Ikut AiTotYati

26.11.09

24 & 27 november 2009

ada apa dengan tarikh itu?

24november- befdei hubby ke 28 tahun. aku dah nak masuk 29 baru laaa abg sayang aku tu nak join kelab aku nih.


27 november 2009 - HARI RAYA KORBAN LAH!!! chop chop ada lagi satu....

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI KE-4.

pejam celik makan minum tidur gaduh gurau tepuk tampar cubit mlancong semuanya telah kami lakukan selama 4tahun bersama-sama.

saya nak tuntut janji hubby... LANGKAWI. hihihi

p/s:
aku takde mood nk berblogging. nanti ada mood update lagi. banyakkkkk gambar.
aku akan start kuarantin esok hingga 7dec. aku tidak akan dapat dihubungi mulai esok.
chow!!!

20.11.09

CONTOH YANG BAIK KAH?

hari ini hari terakhir persekolahan. esok pelajar yg tidak mengambil spm atau stpm akan mula berdondang sayang holiday.

aku?

ish lama dah cuti... laa kamu tidak tahukah yg aku mc 10 hari bekerja. iye.. alaaaa sebab sakit tu. taktau? haaa gi baca entri ini.

sesambil merehatkan diri di rumah tiba-tiba aku teringat pada pelajar2 aku. tidak dinafikan aku merindui karenah mereka (tulah dulu suka sangat nak marah2 mereka- oiii marah bertempat tau). tahun depan aku akan dapat batch baru (baru di sini bermaksud- sbb aku langsung tidak mengajar form4 tahun ini maka aku kurang mengenali pelajar form4 tapi aku sangat rapat dengan form5. jadi pelajar form5 yg akan aku ajar tahun depan ialah batch baru utk aku :P)

aku teringat pada si amirul hakim ni. die pelajar 5kfl.

please describe him!!! ok die ni:

1. putih melepak (uii lelaki putih tak macho kah?)
2. mata bersinar-sinar macam kartun jepun tu
3. tinggi sederhana
4. senyuman manissssss menawan
5. kepala otak geliga

nak dijadikan cerita, pada akhir oktober die ni selalu tak hadir sekolah. dalam seminggu tu cuma 3kali je die hadir. so aku pun tegurlah ketidakhadirannya itu. dan ini jawapannya:

"cikgu, perasan tak saya cuma datang hari yg ada subjek cikgu je. subjek lain saya tak minatlah dengan cikgunye. cikgu ni best"

oooohhhhhhh... masa ini aku mcm tergamam apekah budak ini mengayat pandai bodek spy tidak dimarahi oleh aku? tapi aku mmg sedar selalu die skor subjek applied science tu. selalu top5 antar pelajar dalam 4buah kelas yg aku ajar.

dan kemudian aku cubit lengan budak itu sbb berani die menjadi playboy sekolah. hahahahahaha.

macam nak pergi sekolah lah!!!
(eleh nanti dah pergi sekolah sebuk nak cuti pula) eheks

18.11.09

COVER LAH SIKIT

jam 11pagi. aku capai telefon utk batalkan satu appointment spy orang di sana dapat buatkan yg baru.

tut tut.. tut tut... (ini bunyi line telefon hujung sana)

sana: hello unit fisioterapi **************
aku: hello, boleh saya bercakap dengan Pn ******* (ok nama dirahsiakan demi keselamatan)

sana: oh sebentar ye
aku: ok

ketika inilah aku dengar orang di sana tanya pada kawan2 di sana bertanya mana perginya orang itu. dan tiba-tiba ada seorang melaung "** takde, dia keluar MINUM LAGI"

sana: hello, dia takdelah. dia KELUAR.
aku: KELUAR ? (ceh konon2 buat macam tak dengarlah kan perbualan mereka tu?) keluar ke mana ye? tengok site ke?

sana: tak pastilah. tapi dah lama jugaklah.
aku: oh ye ke. takpelah, AGAK-AGAK PUKUL BERAPA DIA BALIK MINUM YE? (hahahah sengaja aku stress kan word minum tu)

sana: aaa? ( ok mcm terkedu sikit kot). tak pastilah. lagi 5 minit kot.
aku: takpelah ye. terima kasih ye.

hahahahaha. sudah pukul 11pagi tapi masih minum lagikah?
oh, mari berfikiran positif bahawa pagi-pagi tadi orang itu belum sempat minum lagi.

bilalah perkhidmatan kerajaan ni nak dipertingkatkan?
(uiks, jangan terasa jika kamu tak buat ye)



17.11.09

KARENAH BIROKRASI: SIAPA INGKAR PERINTAH

entri kali ini aku copy & paste dari blog hubby je. jika nak baca terus dari blog hubby klik sini. tapi kadang-kadang page tu lambat loading maka aku C&P cni.

apa itu birokrasi?

kalo ikut dlm wikipedia :
Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.
Contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamahkementerian, dan sekolah.


so, ape citer ni beb ???

alkisahnyer.... wife aku masuk spital kan... so dia dpt ler MC 10 hari. mengikut kata kerani sekolah dia, kena dapatkan pengesahan dr doktor kerajaan pasal dia dpt MC dr private hospital. aku pun memulakan 'endorsement hunt' aku. --> Aku admitted kat hospital pantai. bukan pasal banyak duit atau ape. tapi sebab aku guna insurans. insurans aku dan hubby sebulan rm600. jadi salah ke kami gunakan kelebihan yg kami ade? kalau org tanya kenapa banyak sangat spend pd insurans? aku jwb sbb aku belum ada anak. jadi ke situlah aku blanjakan duit2 aku. tambahan pula private hospital itu lebih hampir dgn rumah aku berbanding GH. lagipun aku ada bad experience dengan GH negeri ni. ko bayangkan masa hubby aku admit kat GH, sepatutnya kami layak kelas 1 tapi hubby aku ditempatkan di kelas 3. kawan aku yg baru bersalin, ditempatkan di wad telinga dan mulut. logik ke? kadang2 aku pikir sebab negeri ni ada bnyk private hospital maka pemerintah taknak naikkan taraf service GH kat cni. tapi bukan semua org mampu. pikir2lah!!! aku tak cakp GH negeri lain. aku cakap GH sini je ye. aku faham mungkin sbb ramai minta perkhidmatan tapi tak bulehkah besarkan n tambahkan kemudahan di GH ni? yelah aku bukan pentadbir tapi aku rakyat yg harus didahulukan. janagn setakat tagline je. wazup wazup?

situasi 1
kebetulan aku pergi hospital kerajaan wat medical checkup. so aku pun minta doktor yg aku jumpa utk endorse mc tu. dia mengatakan bahawa dia perlu tgk keadaan pesakit sebelum dpt mengesahkan MC tu.... SOOOO aku nk bw ke wife aku yg baru keluar hospital n lay down atas katil kt umah berjalan ke hospital semata-mata nk endorse MC ???---> kalau aku sihat sejahtera takkanlah doktor tu nak bagi aku mc sampai 10 hari kan? nak plak aku slipped disc. acaner nak jalan tu?

situasi 2
aku pun pegi le ke poliklinik kerajaan... jumpa doktor dh masuk dlm biliknye, dia tgk MC tue, lepas tu dia kata... dia xleh sign sebab dia kata xde report sekali. kalo nk minta endorsement kena ada report dr doktor yg rawat baru leh endorse. aku pelik jap... sebab last time aku dtg situ gak, dr yg lain, dia sign jer tanpa byk soal.... so skrg aku dpt 2 jawapan dari 2 dr yg berbeza... dia ckp kalo xcaya leh jumpa dgn bos dia... aku makin penin...---> haish karenah birokrasi bermula dah. masa bulan 6 hari tu kan aku admitted gak dan dapat mc yg panjang jugak. dr yg endorse tu sign je mc aku . maybe dr tu fikir takkanlah husbandnye yg datang minta endorsement kalau isterinya sihat sejahtera, logik kan?

situasi 3
aku pegi ke poliklinik yg dekat skt dgn umah aku. biler sampai kt kaunter jer.. dia trus kata x payah endorse sebab dlm pekeliling dh mention yang mengatakan MC tu x payah endorse. utk gvmt servant yg in patient treatment, kalo dpt MC kurg 90 hari... xperlu endorse. dia siap bg copy pekeliling tue... kalo korg xcaya... bley pegi kt website JPA, cek ni:

pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2006, pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan kemudahan cuti sakit ---> ok ini linknye. aku siap save dan print utk future reference lagi.

kt situ mmg dh mention xperlu endorse...


situasi 4
so, dengan berbekalkan copy pekeliling tue... aku pegi le skolah wife aku. beri pd kerani kt pejabat. dia ckp, mmg dia tahu pasal pekeliling tue. but still jabatan masih nak pengesahan dr doktor kerajaan. dia ckp dulu pernah sorg cikgu bg pd dia gak pekeliling tue. but still jabatan reject n masih nk endorsement... dia minta aku cuba dptkan endorsement... so kt sini saper yg dah mula langgar perintah pekeliling ??? reasonnya jabatan minta sebab, ada yg salah guna MC. ohh... come on laa... kalo dh org tue salah guna, amikla tindakan tatatertib pd dia... tu la gunanya peraturan.. ngaper lak nk hukum sumer org ??? --> ok kat sini my hubby dah jadi macam bola kena sepak kulu kilir. birokrasi betullah! kesian hubby aku, mr mamaku itu.

situasi 5
aku pun patah balik ler ke poliklinik tue... sama jer.... sampai di kaunter dia inform xpayah endorse... so aku pun explain ler... jabatan nk endorse gak... aku pun dh tunjuk pekeliling tue... dia kata dia try bw pi jumpa dr... dia kuar dr bilik n same answer... pastu dia kata... derang x tengok pekeliling ker ??? nk ingkar perintah ker ??? ---> aku rasa kakitangan poliklinik tu kena cakap pada kerani jabatan tu ayat ini. bukan pada my hubby. my hubby cuma buat apa yg org2 tu suh buat. huik.... sampe ingkar perintah... aduyai... aku makin penin... sign xdpt lagi... kena ulang alik dh almost seminggu pasal MC ni jer... sana tolak sini, sini tolak sana... mana aku nk pegi nie ???

saper yg x baca pekeliling... ???? salah aku ker setakat nk minta endorse jer... sampe jadi camnie... jabatan nk endorse... doktor x nak sebab ikut pekeliling... aku kt tengah2... tersepit... mana nk ikut nie ????

camnie nie ke rakyat didahulukan.... ????

16.11.09

CEH EMO BETUL!!!

handset ku berbunyi,

"lagu explosive by bond yg aku dah edit guna sound forge"--> sila imagine sendiri. group bond tatau? gi google sekarang....

ape? eh lagu nur kasih yg kite dah edit tu... utk hubby kite je...hehehehhe

tertera di skrin nombor yg aku tak kenali. hati kata jangan angkat. otak fikir angkatlah.

so aku pun tekan butang hijau di handset aku (habis takkan tekan button handset korang kot?).

aku: hello
orang sana: cikgu.. helllo. cikgu

aku: iyer saye... (dan aku cam suara itu) eh syamil amri ke? (even tak g sekolah lebih seminggu
aku tetap kenal suara mereka)
syamil: cikgu, iye saya ni. kami semua rinduuuu cikgu. cikgu tak dtg sekolah ke? cikgu kursus
ke? kenapa lama sangat cikgu kursus?

aku:( terkedu jap sbb byk benor ayat tanya dalam satu pertanyaan). cikgu dapat mc lah syamil.
syamil: sakit cikgu dtg semula ke? (sayup2 di belakang aku terdengar kwn2nye dok kata... tulah
ko punye pasal kan cikgu dah sakit lagi). cikgu saya mewakili pelajar 5KFL minta maaf
dgn cikgu ye. kami tahu kami selalu sakitkan hati cikgu, nakal. halalkan ilmu yg cikgu beri
ye.

aku: (part ni aku dah start nk menitik air mata dah) iyer cikgu halalkan semua ilmu. cikgu dah
maafkan semua kesalahan kamu. walaupun kamu nakal cikgu tak pernah dendam.
syamil: cikgu, irfan menangis cikgu (masa ini aku baru perasan yg syamil pasang loudspeaker).
maka memang dapatlah aku dengar suara2 kanak2 ribena yg nakal2 tu). cikgu, kalau
dah sihat datanglah sekolah tengok kami. kami semua rindu kat cikguuuuu... budak2 5bb,
5ppu, 5auto semua rinduuuuu kat cikgu.

irfan : cikgu dah buat baju raya?
aku: (sumpah nak gelak guling2 time irfan tanya bab baju raya. haish macam budak kecik je nak
siapkan baju raya baru. hehehehe) takdelah cikgu pakai je baju raya aidilfitri.

irfan: ok ye cikgu. kami semua doakan cikguuuuuuuuuuuuuu. cikgu jaga diri tau (aik mcm
pompuan)
aku: ok. kamu pun sama. jaga diri. jgn nakal2. buat yg terbaik. jgn tidur masa jawab spm ye.
salam.



kesimpulan
aku emo kah? ceh emo betul. iye mmg aku emo tanpa sedar ade mutiara jernih mengalir di pipi. eleh cakap jelah aku nangis habis cerita. seingat aku, hanya fitri yg ada nombor telefon aku. tapi nampaknye ramai dah dapat nombor aku. sebab lepas syamil telefon menderu2 sms dari pelajar2 lain masuk. semua mendoakan agar aku cepat sembuh. dan kalau ada pelajar2 aku yg secara tidak sengaja terjumpa blog ini, cikgu nak kamu tahu bahawa tiada cikgu yg nak melihat pelajarnya kecundang. cikgu juga tak pernah dendam dengan kenakalan atau kelaseran kamu tu. semoga cemerlang dalam spm 09!!!

BUTAKAH APEKAH? SABARLAH.....

entry ini berbaur mancis hangit!!!!

jam 11.00am sedang aku buat fisioterapi tetiba satu sms masuk. oh bila kulihat namanya, kupikir kayangan mahu bertanya khabar. lalu sms kubuka...

"salam. maklumkan guru melalui sms sekolah mesyuarat guru hari ini jam 2ptg. tk"


wah.....kali ini aku memang dah tak boleh nak tahan kadar kekecewaan aku. bendahara kayangan ni buta ke atau hati batu? sebab-sebab aku utk kecewa:

1. aku macam hamba kuli batak ape kejadah kat situ tapi bila masa aku sakit ada kayangan tanya khabar? ada? tak harap pun ziarah tapi tanyalah khabar!!!!

2. aku stil on mc yg diberikan oleh dr --> maksudnya aku haruslah berehat di rumah!!!! aku takkan dapat mc lama jika sakit PID aku ni tak kronik. faham?

3. ini kali ke2 aku admit di hospital(tahun ini... tahun lepas sekali) tapi ada kayangan kisah? mampos tak kisah!!! sekurang-kurangnya tanyalah khabar jika anda tak buleh nak menziarahi aku semasa sakit.

walaupun aku kecewa yg amat sangat tapi selaku org yg waras aku tepon dia utk beritahu agar dia buat sendiri. ape takkan buta IT sgt kot?

aku: salam ****
lemau: eh awak tolong buatkan sms tu.

aku: saya stil mc lah ****. kan saya mc hingga hbs cuti sekolah. apa kata **** buat sendiri macam hari tu? pergi ke website www.********** kalau ada masalah telefon saya.
lemau: haaa yelah saya try buat.

dahle aku yg telefon. tanya khabar aku pn tidak. macam takde hati perut aje!!! bayangkan masa sakit2 ni depa mcm tak kish je aku sakit ke ape ke. agaknye aku kena pakai kerusi roda baru consider sakit kot?

ada satu lagi tragedi berlaku masa minggu lepas. begini ceritanya:

rabu jam 10.58pm aku terima message 121 maklumkan aku ade voicemail(ala pesanan suaralah). talian digi pada hari itu mmg sedikit sengal. outgoing call dgn incoming call mmg ade problem. so aku telefon 121 dan dengar pesanan yang ditinggalkan:

"assalamualaikum *******yanti (wtf? nama aku pun salah sebut!!!!)
kalau sihatke ape ke call saya semula. urgent!!!"

itulah bunyi pesanan suara yg ditinggalkan. tu si lemau gila pangkat yg ke2. aku malas nak telefon semula org tu sbb masa tu aku dah tertidur. kiranya kehadiran voicemail tu mengejutkan aku dari tidur yg lena.

esoknya khamis pagi2 lagi jam 7.25am aku terima panggilan dari *****. aku angkat. dan macam diagak ia berkenaan dengan satu majlis yg akan berlangsung pd hari itu. mujur sipemanggil (bukan silemau gila pangkat2 tu yg tepon) ada berbudi bahasa. tanya khabar aku dan minta maaf kerana mengganggu. jadi sejuklah hati aku. dan aku pun dgn rela hati nak menolongnya. aku gagahkan diri membantunya dn dijadikan cerita jam 8.30am sipemanggil tiba di rumah dan brg itu mak aku yg tolong paskan.


kesimpulan
ORANG YG SEDANG SAKIT HATINYA MEMANG SENSITIF. JADI BERBUDI BAHASALAH!

14.11.09

CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR

kosmo online hari ini telah menerbitkan artikel bertajuk "HIMPITAN SARAF"

wah patutnya entri ini aku letak kat blog lagi satu tu. tapi takpe saje nak buat review. buat kawan2 atau pembaca yang masih kurang jelas tentang PID ini. setelah dibahasa melayukan istilah prolapsed invertebral disc ni, istilahnya ialah CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR.

seram? ngeri? terkejut? nyilu tetiba di belakang tulang belakang anda? kalau anda rasa ngeri lagilah aku ni yg menjadi penghidapnye. meh aku petik sikit dari kosmo 14 nov 2009:

"Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

--> tang lumpuh tu aku dah rasa dah. aku hanya mampu terbaring. nak angkat punggung tak buleh. bila try bergerak memang amat sangat sakit tak terkata Allah je tahu.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

---> ubat penahan sakit ntah berapa banyak yg masuk dalam badan aku ni. bukan setakat pil, 3kali aku admit kat pantai, jenis cecair tu yg disuntik masuk pada tangan aku dengan kuantiti 0.8 ml/jam. kalau tak salah aku satu tiub tu tahan 6jam. admit hari tu masuk 4botol. kire jelah berapa ml painkiller yg masuk dalam sistem badan aku. traction tu aku selalu buat bila time fisioterapi selain hotpack dan juga back exersice yg aku kena buat.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

--> MRI toksah cakaplah, tiap kali masuk tiap kali tulah aku wat. cuma 3rd time admitted tu aku refuse to do MRI. memang nampak bengang muka drLAT tu. yelah tak dapatlah duit kan?

aku akan cerita lebih lanjut dalam blog lagi satu tu. so kawan2 dah dapat tak ape sebenarnya PID?

iklan: JAGALAH KESIHATANMU. JAGALAH POSTUR MU. JANGAN PANDANG REMEH KERANA JIKA DAH KENA IA MENGGANGGU KUALITI HIDUPMU.

12.11.09

MITHALI SEMUANYA!

baru je dapat bangun macam dah terlepas dari kandang. hahahahhaha.. bila kite sakit kita akan banyak mengingati Allah. uishhh masa sakit je ke? maksud aku.... aku banyak muhasabah diri sewaktu terlantar sepi mengenang nasib diri.

masa sakit jika nak cepat sembuh kena berfikiran positif. mujur aku di kelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat!!! saya ingin tujukan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:

1. hubby yang banyak menjaga aku (iyer termasuk ke toilet- masak bubur- buat semua kerja rumah-suap makan-dan semualah!!! - saya dengan bangganya nak anugerahkan SUAMI MITHALI kpd EN. HUBBY yg banyak berkorban tenaga, wang ringgit etc etc)

2. mak abah - mencari air penawar, bacakan yassin, doakan aku, masakkan makanan aku, mandikan aku dan segalanya - aku nak bagi anugerah IBU BAPA MITHALI

3. mak ayah - melupakan kesibukan bekerja demi melawat aku yg sakit. memberikan sokongan moral dan mendoakan aku - aku nak bagi anugerah MERTUA MITHALI!

4. adik beradik - yg rela berkorban melepaskan mak abah mak ayah datang ke umah menjaga aku tatkala hubby pergi bekerja. sian adik nak stpm mak takde kt umah.- aku nak bagi anugerah ADIK BERADIK MITHALI!

5. kawan seperjuangn - buat nuril, ra, akuza, kza, kpah, syikn terima kasih menziarahi aku di hopital tempohari. kAna, knad, meor, meena, azhar, manaf yg sudi sms beri moral support. jiran tetangga acik Mala, acik Shima, kak mawar, kak mala yg menziarahi aku - nak bagi anugerah RAKAN/JIRAN MITHALI!

maaf jika ada yg aku tak tersebut di sini.

mungkin ada yg belum tahu, 081109 yg lalu aku admitted lagi di HPAK kerana prolapsed invertebral disc. itu kali ke3 aku masuk wad kerana PID. tahun lepas sekali. tahun ni 2kali. memula masuk 4H3m. kali kedua masuk 3H2M dan yg terbaru ni aku masuk 2H1M je. tak sanggup dah aku nak terima painkiller sebanyak2 nyer. nantilah aku ceritakan semuanya.

note: aku buat entri ini selama 3jam. kejap2 bangun, jalan n baring nak elak belakang aku daripada sakit. kawan2 sila amalkan postur yg betul semasa melakukn semua aktiviti gerak kerja ok!

6.11.09

PERNAH TAK? nur kasih madness

pernah tak kamu tertidur selepas maghrib tak sedar ape?
dan kemudian kamu terjaga jam 11.05 malam kerana kamu lapar gile!!
sedangkan pada waktu siangnya kamu dah makan nasi sebanyak 3kali !!!
iaitu pada jam 9 pagi, 3 pm dan 7 pm?
pernah tak?
pernah tak?
pernah tak?

dan nasi yg kamu mkn pula bukan sebarangn iaitu 9 pagi nasi putih berlaukkan ikan keli plus sayur.
jam 2.45 petang mkn nasi beriyani lauk kambing & ayam sempena jamuan persaraan.
kemudian jam 7 mlm tu kamu mkn nasi yang digoreng oleh hubby kamu.

pernah tak?

itulah yang terjadi kepada aku pada hari ini. semasa melihat ulangan CSI miami jam 7mlm channel axn tadi dengan secara tidak sengaja aku telah terlelap di sofa. bila terjaga aku lihat jam menunjukkan ke angka 8.05malam. mujur aku cuti2 malaysia maka aku niat nak sambung tidur sementara menanti kelas yg belum bermula tapi oleh kerana system badan terus je shut down aka hibernate maka aku hanya terjaga semasa perutku mula berbunyi. pelik sungguh aku. nak kata tak makan, hari ni makan banyak. oh mungkin metabolisme badan meningkat kot.

jadi tadi jam 11.15 mlm selepas gagal utk cuba tidur semula maka aku gagahkan diri bangun utk menjadi tikus di tengah malam. hahahahahah. aku bangun dan buat nestum secawan. sambil minum aku on monitor pc yg memang dah tersedia on sbb hobi hubby yg suka nak download2 movie. so sedang aku nak buka emel tetiba ada pop up ballon di kanan pc bertulis:

"nur kasih ep 4 download completed"

"eh eh cantik menarik tertarik macam best aje layan" hati aku berkata-kata.

seterusnya tanpa berlengah aku terus klik pada ballon tu dan aku nampak syurga dunia. wahhhhhh heaven seyh!!!!

folder yg aku carik selama ini telah kelihatan. folder nur kasih. aku lihat di situ deretan nur kasih dari part 1 hingga part 22. wahhhhh ini semakin sayang hubby nih. hubby mmg ada cakap die download kan nur kasih cuma kualiti gambar tak berapa nak bagus. tapi takpelah eden tak kisah sebab yg penting aku nak tengok cerita tu dari awal. maka sekarang di sinilah aku jam 1.25pagi. menaip kisah ini sambil ditemani nur kasih episod 5. gile ape marathon!!

haaaa ape? camne aku buleh suka nak tengok nur kasih?

begini kisahnya....... hahahahahaha.. sebenarnya aku ade terbaca di review nur kasih blog iritiyah suatu ketika dulu. dan sekali skala bila aku tiada kelas hari jumaat aku akan tertukar channel tv3. tapi masa tu hati aku degil taknak tengok cerita melayu. sebab anggapan aku nur kasih pun macam tipikal malay drama yg aku biasa lihat. tapi semasa bulan puasa tv3 ada buat ulangan nur kasih setiap hari sabtu ahad jika tak silap bermula jam 5pg -6pg. dan start di situlah aku mula menyukai nur kasih. tambahan pula pengarahnya ialah si encik khabir batia pengarah sepi n cinta movie fevret aku. maka secara rasminya nur kasih menjadi drama melayu kesukaaan aku. walalalalalalalala. tetiba nak bagi anak nama nur amina aci tak? hihihihi

ok2 aku nak publish. now is 1:43am. wahhh mujur hari ini sudah jumaat. lagi 5jam aku nak gi sekolah pula. huwarghhhhh

updated on 3:09 pagi ~ aku marathon til episod 11. ok gtg now. lagi 4jam nak g keje.