Ikut AiTotYati

18.2.13

SELAMAT PERGI CHIKI & MIKI

salam buat readers.

readers yg ade dalam fb Ai maybe dah tahu yang Ai telah kehilangan 2 ekor anak kucing.

Chiki was born on 10 Jan 2013, died on 16 Februari 2013 (TOD around 4 pm)
Miki (awal2 panggil Miko) was born on 10 Jan 2013, died 17 Februari 2013 (TOD sebelum subuh)

sebelum ini  memang dah ada 2 ekor anak kucing yang mati. tapi itu mati sebelum Ai sempat bagi nama. cerita Snowi beranak di sini

dah 2 hari Chiki pergi tapi Ai masih bersedih. malam2 nk tidur masih teringat dan mmg menangis.
lagi2 kalau tengok gambar masa Chiki tengah sakit. kasihan Chiki.

ceritanya, Ai tinggalkan Bleki, Snowi dan anak2 di satu pusat penjagaan kucing. selalu Ai tinggalkan pada Vet yg bertauliah tapi kali ini tidak. 6 hari 5 malam Ai tinggalkan mereka kerana Ai pulang ke kampung halaman sempena cuti tahun baru Cina. Ai letak jumaat, dan Ai ambil pada rabu minggu depannya. masa Ai dan enJekjek ambil, Chiki kelihatan sangat lemah. termasuk Miki. so bila dah sampai rumah kami suapkan makanan pada Chiki dan Miki. keesokannya Miki kelihatan agak sihat tapi Chiki tidak.
kronologi Chiki & Miki seperti berikut:


13/2/13 (rabu)-
ambil Bleki, Snowi dan anak2. suara Bleki serak. Snowi pula kelihatan sangat kurus. masa ambil owner takde cuma pembantunya je ade. sampai di rumah, enJekjek suapkan air susu buat Chiki dan Miki. Miki kelihatan ok tapi Chiki hanya mampu berdiri.

yang longlai di kotak itu ialah Chiki. Chiki nak keluar dari kotak, nak main tapi hanya mampu setakat itu sahaja.

malam tu owner pusat penjagaan called. owner bagitahu memang kucingnya yang diletak di bahagian belakang tu ade yang demam. dan kebetulan memang Bleki & Snowi sekeluarga ditempatkan sama dengan mereka. I bagitahu keadaan Bleki, Snowi & Chiki. tapi owner tak bertauliah (buka petshop sebab minat) berulang2 kali mengatakan Snowi refused to BF kan Chiki. lepas tu dia terkejut bila dengar suara Bleki serak. bukan itu sahaja, Bleki sakit mata dan telah diberikan eye mo (ye eye mo utk manusia tu!). ada sedikit rasa terkilan dalam hati Ai. kalau dah tahu kucing tu sakit kenapa tak dihantar ke klinik? kos klinik caj saje dalam bil Ai.

14/2/13(khamis)- hantar Bleki, Snowi dan Chiki ke klinik haiwan. Vet telah diagnos Bleki ade ulser dan sakit tekak. Chiki pula disahkan hanya 'tunggu masa'. .Vet kata maybe kena jangkitan dari kucing lain yang sakit.

'it's a miracle if Chiki can survive," kata Vet.

Bleki dan Chiki diberikan injection dan ubat. Snowi diberikan multivitamin. Miki tidak dibawa ke klinik kerana kelihatan sihat dan boleh berlari ke sana ke mari

balik sahaja dari klinik, Ai mula suapkan makanan utk Chiki. Chiki dikuarantin. kami letakkan Chiki dalam kotak kasut yang dilapik tuala, diletakkan potongan2 suratkhabar dan ditutup dengan sapu tangan.

15/2/13 (jumaat)-  Chiki boleh bangun dan mula mengiau. menjelang petang, Ai suapkan air zam-zam lagi. tapi kali ini, air yang masuk terus keluar seperti kita masukkan air dalam botol yang berlubang di bahagian bawahnya. Ai bagi makan pun, makanan keluar ikut duburnya. Ai bagi ubat dan biarkan Chiki tidur.

16/2/13 (sabtu)- Chiki mula mengiau dan seperti ingin keluar dari kotak. mungkin Chiki tak nampak ahli keluarganya yang lain sbb Ai dah letakkan mereka di luar. MIL nak datang so letaklah mereka di luar. Chiki kelihatan sihat. jadi Ai letakkan Chiki dengan adik beradiknya yang lain dalam cage. Ai tinggalkan Chiki bermain dengan adik-beradiknya.

Chiki di pagi sabtu




jam 2 petang Ai jenguk Chiki. Chiki terbaring lesu. mulut Chiki terbuka seperti kehausan. Ai bawa Chiki masuk dalam rumah. letak di tempat biasa. Ai suapkan air minuman tapi air meleleh keluar ikut mulut.

Chiki yg kelihatan nazak.

Ai dapat merasakan Chiki tersnyum mengucapkan terima kasih krn menjaganya.
Ai dah start cry cry. Ai tunggu enJekjek balik (iye hari sabtu enJekjek jadi fasilitator robotik negeri). bila enJekjek balik, keadaan Chiki memang dah semakin nazak. Chiki sukar untuk bernafas. memang boleh dengar kesusahan Chiki nak bernafas. tak lama kemudian, PIL dan SIL sampai. kami tinggalkan Chiki seketika untuk entertain mereka.

jam 4.30 petang, SIL ke dapur. Snowi pula mengiau-ngiau. Snowi seperti tahu anaknya sudah tiada. Ai pegang badan Chiki, masih panas. bermakna Chiki baru sahaja meninggalkan kami. empangan airmata Ai pecah. tak mampu nak ditahan. enJekjek kebumikan Chiki di bawah pokok pisang.

Chiki dah takde

enJekjek tgh gali kubur Chiki
gambar enjekjek Ai gelapkan sebab dia pakai seluar hawaii oren, kelakar pula. enjekjek sedang menggali lubang untuk menanam Chiki. semua kotak dan sapu tangan yang berkaitan Chiki kami kebumikan dalam satu liang lahad.

Miki pula pergi meninggalkan kami ahad pagi sebelum subuh. maybe sedih dengan pemergian Chiki.
semoga Chiki & Miki tenang di sana.

pengajaran: Jika ingin pergi bercuti atau balik kampung, pastikan kucings dihantar kepadaVets yang bertauliah. yang tahu perkara yang patut dibuat jika kucing jatuh sakit atau nampak sakit sewaktu dalam jagaannya.

4 comments:

  1. Redhakanlah pemergian mereka. In sya Allah semoga mendapat pengganti yg lebih baik

    ReplyDelete
  2. I yg baca pun sedih... Can't imagine if i was in ur shoes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pula jenis lembut hati. sikit2 dok teringat. haish

      Delete