Ikut AiTotYati

30.1.10

PENDIDIKAN SIVIK ITU SANGAT PENTING!!! SANGAT!!!!

aku tak suka orang yang merokok. maksud aku... bukan aku tak suka orang itu tapi aku tak suka orang yang merokok di tempat awam. lepas tu suka2 hati nak hembus asap kat orang lain.

macam tadi kat mydin mitc ayer keroh tu.. terbantut hasrat aku nak minum jus jambu dengan aman. sebab staf2 mydin sendiri merokok kat tempat terbuka tu. tempat tu ada sign


pergh mereka beramai2 duduk di kawasan itu seperti ada keraian perokok. berkepul kepul asap kat situ. baguslah tu tunjukkan contoh pada kanak2 dan remaja. di situ ada wifi free tapi jika dah makhluk2 perosak diri sendiri tu buat port bagaimana org awam nak gunakan kemudahan yang disediakan?


dalam hati aku memang menyumpah nyumpahlah... buta ke ape bodoh ke bangang? sori jika entri ini macam keras tapi aku geram... kau nak merokok nak bunuh diri kau kau punye pasallah kan.. tapi janganlah heret org2 yg tak merokok sekali. sign "NO SMOKING" tu bukan kecik tapi besar... besar gedabak dari jauh pun dah buleh nampak. tapi aku rasa staff staff mydin tu (oh dikenali melalui baju mydin darkblue lengan kuning yg glamer tertulis mydin tu lah) bodoh kot. yelah jika pandai takdelah merokok. nak buat camne dulu masa sekolah taknak belajar bahasa inggeris betul2... perkataan "no smoking" pun tak tahu terjemahkan....aku nak cadangkan pada pengurusan mydin supaya tukar sign "no smoking" kepada "DILARANG MEROKOK LA BODOH" hahahahahah. serius tadi aku dah emel mydin tenatng perkara ini. kite tunggu ade tak respon.


so kepada perokok sekalian.. korang nak merokok dipersilakan tapi hormatilah privacy orang lain. teringat iklan kuih karipap tu. alaaaa iklan yg org tu dok nak masukkan kuih dalam mulut perokok tu tapi die taknak. well perokok, macam tu jugaklah kami rasa apabila anda merokok dan berlagak macho hembus asap rokok sedangkan tempat itu telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

22.1.10

APABILA SIFAT MENJADI SIKAP MAKA PATUT DILANGGAR DENGAN TRAK PIKAP!!

makin hari aku makin tak berapa nak suka dengan makhluk ni

oleh kerana dia aku dihumbankan keje dia dengan alasan die tak pandai buat. halloooo aku dulu masa mula2 dapat tugasan tu pandai ke? belajarlah buat dari pengalaman
oleh kerana die nama aku dah masuk ke ingatan pengetua sbb dia tak dtg sekolah mc, relif dia aku tak dapat tapi rupanya aku yg kena relif dia
oleh kerana dia aku pulak yg die msg suh tuliskan nama kat papan putih


oleh kerana yang pertama itu takpelah aku consider dgn harapan dapat menolong dia
oleh kerana yg kedua dan ketiga tu dah buat aku betul-betul naik angin macam ape ke halnye yob?

tapi aku dengan jujur tulus ikhlasnya dah balas oleh kerana dia yang ketiga tu... lebih kurang gini bunyinya: "wslm. sebenarnya apabila seseorg guru itu mc maka adalah menjadi tanggungjawabnya utk maklumkan sendiri pd sekolah. sila telefon opis antara jam 7.00- 7.30pagi. nombor telefon opis ialah 06............ harap maklum."
nasiblah kan ko msg aku mlm2 buta aku nak tido. selama ini aku mc telefon sendiri opis minta tlgorg di situ naikkan nama.

oleh kerana yg kedua tu telah mencemar nama aku. aku jenis yang tak berani tak masuk kelas jika dapat relif. sape yg suka relif? tapi oleh krn itu adalah tjwb maka bila dapat kertas relif ataupun panggilan telefon dari opis maka pasti aku akn tunaikan. masalahnya oleh kerana dia mc dan lambat beritahu maka guru kanan pun lambat buat relif n org opis terlupa nak tepon aku. so bile pengetua round nampak kelas yg pelajarnya berkeliaran maka akn ditanya mana guru relif maka dah tentulah guru relif yg kena. aku tahu pun dari guru lain yg tanya nape aku tak masuk kelas tu. seedangkan aku tak dapat pun relif itu?

aku tak kisah kau nak berlagak tak matang tapi tolonglah matang sbb kau dah kwen. bukan bermakna org tak kwen tak boleh matang tapi kenapa selalu tindakan kau menyusahkan aku? kadang-kadang aku rasa macam nak swing je kau supaya sedar dari lamunan. tolonglah... dunia ini bukan kau yg punye! kau nak manja dengan laki kau, dengan mak kau tu kau punye pasal! tapi kat sekolah kau kena buat kerja macam org lain buat kerja ok!

18.1.10

39.2 DARJAH CELCIUS

last aku demam panas adalah pada tahun lepas. buleh rujuk entri ini. nampaknya tahun ini bulan pertama sudah demam lorrr. sebenarnya takde hint hint yg aku akan demam. if dulu adalah gak sign batuk selsema, ni mmg on the dot je.


sebenarnya masa hari ahad tu belakang paha kaki kanan aku sakit. korang tau kan aku ada PID. apa itu PID boleh rujuk sini. so disebabkan sakit tu aku tuamlah dengan hotpack. dan lama2 sakit tu hilang. lepas dah hilang so kami pn berangkatlah le umah makcik suamiku di muar.


oh oh di sana black out semasa kami tiba. tapi walaupun black out keadaan dalam umah tak panas. rasa nyaman je gitu. oh kami ke sana sebab nak tolong settingkan router yg baru dibeli oleh suami makcik hubbyku. so sambil hubby setting router aku pun mainlah dengan sepupu hubby ku yg paling kecil. cuma aku nak tergelak dengan pertanyaan sepupu hubbyku yg kecil itu. alaaaa dia baru darjah 2. lagipun budak2 mmg telus dan jujur. korang nak tau apa dia tanya aku?


"kak yati kak yati, kenapa kak yati tak mengandung lagi?
kak yati tak boleh mengandung ke? lambat sangatla kak yati ni nak mengandung"



oleh krn dia kanak2 riang maka dengan hati terbuka aku pun jawable,


"apa kata yin doakan kakyati sekarang. doakan kakyati dapat baby kembar ke?"


aku usik dia sambil minta dia tadah tangan dan kami aminkan bersama-sama.
iye mmg kelakar saat itu.


dalam kereta on the way balik ke melaka aku ceritakan perkara itu kepada hubby. hubby aku gelak je. dan aku imbas kembali masa bulan puasa tahun lepas. masa tu kami datang ke sana untuk berbuka puasa. ok tahun lepas si kecik tu darjah 1 lah kan? si kecik tu lontarkan pertanyaan ini:

" kakyati ni datang nak makan aje ke?"--->makan tu merujuk pada berbukalah.

hahahahahaha. kami terkesima nak gelak pun ade.

16.1.10

JANGANLAH CIKGU

tahun ini aku mengajar kelas 5EE2. pelajar2 kelas ini senang nak diurus dan mendengar kata. tapi bukan semua pun yg baik. mesti ada nakal2 sikit tu biasalah kan. so dalam kelas ni ada 5 org pelajar gitu yg suka nak diberi perhatian. aku spesis yg suka hafal nama pelajar so mmg dah lekat dah nama mereka ni dalam memori ingatan aku.

jadi semalam proses P&P bermula, tiba-tiba si shafie ni minta izin aku utk ke toilet. pada aku tak jadi masalah. silalah kan.... yg jadi menjadi tanda tanya tu dia heret sekali 'pelopak' dia.

oh pelopak ialah pencil case. org melaka panggil bekas pencil sbg pelopak. jadi aku pun konpius. so sebelum dia keluar tu aku tahan jap dia kat pintu. aku minta dia tinggalkan pelopak dia dalam kelas. tapi dia berdolak dalik. taknak tinggalkan. aku pujuk elok2 pun tetap dia taknak tinggalkan.

jadi aku pun dah syak maybe ada 'sesuatu' dalam pelopaknya. memanglah dalam fikiran kita mesti sangka ada rokok. oh kan rokok sinonim dengan pelajar lelaki yang sedang meningkat remaja gitu.

jadi aku terpaksalah memaksa shafie menyerahkannya pelopaknya. tapi sempat dia pesan pada aku jangan terkejut dan jangan cakap kuat-kuat depan kawan-kawan dia. aku konpius lagi sekali. mujur aje konpius aku tu tak tahap dewa, kan? peliklah pelajar ni. tapi sebagai seorang guru yang berdedikasi aku terpaksa juga melihat isi kandungannya. takut dia merokok dalam toilet je.

aku berdebar

berdebar

zip pelopak dibuka

dan terpaparlah isi dalamnya

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

agak-agak apa isi dalamnya tuh?

boleh teka?

salah


salah


salah


cuba lagi




hahahahahahaha... memang takkan kamu sangka



ada bekas contact lens


rupanya si shafie ni nak pakai contact lens.

hahahahahahahahahahaha.....
malu rupanya dia dengan kawan-kwan dia if mereka tahu dia pakai CL.

haish, itupun nak malukah?

fikir :D

12.1.10

AKU TAU AKU KENA TABAH

keje adhoc bertambah tambah
itulah aku dari dulu sangat menyerlah

semua org yg menggelabah
cari aku utk jadi tunjuk arah

padahal mereka tidak tahu aku bersusah payah
untuk jadi kuat dan lebih tabah

kepala pening fikir bagai nak pecah
tapi tetap tak boleh blah

hari ke hari aku mesti makin tabah
ahhhh sajak pun macam apa ke jadah
aku fed up lah

sigh :<

10.1.10

CERITA SATU RINGGIT

aku keluar dari kereta
aku lihat tiada orang

aku masukkan tiket
aku masukkan jcard
aku masukkan note rm10
tak boleh
aku msukkan note rm50
tak boleh
aku ulang langkah
masukkan notes tu semua
tak mahu juga
aku try nak tekan keluar parking tiket tu
tak boleh

aku panik
aku nak tepon hubby
tapi die tgh on the phone dgn client nye
aku pusing belakang
barisan dah panjang

aiyak
aku pandang belakang aku dan minta tolong lelaki itu
aku cakap

excuse me sir
may i borrow RM1 ?
i'll pay u afterwards

laki cina tu kata
it's ok
just take it

dengan duit pinjam itu
tiket aku lepas
aku segera bergegas ke kereta

buka bekas yg simpan syiling syiling
capai 2 keping syiling 50sen
mata aku melilau carik laki tu

oh aku nampak dia
aku jumpa dia
aku hulurkan syiling itu
dia kata
never mind it's ok
just take it
aku geleng
aku cakap
no sir i just want to borrow
let me return it back
dia hulur tangan
aku terus bagi syiling 2keping itu
dan ucap
thank you sir
sambil berlalu dan tersenyum

oh mesin parking kereta jj seremban 2
kenapalah kau tak nak terima notes aku?

p/s: kejadian ini tidak pernah berlaku di jj ayer keroh.
hahahahahaha. maybe sbb tempat sendiri kot

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

aku tak alim tapi aku tahu. yang haram tetap haram, halal tetap halal.

matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

jangan tanya aku.

lihat sekeliling anda. fikir :D

8.1.10

SENYUMLAH SENYUMLAH

lepas P&P aku bergegas ke opis. tak gegas pun mcm biasa jalan pengantin :D
spt yg aku plan telah dpt jumpa bos hr ni. lps diskusi bos suruh terus je amik brg. sampul surat 4oo keping n setem. tapi setem aku kena beli sendiri. dah amik duit dr peti tunai. setem kena bli kt pos opis 330 keping... iye 330 keping. aku kan cikgu multi tasking.... kenalah proaktif. oh tujuannye? nak pos surat pengaktifan sms sekolah. tau jelah pelajar2 ni. bagi surat tu pd mereka tp tak sampai nye pd penjaga. so aku cdgkn pd bos utk pos direct ke rumah mereka. bos setuju. so next week aku minta tlg studentlah utk isikan surat dlm envelope dan tampal setem. alamat pelajar maka kena pas pd guru kelas spy minta tlg pelajar tulis alamat mereka sendiri. hihihihihi. tapi guru jgn bagitahulah apa isi dlm sampul tu. if not ada pelajar yg sorok lak surat tu if dah tiba di umah mereka nanti.

ok berbalik cerita psl setem. aku decided nk ke PP AK je. aku masuk tekan number keluar 1231. aku tgk kt kaunter baru nombor 1210. gile lama nak tunggu. aku nk beli setem je. so aku tanya pd kaunter jelah. mana tau tetiba mereka takde stok, buang masa je aku wait lelama.

lps kerani kaunter tu kata ade maka aku pn nak carik port duduklah. aku nampak kerusi paling belakang dekat dgn dinding tu kosong. aku pn ddklah tepi seorg wanita. cantik menarik tertarik kau mmg tembam (nabil pinjam ayat heh). aku senyum pd org tu. die senyum pd ku jua. tiba tiba...

dia: nombor brp? (die senyum)
aku: 1231 (sambil balas senyum)

dia hulurkan kertas nombor gilirannya pada aku. tertera 1224. aku yg tak paham pun cakap,
" takpe, dah amik ni"


dia: takpe ambillah. kwn saya dah tlg saya tadi.


aku kan spesis yg suka terkedu.... so senyum, ambil kertas dan ucap terima kasih. perempuan itu terus berlalu (agak misteri bagi aku)


maka setelah menanti hampir 20minit turn aku pn tiba.


satu dua dua empat kaunter 1 (style bunyi kaunterlah :P)


aku kan jalan pengantin maka jalanlah aku macam pengantin. hihihihihi. dahle aku duduk hujung cni, kaunter hujung cna. kalaulah boleh aku berlari. kerani pos tu macam terkejut je bila aku sebut, "setem 30 sen 330 keping"

dia ulang, "330 keping ke 30 keping?"

aku senyum dan katakan, "330 keping cik"

hulur note rm100 dapat baki rm1 (yelah takkan dapat baki rm50 pula)

dia bagi aku 330 keping setem. aku kira kt tepi kaunter lepas tu aku fikir. ni nombor aku yg asal ni nak bagi sape ni? dan kemudian aku mula memandang ke arah penonton dlm tu (org2 lain dlm tulah).

aku mula senyum. aku terus menuju ke arah seorg wanita cina.

aku tanya, "nombor berapa?
dia jawab, "1245"


aku hulurkan kertas nombor aku sambil berkata, "ambillah"
dia terkedu tapi tangan mengambil kertas tu sambil berkata, "TQ ya"
aku senyum, "u r welcome" sambil berlalu keluar.


misteri tak?


soalan: kenapa aku pilih perempuan cina?
jawapan: sebab dia yg balas senyuman aku masa aku dok scanning kt kaunter tu. hihihihihihi. senyum itu sedekah. kan dah dapat nombor giliran yang lebih cepat gitu. jadi senyumlah senyumlah ahai cik mek molek :D

6.1.10

LALU AKU PUN TERKEDU

rutin biasa di sekolah. lepas P&P maka harus berkejar ke sana ke mari buat urusan2 lain. opss aku takdelah berkejar tapi berjalan dengan perlahan. pertanyaan mcm "lambatnye jalan?" tu dh biasa. aku senyum je. dalam hati lagi mau tanye ke? takkan aku nak berlari pula?

hari ni mengadap bos paling besar. siapa lagi jika bukan pengetua aku. tujuan mengadap nak endorsed surat panggilan meeting, fotostat then serah pd dia. semalam pun aku mengadap dia pasal borang SMM. esok aku dah plan mengadap dia lagi nak endorsed surat makluman sms sekolah pula. iye.. setiap hari aku kena bahagikan urusan2 tertentu sbb aku adalah penyelaras data smm, penyelaras sms sekolah, penyelaras... bla bla bla bla. next week aku dah plan utk mengadap psl makmal siber lak. uwarghhh hari2 ada agenda yg perlu diuruskan. so tadi lepas explain segala aku dah ready nak kuar dr bilik dia sampailah aku tanya pd bos,

"tn hj. kalau barang yg kite minta dari last year tak dapat. this year nak guna borang baru or guna je borang lama tu?"

aku saje tanya. if die kata guna borang baru takde masalah. aku isi je. then dia tanya balik,

"awak minta ape tu?"

aku jawab, "minta fail utk unit ICT. nak wat filing"

bos pun kata, "awak tunggu kejap" lalu dia pun terus keluar dari biliknya membiarkan aku terpinga-pinga. aku rasa hampir 10minit aku tercangak sampailah aku berkira-kira nak keluar je dari biliknya memandangkan urusan aku dah selesai. namun ada sesuatu membuatkan aku terkedu....

sila bayangkan: BOS KORANG MASUK KE DALAM BILIK DENGAN MEMBAWA 6BUAH RING FILE WARNA PUTIH SAIZ 2 INCI SETIAP SATU

aku terkedu. speechless.


bos tanya, "apa lagi yg awak minta tak dapat?"
spontan jawab, "disket"


bos keluar lagi dan masuk dengan sekotak disket.
bos tanya lagi, "ada apa2 lagi yg belum dapat?'

aku jawab, "takde tn hj. terima kasih tn haji" --> gaya macam budak kecik dapat duit jajan. hahahaha

sebenarnya, bos aku tu baru berkhidmat di sini start thn lps. so byk ragam yg beliau masih belum nampak. so thn lps masih dalam proses pembelajaranlah. thn ni maybe dia dah nampak bhwsanya org yg jaga stor @ yg uruskan barang2 yg kita minta utk kegunaan sekolah tu agak2 lemau (lemau di sini bermaksud mmg susah nak dapat barang tu sbb byk alasan dia bagi sampai kau jemu lalu kau guna je duit sendiri beli barang-barang tu). so aku rasa bos berang dengan perangai orang tu yg lemau (ti, tak baik burukkan orang. err tak... aku cuma nak terangkan keadaan nape aku boleh dapat fail n disket tu dgn spontan). tapi bagus gak kdg2 tanya spontan ni eh. terus buleh dapat brg tu. menarik :D

p/s: aku tau korang akan kata, heh ada pakai disket lagi kah? dah maju lah ti...
meh aku jawab, sebab nak buat proses import/eksport data sistem maklumat murid mmg guna disket. kite menurut perintah je....

5.1.10

GAMBARAN ALAM MAHSYAR

dapat dari emel yahoo. mari kita kongsi. dulu2 ustazah pun cerita macam ni. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :D

Sebagai peringatan bersama...




Gambaran ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang
yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah
pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka
hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi
dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

NASIHAT AKU UNTUK PARA PELAJAR

" jika kamu hadir ke sekolah untuk melanggar peraturan sekolah atau berlaku kurang ajar dengan guru maka kamu hendaklah meminta penjaga kamu mendirikan sekolah kamu sendiri. di sekolah ini, kamu terikat dengan peraturan"

itu bait-bait puisi yang menerjah corong telinga gegendang telinga pelajar 5EE2 hari ini. hari ini baru masuk kelas. well jangnlah jeles kan... selagi form4 belum mendaftar maka ada sikit rilexlah dari segi pengajaran. tapi honeymoon tu sampai 25jan je. tapi aku tak honeymoon pun. banyak lagi kerja yg nak dibereskan. apa lagi jika bukan tentang sistem maklumat murid. data2 tingkatan 5 harus diselesaikan sebelum tingkatan 4 mendaftar pd 25jan. begitu juga dengan sms sekolah. alamak aku blm call mypressto lagi. erk soklah aku usha portal tuh.

eh.. ape aku ni. nak cite pasal 1st day teaching. ok sambung.

so tadi dah start mengajar modul 4 iaitu energy. mujur segala bahan2 pengajaran & pembelajaran (lepas ni refer as P&P ok) dah aku buat sepanjang 2tahun lps. so kira start tahun ni aku hanya perlu baiki mana2 yg patutlah. pd pendapat saya sebagai seorang guru yg menggunakan sepenuhnya ICT, ICT sangat2 memudahkan kerjalah. nak show video ke, ppoint ke, soalan ke... semualah... sangat mudah. sebab itulah aku takkan pergi ke kelas tanpa laptop kesayangan. masa mula2 mengajar aku gunakan laptop sekolah tapi sejak thn lps aku bli netbook yg amat ringan- sesuailah utk aku yg begini keadaannya. jap cari gambar lappy ade tak.
haaa tu amik kt website mana ntah lupa lak. mcm gitulah lappy eden. beratnya cuma 800g shj. dan jika aku bw tanpa begnya maka nampak mcm aku bw kertas puteh je. bajet suci lah. 12januari ni befdeinya yg pertama. nak beli kek ape ye? ok biol lah kau.

ok selain bahan2 P&P yg telah tersedia, aku juga telah membuat RPH dlm bentuk softcopy. hehehehe. jadi eden cuma hanya perlu edit2 mana yg patut. print dan tampal. aku mula teruja nak buat gitu lepas tgk hubby buat. apalah ko ni hubby jadi cikgu lambat tapi die lebih kreatif. well hubby MMU student haruslah die tu klu buleh semua nak print out n save dlm pc. ish tadi aku nak cite psl 1st day teaching nih.

biasalah aku bila 1st time masuk kelas harus nampak mcm 'cikgu ni mcm garang gile lah kwn2 so kite kena fokus'

hahahahahaha. itu feedback pelajar2 yg dah lepas. sebenarnya aku adalah seorg yg sporting tapi tegas. trylah tongkat dagu dlm kelas aku kalau tak kena ****** bukan cikgu yati heh. semua pelajar diwajibkan membawa buku nota, buku teks dan kulat kulat. aisey kalkulator lah!!! :P
2barang yg mesti ada sewaktu kelas applied science. so far alhamdulillah P&P lancar dan pelajar gembira. mana kau tau. hahahahaha

3.1.10

KALAU DAH BERAT TU TURUN JANGAN MIMPILAH NAK MAKAN YANG ENAK ENAK

hari rabu yang lepas aku teringin sangat nak makan

sizzling yee mee.( kredit to address dalam gambar to ye)

jadi kebetulan nak ke tesco tengok kot2 ada swimming suit muslimah, kami pn nak makanlah di food courtnye. tapi niat terpaksa dibatalkan kerana aku lihat pengendali makanannya sangat selebet dan selekeh, muka bukan rakyat malaysia yang seperti tidak mandi, rambut panjang dan senang cerita macam tak seleralah ko nak makan kat situ. jadi terpaksalah ubah menu cari pengendali makanan yg bersih. so belilah:

wantan mee (foto kredit to ~ mcm yg korg boleh nampak tu ye)

tapi wantan mee nya rasa tawar gile macam tak letak garam langsung!!! so ape yg aku mkn macam sengaja masukkan meggi mee yg baru dicelur melalui anak tekak korang. tapi sbb lapo yg amat maka makan ajelah. tapi sambil makan sambil ngomel kat hubby pasal ketawaran itu.



jadi hari ini kebetulan keluar utk membeli brg kelengkapan ke sekolah aku ajak hubby mkn kat food court jj lak. aku pn orderlah sizzling yee me tu setelah melihat tahap kebersihan 'A" dan setelah mengusha pengendali makanannya (ok melayu yg suci murni berapron, rambut pendek, bersarung tangan~ eh racist kah aku?).

dan setelah order sampai aku makan dengan begitu berselera. namun selera terbantut sebab.....

sebab... sebab..... yee mee itu sangatlah MASIN!!!!! gile buleh kena darah tinggi aku!!!! tapi setelah selesai makan aku berfikir......


fikir


fikir


fikir


TUHAN KATA KO KAN DIET SAPE SUH TERGEDIK GEDIK NAK MAKAN YEE MEE? BANYAK KALORI WEH!!!! LAIN KALI MAKAN BUAH-BUAHAN AJE YE...

setakat hari ini aku telah hilang 6kg. sekian terima kasih.






2.1.10

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP YG BOLEH MENYEBABKAN KAU DITAMPAR

anda suka bercakap?

bercakap tanpa hala tuju?

lebih baik anda diam kerana jika anda bercakap n tunjuk lagak pandai tapi anda macam tin kosong adalah seperti telur ayam yang bergolek dalam tin lalu pecah di atas lantai.

cakap banyak banyak tiada gunanya. berdiam lebih baik. berdiam bukan tanda kalah tetapi sebab malas nak bertekak. cakap dengan orang yang macam pandai memang hampeh.

jangan terasa hati sebab memang orang itu tidak berguna.

well.. tin kosong.. what do u expect?

LADY IN RED GIVE AWAY CONTEST



hari ni melepak je kat umah. ada gak jalan2 tapi jalan2 jenguk blog orang. tetiba terjumpa satu blog ni yang menganjurkan LADY IN RED GIVEAWAY . Oh tuan punya tanah yang menganjurkan ini ialah http://firahadifa.blogspot.com

saya teruja dan nak sangat mencuba!!!! saya petik ayat dari blog itu:

Sesiapa yg nk hadiah dari UK , bleh la join giveaway nie... giveaway nie sebenarnya di anjurkan oleh my Bro and his fiance yg mencari rezeki a.k.a kerja dia UK . Both of them nie akan bernikah new year nanti.. "So bersempena dgn wedding mereka tak lama lagi.. both of them bermurah hati nak anjurkan giveaway nie, caranya upload gambar pakai baju merah! .. tak kisah la baju apa pon, t-shirt , baju kurung , jubah , tudung , skirt or baju kawen ... janji merah.kenapa merah?? .. coz tema wedding diorang is RED!"

apa yang perlu anda buat ialah: (oh oh saya copy n paste sahajalah ye..hihihi)

1. Buat entry bertajuk Lady In Red Giveaway
2. Buat entry Pasal Giveaway nie and upload gamba yg nk dipertandingkan. Cuma 1 gamba jer.

3. Be my Follower. nie wajib, senang kalau ade ape2 update. and jgn lupa add me dalam bloglist anda

4 . Letakkan banner kat entry ngan side bar berserta linknya sekali

5. Jangan lupa Mention about the contest in your entry with links back to this entry



entry sudah buat, follower sudah jadi, oh letak bannner kat entry sudah, letak link kt side bar dgn banner. jap nk wat.

OK DAH SUDAH. SEKARANG MAHU UPLOAD GAMABR IN RED LAK. JENG JENG JENG
ok sudah upload. gambar itu telah diambil semasa hari konvokesyen tamat KPLI. iye mengikut tarikh yang tertera sudah hampir 3 tahun usia foto itu. semasa mengikuti KPLI aku baru sahaja sebulan bernikah dengan suamiku yg ku panggil hubby. dia di selatan aku di utara. memang mencabarlah PJJ(perkahwinan jarak jauh) masa tu.dan gambar ini adalah kandid oleh adik aku yg turut serta. gambar tak ready maka macamtulah kami. hihihihihi. aku KPLI di IPG sultan abdul halim. CGPA aku ialah 3.65(kedua tertinggi dalam kelas aku :D). aku juga telah dicalonkan sebagai pelatih terbaik( tapi takde rezeki jadi pelatih terbaik).

ape bajuku bukan merah? merah muda? ish merah tu. takkanlah aku nak pakai baju merah menyala dengan jubah konvo yg merah menyala tu. so kenalah carik yg lembut2 sikit kalernye. cuma bunga kt baju aku yg merah menyala tu tak nampak akibat ditutupi oleh jubah konvo.

ok kepada sesiapa yg nak join. marilah mari!!! :D

1.1.10

ANDA ADALAH SIAPA ANDA FIKIRKAN

diri kita adalah gambaran sebenar segala yang difikirkan. jika kita fikir kita bagus maka watak ceminan kita juga bagus dan sebaliknya.

menjadikan diri hebat perlu ada tiga gabungan:

1. emosi
2. spiritual
3. quotient

bersihkan hati & isi dengan niat yang baik, persepsi positif serta kawal emosi dengan bijak. tanamkan dalam jiwa perkara-perkara yg bagus dan pasti akan tergambar pada perwatakan anda. sayangi diri sebelum menyayangi orang lain.
--- quote taken from NUR

SIAPA BERHAK?

Aishah r.a. pernah bertanya pada Rasulullah saw.
"Siapakah paling berhak bagi diri seorang wanita?"

jawab Baginda saw..
"Suaminya"


"dan siapa pula paling berhak bagi diri seorang lelaki?"
jawab baginda saw.. "Ibunya"


cuma zaman sekarang ini sudah ramai lelaki yg terlalu menurut kata sang isteri. sayangkan isteri sampai terlupa dengan tanggungjawab terhadap ibu sendiri. buta menilai keadaan.

aku?

seboleh-bolehnya aku sentiasa mengingatkan suami ku agar tidak lupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. keredhaan ibu bapa penting. aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjaga hati ibu bapa mertuaku. sebenarnya tiada istilah ibu bapa mertua dalam kamus hidup aku. aku sudah menganggap mereka spt ibu bapa kandungku sendiri. aku bertuah sbb punya ma ayah & mak abah. sebenrnya peranan seorg ibu juga sama pentingnya. aku telah dididik utk sentiasa mendahulukan ibu bapa mertua dalam segala hal. aku pernah cerita dalam entri terdahulu yg mak aku pasti 'kurang berkenan' jika aku terus pulang ke rumah ibu aku. dulu2 aku mcm memberontak juga tapi skrg aku semakin matang dan faham. syurga isteri di bawah tapak kaki suami. syurga suami di bawah tapak kaki ibunya. dan jika kita punya anak juga pasti kita mahu anak kita menjaga hati kita. jadi tunjukkanlah teladan yang baik dari anak itu masih kecil. terlalu memanjakan anak tidak bagus dan terlalu mengabaikan anak juga tidak bagus. jadi bersederhanalah.

renung-renungkan dan selamat beramal. opss dr izi pinjam tagline jap :D