Ikut AiTotYati

9.11.10

KENAPA AKU ANTI MOTORSIKAL

Ai malas cakap banyaklah.

layan jelah

kelakar tak? nak tengok lagi benda menarik boleh pergi ke

8.11.10

GUA NIAH part 3 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6

seperti yang dijanjikan, Ai dah buat sambungan utk percutian ke Miri nih.

untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-5 dulu.
klik je tak kena bayar pun. Ai tak kenakan sebarang cukai perkhidmatan.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2


masih di dalam Gua Niah, Sarawak. lihatlah...

 cik Nuril kata, macam kat bulan
a'ah kan? ntah ntah org yg g bulan tu sebenarnya dtg Gua Niah ni je kan? kan?


 stalaktit yang sangat panjang. tengok atas kt siling Gua Niah. itulah stalaktit


 cerita pasal burung layang-layang.


 antara pokok yang menarik mata Ai.


 ok now let's heading back. nak balik dah. sebelah kanan foto tu ialah tapak carigali. kalau nk susah sebut ialah eksvakasi. tersembur air liur basi. hahahha


 itulah tapak cari gali dipandang daripada atas.


 ok ini tengah lalu Gua Dagang lagi. masa ni Ai dah tertinggal kt belakang. dalam bulatan kuning itu ialah manusia. so now dah tahu kan betapa besarnya gua nih. ciput je org tu ha.

 laluan turun. alahai tangga apsallah ko banyak sangat. kaki Ai dah ala ala latok masa ni.


 opsss tetiba!!!
ye tetiba mmg ade gerai kt tengah2 hutan ni. mmg menarik. 
maaf ye kak kami tak bli sbb dah bli souvenirs kat kedai rong reng. betul rong reng.


 antara fauna yg dijumpa. cik nuril suka gile snap sume2 foto ni. Ai snap 2keping ni je ha.





dalam  perjalanan pulang hujan turun selebat-lebatnya. jadi dengan penuh keayuan kami redah je. mmg basah kuyup. bot dah ade. jom menyeberang jom

 dah sampai belah sini dah.



 kejap takde orang, kejap ade orang. see kami basah kuyup tapi tetap cun hehe

 jadi tamatlah sudah cerita tentang Gua Niah.
eh eh cerita pasal percutian ke Miri Brunei belum tamat lagi tau. nantikan sambungannya



kesian, eh sekian (^_^)

7.11.10

TAG: mencari identiti blogger yang hilang

fuhhhhhh naik darah tinggi jap bile dapat sekali banyak2 tag. hihiihih
yang best tu dapat tugas yang sama walaupun daripada 2 rakan blogger yang berbeza.

tugasan yang Ai kena buat berbunyi begini:

dalam bahasa melayu berbunyi:

Selepas kamu di-tag, kamu harus membuat entry mengenai 25 fakta secara rawak, tentang diri kamu.
Setelah siap 25 fakta itu, anda harus tag orang lain.
Jika saya tag kamu, itu bererti saya ingin tahu lebih banyak tentang diri kamu
tag yang ni datangnye daripada cik lulu yang cantik manisssss. nk tengok blog beliau klik sini


dalam bahasa inggeris pulak bunyi begini:
"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."
tag yang ini datangnya dari pn stoberi. meh klik sini nk ke blog pn stoberi. 


tanpa membuang masalah, eh Ai tak suka masalah, masalah mmg Ai nk buang.
tanpa membuang masa, Ai nk bagi kamu 25 fakta yang kamu perlu tahu tentang Ai dan suami.
takde kena mengena. hihiii

1. AiTotYati adalah hasil gabungan tiga nama Ai iaitu... rahsia. hihiih

2. mempunyai sakit PID dan ada blog tentang sakit tersebut cuma jarang hapdet. hihihih

3. masih menikmati zaman honeymoon dgn enJekjek walaupun telah 5tahun berumahtangga. ayat mudah: belum ade zuriat lagi.

4. dalam masa 3tahun telah bli 3buah laptop. memula brand compaq, kemudian MSI. skrg pake compaq semula. laptop compaq enJekjek pakai, laptop MSI adek yg pakai.

5. tak suka org yg byk cakap (kaki gebang) tapi keje tak buat.

6. dah biasa duduk sorg2. mungkin lebih suka buat keje sorg2?

7. peminat fanatik desperate housewives. suka tgk cite tu berulang ulang kali. enJekjek layankan jelah. hahaha. mesti download latest episod kt torrent. wajib!!!

8. seorang perantau tapi found out yg my great great grandfather asal drpd melaka. (tempat mencari rezeki).

9. mengamalkan jimat cermat amalan mulia. tunggu jelah entry tajuk tu.

10. perwatakan agak kasar tapi jiwa mentol!!!! hahahahaha

11. tak suka rumah yg bersepah. kdg2 terasa mcm adrian monk dlm cerita monk. nk sue perfect!!

12. ada seekor teddy bear yang besar gile saiz manusia dewasa hasil pemberian kakza. klik sini nk tgk blog kak za.
13. seorang pencinta yg setia dan sayangkan ahli keluarganya.

14. cuma ade 5 psg baju kebaya sepanjang hidup ni.
15. air mata senang nk keluar tapi bukan menangis. bile hepi sgt pun airmata keluar.

16. kalau mood rajin tu dtg, alamatlah sume nk dikemasnye dan dimasaknye.

17. optical mouse Ai kaler pink. auwwww

18. lebih rela mkn nasi goreng hasil tangan sendiri drpd mkn kt kedai.

19. peminat majalah Nur

20. masa kecik2 lebih suka tak berbaju. opsss 18sx. kehkeh

21. suka pandang ikan dalam akuarium.

22. tak suka perhiasan yg sarat-sarat. tak kisahlah rumah or barang kemas.

23. sangat menghargai bantuan yg diberikan oleh sesiapa saje.

24. tak suka perokok. bak kata en ben ashaari, perokok tu sombong dan ego. aku sokong sangat!!!

25. tak suka ingat kisah lama. let bygone be bygone.


yahuuu dah siap dah 25fakta tentang Ai. skrg mri kite tag kwn2. siapa yang kena?
6. aimi
9. Nur


kamu yang kena tag, sila buat.
jangan buat-buat tak baca lak ye

kesian, eh sekian (^_^)

6.11.10

TAG: ADAKAH ANDA HOT

puan stoberi telah menanda puan irtiyah.

puan irtiyah pula telah menanda puan totyati

maka sekarang giliran Ai yang perasan hot ni menjawab penandaan mereka ini.

gelak gelak gelak.

dah dah jangan bagi Ai gelak lagi. Ai nk jawab tag ni.


1. gambar kesukaan anda?

ni masa bercuti di Langkawi. foto diambil di pantai beras basah. sooo nice!!!



2. adakah anda rasa anda HOT
Ai senang hot bile tak bukak kipas. ahahahha



3. cerita pasal gambar kwen
-banyak sangat gambar kwen taktahu mana nk pilih. hihihiih


4. bila kali terakhir makan pizza
makan pizza pada rabu, 3 November 2010 jam 4.30 petang


5. lagu terakhir anda dengar
  khatimah cinta by sixth sense


6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
selesaikan masalah add math form 4 (^_^)


7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Tot


8. Tag lagi 8 orang. mereka yang bertuah ialah:
1. Lieya
2. Lulu Caldina
3. Nuril
4. Trinity
5. EnJekjek
6. Aimi
7. Drah
8. Nur

9. siapakah orang no. 1 kepada anda
besfren Ai dari form 1. even dah kwen masih berhubungan

10. kata sesuatu mengenai org no. 5
my chubby hubby!!! yeah

11. orang no. 3 ada hubungan dengan siapa?
dengan moyang Ai rasanye. tapi kurang pasti susur galur mane. hihihihi. hahha jangan mare ye Nuril.



12. bagaimana pula dgn no. 4
tu adik Ai. satu mak satu bapak.

13. pesanan kpd org no. 6
semoga cepat habiskan master!!!

14. kata-kata cinta utk no. 2

oh Lulu, Ai shuke baca blog beritamu yg panas2 itu

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan
mereka adek beradek!!

16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
-sama kerjaya

-sensitip macam Ai
- selalu gak kena tinggal suami macam Ai
-sedang berusaha macam Ai
-kampung kt Johor


17. persamaan antara kambing dengan lembu
sungguh enak dipanggang begitu sajaaaa...

18. GAY or LESS?
-Ai suka barang2 yang ade less. hihihih

5.11.10

GUA NIAH part 2 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5

jika anda ketinggalan membaca pengalaman Ai di entry terdahulu. boleh klik link2 di bawah ye

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1



 jeng jeng. kini kita berada di depan pintu masuk Gua yang ade di Taman Negara Niah ni. ok yang ini ialah Gua dagang. ulang lagi. Gua Dagang. pandai murid-murid.


 posing jangan tak posing. itulah Gua Dagang. jom masuk dalam jom.
 itu bangsal. bangsal itu dulu pernah menjadi tempat tinggal pedagang yang dok ambil sarang burung layang2. tahun 1970-an dah ade kt sini dah.
 antara pemandangan dalam gua Dagang.



dan setelah berjalan dengan gagahnye akhirnya kami tiba di Gua Niah.
 gile besar Gua Niah ni!!!. lihat tong sampah hitam saiz normal tu kecik je. kan?

 itu syiling gua Niah. siling bukan syiling. sori




 tu ade rumah rehat. kire macam R&R cume takde air n gerai jual mknn mahupun tandas. hihiihhi



 papan tunjuk arah dalam gua Niah


 gelap. sbb tu kena bawa torchlite.
Ai sangat fobia masa berada dalam ni. fobia tapi takdelah histeria.
ngehngehg




 ini adalah tapak carigali. tapak eksvakasi. ada kubur di situ. huhuhu



 dengan menggunakan kamera Kodak yg dibeli pd tahun januari 2006, dapatlah foto yg kurg cahaya tapi goyang ni. tengok, kecik je kan kami.




 antara lobang cahaya yg ade.



 besar sungguh!!


 sayup sayup nampak pintu keluar ke Gua Lukisan. kat tmn negara ni bukan ade Gua Niah je.
mcm Ai btau, ade Gua Dagang, Gua Niah n Gua Lukisan (painted cave). gile besar!!!



 tolong toong ade UFO nk amik kami. 
hehheheh tu salah satu lobang bercahaya.
stalaktit dan stalagmit yang cantek.
*stalaktit: batuan kapur yg terjujur keluar dari atas.
*stalagmit: batuan kapur yg terbentuk di bawahnye.
boleh faham ka?


 haaa nampak tak tu stalaktit dok terjuntai juntai tu. ala yg kt entrance tu.

dan jangan terkejut ye, sewaktu Ai berada di dalm Gua Niah ini. Ai telah berjaya mendapat panggilan telefon drpd enjekjek. percaya jgn tak percaya. nk tambah best, masa tu enJekjek dlm Hutan Belum, Ai pulak dlm Gua Niah. cayalah digi. mmg sentiasa bersamaku. nak tau lebih lanjut psl Digi, klik sini.


fuhhh perjalanan yg meletihkan. turun naik turun naik.
mmg mencabar fizikal anda!!


 
senyum jangan tak senyum.


eh sambung lagi sambung lagi. sbb banyak foto nk share. kite gi part 3 ye.
part 3 Gua Niah



kesian, eh sekian (^_^)