bulan lepas aku dah demam. tak ingat takpe, tak suruh pun ingat... hahahahaha.. boleh baca entry ini. entry suhu badan 39.2 darjah celcius tuh!
start last week tekak aku makin gatal n batuk makin kuat. sampailah aku kehilangan suara. bagaimana aku nak mengajar kalau begini? macam speaker pecah gitu. 5 minit pertama aku on suara buleh cakap tapi lepas tu tekak sangatlah gatal n suara terus serak2 basah berkahak. euuuuuuuuuwww ape kahak2 ni... opss sori...hehehehe
dan oleh kerana masuk hr ini adalah hari yang ke-4 maka tadi jam 8.50mlm aku rushing ke klinik dgn hubby. aku pergi klinik yg sama. yelah senang dr nak keep track kan?
aku adalah patient yg terakhir memandangkan klinik close at 9pm. masa kami tunggu dr, pembantunya dah off aircond dan turunkan penutup pintu separuh. dan bila dr panggil, aku masuk dengan senyuman. dr terkejut tengok aku datang lagi. so dr amik bacaan suhu. amik ko!!! aku masih dalam keadaan demam... suhu 38 darjah celcius. dr cek pernafasan n segalalah. maybe kesibukan di tempat kerja menjadikan demam aku tak kebah2. dr bebelllah suruh rest minum air bagai. masalahnya mmg aku minum air bagai sampai asyik nak g toilet je. semua ubat yg dr bagi pun dah habis ku telan. dan masa nak keluar tu dr offer,
"do you want to take rest for tomorrow? i can give u one day MC"
aku berbelah bagi. nak mc tapi nanti banyak kerja tergendala. dahle tengah macam2 benda adhoc ni. dengan data collectionlah, dengan ketua menteri nak datanglah, dengan paperworklah, dengan kelas tambahanlah. dengan semualah. maka aku pun cakap,
'nevermindlah dr. i want to go work tomorrow"
keluar dari bilik dr aku cakap pada hubby. hubby tanya nape tak amik je? mana tahu jadi ape2 kan? manalah tahu tetiba suhu naik ke? so esok takyahlah nak g klinik lagi. entahlah aku ni tak terpikirlak. huhuhuh... bila dah kat umah baru nak menyesal tak amik. maka lahirlah entri ini. tapi walau ape terjadi aku nak gi swimming gak esok. hihihihihihih
d.e.d.i.k.a.s.i :)
ReplyDeleteko ni biar betoi?
ReplyDeleteish ish ish.. kalo sekolah tak tau hargai tak tau la nak kata..
ReplyDelete