Ikut AiTotYati

12.4.10

AKU, DIA & MEREKA

 pagi2 org bsr tepon beritahu Ai kena ke pjbt yg bsr sikit utk proses kumpulkan data.ok takde masalah.
call je driver shuttle maka vroooommmmm. Tepat jam 11.30pagi Ai minta mereka ambil. sampai tpt keje trs mkn, call org2 berkenaan & log out kt thumb print.

hubby Ai mesej beritahu tak dapat nk hantar ke GH utk fisioterapi. sbb KM tak sampai2 lagi kt tpt keje dia. Ai dah rasa mcm nak meradang. sbb selain hubby kena jumpa dgn KM, dia juga kena hantar anak2 buah ke tpt berlangsungnya program yang jauh di satu tempat.

Ai bengang. selain letih sbb kena pergi ke pjbt yg lebih besar tu, faktor sakit pada bahagian kiri Ai juga mempengaruhi emosi. Ai telefon lagi hubby. Ai racun dia. tapi hubby skema. Ai racun lagi. tapi kami takde kata putus. sebab ape? sebab Ai putuskan talian telefon. Ai terus je pecut Pijot Singa Biru balik ke rumah. emosi masa tu- bengang dgn hubby sendiri.


masa nak bukak gate umah dapat mesej lagi dari hubby. hubby tukar plan yg dia akan bw anak2 buah dia tu ke umah utk solat. kemudian bw sekali ke GH hantar Ai fisio, drop Ai kt GH then trs hantar anak buah. lepas settlekan hal anak buah, hubby akan  pick me up dr GH.

dalam hati Ai kata, bagus plan racun berjaya.

harus ingat, family always come first, bukan kerja. mujur hubby tukar plan, if not mmg Ai tak tegur- merajuk konon.


kalau Ai sihat & carik parking pn tak susah kt GH tu tak mengapa. ni nk carik parking je 20 minit lebih. kalau parking jauh mahu Ai kena menapak. tambah lak PID tu sedang menyerang dgn agak teruk. nak kata salah postur, dah jaga dah. nak kata tak pakai besi, dah pakai dah. Ai tak tahu.

oh mungkin sebab bengang tadi ditambah pulak dgn soalan cepu emas yg kena masa kat kantin semasa Ai sedang brunch (bekpas plus lunch) sebelum pulang ke rumah.


"ti, kau mmg tak nak mengandung lagi ke? bukan ko dah 30 tahun ke?"

dalam hati sumpah Ai kata, "sial punye soalan" sorilah Ai tgh sakit n dihambat kesibukkan.
Ai tarik nafas dalam-dalam kemudian jawab.

Dengan mulut Ai yang manis terlontarlah,
"ade kak, buat-buat tak jadi pulak. Allah belum nak bagi. Allah tahu saya tgh sakit ni. even skrg pun tgh sakit. kot akak boleh tolong mengandungkan then bg pd saya, aci tak?"

dia diam dan Ai dapat teruskan sesi makan tengahari dengan aman. Dengan akak sorang ni Ai tak pernah jawab pedas-pedas krn mengenangkan yg die tu dah hajah tudung labuh bagai (eh ai bukan anti hajah tudung labuh ok. Ai cuma tak berkenan dgn dia yg konon dah hajah umrah bagai tapi tak pernah nak faham perasaan org lain). dahle masa pergi ke pejabat yg lebih besar tu makanan tak disediakan. dahle Ai blm bfast lagi pagi tu. soooo ujian hari ini aku mcam gagal sikit. sbb keluar perkataan yg tak elok.


harharharhar... haru

5 comments:

  1. salam

    memang haru... memang kadang nak maki je depan2 tapi .... tak de ayat paling sesuai la nak bg kat diorang ni. kalau la diaorang tahu diorang telah bermulut jahat...

    ReplyDelete
  2. wslm irtiyah,

    spontan @ tindakan refleks.

    itulah Ai tak faham kenapa mesti dia tanya depan org tgh ramai? kenapa? sebelum ni mmg ada org lain tanya tapi tanya personally.

    Ai sedih tau. serius

    tapi marilah kita tabahkan hati (^_^)

    ReplyDelete
  3. sabar banyak2.. aku faham perasaan ko.. n mmg rimas dengan soalan macam tu.. macam aku bgtau ko aritu.. aku br je 4 bulan.. ko dh 4 thn.. lagi mmg bengang bila dgr soalan tu.. lelagi timing salah lak tu..kuatkan semangat ok..?!

    ReplyDelete
  4. lieya,

    terima kaseyyyyy.

    mri bertabah (^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Hihihi..moga lepas ni orang tu terus insaf dan turut "berkempen" dgn orang lain supaya lebih bertimbang rasa bila bercakap..

    Macamlah nak dapat anak ni macam buat kuih saja..buat, masak, terus dapat hasil. Sedangkan hakikatnya kita hanya merancang/usaha, Allah yg tentukan.

    ReplyDelete