Ikut AiTotYati

1.5.13

01052013 MEMANG AUTA


salam buat pembaca.

selamat bercuti sempena hari pekerja. semua orang adalah pekerja termasuk surirumah. kalau surirumah tak jalankan tugasnya, rumah boleh tunggang langgang, kan?

semalam Ai telah meronda satu melaka. hahahha takdelah satu melaka. cuma rutin semalam memang agak lagha. bangun pagi lambat sikit, buat panggilan telefon, sembang sejam lebih, mandi then Ai terus keluar.

tempat pertama yang Ai tuju ialah butik Ariani dengan hasrat nak cari tudung kaler masak lemak ketam. memang susah gile nak cari kaler ni. semalam Ai sanggup pakai tudung kaler masak lemak ketam tu supaya senang nak explain pada staf ariani. Ai dah pernah cari tudung warna tu di Ariani pada tahun lepas tapi takde. so semangat nak pergi lagi manalah tahu dah ade stok malangnya takde warna tu. so Ai bergegas ke butik jelita sara pula. butik jelita sara ni baru buka dan terletak berhadapan dengan Aeon Bandaraya melaka. tuding2 di butik jelita sara ni memang cantik2 beropol2 tapi agak pendek untuk Ai. oleh kerana ropol cantik maka harganya pun cantik2. tapi Ai sempat rembat sehelai tudung harga RM39. hahahah carik lain bli lain.

ok dah habis misi cari tudung, pergi masuk Aeon bandaraya melaka dengan hasrat potong rambut. last Ai potong rambut lepas raya tahun lepas. biasalah potong di kampung RM6 je. kalau cuci baru RM12. kat melaka ni jangan mimpilah nak dapat harga macam tu. sedangkan Ai tukar bateri jam pun rm12 kalau kat kampung RM6 je. nama pun bandar dan kampung lagi nak buat perbandingan ke?

ok masuk salun rambut tu, terus Ai masuk ke bilik khas untuk wanita bertudung. staf wanita tanya boleh tak kalau lelaki yang potong. Ai said no dan kena explain. barulah amoi cantik tu paham. yang tak boleh blah tu, sebelum start potong tu dia tanya Ai,

"u mix ka?"

Ai kata, " ye mix fm. hahahha"

beria amoi kata Ai nampak macam ade mix chinese. adoila amoi jangan auta lebih2 boleh tak? ni mata sepet pasal semalam tido lambat dan bangun lambat. kuikui.

my New hair cut. tak nampak pasal gelap. hihihi auta lagi. tu bayang2 kucing yang datang nak ngorat Snowy. rela tidur kesejukan atas tembok


Ai jawa tulen you. mak jawa perak abah jawa selangor tapi satu moyang. ye mak abah adalah 2pupu. so kat mana nampak muka campuran tu?

sekian (^_^)

4 comments:

  1. mix jugak
    ayah lelaki
    mak pompuan
    jadilah ai.hehe

    ReplyDelete
  2. skip generation kot... mana la tau moyang2 dulu ada mix chinese sket... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha memang xde sbb Ai generasi ke-5 jawa ni. hihiih

      Delete