Ikut AiTotYati

27.7.09

KATAK OH KATAK

dari pagi sampailah ke waktu hubby balik aku tak pasang kipas. sejuk sampai tulang rusuk. nape sejuk? sejuk sebab





alhamdulillah hari ni hujan selebat-lebatnya. sori la ye foto amik guna handset sony ericson 2.0 megapixel je. mula2 hujan. kemudian hujan berhenti. kemudian terdengar suara katak-katak memanggil. kemudian gelodok (petir).

kemudian hujan pun turun semula. masa itu aku berdoa supaya janganlah banjir sebab sungai batu berendam kat belakang rumah kami je. aku tengok jalan memang dah penuh air. kereta lalu pun slow je. air dah naik melebihi paras longkang.




kemudian aku pun berjalan perlahan-lahan dan aku terus buka pintu dapur apakah pemandangan yang dapat aku lihat?



longkang dapur dipenuhi air. tapi mujur air tu mengalir. jika tidak maka aku kena memikirkan mana nak letak barang-barang dlam rumah. rumah aku setingkat aje.

alagi satu pemandangan, parit belakang yang memisahkan antara rumah kami dengan tanah persendirian orang belakang juga telah dilimpahi air. dah masuk pun ke tanah orang tuh. mana aku tak cuak. jika air naik lagi aku harus telefon hubby balik angkat barang rumah. huhuhu.


nmun alhamdulillh jam 4 petang hujan mula reda. aku dengar ada jiran2 aku harus membantu keluarga ibu bapa mereka kerana rumah mereka dilimpahi air. tadi hubby round kat taman belakang, playground dipenuhi air setinggi lutut (kanak-kanak- suspen tak?)

2 comments:

  1. banjir kilat smlm tu ke yat??? whoaaaa... seram tuh.

    tp ujan slm mmg maha lebat gile, kilat sabung menyabung... akk best cuti2 menyusup dlm simut... hehe

    ReplyDelete
  2. kak, taman belakang umah banjir hingga paras lutut dewasa. wahhh cuaks le

    ReplyDelete