah balik ke IMI melaka. kali ini Ai minta cik adik manis berkontek lens mata kucing tuliskan di atas kertas. dan tuliskan sekali plan B. in case ape2 hal.

5. pergi semula ke JPN. jumpa semula cik abang lampai JPN. so cik abg lampai JPN suh Ai ganti mykad isi borang KP 11. weh ape ke hal aku nk kena ganti mykad? lainlah kalau mykad Ai hilang/rosak ke, cip rosak ke? ini pasal data Ai aje. masalah cap jari je. takde ke borang yang boleh mengesahkan perkara ini? setahu Ai, sebelum ni ade masalah juga kat kwsp. cuma isi borang KP12 kat JPN je. takde banyak cengkadak mcm ni pun. sebab malas cakap makanya Ai pun buatlah mykad sedangkan mykad Ai cantik menarik tertarik masih lawo heh. tapi Ai buat jugaklah. yelah kang tak dpt pasport kang. Ai sayang nk tukar sbb mykad Ai takde caacat celanya. plastik terkoyak pn takde tau. nak pulak muka tu muka umur 18tahun muka muda remaja jerawat memang ade :P


6. Sbb dah zohor n perut pun dah lapo maka blk ke rumah kejap. usai solat n makan segera ke IMI semula. oh sbb Ai dah takde mykad maka kena potostat surat beranak. sampai IMI terus ke kaunter dan serahkan borang. so di sini Ai tanya semula dengan cik adik free hair berekor kuda aka pny tail, jawapan IMI "sebab JPN tak buat remark yg kami tak perlu scan jari awak"

pergh menyirap je Ai. lepas dah setelkan degan IMI Ai ke JPN semula utk bertanyakan hal ini sebab kalau disimpulkan daripada pernyataan mereka ni, Ai tak dapat nak teruskan buat pasport/renew pasport sebab  ada masalah cap jari. so kena tukar data di JPN. masalahnya cap jari Ai ni memang akan berubah-ubah sbb mmg dari kecik mcm tu. Ai punyai kulit tapak tangan yg MAHA sensitif yg akan menggelupas kalau terkena serbuk pencuci, ayam, habuk dll.

dan kesimpulan lain ialah, lepas ini jika Ai nak renew pasport Ai kena buat mykad sbb itulah ayat cik abang lampai JPN tadi. bak kata dia, itu prosedur. prosedur ape tu. takkan tiap kali renew pasport nak kena buat mykad? mcm tu baik aku hilangkan je mykad aku? tak gitu? * tgk.. bila marah dah jadi aku.


namun di sebalik itu, Ai telah sedar sesuatu. tertera di kad pengenalan sementara Ai rekod renew lesen memandu. atas sekali tertulis :

28/5/2008 - 28/5/2010


hari ini berapa hari bulan? 10 JUN 2010.


dan Ai telah memandu tanpa lesen yang sah selama 13hari. whoaaa!!!!

mujur tak kena tahan polis. so sesambil tunggu pasport disiapkan Ai pun ke JPJ renew lesen. kali ni buat yg 3tahun pulak (kos : RM90). so tarikh lesen memandu mati tamat akan datang ialah pada 10 Jun 2013.

selesai renew lesen dengan gambo pasport yg baru (ehem) terus berkejar ke sekolah. Ai malas nk bw laptop tu blk umah so trs je on kat situ dan print ape2 yg patut. buat eksport data segala dan nyah kau. hamekkkk.... pelik kenapa kadang-kadang ade org tak peka dengan cuti sekolah (ye Ai tahu cuti sekolah tak bermakna guru cuti tapi mujur Ai belum pulang ke kampung. kalau dah pulang camne? alamatnya adelah mangsa-mangsa yg akan diminta tolong utk eksportkan data dan printkan lamiran pengesahan)

perjalanan kembali ke IMI utk mengambil pasport yg siap menyebabkan Ai terserempak dengan kereta cik NURIL. kaitan? saje je nk nyatakan di sini.

masa nk collect pasport, terserempak dengan cik adik berkontek lens mata kucing lagi. dan dia menyapa Ai. tanya tentang masalah. Ai kata lepaslah kalau tak pasti tak collect. oh plan B? yg cik adik kontek lens mata kucing bagi ialah buat cabutan surat beranak di pejabat kelahiran. tapi Ai tak buat cabutan pun sbb Ai lahir di selangor dan Ai di melaka. tahu berapa lama mas diambil? seminggu...... bukankah data tu online?

oh berbalik kepada cerita mykad Ai dan cap jari... Ai masih tak puashati. Ai nak solution yg mudah.Ai bagitahu IMI takkanlah setiap kali nk renew Ai kena buat mykad? so cik adik berkontek lens mata kucing cuba selesaikan pertnyaan Ai itu. penyelesaian? Ai kena minta surat pengesahan dari doktor yang menyatakan cap jari Ai rosak. alahai... yg Ai ke JPN tu buat apenye? JPN tak bolehkah simpan rekodkah? sedangkan sblm ini Ai mmg dah pernah buat cabutan di JPN?

malas pk banyak. so lepas ini jika nak renew pasport Ai akan minta surat pengesahan doktor. oh  cik adik berkontek lens mata kucing telah tunjukkan pekeliling/nota yg menyatakan tentang masalah cap jari ini. so Ai yakin itulah penyelesaiannya. bukannya kena tukar mykad setiap kali nk renew pasport. gila!!!

terima kasih kepada cik adik berkontek lens mata kucing dan cik abang lampai JPN!!!! * tafsirlah sendiri TQ ikhlas ke perli ke suka ke ape ke :P

 

7 comments:

  1. sungguh i dapat menghayati watak2... dgn lokasi lagi!

    sungguhlah tabah kamu kesane kemari.. huhuhuks

    sila buh gambar pasport dalam entry ni pls :P

    ReplyDelete
  2. ngeh ngeh.. banyak betul rintangan. ekekekekek tapi demi S&B aku gagahkan jugak.

    blk dr cuti-cuti malaysia ku bubuh ye
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. huhu terang dan jelas cerita ko ni.. ;) mudah aku paham..
    kalau aku kt tmpt ko, mesti dh berapi2 la..benda senang pun nak dibesar2kan..yg pntg ko ade ic mesia, maksudnye ko mmg rakyat mesia..masalah cap jari ni patutnye msk dlm list expected issues/probs to rise masa nk wat pasport.so just prepare satu form n pi jpn utk pengesahan aje..tkpun deorg online kan, just kasik form n sahkan ajekla..ni dahla instruction tk clear suruh org sai'e plak...fuhh, aku plak yg emosi ngehngehngeh :D

    ReplyDelete
  4. hehehehe bagus anak murid paham :P

    ni jugak buleh jadi panduan utk sape2. aku setuju cdgn ko tu. prepare satu form kan mudah.;agi mahu buat mykad baru.

    takpa takpa kita tgk lagi 2tahun lps passport aku mati. ape jadi seterusnya. ekekekek

    ReplyDelete
  5. Kalau akak, mmg dah kene SOUND dah cik adik kontek lenz mata kucing ngn abang lampai tu!Stupid procedure.

    ReplyDelete
  6. Baru je lepas kena masalah yg same. Dah mcm bola lak. IMI siap suh minta surat pengesahan dri JPN...last2 IMI bg alasan surat x boleh gune. Kena gak tunggu I.C baru siap. Sebab problem cap jari I.C siap 2 BULAN! Yg kite dah nak fly 2-3 hari lgi. Sebal je. Rase bodoh yg teramat.

    ReplyDelete