Ikut AiTotYati

6.1.10

LALU AKU PUN TERKEDU

rutin biasa di sekolah. lepas P&P maka harus berkejar ke sana ke mari buat urusan2 lain. opss aku takdelah berkejar tapi berjalan dengan perlahan. pertanyaan mcm "lambatnye jalan?" tu dh biasa. aku senyum je. dalam hati lagi mau tanye ke? takkan aku nak berlari pula?

hari ni mengadap bos paling besar. siapa lagi jika bukan pengetua aku. tujuan mengadap nak endorsed surat panggilan meeting, fotostat then serah pd dia. semalam pun aku mengadap dia pasal borang SMM. esok aku dah plan mengadap dia lagi nak endorsed surat makluman sms sekolah pula. iye.. setiap hari aku kena bahagikan urusan2 tertentu sbb aku adalah penyelaras data smm, penyelaras sms sekolah, penyelaras... bla bla bla bla. next week aku dah plan utk mengadap psl makmal siber lak. uwarghhh hari2 ada agenda yg perlu diuruskan. so tadi lepas explain segala aku dah ready nak kuar dr bilik dia sampailah aku tanya pd bos,

"tn hj. kalau barang yg kite minta dari last year tak dapat. this year nak guna borang baru or guna je borang lama tu?"

aku saje tanya. if die kata guna borang baru takde masalah. aku isi je. then dia tanya balik,

"awak minta ape tu?"

aku jawab, "minta fail utk unit ICT. nak wat filing"

bos pun kata, "awak tunggu kejap" lalu dia pun terus keluar dari biliknya membiarkan aku terpinga-pinga. aku rasa hampir 10minit aku tercangak sampailah aku berkira-kira nak keluar je dari biliknya memandangkan urusan aku dah selesai. namun ada sesuatu membuatkan aku terkedu....

sila bayangkan: BOS KORANG MASUK KE DALAM BILIK DENGAN MEMBAWA 6BUAH RING FILE WARNA PUTIH SAIZ 2 INCI SETIAP SATU

aku terkedu. speechless.


bos tanya, "apa lagi yg awak minta tak dapat?"
spontan jawab, "disket"


bos keluar lagi dan masuk dengan sekotak disket.
bos tanya lagi, "ada apa2 lagi yg belum dapat?'

aku jawab, "takde tn hj. terima kasih tn haji" --> gaya macam budak kecik dapat duit jajan. hahahaha

sebenarnya, bos aku tu baru berkhidmat di sini start thn lps. so byk ragam yg beliau masih belum nampak. so thn lps masih dalam proses pembelajaranlah. thn ni maybe dia dah nampak bhwsanya org yg jaga stor @ yg uruskan barang2 yg kita minta utk kegunaan sekolah tu agak2 lemau (lemau di sini bermaksud mmg susah nak dapat barang tu sbb byk alasan dia bagi sampai kau jemu lalu kau guna je duit sendiri beli barang-barang tu). so aku rasa bos berang dengan perangai orang tu yg lemau (ti, tak baik burukkan orang. err tak... aku cuma nak terangkan keadaan nape aku boleh dapat fail n disket tu dgn spontan). tapi bagus gak kdg2 tanya spontan ni eh. terus buleh dapat brg tu. menarik :D

p/s: aku tau korang akan kata, heh ada pakai disket lagi kah? dah maju lah ti...
meh aku jawab, sebab nak buat proses import/eksport data sistem maklumat murid mmg guna disket. kite menurut perintah je....

5 comments:

  1. Salam
    Yati.. saya tak sanggup nak bayangkan kesukaran awak dengan sakit PID tu dalam suasana kesibukan kita kat sekolah.

    Saya memang terkejar2 menguruskan pelbagai perkara. Kadang2 sampai tak lalu makan. Inikan awak kena melayan sakit belakang tu lagi.

    Dengan 1001 ragam masalah kita hadapi setiap hari.

    Sabar ya.. Allah sedang menguji hambaNya yang beriman.

    ReplyDelete
  2. dalam bebanyak benda ni..n zaman dah sebe canggih.. pelik aku..dok nak guna disket tu jugak lagi..kekeke.. kalo susah2 sangat.. ko guna la pintu belakang.. kan senang.. tp nak mintak stok cd pulak ye.. mintak disket pun susah nak dapat.. apatah lagik nak mintak cd...hihi

    ReplyDelete
  3. nk komen pasal disket.
    kitorg pun slalu bising2 bile ibu aku dok cakap nk save kat disket.

    kate manede org pakai disket lg bagai...
    tapi sebaik die ade external port disket tu eheks.

    ReplyDelete
  4. aku pon setuju bila ko kata dengan spontan gitu..sbb skrg ni kalau x ckp org x tau..ckp blkg lagilah, sape nk amik tau kan..hihihi...

    ReplyDelete
  5. salam semua

    irtiyah~ skrg ni saya buat mana yg mampu dan byk minta tlg kwn2 serta pelajar. tak lalu mkn tu mmg bgs utk saya sbb saya kan tgh diet..hehehehe

    lieya~ masalahnye takde pintu belakang kt tempat stor tu :P

    nuril~ mmg pake yg external. itu floppy drive ptt simpan dalam muzium. hahahaha

    jun juliana~ ckp blkg tiada guna. kita ckp depan je :D

    ReplyDelete