"Sebelum membaca penulisan ini, Ai dengan sukacitanya ingin mengingatkan bahawa ini adalah sekadar pengalaman dan pandangan peribadi Ai. Jika kamu tidak setuju dengan penulisan Ai, anda diminta untuk meninggalkan blog ini dengan serta merta"
Zaman Ai dulu, internet ni tak berapa nk meletop. So kurang sikit kadar pengedaran sebarang maklumat.
Zaman sekarang, kalau boleh sume benda nk letak dalam fb. Sampai tak kira batasan aurat.
Terpaksa menulis sebab baru tadi pak andam adek Ai pi bubuh gambar bini adek Ai yang belum make up dan tanpa tudung dalam fb. Terkejutlah sekejap. Sebab adek ipar Ai tu menjaga auratnya. Cepat-cepat Ai telefon adek Ai. Taknaklah pasal perkara itu kang adek Ai yg nak kena tanggung dosa bini. Ai bukan ape, mana2 yg boleh kite kawal, kite kawallah.
Insiden ini mengingatkan Ai pada peristiwa 5 tahun sudah. Sewaktu malam berinai Ai dan enJekjek. Ai dah beritahu dan bincang awal2 dengan mak andam yg pada malam berinai dan sewaktu bersanding memang Ai tak akan free hair. Jadi dia kenalah fikirkan nak buat macam mana utk cucuk sanggul segala tu kan. Sbb ini permintaan Ai. Kamu jangan salah anggap pula, Ai bukanlah seorang wanita yg bertudung labuh tetapi memakai tudung dan menutup aurat itu kan kewajipan setiap muslimah (ok now I sound like ustazah). Lagipun nanti kubur masing-masing, yang nak kena azab Ai jugak. Bukan orang lain.
Nak dijadikan cerita, memang dari awal lagi mak andam dah minta Ai supaya tanggalkan sahaja tudung. Dengan alasan mudah untuk memakai rambut palsu dan menggayakan sanggul. Tapi Ai tetap dengan pendirian. Lagipun Ai fikir, apalah gunanya selama ini bertudung tapi kemudiannya pada malam berinai dan hari perkahwinan menanggalkannya untuk tatapan mata umum. Kasihan suami Ai kena tanggung dosa Ai. Untuk malam berinai Ai ade 8 pasang baju semuanya. Dan setiap kali tukar baju, setiap kali tulah mak andam akan pujuk Ai supaya 'bukak je tudung, malam ini je'
kalau ikut nates (read as terbalik) memanglah akan free hair, tapi gambar itu akan kekal sepanjang hayat dan akan menjadi tatapan anak cucu. Ai sungguh sedih pada masa itu kerana mak andam adalah orang yang sebangsa dan seagama. Kenapa beliau tidak boleh menghormati permintaan dan pendirian Ai. Masih terngiang-ngiang ayat mak andam, "ni kalau bukak tudung pakai sanggul mesti lagi cantek"
Adakah permintaan Ai, adek Ai dan golongan seperti kami ini keterlaluan.
Kami cuma minta hak dan pendirian dihormati.
Berat sangatkah permintaan itu?