cerita part 1 ada di
sini
ok lepas Ai tak dapat nak bukak pintu bilik sendiri tu, Ai dah panik dan kalut. semua perasaan ada. dahle banyak projek nak disiapkan. Allah duga Ai tertinggal kunci bilik sendiri dalam bilik sendiri
faham?
macam mana nak buka pintu ni? Ai ni dahle tengah berkemban kain batik and towel je. untuk pengetahuan bilik Ai ni bertentangan dengan bilik air. so mmg Ai buat style kat umah.
tapi most of them pun macam tu Insyaallah takkan ada stalker sbb bilik Ai kat langit ni. Ai dah termenung jap. kebetulan ada seorang budak ni, dia bagi cadangan,
"pergilah amik kunci spare kat office takpun telefon felo"
dalam hati Ai, boleh tak bagi cadangan molek sikit? takkan Ai nak turun ke office kolej dgn berkemban kot. Ai bukan Fasha Sandha yg sanggup dedah bhgn belakang sampai ke pinggul tu
oppps
macam a mne plak Ai nak telefon felo? barang semua ada dalam bilik. yang ada dengan Ai hanyalah toiletries, kain batik dan towel. boleh kot dial nombor felo guna berus gigi
hahahaha budak yg bagi cadangan tu blah mcm tu aje. mmg takde willing to help Ai yang tengah buntu ni.
akhirnya Ai ketuk pintu rakan bilik sebelah. kesian rakan tu, dia tengah berehat sbb dia sakit tekak.
Ai bagitahu yang kunci tertinggal di dalam bilik sendiri. rakan Ai tu walau tak rapat dan hanya kenal gitu2, maksudnya setakat bertegur sapa dalam bilik air sanggup menawarkan khidmat untuk mengambil kunci bilik Ai. jadi rakan Ai tu pun turun. buat sementara Ai tumpang solat maghrib
dengan berkemban tu kat bilik dia.
mujur pihak kolej mmg buka kaunter office tu sehingga jam 10 malam.
dapatlah rakan Ai ambil kunci dan Ai dapat bukak pintu bilik.
pengajaran daripada itu,
petang jumaat lepas dari tiba di Melaka perkara pertama yang Ai buat adalah duplicate kunci bilik. bukan satu tapi dua!!!! satu lagi nak bagi rumet. dia pun pernah nak teringgal kunci tapi sempat tahan pintu daripada tertutup sepenuhnya.
sekian cerita.
ikhlas,
budak yang pernah kunci bilik sendiri