Ikut AiTotYati

Showing posts with label sarjana. Show all posts
Showing posts with label sarjana. Show all posts

12.11.13

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN TAHUN 2014 dan ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM KEBANGSAAN 2013

semakan telah dibuat pada 31 oktober.
alhamdulillah Jek bakal mengikut jejak langkah Ai- sambung sarjana/ master.
bukan itu sahaja, jek juga bakal menyambung pengajian sarjana dalam bidang yang berlainan daripada ijazah pertamanya - pun sama macam Ai. hihihi

ada yang bertanya ape perbezaan HLP dengan CBBP TB.
hadiah latihan persekutuan tu, selain cuti bergaji penuh, yuran pengajian anda juga dibayar dan setiap bulan anda menerima elaun sara diri selain boleh claim elaun tesis dan lain-lain manakala untuk CBBP TB atau cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa anda hanya diberi cuti dan gaji dibayar penuh namun yuran pengajian bayar sendiri serta anda tidak boleh claim elaun tesis dan lain-lain.

Jek dapat HLP Ai pula CBBP TB sebab dulu org kata susah nk dapat HLP so Ai minta CBBP TB tapi alhamdulillah sekali minta terus dapat sama macam Jek.

pagi ini Jek ada majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran untuk hadiah latihan persekutuan di dewan zaaba putrajaya. Ai pula akan ke Dewan seri negeri, Ayer keroh melaka untuk mewakili Jek yang mendapat anugerah cemerlang ko-kurikulum peringkat negeri melaka. minggu lepas Jek dah ke perlis untuk menerima anugerah kokurikulum kebangsaan. untuk kebangsaan Jek dapat tempat ke-5.

ini adalah rezeki anak-anak bulus yang 10 ekor tu.
siapa kata rezeki itu anak sahaja?
mari kita bahagia dengan cara kita ya (pesanan untuk TTCian)

p/s: ada je suara2 sumbang menyatakan, takde anak bolehla buat master, bolehla cemerlang kerja. pada pendapat Ai, hendak seribu daya. dah kau yang malas banyak plak kau nak berdolak dalih.
ramai je antara kawan2 Ai yang beranak-pinak, yang mengandung masa buat master gigih je bljr. cemerlang je dlm kerja. pokok pangkalnya hati kita. adakah kita mahukan penghargaan manusia atau keredhaan Allah?