Ikut AiTotYati

Showing posts with label applied science. Show all posts
Showing posts with label applied science. Show all posts

19.2.10

BELUM BASI & TAK AKAN BASI

salam dan selamat pagi :D



berblog lagi?

nape lak nak bising2? aku cuti.
jap lagi nak start buat powerpoint utk kursus selasa petang nextweek.

fuh kursus? ketaq lutut jugaklah sbb la ni audiens yg senior senior (tak baik tau panggil org tua). aku panggil senior sbb mereka lebih lama mengajar tapi aku kena bg kursus pd mereka tentang applied science. subjek science yg hanya diajar di sekolah teknik. trylah cari buku rujukan di kedai buku. dijamin tak jumpa :P

kenapa aku yg kena bagi course ni?
sbb bos aku suruh n sebab aku senior kepada senior2 aku tu. mereka mungkin senior mengajar tapi aku merupakan senior di sekolah yg mengajar applied science. subjek ni baru je diperkenalkan tahun 2008. batch pertama ambil exam SPM applied science ialah pada tahun lepas. kirenye ini adalah tahun ketiga aku mengajar.


eh eh lari tajuk lagi. aku nak cerita tentang sambutan hari lahir hubby pada 24november2009.

erk?


24/11/2009?


iyelah. nape? aku tak buleh buat entry ni ke? ini blog aku, aku punye sukalah nak publish bila. hahahahaha korang dah terkena :P

ingin saya maklumkan bahawa gambar adalah ihsan nat-c. blog budak kecik ni, klik sini.
adik tq ye!!! sorilah amik masa yg panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang nak publish story mory nih. oh ye. masa ni adik aku ade di sini. pesent hubby aku bli masa angah n kngah dtg melawat aku. masa tu aku dpt mc panjanggggggggggggg sbb PID.



aku suka gambr yg nat-c tangkap ni. entah masa bila dia candid pun aku tatau. amik guna handset je tuh. syabas nat-c (ntc bermaksud nathirah cumels :P)



itu makanan yg natc order. lasagna n hot coklat. aku masa ni diet jadi tak order mknn. hehehehe



"halloooo"
bz betul befdei boy masa tu. uwekkkk.. befdei boy?
ini kita panggil befdei man. hahahaha




ok dah habis semua makanan :D




ok sesi buka hadiah. hadiah ni kecik je aku buh dlm handbeg
(phm2 jelh handbeg pompuan besar :P) so hubby tak perasan pun.



ok befdei man sedang khusuk membuka hadiahnyer



wahhhh dapat wallet eh? elokle pun sbb wallet hubby sgt uzur syar'iee. takde rupa wallet. dah 4tahun tak bertukar. wallet lama hantaran kawen.




oooooooooo. dah dapat mkn segala baru nak sayang ayang eh?
sama-sama. jgn lupa befdei ayang 5april ni tau.

alamak dah makin pendek kontrak aku kat muka bumi ni. huhhuhuhuhuhu

18.9.09

AKU NAK RAYALAH BUKAN NAK KERJA!!!

tadi aku dah pulun tanda semua kertas trial spm applied science pljr2 kelas aku sbyk 4buah kelas. bayangkan je lah nk tanda 2paper x 35org x 4buah kelas. walaupun buleh je nk bw balk kg tapi ape kejadahnya raya2 nk wat kerja sekolah!!!! aku nak rayalah bukan nak kerja!!!

tapi ade kerja lain yang menanti. assignment ni bos aku baru bagi massa hari selasa ptg tu. cuak aku masa kerani tepon n maklumkan yg bos besar nak jumpa. rupanya aku harus siapkan presentation sekolah utk lawatan TP BPTV lepas raya ni. logiknye, klu bos nak tgk lepas cuti raya,m bilakah masa aku nk stat buat? so maknanya aku kena watlah masa raya tuh. haish, menggugat keimanan betullah!! bahan2 aku dah kumpul semalam. so aku trylah wat ikut kepala otak aku mcm yg dicadgkan oleh bos. best betullah jadi org besar kan? ko arah je org2 kecik then adelah benda tu~ jangan merungutlah wei, buat jelah keje ko tu. tapi masalahnya aku nak rayalah bukan nak keje!

keje2 lain aku dah setelkan. alemak aiii mana lak dh setel. f4 nye nombor pendaftaran blm key in lagi dalam SMM versi 4 tuh. mujur yg f5 punye dah siap smlm hasil pertolongan pelajar2 aku. maklum jelah smlm rmai pelajar dah wat cuti sendiri. so aku mibta tlg yg dtg tu utk key inlah. terimakasih wat tieya n amirah.

so hr ni adalah hari mengemas n packing brg yg nk dibawa pulang. hubby takde g setelkan sume urusan dan byr sume2 yg patut sblm duit hbs sempen aidilfitri ni. apsl aku tak rasa meriah nk raye ye? mungkinkah sbb takde kasut baru? handbeg baru? eleh macm budak kecik je sume nk baru. hmmm tapi bj raya aku akn siap jumaat depan. ahhahaha lambat gile. biarlah aku mmg tak rasa nk raya pun.

esok nak balik kg. maybe sok rasa nk raya kot. hrp2 lah tak jem!!!(ko jgn haraplah tak jem!!) hahahahaha