hari isnin, enJekjek yang ade blog kat
sini pulang dari kursus untuk makan tengahari kerana petangnye kami ade temujanji dengan doktor. Ai sedang berada di dapur ketika enJekjek pulang menerjah dapur dan ketika itu sedang menggoreng nuget.
enJekjek: ayang dah goreng nasi ke?
Ai: takdelah. goreng nuget je. nasi dah masak tu. abang nak makan?
enJekjek: bila ayang nak goreng nasi?
Ai: takde pulak ayang kata nk goreng nasi. kan ayang kata ayang cuma masak nasi, goreng nuget je.
takpe petang nanti ayang goreng nasi ye.
dan sepanjang makan tengahari berlangsung enJekjek tak puashati sbb tak dapat mkn nasi goreng kasih sayang Ai. enJekjek asyik ejek Ai comotlah, itulah inilah.
dan waktu entry ini ditulis, Ai belek mesej yg anto kt enJekjek.
bunyinya begini:
"MASAK NASI GORENG NUGET JE BOLEH?
DAGING KERAS LAGI LE PLAK"
takpelah bang, dah selamat pun Ai buatkan nasi goreng untuk abang.
enJekjek kata sebab Ai tak bubuh koma antara perkataan nasi dengan goreng tu makanya beliau tafsir yg Ai akan buat nasi goreng.
kalau korang baca camne pula?
p/s: bagaiman korang baca tajuk entry ni? korang baca sebagai ayat sms (short messaging system) atau ayat semasa?
#scheduled entry written on 22/11/10 on 9.50pm#