Ikut AiTotYati

30.11.10

SUMPAHAN YB

Ai dah terkena sumpahan YB. sumpahan ape baca di sini
dah baca? meh baca luahan Ai pula.



aduyai dahle botol besar yang pecah tu. dah banyak kali gak botol tu jatuh tapi kali ni mmg dah ajal kot makanya pecah jugak. terpaksalah cari perfume lain. dahle Ai nk g jenjalan cuti ni.
masa ke MITC sbb tengok ekspo pengguna, Ai nampak booth ni. so ape lagi. serbu le.

Bau sedap gile mcm perfume2 ori gtu dan tahan lama. sudah pakai selama 3hari so far bau tahan lama. nak tahu lebih lanjut boleh klik di http://fragrancia4u.blogspot.com/



banyak kan pilihan?
betul-betull wangiiii. Ai bli bau lancome dgn isi miyaki asal boleh sudah ejaannya tu. ngehngeh


anda pakai perfume ape?

29.11.10

MAGIC GULA-GULA LADA

errr takmo cakap banyak, cuba lihat foto yg telah disnap oleh enJekjek menggunakan Nikon DSLR D5000.


 kurang jelaskah? lihat betul-betul.
cuba lihat bawah pula



apakah yang kau dapat lihat?


#scheduled entry written on 27/11/2010#

28.11.10

KEJI TAK?

Petang semalam enJekjek balik dari kursus.
Ai belum masak lauk lagi tapi dah masak nasi.
EnJekjek terus layan tv. cerita ape ntah masa tu.
Oleh kerana volume tv yang melampau kuat Ai ambil remote dari tangan enJekjek dan kasi slow itu volume.
tiba-tiba enJekjek bersuara,


enJekjek: hahaha mmg sengaja bagi kuat supaya ayang bangun. gi masak  ye sayang.


hahahahaha padan muka Ai.
tulah ralit sangat main facebook, baca blog n baca online articles sampai terlupa laki Ai tengah lapar.


oh abang ampunkan Ai


 tempat kejadian. 
speaker tu betul2setentang meja merah Ai. 
meja rendah port hubby main lappy. 
boleh nampak lappy Ai di meja merah itu.



anda pernah kena tegur dengan cara halus? bukan dengan makhluk halus le


#schedule entry written on 24/11/2010#

27.11.10

Kereta lama Ai

On dway nk g tgk movie rapunzel ni nk celebrate wed ann ke-5,nmpk kete lama Ai yg dh tkr tuan.hai mbe2921

5th Wedding Anniversary Celebration

Hari ni ulgthn ke-5 perkhwnn kami. tp Ai kena keje. now at cyberlab uruskn intake form4 untuk tahun 2011. 29november ni calon yang berjaya utk ditemuduga akan dtg. mulai 1 December 2010 mereka boleh semak status permohonan samada berjaya atau tidak.


selamat berjaya kepada semua calon.


*oh oh Ai tiada dalam foto ye*hapdet dari handset*

26.11.10

AYAT SMS

hari isnin, enJekjek yang ade blog kat sini pulang dari kursus untuk makan tengahari kerana petangnye kami ade temujanji dengan doktor. Ai sedang berada di dapur ketika enJekjek pulang menerjah dapur dan ketika itu sedang menggoreng nuget.


enJekjek: ayang dah goreng nasi ke?
Ai: takdelah. goreng nuget je. nasi dah masak tu. abang nak makan?

enJekjek: bila ayang nak goreng nasi?
Ai: takde pulak ayang kata nk goreng nasi. kan ayang kata ayang cuma masak nasi, goreng nuget je.
takpe petang nanti ayang goreng nasi ye.


dan sepanjang makan tengahari berlangsung enJekjek tak puashati sbb tak dapat mkn nasi goreng kasih sayang Ai. enJekjek asyik ejek Ai comotlah, itulah inilah.


dan waktu entry ini ditulis, Ai belek mesej yg anto kt enJekjek.
bunyinya begini:


"MASAK NASI GORENG NUGET JE BOLEH?
DAGING KERAS LAGI LE PLAK"



takpelah bang, dah selamat pun Ai buatkan nasi goreng untuk abang.


enJekjek kata sebab Ai tak bubuh koma antara perkataan nasi dengan goreng tu makanya beliau tafsir yg Ai akan buat nasi goreng.


kalau korang baca camne pula?


p/s: bagaiman korang baca tajuk entry ni? korang baca sebagai ayat sms (short messaging system) atau ayat semasa?



#scheduled entry written on 22/11/10 on 9.50pm#

Sup tulang korban

Dinner smlm

Kari daging korban


Usia hset dh 3tahun.saje test nk publish kt blog Ai

25.11.10

CIPTA TAGLINE UNTUK BLOG SHALLEYSHALINA

blog walking jumpa ni pulak. nak tahu lebih klik sini


Ai nk cuba nasib. mana tahu ade rezeki.
baiklah Shalley shalina, ni tagline untuk blog kamu

"BERSUKAN TAPI TETAP MENAWAN"

yaaaa ini yang Ai rasa sesuai untuk dia.
amacam bos?

GIVE AWAY: KELLY AMANI ONLINE SHOPPING

pagi ini jalan-jalan. Ai jumpa satu online shop sedang bagi give away.
tarikh tutup 15 dec 2010.  Ai nk join. nak join!!!





Syarat-Syarat :

1.Warganegara Malaysia - 
MEMANG DIAKUI OLEH JPN

2.Yang betol-betol berminat-
MEMANG DIAKUI OLEH ENJEKjEK (my hubby)

3.Mempunyai blog-  
SEJAK DEC 2008 LAGI

4.Kene Buat benda ini.. :)
|
|
|
|
a) Be my Followerrr!!!-
BELUM BACA SYARAT PENYERTAAN AI DAH FOLLOW BLOG NI SEBAB AI MMG SHUKE SHOPPING ONLINE

b) Letakkan Banner Give Away Ni kat Blog Korang-  
MEMANG DAH LETAK. BUKAN SAJE DALM ENTRY MALAH KT TEPI TU PUN ADE YE.

c) Komen Sedikit Pasal Blog Abby Online Shopping ( yang membina ) kutuk2 tamau!! :p -
LAYOUT YANG MENARIK.
IMAGE HANDBEG PUN BANYAK MENAMBAHKAN NAFSU NAK MEMBELI.

d) Kenapa pihak Abby Online kene bagi Hadiah ni kat korang..??- 
PIHAK ABBY ONLINE KENA BAGI PADA AI SEBAB SEBAGAI SEORANG GURU, SEGALA YANG DIPAKAI MENJADI PERHATIAN GURU DAN PELAJAR. SECARA TAK LANGSUNG JIKA MEREKA BERTANYAKAN DARI MANAKAH AI DAPAT HANDBEG TU, BLOG INI TELAH DIPROMOSIKAN SECARA TAK LANGSUNG. TAMBAHAN PULA JIKA AI MENANG GA INI, AI MMG AKAN MINTA PIHAK ABBY ONLINE HANTAR KE PEJABAT SEKOLAH. DAN SEBAGAI ORANG YANG KAKI ONLINE SHOPPING, PEMBUKAAN PASTEL DI OPIS SANGATLAH DINANTI-NANTIKAN. TAK KE GLAMER LAGI TU BLOG NI? LAGIPUN AI DAH LINK KAN SETIAP PERKATAAN YANG MERUJUK KEPADA KELLY AMANI ONLINE SHOPPING DALAM ENTRY INI.

e) Ucapan yang terbaek tuk Blog ini...hihihihi...
SEMOGA AKAN TERUS MAJU DAN BERTAMBAH PELANGGAN (^_^)

Tarikh tutup: 15 disember 2010

lepas tu tinggalkan komen kat entry GA mereka. klik sini


siap!!! semoga rezeki berpihak pada Ai. Yahuuuu

24.11.10

WELCOME TU THE CLUB

dalam bulan November ni, ada 2 sambutan bagi pihak Ai dan enJekjek. pertama adalah birthday enJekjek yang lahir pada hari ini. yang kedua ialah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 mengikut tahun masihi yang jatuh pada 27 November 2010.

buat enJekjek yang ade blog di sini, Ai nak ucapkan:

1. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE- 29
2. TERIMA KASIH KERANA MENJADI TEMAN, SAHABAT, SUAMI YANG SANGAT MEMAHAMI.

akhir sekali, terimalah kek ini.
erk, ni mcm kek yg enJekjek belikan utk Ai je. kehkeh

hadiah?
malam tadi Ai dah belanja enJekjek tengok movie harry potter. nak tahu lebih lanjut klik sini
hadiah kedua ialah percutian ke Pahang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami pada hujung minggu ini.


imbas kembali sambutan enJekjek

2005 - sengaja pilih tarikh nikah 27 November 2005 hari ahad. nak pilih 24 November 2005 itu adalah hari khamis keluarga tidak cuti. jadi takyah bagi hadiah. pernikahan itu adalah hadiah buat enJekjek.

2006- Ai sedang mengikut induksi di Pulau Pinang makanya wish dari kejauhan sajelah.


2007- Ai beli kek dari secret recipe sorok dalam peti. 
kejut enJekjek  tepat 12malam dengan menggelapkan seluruh rumah  konon2 black out. tengok2 ade kek kat ruang tamu.

2008- buat kek sendiri sbb masa ni enJekjek sambung study kt JB. 
so served enJekjek kek coklat lembap buatan Ai.

2009 - sambutan kali ni disertai oleh adek enJekjek. kami makan besar di secret recipe.

2010 - dan tahun ini, oleh kerana Ai dalam proses diet maka no cake!! malam tadi g gegar katil enJekjek yg dah tidur. lepas tu dok nyanyi n bebel bebel kat dia. siap cakap pada dia, "biar abang ingat tahun 2010, ayang bebel bebel" boleh gtu?



bagaimana pula anda raikan harijadi insan yang anda sayangi? (^_^)




23.11.10

ISU: AURAT PENGANTIN PEREMPUAN

"Sebelum membaca penulisan ini, Ai dengan sukacitanya ingin mengingatkan bahawa ini adalah sekadar pengalaman dan pandangan peribadi Ai. Jika kamu tidak setuju dengan penulisan Ai, anda diminta untuk meninggalkan blog ini dengan serta merta"



Zaman Ai dulu, internet ni tak berapa nk meletop. So kurang sikit kadar pengedaran sebarang maklumat.
Zaman sekarang, kalau boleh sume benda nk letak dalam fb. Sampai tak kira batasan aurat.


Terpaksa menulis sebab baru tadi pak andam adek Ai pi bubuh gambar bini adek Ai yang belum make up dan tanpa tudung dalam fb. Terkejutlah sekejap. Sebab adek ipar Ai tu menjaga auratnya. Cepat-cepat Ai telefon adek Ai. Taknaklah pasal perkara itu kang adek Ai yg nak kena tanggung dosa bini. Ai bukan ape, mana2 yg boleh kite kawal, kite kawallah.



Insiden ini mengingatkan Ai pada peristiwa 5 tahun sudah. Sewaktu malam berinai Ai dan enJekjek. Ai dah beritahu dan bincang awal2 dengan mak andam yg pada malam berinai dan sewaktu bersanding memang Ai tak akan free hair. Jadi dia kenalah fikirkan nak buat macam mana utk cucuk sanggul segala tu kan. Sbb ini permintaan Ai. Kamu jangan salah anggap pula, Ai bukanlah seorang wanita yg bertudung labuh tetapi memakai tudung dan menutup aurat itu kan kewajipan setiap muslimah (ok now I sound like ustazah). Lagipun nanti kubur masing-masing, yang nak kena azab Ai jugak. Bukan orang lain.


Nak dijadikan cerita, memang dari awal lagi mak andam dah minta Ai supaya tanggalkan sahaja tudung. Dengan alasan mudah untuk memakai rambut palsu dan menggayakan sanggul. Tapi Ai tetap dengan pendirian. Lagipun Ai fikir, apalah gunanya selama ini bertudung tapi kemudiannya pada malam berinai dan hari perkahwinan menanggalkannya untuk tatapan mata umum. Kasihan suami Ai kena tanggung dosa Ai. Untuk malam berinai Ai ade 8 pasang baju semuanya. Dan setiap kali tukar baju, setiap kali tulah mak andam akan pujuk Ai supaya 'bukak je tudung, malam ini je'


kalau ikut nates (read as terbalik) memanglah akan free hair, tapi gambar itu akan kekal sepanjang hayat dan akan menjadi tatapan anak cucu. Ai sungguh sedih pada masa itu kerana mak andam adalah orang yang sebangsa dan seagama. Kenapa beliau tidak boleh menghormati permintaan dan pendirian Ai. Masih terngiang-ngiang ayat mak andam, "ni kalau bukak tudung pakai sanggul mesti lagi cantek"


Adakah permintaan Ai, adek Ai dan golongan seperti kami ini keterlaluan.
Kami cuma minta hak dan pendirian dihormati.


Berat sangatkah permintaan itu?

22.11.10

MAK ANDAM, PAK ANDAM @ PAPADAM? MUNGKIN PEMADAM?

Saje letak title catchy catchy sikit. baru kome nak baca. perasan


ehsan encik G


Ni nak habaq mai sikit, Ai hangat hati semalam. cuma control demi adek tersayang yg jadi raja sehari.
Minggu lepas weekend kt kampung halaman. Semalam pun kt kampung halaman. Nextweek pun mungkin tiada di melaka. Memang betul2 bestlah cuti sekolah. Habiskan duit dari tabung pelancongan!!! Ai rasa start dari perkataan Minggu tu dah takde kaitan dgn entry ni. Tapi saja nak habaq yg Ai dok tua di jalan krn ulang alik melaka  - sabak bernam.  (^_^)


Dipendekkan cerita, semalam adalah hari menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin wanita perempuan. Pengantin lelaki adalah adek Ai. Selaku kakitangan kerajaan yang menepati masa, Ai tanya pada adek Ai  soalan berikut dan jawapannya:


11.00 pagi: berkumpul di rumah mak mak abah Ai. umah Ai kt melaka le

11.15 pagi: bertolak ke surau berdekatan umah pengantin perempuan.


Hasilnya, rombongan pengantin lelaki dapat menepati masa. Kami perlu awal tiba di surau itu kerana adek Ai perlu diandam oleh pak andam. Adek Ai mmg pakai tshirt n seluar trek je drpd rumah sbb baju sume pak andam yg pegang.


11.40pagi: kami tiba di surau itu.
Oh lupa pula nk nyatakan bahawa majlis sanding dijadualkan jam 12.30 tengahari.


Tapi selepas 20 minit menunggu pak andam masih tidak kunjung tiba. Padahal bukan jauh pun surau tu dengan umah pengantin perempuan. Kami pihak pengantin lelaki dah basah ketiak. Paham2 jelah tengahari buta ddk pula di surau kayu yang berhalamankan court badminton yg bersimen di bwh sinaran matahari terik. Perghhh mmg panas. Hangat macam hot fm. Adek Ai dah banyak kali telefon memberitahu yg kami telah sampai di surau itu.

Ai spesis menepati masa. Begitu juga enJekjek yang ade blog di sini. dan tak semena-mena abah Ai yang dikenali sebagai seorang yang cool bersuara,

"kenapalah tak tepati masa. Ingat kite orang kampung ni koman sangat ke?"
(buat pengetahuan pembaca, ayah Ai pesara guru besar)


ini bermaksud, bila abah dah bersuara, dia hangat hati juga.

dan pak andam tiba selepas 35 minit kami menanti. Kami berarak lewat 10 minit daripada yang dijadualkan. perarakan bermula jam 12.40tengahari.


Setelah dicongak dan dihitung kami menanti selama 1jam 5minit sebelum perarakan pengantin bermula.
ala sekejap je tu kan?



Persoalannya di sini, kenapa pak andam lewat?

1. Adakah krn beliau lewat tiba utk menyolekkan pengantin perempuan maka lewat juga utk mengandam pengantin lelaki? Adakah kerana majlis malam berinai tamat jam 1pagi (malam sebelum itu) maka pak andam boleh bangun lewat utk mengandam pengantin. atau adakah pak andam perlu menyolek pengantin lain sebelum itu?

2. kenapa baju pengantin lelaki tidak boleh diberikan awal? adakah takut hilang? atau hendak menunjukkan bhw baju pengantin amik pakej dr pak andam tu? sekurang-kurangnya kalau baju melayu tu boleh dipakai awal maka tak perlulah kami keluar dgn sangat awalnye.

3. Itu kampung. Trafik jam? tang mana?


korang rasa?

21.11.10

Ai RICH!!! i'm rich

let's convert the notes given

Ai have 4 notes of 50 dollar singapore.
am Ai rich?





kesian, eh sekian (^_^)

#this is a scheduled entry#

20.11.10

CANTEK TAK AI? part 2


cerita tentang CANTEK TAK AI part 1 ade kat sini

boleh jadi juga ini satu hobi captured angka kt jam dlm kereta.
takpela kan?



kesian, eh sekian (^_^)

19.11.10

JIMAT CERMAT AMALAN MULIA

peribahasa mengatakan bahawa berjimat cermat adalah amalan yang mulia.

memang molek benar lah tu. kalau adik2 nak tahu, dengan berjimat cermat kita dapat mengurangkan penggunaan pelbagai benda/perkara.

contohnya mengurangkan penggunaan:
1. duit
2. kertas
3. elektrik
4. air
5. minyak

dan banyak lagilah!!!


Ai harap kamu tahu bahawa dengan menjimatkan penggunaan wang maka simpanan akan meningkat. maka kamu boleh pergi melancong. hihihih. melainkan kamu mmg dilahirkan dalam keluarga yg mewah, mungkin kamu kurang berjimat. Ai tak kata semua ye

oleh kerana Ai ni penjimat orangnya, Ai ni spesis suka usha banyak kedai sebelum membeli sesuatu barang. rentetan kadar kecerewetan yang tinggi maka inilah hasilnya.


kronologi membeli almari baju untuk enJekjek yang ade blog di sini

 bukan bukan. itu bukan enJekjek. 
entah mamat mana entah tetiba masuk dlm foto Ai. 


 enJekjek gigih membawanya. ye kalau Ai yg bawa mmg tak nampak dah kepala tu. hihihihi





 tengok, nak masuk dalam Cik Peugeot pun tak muat tau.
Ai terpaksa dduk belakang. seat depan terpaksa dibaringkan.
memang dengan gigih dan gagah enJekjek berusaha memasukkannya dalam Peugeot

 haaaa, groceries buh depan. 
Ai ddk belakang enJekjek. 
bila lagi nk geletek enJekjek sampe dia kalah. 
gelak gelak gelak



 misi pun bermula. ini semua kerja enJekjek. 
Ai cuma tukang keluarkan duit. 
maklumlah Ai kan menteri kewangan. ngengeh


 yaaa semakin kelihatan bentuk almari itu.



taraaaaaaaaaaaaaaaa, itulah dia.
itu almari baju enJekjek. 
eksaited tau dapat almari baju yang baru.


ye, kami sanggup bersusah payah demi untk penjimatan hebat. almari itu telah dibeli di Tesco Cheng dengan harga RM119.00 sahaja. kalau tengok dikedai-kedai perabot, almari yang sama berharga RM300. kan dah byk gile buleh jimat tu. boleh masuk tabung pelancongan. ye kami mmg ade tabung pelancongan. kalau nk ke mana-mana gunakan duit tu utk bli minyak dan byr tol.

anda bagaimana?



kesian, eh sekian (^_^)

18.11.10

DAGING MASAK MANIS, KUAH KACANG, NASI IMPIT


ini adalah menu raya semalam. nasi impit, daging masak manis dan kuah kacang. cukuplah tu utk mkn berdua je. huhuhuhu. pertama kali beraya di perantauan dan pertama kali memasak raya tanpa ibu di sisi.


daging masak manis adalah resepi turun temurun keluarga Ai. Daging masak manis telah menjadi kegemaran enJekjek. hehehehehe. Ai tak kisah nk buat tu sume asalkan ade org yang menolong. tima kasih kpd enJekjek yg ade blog di sini



Daging masak manis ini adalah first attempt memasak tanpa bantuan emak. syahdu betullah masa memasak. ciwek betul. daging lembu enJekjek beli 2kg. beliaulah yg gigih potong sbb enJekjek cuti hari selasa tu. Ai masih sekolah. balik dr sekolah trs bersilat kt dapur. keje jadi senang sbb daging n bwg sume enJekjek dah kupaskan. hehehe. dan  selepas solat raya kami pergi beraya di kuala pilah rumah pakcik enJekjek kemudian trs ke Nilai cari brg utk kenduri adek 11Dec ni. eh kwn2 dijemput hadir kalau tahu umah Ai. hihiihih



sorrylah ye tgk periuk memasak tu comot. memasak kenalah comot kan?



kesian, eh sekian (^_^)


p/s: scheduled entry. mcm biasa

17.11.10

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H


atas tu bawang puteh bawang merah
bawah tu pulak daging?
sinonim la kan?




nak tahu masak ape? 
tunggu entry esok ye



kesian, eh sekian (^_^)

p/s: autopublished. macam biasalah.
pictures kidnap dari folder enJekjek.
tu yang ade signature enJekjek tu
hihiihihihi

16.11.10

TERIMA KASIH NUFFNANG!!!

orang berbudi kita berbahasa,
cepatlah nuff beri sebab Ai nak merasa

senyummm sengih sampe gigi

ni ha tadi cek ade sikit lagi nk jejak lima puluh hengget.
semoga cepatlah jejak sebab nanti boleh nk cash out. hehehehe
tapi tak kot sbb biar nk kasi byk2 mcm lemon.

oh oh


p/s: sila abaikan entry ini jika anda telah cash out dengan banyaknye. kasi canlah pada Ai ye (^_^)

15.11.10

OPAH: damailah kamu di sana

khamis, 11 November 2010 jam

11.00 pagi - Ai menerima mesej drpd hubby mengatakan yang membatalkan pemergian beliau ke kelantan kerana ayah memaklumkan bhw keadaan opah semakin tidak mengizinkan. Ai pula segera menyiapkan semua kerja2 sekolah yang diperlukan ASAP. Ai jumpa bos minta cuti sbb enJekjek juga mohon cuti utk jumaat. kami bercadang utk pulang ke kampung menjenguk opah pada keesokan harinya.

6.50petang - enJekjek tiba di rumah memaklumkan bhw kami akan pulang ke kampung selepas maghrib. maka tanpa melengahkan masa Ai trs berkemas ape2 yg patut. pada masa ini, sebarang panggilan telefon amatlah mencuakkan.

9.30malam - kami melepasi seremban tatkala mendengar perkabaran oleh ayah bahawa opah telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. enJekjek terdiam. begitu juga Ai. masing2 diam melayan perasaan. perjalanan kami teruskan ke Cheras dan Shah Alam utk mengambil adik2 kami yg belajar di situ.


12.40malam - kami tiba di rumah ayah. kesayuan menghambat hati tatkala melihat ayah yang duduk di luar manakala Ma dan Nor  membaca Yassin di sisi arwah opah. Ma membukakan kain yg menutupi muka opah.  Ai lihat wajah opah sangat bersih, tenang dan sedang tersenyum. yaaaa inilah jenazah yang sangat tenang yg Ai lihat setelah sekian lama tidak melihat jenazah.


Jumaat, 12 November 2010 - jam 8pagi jenazah opah dimandikan. walaupun Ai cuma isteri kepada cucu opah tapi Ai dapat rasakan yg opah turut menyayangi Ai. sila perasan. walaupun Ai tidak dapat membacakan Yassin kpd opah krn uzur tetapi Ai turut membantu menyediakan 'bantal' utk alas kepala opah.  bantal itu diisi dengan 30helai daun pandan yang dipotong-potong dan kemudian dijahit jelujur. proses memandikan, mengkafankan dan pengkebumian opah turut Ai sertai. apa yang pasti, semuanya mendatangkan keinsafan buat diri Ai. tepat jam 11.30pagi opah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan.


pemergian opah memberikan kesan yg amat mendalam kepada diri Ai sewaktu di sana Ai langsung tidak menitiskan airmata tapi sambil menaip entry ini terasa airmata tidak dapat Ai bendung lagi.
opah seorang yang amat menjaga waktu solatnya. opah juga seorang yg gigih membaca al-Quran ketika hayatnya masih ada. masih terbayang-bayang kesungguhan opah bersolat walaupun beliau perlu dipapah ketika mengambil air wuduk. dan sewaktu hayat terakhir opah, beliau tetap meminta utk dipapah bagi mengambil air wuduk utk menunaikan solat asar ptg itu. opah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.25malam (khamis mlm jumaat).



walau siapapun kita, satu masa nanti kita akan tetap pergi mengadapNya.
akhir kata, terimalah serangkap puisi yang Ai dapat drpd seorang teman dan Ai ubah sedikit.

jangan bangga dengan baju berjenama kita kerana pakaian terakhir kita adalah KAIN KAPAN
jangan bangga dengan kereta mewah kita kerana kenderaan terakhir kita adalah KERANDA
jangan bangga dengan banglo besar kita kerana tempat istirehatmu yang terakhir adalah KUBUR
jangan bangga dengan kecantikan/ketampanan  kita kerana akhirnya menjadi santapan CACING TANAH


picture was taken during Aidillfitri 1431H / 10 September 2010
opah di usia 82 tahun


Al-Fatihah buat opah. tenanglah opah di sana.




kesian, eh sekian  ( Y _Y )

14.11.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 8

jika anda mahukan lebih feel, harus baca entry-entri part 1-7 dulu.
klik je tak kena bayar pun. FOC saje. tambah ilmu tau.


PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6- GUA NIAH part 3
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 7


 ini adalah entry terakhir tentang percutian ke miri dan brunei. bukan Ai sengaj buat panjang2 dan bersambung2 tapi Ai nak setiap moment itu diabadikan sebaiknye. so kalau next time Ai lupa Ai boleh  refer ini bloglah. dan kalau kwn2 nk melancong, kwn2 tahu mana nk tuju. sbb mula2 Ai nk ke sana ai search tak banyak maklumat yg ai dapat. (^_^)



 ini ialah mee kolok. bukan tengkolok. ulang
mee kolok. pandai. sedap tau. mee kolok ala ala indo mee goreng tuh tapi yg ni lagi sedap.
mee kolok ada banyak versi. goreng boleh, sup boleh, buh wantan boleh. haiya leleh air liur ku.



 dan itu dia. hasil tangkapan kami selama berada di Miri. yg kotak hitam bertangkai itu ialah ikan terubuk masin!!!! mujur ade sahabat baik cik nuril sudi carry kan. mataceh ye (^_^)


sangat sayu dan sedih serta berat hati nak meninggalkan Miri. walaupun sekejap tapi kami amat menghargai segala jasa baik nuur azreen md ali dan juga kak chot!!! budi baik kalin tak dapat Ai balas!!


dalam Miri airport. wang sudah habis. talak wang mahu beli barang.
maka lihat saje.



 selamat tinggal Miri. ade duit ai datang lagi. hihihihi



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~the end~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


kesian, eh sekian (^_^)

13.11.10

ENTRY UNTUK WANDA

oh oh ai sangat terharu tatkala membaca entry seorang blogger.
walaupun ringkas tapi Ai rasa sangat dihargai.


kawan-kawan mari kite terjah blog wanda di sini.
baca jangan tak baca ye.


kesian, eh sekian (^_^)

12.11.10

CANTEK TAK AI?

ini entry perasan.
hahahaha

sebenarnya dah 2minggu sume auto published entry2 dlm blog ni.
so tajuk sepatutnya "Rajin tak Ai?"

saje nak kongsi angka yg tertera dalam Cik Peugeot 

cantek kan angka tu?
banyak lagi sbenarnya ade dok dalam folder mypictures lappy ai ni.

nanti kite share share lagi ye

so tajuk entry ni ialah, "cantek tak no,bor dlam peugeot Ai?"


kesian, eh sekian (^_^)

11.11.10

AMARAN: JANGAN SUKA-SUKA HATI

foto telah menjelaskan segalanya.
kalau sape2 yg perasan, Ai ade jerit kt dinding mukabuku.

tak agak2 kan?
MPHTJ saman rm100.
maklum melaka sudah maju er... OECD iktiraf tak?

tapi takpelah, bukan rezeki Ai. pergi ke kaunter MPHTJ di melaka mall pd hari yg sama.
tawaran diberikan 50%. so kenalah jugak bayar rm50.
sedih gilak psl duit dlm wallet ade rm60 je. aik drive peugeot dlm wallet pun kering? hahahaha


sekarang sangat  fobia.
sampai nak parking kt dalam rumah sendiri pun boleh tanya,


"bang, agak2 kena saman tak?"


kesian, eh sekian (^_^)

10.11.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 7

dengan kuasa sakti yang Ai ade, Ai dah buat sambungan utk percutian ke Miri nih.
dasat eh. gile lama nk tamat.

Ai nk semadikan semua yg ade dlm ingatan.
mana tahu nanti kemudian bila Ai dah takde buleh jadi kenangan korang (^_^)

untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-6 dulu.
klik je tak kena bayar pun. FOC saje.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6- GUA NIAH part 3




ok. dalam entry terkemudian, Ai ade cite yang kami kebasahan dalam hujan kan? makanya oleh kerana tidak mahu membasahkan Pesona sahabat Ai, kami duduk di atas beg plastik. hihiih. dalam kereta mmg kesejukan tahap gaban. perghh tak terkata sejuknye.


dan akhirnya kami telah tiba di Miri. sahabat Ai telah membawa kami minum tuak mintak simpang eh, ke Luak Esplanade. Ai tak tipu. nama pantai tu mmg Luak Esplanade. mmg ai perasan mcm kat Hawaii jap.

 biru kan langitnye? hihihiihi. kat sini ade org berjualan. 
antara makanan yang dijual ialah 'sayap manuk'. perghh mmg btl2 ade pengaruh jawalah!!
manuk means ayam. so kalau diterjemahkan, 'kepak ayam'. sayap manuk dijual rm5 untuk 3 ketul. 
maka Ai dan kwn yg kelaparan membeli tanpa belas kasihan. hihihihi
dah sudah hbs mkn, kami pulang dan mandi dan kemudian keluar lagi.


 kami ke E-mart untuk membeli ikan terubuk masin.
E-mart ni ala2 tesco kt semenanjung gitu.
aaaa yg gantung tu ialah ikan? buntal? buntat? bontot?



 tadaaa. jangan risau tentang kesuciannya kerana ini ialah gerai muslim.
oh namanya ialah Muhammad terubuk.
encik muhammad yg jual terubuklah.
rm10 = 3 ekor. Ai belasah beli 30 ekor. hihihiih



 ini pula ialah telur ikan. sape nak? 




 sesambil tunggu akak tu bungkus terubuk, Ai dan cik Nuril mengambil kesempatan utk berjalan2. 
dan haaa amek ko!!! kipas sebesar besar alam. sila tengok bilahnye tu. panjang kan?



 Ai tak tipu kan? tu namanya Muahmmad Terubuk.
mereka juga ada buat penghantaran ke semenanjung. manalah tahu ade yg mengidam.
tepon je nombor tu ye.



 eh jangan gatal nk mengorat. tu mak budak tu. tapi maintain comel eh?



 dah beli ikan terubuk, kami ke tempat membuat kek lapis sarawak pula.
 satu petak kecik tu harganya RM18 ye.


 pilih je. macam2 jenis, kaler n rasa ade.



kemudian kami pergi pula ke belanda. eh bukan bukan.
kami pergi ke Bukit Kanada. tempat minyak dijumpai.
 malam2 pun mereka buat keje. percayalahhhh.. hihihih



 di sini ada muzium dan boleh lihat pemandangan bandar Miri. mmg sangat mengasyikkan.
tapi kami sekejap sahaja di sini krn , "Ani, hujan dah turun. angkat kain di jemuran"

senang cakap dah hujan dah.



ade sikit lagi. sambung lagi boleh?
kesian, eh sekian (^_^)