Ikut AiTotYati

30.9.10

CERITA LUCU: RAYA PART 2

sepi sangat blog Ai ni. meh nak kongsi cerita gelak guling-guling.

hari isnin 13september 2010 dah kena balik ke melaka sbb selasa dah kena sekolah. oleh kerana dah terlalu sarat dengan segala jenis rendang, masak manis, ketupat, nasi impit, laksa dan segala macam jenis makanan rakyat malaysia ni maka kami decide nakbeli makanan sambil pandu lalu je.

dipendekkan cerita kami pun lalu le kat satu pandu lalu. beli dan kemudian parking di satu R&R. oleh kerana beli double cheese burger maka kebiasaannya Ai akan tanggalkan gigi palsu utk makan supaya tidak melekat di langit lelangit. oh Ai mmg pakai gigi palsu hanya utk sebatang gigi sahaja sbb bridge gigi tu dah patah. macam tu le yg dr kata.

 errr gigi Ai takdelah comel sangat macam yang encik G tunjuk ni. hehhehe



jadi Ai pun tanggalkan dan balut dengan kertas tisu. buh atas dashboard dalam kereta.
lepas siap mentedarah makan Ai pun kuar kereta sambil bawa segala jenis sampah dan terus basuh tangan.

sambil basuh tangan memang suka nak usha muka sendiri sambil kasi clear mulut.

sengih opsss tengok gigi takde. tapi terus je ke kereta.


en Jekjek nak start enjin kereta. tetiba barulah Ai perasan.


gelabah

gelabah

membayangkan esok pergi sekolah tanpa gigi sambil pelajar ketawa sengih sengih





hayokkkkk mana gigi Ai?


cepat2 keluar dari kereta menuju ke tempat hujau.





gelabah selongkar tong sampah. mujur kat belah atas je



andai kata makcik cleaner dah kumpulkan sampah tu camne?


kesian, eh sekian (^_^)

27.9.10

CUCI MATA dengan BUAH NONA

itu adalah foto buah nona yang tumbuh secara tak sengaja depan umah mak Ai. pokoknye kecil shj. dan buahnye betl2 satu shj. dan Ai ambil mkn. buahnye mmg manis. alhamdulillah.


sekian (^_^)

19.9.10

CERITA LUCU: RAYA PART 1

sewaktu Ai dalam perjalanan pulang ke negeri mencari rezeki, Ai dan hubby singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi perut minyak.

hubby pergi ke kaunter utk membuat pembayaran manakala Ai pergi ke paip air berdekatan utk mencuci tangan. habis cuci tangan Ai ke kereta semula. buka penutup minyak, lift up the nozzle dan terus mengisi perut orang minyak.

Ai perasan ade satu kereta sebelah pam tu usha Ai semacam dari atas sampai  ke bawah.

Ai terus perasan. dan perasan. bajet suci dan ayu.


masuk dalam kereta, Ai pandang bawah. inilah dia


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



tengoklah.. Ai pakai kasut yang lain-lain. hahahahahah. gelak gelak gelak.



kesian, eh sekian (^_^)

18.9.10

TEMASIK BARU YANG SENTOSA

sebelum cerita ini semakin tenggelam dan dilupakan, marilah kita sama2 recap percutian aku bersama en jek dan cik adik bongsu aku.

kami ke temasik baru!!!! ala pergi ke Pulau yang aman sentosa tu. Pulau Sentosa la.. ala yg ade dlm iklan tu yang guna lagu 'mencece mencece mencece.... '  Pulau Sentosa Singapura. hehehehe pergi masa bulan Jun 2010. to be exact pada 28 Jun 2010 hari Isnin.

sudahlah Ai oiiiiii, sudah jangan mencece lagi. kau dahlah nak hapdet blog susah bukan main, ni dah ade mood ko mencece benda lain pulak. ok here we go!!

6.50 pagi kami dah terpacul kat summit batu pahat. summit adelah tempat berkumpul. pagi itu hujan turun dengan sangat lebat. kami bertolak dari melaka jam 4pagi. ye 4 pagi kwn2. sampe kt masjid batu pahat terus solat dan tukar pakaian. hehehehe. sesambil tunggu bas sampai kami makan le nugget yg Ai goreng masa celik2 mata jam 3pagi tu.


masa ni dah kat tambak johor dah.
sume tengah beratur tunggu giliran kenderaan.


sesambil tu tengokle signal ape yg ade kt tambak johor tu. wohooo ade SingTel, SGP M1-3GSM & Starhub. line tepon singapore mmg sume kena start dengan huruf S ke? kalau 3S? saya sayang singapore. tak tak Ai cintakan tanah Malaysia ok!!!




sampai je kat Pulau sentosa tu terus je nak serbu universal studio. tapi tiket dah sold out. alahai melepas. takpelah. banyak gak destinasi lain yang boleh dilawati. hubby pun gi ke information kaunter. dan di situ kami beli pakej tour. kebetulan ade promosi makanya dapatlah tiket masuk ke 4 buah tempat dengan harga 36.90 dollar singapore seorang. antara tempat yang dilawati ialah Images of Singapore (muzium singapore ni), Merlion (ala tugu ghupe singa tu), Segway Fun ride (mmg very fun) dan 4D magix (movie). jom ikuti catatan perjalanan kami di Singapore.


dengan hubby depan universal studio.
smileeeee!!!


walaupun nak pergi banyak destinasi tapi pengangkutan mmg takde masalah. kami naik LRT ni.
very conveniance. kalau anda ade sakit tulang belakang macam ai tak perlu risau utk berjalan jauh.


tempat pertama yg kami lawati ialah Merlion tower. yg kamu nampak zink tinggi tu sbb tempat ni tgh dalam renovation. rugi rugi. try gak intai2 sebalik zink u tapi tak nampak le. Ai kan ketot. kehkeh. kat sini, lps dah menjangok dengan tower ni kami masuk ke dalam tower. naik ke tingkat 10. sblm naik tu ade sedikit tayangan tentang bagaimana merlion ni wujud.
merlion = mermaid + lion. sbb tu kamu nampak merlion ni kepala singa badan ikan duyung. maknanya ialah prosperity gtu.

 bila dah naik ke tingkat 10 tu pemandangan mmg subhanallah. superb!!! tingkat 10 tu kami keluar kat beranda yg ade gigi taring 2 tu. syiokkk.. dan masa dah turun tu kami masukkanlah token yg dapat masa mula2 masuk tadi. oooh adek ai n hubby dapat kipas. ai pula dapat mousepad. ala gambo kipas n mouse pad takde lak. sume pun nak tayang. kehkeh


ni salah satu waterfall buatan yg ade.
sejuk je mata memandang.



yang ni pula ialah sebelum masuk nk tengok tayangan psl merlion tu. 
kami jakun kagum jap sbb ade brg2 tertentu yg glow in the dark. ekekeke termasuklah baju Ai ok. :P



budak dah lenguh pinggang mmg mcm ni le. tgk ade zink lagi. sedang ubahsuai!!!



yang ini pula dalam images of singapore. kira  muzium merekalah. 
ape yg pasti. semua tempat nk masuk mesti ade tayangan. paling tak boleh blah masa muzium keeper tu kata ade 3 bangsa di singapore iaitu cina, india & indonesia. eh ai dah pelik dah. bukankah melayu singapore tu kebanyakannya dari malaysia. mmg takde mention langsung tentang singapore keluar dari malaysia. dan muzium ini menceritakan tentang asal usul singapore. kalau org yg tak tahu sejarah mmg akan telan bulat2lah fakta ni. pada pendapat Ai, muzium sinagpore ni jauhhhhhhhhhhhhh lebih moden drpd mana2 muzium yg ade di malaysia. orang2 yg keje di muzium sila tak note ok.


nampak tak foto tu? 
di tengah2 tu ade wanita. tapi itu adalah imej dari lcd. kire mcm hologram. 
iye aku kagum. dan mereka bukan sekadar gunakan skrin putih tapi foto2 org yg kamu nampak di atas tu semuanya akan bercakap. dan layar kapal tu menjadi skrin. mmg menarik dan tak bosan.


keluar dari tayangan tu. Ai ingatkan dah habis. ghupanya perjalanan baru nk bermula. 
serius muzium ni mmg panjang gile. dari awal penubuhan, dan semua2lah. kan bagus kalau malaysia pun ade mcm ni. sbb tu ai kata jika anda tidak tahu singapore adalah negara yg keluar dari malaysia anda akan telan bulat2 fakta bhw singapore tu muncul dgn sendirinya.



ini kumpulan teater mereka.
chomels ok.



dalam muzium.



 
hehehheh ai takde keje. cium sikit.. kehkeh




cermin antik


tak dapat naik real kabel car, naik le yg mock punyer....



ini kami berjalan nk ke segway fun ride



inilah pemandangan yg kami lihat. 
di sana juga mereka tidak menebang pokok2 yg berusia. 
sbb di tgh2 muzium tu tetiba ade pokok. hmmmm




belakang merlion tower


safety first



cik adik try dulu




turn ai pula.
mmg best naik segway funride ni.
very lah aman noksss




 
last sekali foto sinilah



dan menjelang dinihari kami pun pulang ke malaysia



oh lupa lak. kami tengok wayang pirates masa kt 4D magix. ia dipanggil 4D kerana kalau ade air terpecik maka penonton pun akan rasa percikan air. kalau melayang maka seat pun akan huru-hara. tapi best!!!!

dan di sana kami tak makan tengahari pun. halal food mmg takde!!! mujur masa pagi tu kami dah mkn nasi lemak n kami ade bawa air mineral botol besar. tapi sbb perut dh lapar kami bli gak roti. itupun yg ade tanda halal lagi ye. sbb ejen yg kami ikut ni bagi kupon makan 10 dollar singapore tapi kt dalam kasino. hampeh tak? Allah masih nak pelihara kami. mmg masa nk masuk tu guard tahan. mujur mujur. ai pulak mmg takmo nk masuk. bak kata guard tu, sbb tu muslim singapore keje kt luar je. takde yg keje di dalam. hmmmmmm

solat pula kami buat solat jamak ta'hir. kt situ takde surau langsung. lainkali bawa kompas n sejadah siap2. huhuuuu.  dan utk bersuci, Ai mmg dah siap2 bw botol air mineral yg kecik tu. tandas mereka langsung takde pili air. kalau kamu pernah ke tropicana city kat damnsara kalau tak silap, mcm tu le tandasnye. geli tau mcm manalah mereka beristinjak. pake tisu je? ai tak sanggup. kamu sanggup?


kesian, eh sekian (^_^)

15.9.10

MENU BERBUKA PUASA 1431H

Sebelum Ai meneruskan entry ini dengan cerita raya, mari kite belek2 dan lihat menu yang Ai dah masak sepanjang ramadhan untuk berbuka:

ramadhan 1: nasi dagang, kari ikan kembung, cempedak goreng

ramadhan 2: ayam selon oregano, kangkung masak belacan, beli: cara berlauk
ramadhan 3: ayam singgang cendawan butang

ramadhan 4: mee bandung penuh udang + jemput jagung nestum bersusu

ramadhan 5: ayam masak kicap bercili, telur dadar, bayam merah rebus, roti sosej bertelur
ramadhan 6 : mee bandung, roti sosej berkeju

ramadhan 7 : sambal sotong, kangkung belacan, telur dadar bermayonis, puding karamel
ramadhan 8: tom yam ayam , puding karamel susu anlene
ramadhan 9: simpan periuk-jemputan berbuka di SKKGK (^_^)
ramadhan 10: spaghetti, bubur caca
ramadhan 11: sambal sardin, sayur bening bayam merah, puding roti marble butterscotch
ramadhan 12: nasi dagang, kari ikan, puding roti marble butterscotch
ramadhan 13: Ai ade bizi sikit so jumpa En PARAM tak sedap
ramadhan 14 : buka di luar hubby belanja. ngee
ramadhan 15: spaghetti ayam, beli:kuih kemboja
ramadhan 16: nasi beriyani ayam, kambing- hubby blanja. buat: air tembikai
ramadhan 17: beli: ayam goreng, air soya
ramadhan 18: sotong goreng kunyit, sambal pecal, telur masin, jemput jagung nestum bersusu, air tembikai
ramadhan 19: mee goreng basah, cucur udang kasih sayang, air tembikai
ramadhan 20: asam pedas kembung, jemput bilis, fresh orange
ramadhan 21: sup ayam, sambal kicap
ramadhan 22: ikan kembung masak lada, telur masin, jangan bening bayam, fresh orange
ramadhan 23: lamb chop, chicken chop, air carrot susu, jus epal - JJ mari.
ramadhan 24: PARAM + bubur asyura masjid peringgit
ramadhan 25: ayam masak sambal, telur masin, bendi rebus, puding karamel pandan
ramadhan 26: homemade steamboat, jemput bilis
ramadhan 27: PARAM + puding karamel
ramadhan 28: my mom in law yg masak... hehehe Ai buat puding karamel je
ramadhan 29: param lagi
ramadhan 30: daging masak manis, kauh kacang, ayam goreng, ayam percik, nasi impit --> sume masakan nk menyambut raya


cukup setakat ini. nak g sambung buat keje. huhuhuhuh

meh jemput beraya di rumah Ai. tu nampak tak kepala encik Teddy? 
si Teddy was our first guest. ok merapu jangan percaya.


kesian, eh sekian (^_^)

11.9.10

CUCI MATA sambil stim

masyaallah. ape kes ni? tajuk tak senonoh. isshhhhh


 timbullah timbul :P



tombol?




ohhhh



taraa.... steamboat sendiri di rumah
lebih suci lebih murni



ayam & udang



jemput kesukaan enJekjek


haruslah jemput bilis




itu semua adalah juadah iftar pada 26ramadhan 1431H.
bangun lepas asar mamai2 terus masak



kesian, eh sekian (^_^)


*ini adalah scheduled entry*






9.9.10

CUCI MATA dengan GUBAHAN BUNGA SEMPENA HARI RAYA

memperkenalkan gubahan Ai "secantek ros" untuk tatapan umum.




"seceria si kuningTi"



setenag rosYati





"sekembang si ungu"




"semanis kasih rosiYati"




dan




"semekar hati di taman Tot"



amacam? ada bakat tak Ai?

lepas ni nak explore menjahit lak. 
aci tak?


kesian, eh sekian (^_^)

*ini adalah scheduled entry*

6.9.10

JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA...... AiToTYati

salam semua!!!!

pepagi dah ternampak promosi en Ben ni ha. maka teringin pula Ai nak join. camne nak join?

Apa yang perlu ada dalam entri anda ialah ..

  1. Header blog Ben ashaari -dah bubuh dah
  2. Tajuk - JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA... AiTotYati
  3. Kad raya online berserta ucapan raya ..Boleh buat sendiri kad .. lagi kreatif lagi bagus- hubby tolong buat. siap dah!
  4. Biskut raya untuk hidangan tetamu ke blog anda ( sila google dan jgn lupa beri kredit pada pemilik gambar tersebut ) - biskut coklat cip ni buat sendiri (^_^)


terimalah....



sambutlah syawal dengan kesederhanaan ye kawan-kawan :D

Ai ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang mengenali Ai atau baru nak kenal Ai

jemputlah datang ke rumah. Ai ada sediakan biskut coklat chip merdeka.
biskut ni Ai buat sendiri tau masa cuti hari Merdeka tu


oh susah nak amik ye. ada dalam balang? meh amik yang dah buh kat luar ni
makan jangan tak makan (^_^)

5.9.10

CUCI MATA lagi dengan PUDING KARAMEL PANDAN

korang.... tak baik tau.. ini luybang bukan sebarang lubang bulan pose weh bulan pose






sila nikmati pemandangan hijau incredible hulk

itulah namanya puding karamel pandan


nak resepi?





Ai tak kedkeut. meh buat meh

RESEPI & CARA BUAT  PUDING KARAMEL PANDAN


periuk 1-nak buat karamel
masukkan 5sudu gula dan satu sudu air
masak hingga perang
masukkan lagi satu sudu air
dah jadi karamel tuang dlm acuan


periuk 2
campurkan 400ml susu cair (1 tin) dengan 3titik esen vanila dan pati pandan (buat boleh, bubuh pewarna hijau je pun boleh)
panaskan tapi jgn sampai mendidih


bekas 3
pecahkan 4biji telur (3 penuh, 1 bijik lagi amik kuningnye je) dan gaulkan dengan 5sudu besar gula
kacau tapi jgn bubble samapai semua larut
tuang susu cair yg dh dipanaskan tadi perlahan2
dah ssiap tuang dalam acuan yg ade karamel tadi
tutup dengan aluminium foil 2 lapis


periuk kukus 1
panaskan periuk kukus
bubuh sume yg dah siap dlm ni
masak selama 40minit
dah siap masak angkat tapi jgn buka aluminium foil. 
lps 10minit baru buka


Ai usha kt PARAM or BARAM satu loyang tu RM18. kalau sepotong rm3
mahal kan?


buat sendiri berapa sen le sangat (^_^)


kesian, eh sekian (^_^)