Ikut AiTotYati

23.5.13

PERCAKAPAN MELAMBANGKAN PEMIKIRAN

yang kita fikir, kita akan cakap.
kita akan cakap perkara yang kita fikir dalam otak kita.

betul, kan?

apa pendapat anda?


20.5.13

TAMAN BURUNG MELAKA MALACCA BIRD PARK

melaka memang ade taman burung bird park.
lepas tu tutup. tempat tu jadi tempat ayam serama.
itu dulu.

sekarang, dah ade semula. lokasi?

sebelum simpang nak masuk ke Melaka wonderland. kalau datang dari tol ayer keroh, belok kanan nak masuk ke melaka wonderland, dan sebelum sampai ke melaka wonderland ade simpang masuk ke kanan, ade nampak ini
yaaa signboard Taman burung melaka

yang ada jaring tu taman burung melaka. konsepnya terbuka ya

taman burung ni baru sahaja dirasmikan pada 26 mac 2013 yang lalu oleh ketua menteri pada ketika itu (dato' ali Rustam)
inilah bangunannya. direkabentuk seperti sarang burung gitu

ini pelan lokasi

jawatan kosong pun ade. sila mohon ye

harga tiket yang dikenakan

wajib bergambar di sini

masuk je bangunan ade 2 ekor itik yang besar

menara tinjau

kami malas naik tangga so kami naik lif
makanan dan minuman untuk burung yang diikat di tepi

ohoi tangga turun

sape makan jagung serupa burung. eh?

burung ni kita boleh pegang

tengok, jek pegang Oli

cari itik tersembunyi

memang sah ai duduk ayer keroh

merak oh merak

bukan hujan tapi bawah waterfall

wakaf untuk berehat turut disediakan


haaaa..... agak2 bila kawan2 nak datang ke taman burung melaka ni?

18.5.13

MEJA LAMA TUKAR TEMPAT

biasanya orang buat meja lama tukar baru. takpun slealu lori yang masuk kat taman perumahan Ai ni jerit,
"tilam lama tukar baru"

tapi Ai pulak, meja lama tukar tempat jadi nampak suasana baru.
hihihihi

meja kayu

meja kaca

heee yang sebenarnya Ai cuma tukar 2 buah meja tersebut. asal meja kayu di tempat meja kaca dan sebaliknya. dulu masa ade Bleki, dia sangat suka tidur di atas meja kaca tu sbb btl2 kena aircond. so sebab Bleki dh takde dan nk mengelakkan terbayang2 maka Ai minta jek tukarkan kedudukan kedua2 meja.

tapi ade cerita masa nak tukar meja ni pada hari Rabu lepas.

masa tu Jek sibuk assemble set gundam dia. Ai pun requestla pd Jek minta tlg angkatkan meja tu. Jek kata mcm tak sesuai je letak meja kaca kat situ. so Ai akur je. terus diam tak cakap ape2. yela dah suami kata tak payah, takkan nak melawan kot. tapi entah macam mana tetiba Jek kata kemas brg2 atas meja2 tu, nanti abg tukarkan. hihihihi. Ai pun senang hati tlg kemas dan Jek pun angkatkan meja2 tu utk ditukarkan tempatnya.

brg2 yang ada di meja kaca ni semuanya hadiah drpd org. latest edition is the blue fruit bowl. Jek dapat smlm sempena hari guru. Ai tak letak buah tapi Ai buh kunci umah dalam tu. hihihihi. frame gambar ikea tu asalnya dari rak lain tapi saje gatal buh kt situ. Ai rasa agak tak berapa 'kena' sbb kerusi kayu jati match dgn meja kaca. tak kisahlah asalkan suasana dlm rumah nmpk sedikit berbeza. heheheh

p/s: bunga2 tu Ai yg gubah tau pada tahun 2010. ada dlm entry ni. dah lama rupanya gubahan ni. nk tukar baru mcm sayang sbb elok lagi bunga2 ni.



kawan-kawan suka tak ubah2 perabot dalam rumah?

17.5.13

BENGKEL SPSS DAN MURNI INTERNATIONAL COLLEGE

hi kawan-kawan.

khamis minggu lepas semasa Bleki pergi meninggalkan Ai (dalam entry ini), Ai berada di murni International college menghadiri bengkel SPSS. SPSS ni satu software yang digunakan untuk menganalisis data.

Murni International College ni terletak di putrajaya tapi bila Ai tanya orang putrajaya, mereka sendiri pun taktahu. mungkin sebab belum berapa terkenal kot murni international college ni. menurut peserta bengkel yang lain, Murni International college ni belum dirasmikan pun. oooo patutlah lengang je masa Ai datang tu. Ai merupakan kereta keempat yang memasuki perkarangan kolej. masa ni dah was-was betul ke ini murni international college?

Dr OT ada upload sedikit gambar dan arahan untuk ke murni international college dalam entry ini

Ai pula pergi ke murni international college tu menggunakan Navi Total tapi bila search murni international college,takde la pulak. yang ada hanya persiaran timur. makanya Ai terpaksa print peta untuk ke murni international college. yang penting, kalau kalau kita datang dari plaza tol kajang, pastikan masuk ke persiaran timur. kemudian anda akan nampak bangunan merah putih murni international college tu di sebelah kanan. haaa lepas tu pandai2lah cari u-turn untuk anda berada di laluan bertentangan.

nah gambar lepas habis bengkel SPSS dengan dr OT

di mana Ai?
sape terror sila carik Ai yang mana satu. hihihihiih

16.5.13

SELAMAT HARI GURU

selamat hari guru buat semua guru di mana jua anda berada.
terima kasih buat semua guru yang telah mengajar Ai.
dan tentunya guru yang paling rapat dengan Ai ialah ibubapa Ai sendiri. 
tanpa mereka, Ai takkan jadi seperti hari ini.

2 hari sebelum hari guru, Ai dah terima sesuatu daripada Jek.

tadaaaaaaaa

inilah kotaknya


isi dalam. oh so sweet

cumel cumel!! ini bunga bukan sebarang bunga tau. 
bunga dalam tu akan kembang jika persekitaran kering dan kuncup apabila persekitaran lembap.
 bak kata motonya, "gifts for modern people" gtu.




siapa guru yang paling korang rapat/sayang/suka?

15.5.13

PERKHIDMATAN TABUNG HAJI BOLEH DILAKUKAN MELALUI KAUNTER BANK RAKYAT

sorry gambar gegar sbb mas ni Ai belum makan lagi. hihihihi

hai kawan-kawan.
dah makan? (relevan tak soalan Ai?)
hihihih

isnin yang lepas Ai ke bank rakyat. buat urusan tabung haji sikit. terserempak pula dengan kawan dalam bank rakyat ni, dia taktahu pula boleh buat urusan tabung haji di sini. jadi meh Ai share. Ai mmg dah lama buat urusan tabung haji di bank rakyat ayer keroh ni memandangkan cawangan tabung haji terdekat adalah di bandar kaaba sana nun. maleh nak p drive jauh2.

ok apakah perkhidmatan  tabung haji yang disediakan oleh bank rakyat?

1. pembukaan akaun baru tabung haji.
2. simpanan wang dan cek.
3. pengeluaran wang.
4. kemaskini buku akaun simpanan tabung haji --> yang ini wakil tak dibenarkan sbb Ai nak update buku akaun Jek tapi tak boleh walaupun Jek tu suami Ai.
5. pendaftaran haji --> sape2 yg belum daftar tu molek le daftar skrg :D
6. pindahan wang


 kalau nak keluarkan duit melalui ATM bank rakyat pun boleh tapi setiap transaksi dikenakan caj kalau tak silap RM1 atau 5posen camtu.

jadi, korang pernah tak buat urusan tabung haji di bank rakyat?

14.5.13

BIG BAD WOLF MELAKA 2013

hehehhehe saje nak tayang ini

ini fridge magnet big bad wolf edisi pertama di melaka. yeeeehuuuu

ni Jek punye badge. suka bebenor nak buh kt beg dia tu. hihihi

13.5.13

MALAM TADI....

amboi cepat je kamu mengklik ye. pantang nampak perkataan malam.

iye,
malam tadi kan
malam tadi kan
malam tadi kan

:
:
:
:
:
:

Ai pergi Big Bad Wolf yang diadakan di MITC Melaka.




p/s: taip sabtu malam ahad, isnin (hr ni sambung semula. hihihi)
yes, i've made it!!!


pandang atas

buku2 utk Dummies ni ada dalam bahasa selain Inggeris juga

ini hasil tangkapan kami


nampak tak? BBW

kami bayar di kaunter no. 2

inilah semua yang dibeli. buku Ai ada 3buah je. buku Jek ada 5buah. yang lain2 tu kami blikan utk anak2 buah.

hari ni last day di MITC. Ai nak g jap lagi. 
gerenti hari ni tak ramai orang. saje. 
hihihii

11.5.13

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

di sini Bleki ditanam

hari ini Ai bangun dengan semangat baru. memori dengan Bleki Ai lipat kemas dan simpan dalam satu sudut hati yang terindah. Jek tanam Bleki betul2 tepi tingkap Ai buat kerja tesis Ai seperti dalam gambar. Ai masih ada perjuangan yang belum selesai. kalau rindu Bleki, Ai buka tingkap, pandang dan sebut nama Bleki. tadi ade seekor kucing hitam, kucing yang selalu menyakat Bleki. memang sebijik macam Bleki tapi Bleki tidak mungkin dapat Ai ganti.

ya, mungkin Ai akan rindu sebab lepas ni memang tak akan ada kucing hitam yang pandai panjat dan masuk ikut celah tingkap macam Bleki selalu buat. yang dengan sengaja letak kepala atas laptop sebab nak Ai usap2 manja kepalanya. yang mengiau kuat di tepi bilik air dan tingkap.

Ai akan teruskan perjuangan.

10.5.13

BLEKI DALAM KENANGAN



Bleki sewaktu berusia beberapa bulan.
sangat suka dengan toy nye yang berwarna hitam dan juga ladybird itu

tidak Ai sangka, Ai boleh mimpikan Bleki dan Ai menangis dalam mimpi.
tapi bila Jek kejutkan Ai rupanya Ai menangis dalam tidur.
huhuuhu

entry ini saja nak recap cerita tentang Bleki.

entry pertama tentang bleki dan snowi: hitam dan puteh
entry tentang bleki dan Snowi: bleki-snowi
entry Bleki bagi hadiah pada Ai: -bleki-buat-ai
entry Bleki santai di atas tembok baru rumah : santai-si-bleki
entry Bleki selalu mengacau Ai buat tesis: bleki-nak-buat-phd
entry Bleki tiba-tiba jatuh sakit: Bleki mycoplasmosis-hitam-tapi-kuning
entry tentang kematian Bleki: cerita 9 mei 2013


sesetengah orang akan cakap, "ala kucing je kot yg mati"
pada pendapat Ai, tak kisahlah apa/siapa pun yang mati, kalau kita dah sayang sesuatu itu. 
pasti akan sangat terasa kehilangannya.


Bleki yang suka dimanja dan bermanja.
Bleki yang suka cari aircond dan tidur atas coffee table.
Bleki yang suka naik ke pangkuan Ai tatkala Ai menonton tv.
Bleki yang suka mengejar Ai kalau Ai balik rumah.
Bleki yang suka panjat tingkap rumah sebab nak kacau Ai buat tesis.
Bleki yang suka kejar dan tangkap katak dan burung lalu dihadiahkan pada Ai.
Bleki yang menyahut mengiau apabila dipanggil namanya.
Bleki yang mengiau kuat kalau tak dapat meloloskan diri dalam rumah.
Bleki yang mengiau kuat kalau balik rumah waktu senja.
Bleki yang kejutkan Ai pada waktu subuh dengan suaranya yang nyaring tu.
Bleki yang suka tidur sambil menyandarkan kepala pada sesuatu.
Bleki yang suka tidur dalam bilik kerja Ai.
Bleki yang suka menggeliat kalau lepas keluar cage.
Bleki yang tak suka bergaduh dengan kucing lain.

Jek gali lubang untuk tanam Bleki. di tepi tingkap bilik Ai selalu buat tesis.

Bleki dah takde



selamat pergi Bleki.
Ai di Putrajaya waktu Jek tanam Bleki.
dan banyak lagi kenangan Ai dengan Bleki.
terima kasih sudi mengisi ruang di hati.
terima kasih Bleki.
Bleki akan sentiasa Ai ingati.
(T_T)

9.5.13

CERITA 9 MEI 2013

hari ini, saya bangun jam 5.15pagi. 
kemudian jam 6.15 pagi saya telah memandu memasuki highway PLUS menuju ke Putrajaya kerana ada bengkel. 
jam 7.50 pagi saya telah selamat tiba di Murni International College, Putrajaya.

tiba-tiba jam 10.44 pagi saya terima panggilan dari Dr Chong yang merawat Bleki menyatakan Bleki muntah hitam pekat. saya tanya Dr, Bleki boleh survive tak? Dr Chong bgtau peluang 50-50. Dr Chong said," you must be mentally prepared"
saya bagitahu buatlah apa2 yang patut asalkan Bleki kesayangan saya selamat.

kemudian jam 12.07 tengahari sedang saya berbengkel, saya terima lagi panggilan dari Dr Chong dengan memulakan perbualan, "i'm so sorry yati, Bleki has died"

saya terkedu, rasa ingin segera pulang ke Melaka. tapi tanggungjawab berbengkel harus diteruskan. saya berbengkel dengan keadaan separuh jiwaku teringatkan Bleki. Rasa macam semalam baru bersama Bleki. Bleki yang manja, yang kuat mengiau, yang suka masuk ikut tingkap tatkala saya sedang menaip tesis, yang suka merampas lazy chair saya, yang suka tidur di kerusi kerja saya, yang suka panjat meja tatkala saya nak makan dan pelbagai kenangan terus mengusik jiwa saya.

saya tiba di Melaka jam 7.30petang....
tiada suara Bleki mengiau, tiada Bleki suka menggesel di kaki, tiada lagi Bleki menyambut saya di muka pintu.

kepada Bleki, saya ucapkan terima kasih kerana menyerikan hidup ini walau buat seketika. 
damailah Bleki di sana....

p/s: total rawatan Bleki ialah RM360

PENGUBAHSUAIAN RUMAH- TEMBOK BELAKANG

semalam Ai cerita tentang anjung kereta yang sedang diubahsuai di sini 
selain daripada itu, Ai juga bina tembok belakang setinggi 5 kaki.
mari layan gambar semasa proses pembinaan tembok itu.

pagar asal hanyalah dawai biasa. bahagian berbatu ini juga dikorek dan disimen.

itu pekerja tu tidur masa rehat

ok masa ni beam dah ditanam

belah kanan tu rumah jiran. nampak tak Bleki di situ?

masa ni batu2 semua dah dibuang dan mula disimen

errr sambunglah boleh?

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye