Ikut AiTotYati

Showing posts with label jusco melaka. Show all posts
Showing posts with label jusco melaka. Show all posts

21.2.11

PEROKOK TEGAR TIADA SIVIK?


lokasi: di tepi mesin bayaran kereta automatik, Jusco Ayer Keroh.
tarikh: selasa minggu lepas


gambar pertama tu, tulisan Bahasa Malaysia "DILARANG MEROKOK". papan tanda tu betul2 tepi kerusi kuning yang kamu nampak pada gambar kedua. ala gambar kedua yang ada tangan. tangan tu Ai bulatkan sbb mamat tu merokok.

memang dalam hati, Ai kata &^$#!#^*!!!!

kau buta ke ape? punyelah besar signboard tu kau boleh selamba badak je smoke?
dan Ai pun dengan selamba badak dengan sengaja snap gambar mamat tu beserta rokoknye.
memang mamat tu pandang Ai semacam, pandangan tak puashati. ketika itu, kalau dia tanya kenapa snap gambar dia, Ai cuma akan tanya dia balik menggunakan ayat ini,


"sukahati akulah aku nak tangkap gambar ko ke, gambar kaki ko ke. kau pun suka suka hati je merokok di tempat awam. depan papan tanda larangan merokok lagi"


tapi ayat ni tak dapat nak diluahkan sbb mamat tu cuma buat pandangan tak puashati. Ai pun balasdengan pandangan tak puashati.


kepada perokok sekalian, korang kalau nak smoke tu korang punye pasal tapi jangan jadi dungu buta tuli smoke di tempat yang dilarang dan hembus asap ke muka orang lain. kau nak bunuh diri, bunuh diri sendiri!!!




tak gitu?

20.2.11

Coolblog lagi

ni perisa mango pulak ye.
sebab nak sama kaler mcm baju enJekjek


Ai minum air kosong saje yang dirembat dari Focus point sbb amik spec enJekjek yg Focus point salah buat.

oh, harga untuk ice blended mango ni ialah RM3.10 selepas cukai. lagi berbalaoi minum ni daripada beli air di food court Jusco. serius. beli satu je boleh share 2 orang tu pun semput nak habiskan.


bila korang nak try ni?

19.2.11

COOLBLOG: blog yang sejuk lagi!!

entry pertama tentang ini ada di sini. minum lagi cool blog masa hari Selasa. yang hijau tu biasalah perisa honeydew milkshake. yang kanan tu ialah oreo coolblog plus banana.

sodap!!!

tapi jgn amalkan selalu sbb minuman berais ni kalau Ai minum, esok pagi bangun tidur mesti badan sengal-sengal.

kamu ada rasa macam tu ke?

12.2.11

COOLBLOG: blog yang sejuk



rabu minggu lepas g Jusco Ayer keroh. wah teruja sbb ada satu kiosk baru. kiosk ke kedai ek?
kedai kot sbb ia besar. kedai tu betul2 depan bahagian nak beli barang2 runcit di Jusco.


nama kedai tu Cool Blog bukan goblok. ekekekek

kami jakun kejap sbb minuman ni ditutup oleh mesin. maksud Ai bhgn penutup tu dibuat oleh mesin bukan manusia yg tutup. ala biasanyakan klu kite beli air tu akan ade penutup berbentuk separa bulat tu? boleh imagine tak?


cool blog ni jual pelbagai jenis minuman. minuman yang mengasyikkan. Ai bli satu, hubby bli satu.
yang hijau tu enJekjek punye. dia order honeydew milkshake. Ai order chocolate blog. Ai nyer tak berapa nk sedap maybe sbb pekerja tu buh serbuk coklat banyak sgt. honeydew milk shake tu sedap. nyum nyum.


kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh jenguk link di sini, juga link ini. ada juga blogger yang dah menulis pengalamannya minum coolblog di sini



anda nak cuba tak?

16.3.10

DISKAUN HEBAT!!!




well walaupun cuti sekolah my hubby tetap ade kelas tambahan di sekolahnya. Ai aje yg senang lenang di rumah. eh eh senang ape. bangun pagi lepas gosok gigi mandi solat subuhi (eh subuh) kena buat bekpes. dan sejak mula cuti sekolah setiap pagi mesti ai buat jemput bilis beserta air milo. yaaaaaa air milo :P (Ai curti start dari ahad sbb sabtu Ai ade kursus di MMU selama satu hari. so cuti Ai short 1 hari. bile nak ganti? :B )


hari ini Ai plan nak ke JJ. sales hebat wohhhh. hahahaha. harus ambil peluang tatkala hubby takde. dah btahu kt hubby nak ke JJ so hubby kasi je. ceh sebenarnya Ai nak ke JJ utk bertemu dgn seseorang.


jadi sebelum Ai ke JJ, kena gi Maybank dulu. oh Ai gi simpan duit. nak masukkan kat mesen otomatik tu. setelah Ai parked kereta di belakang bangunan maybank, Ai nampak ini:

syok tengok, kat sini dah letak tiang ni.
sebab ape Ai seronok? sebab selalu malaun malaun tak paham bhs akan parking di sini. so nak lalu pun susah. dan biasanya Ai akan berjalan menyelit je antara kereta org tu dgn dinding (ini kes nak test slim lagi ke idak... hahahahah)


tapi tadi... lepas 25 minit menunggu baru buleh masukkan duit. sebab ape? sebab ada van safeguard kat luar. oh kakitangannya sedang bertungkus lumus keluarkan duit dari ATM. sambil tunggu sambil berangan. kan best klu notes RM yang banyak2 tu Ai yg punye. buleh shopping sampai tak muat bonet kereta. tapi cepat2 lamunan tu terhenti sebab Ai nampak senapang patah yg dipegang oleh pakcik safeguard. so sesambil wait kat luar tu sempat le snap foto. tapi dok kena usha dgn pakcik safeguard. so batalkan jelah niat tu. akibatnya dapatlah foto di bawah :P

nampak tak tangan pakcik safeguard tengah pegang pintu tu? tangan dia sebelah lagi tengah pegang senapang patah. maafkan Ai pakcik sebab snap foto tangan je (yelah nak tangkap foto lain pakcik sudah jeling-jeling :P)

so setelah berjaya bank in duit Ai meneruskan perjalanan ke JJ. dan segala urusan di JJ berjaya diselesaikan jam 12.25pm. oh ape Ai dapat masa keluar hari ini?
*





*




*












Ai dapat saman. saman masa nak bank in duit tuh. yelah mana tahu nak kena tunggu sampai 25minit gtu. biasa nya jika ai buat urusan tu cuma 5minit. sebab keluar kereta, jalan, masuk bank, beratur, tot tet tot tet dah sampe balik kt kereta. so sebab kawan Ai kata jika bayar dalam masa 24jam kompaun akan dikurangkan maka dengan hati yang paksa rela Ai g ke MBMB. oh senang je urusannya.

mula-mula g ke kaunter pertanyaan. beritahu nak bayar kompaun parking. then dia akan bagi borang hijau. isi dan pergi ambil nombor giliran. oh borang hijau tu ade di bawah borang kompaun tu.



ok ini borang hijaunya. alamak lepas amik guna handset tak nampak hijaulah pula. cuma perlu isikan nama, alamat, nomnbor telefon dan tandatangan.


seperti yang tertera Ai dapat nombor 1301. cuma tunggu 5 minit sbb orang tak ramai. sampai dikaunter, Ai hulur note rm50. sekali orang tu pulangkan RM45. aik, bukan patutnye baki RM20 ke? ai kena kompaun rm30 sebab tak letak tiket parking (padanmuka Ai heh :B)


oh rupanya jika kita terus bayar kompaun dalam masa 24jam maka denda akan dikurang menjadi RM5 sahaja. haaaa RM5 sahaja. kan diskaun hebat tu :P diskaun sehingga 90%!!!! tak percaya kamu orang buleh kiralah. hehehehe

(eleh tu bajet Ai nk story mory psl sales JJ ke. kamu salah. hahahahaha)









sekadar gambar tempelan. foto dirakam masa on the way nak balik umah dari MBMB lepas Ai bayar saman parking. rakyat m'sia memang suka dengan perkataan DiLARANG ni. letak DILARANG lagilah dibuatnya. ish, jika kereta calar balar barulah padan muka mereka ye? untuk pengetahuan, jalan ni one way. dan jika nak berselisih harus satu kereta berhenti utk beri laluan. so biasanya jika Ai terserempak dengan manusia dari arah bertentangan Ai takmo ke tepi sbb this is my way. sape suh ko lawan arah. jadi kamu harus ke tepi. heheheheheh. Ai tak keji cuma nak menguji. peace