Ikut AiTotYati

6.10.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- SESAMPAINYA DI MIRI

menusul menyusul pulak part 2. kalau nak baca part 1 klik di sini.  terima kasih sudi nak baca blog Ai (^_^)

 lepas kami touch down di airport Miri, sahabat Ai terus je angkut kami. masa tu baru jam 6> tapi dah gelap mcm 7>. terus je pergi ke masjid Miri ni utk solat mahgrib.


 inilah pengangkutan kami sepanjang berada di Miri.



 salah satu batu perasmian yang ade di situ. rasanyalah. hehhehe


 terus je kami pergi ke restoran sajian warisan. di sini order air buah naga. adeh sedapnye


 inile dalaman restoran ni. yg buat ai kurang berkenan ialah pelayan yg ambil order kami tak mesra alam. lps tu yg kami nak order sume takde. ade sikit ralatlah. oh makan di sini sbb nak celebrate befdei cik rilyana n open table sempena Ai lulus PTK tahap 1 dengan aras IV dalam slip tulis dapat A. hehhee


 haaa inile hidangan kami mlm tu. udang butter tu cuma ade 6 ekor je ye. harga udang tu sepinggan RM5. gile!! ikanlak masak 3rasa. ikan pun dah tak banyak. ade sikit je.




 dah lepas makan snap foto le ape lagi. Ai n my BFF miss rilyana.


 lepas tu kami buat keje gile. benda alah ni terletak di tengah-tengah roundabout tau. hehehhe. masa tu baru pukul 8lebih tapi bandaraya Miri dah senyap sunyi sepi tak happening mcm kat melaka. ape lagi, kami pun parking kereta dan terus cross jalan g redah nak sampe ke roundabout ni. perghh kalau ade DSLR mesti lagi cun!!!


 mestilah kena ade foto kami walaupun kamu tak nampak muka kami. hehehe


 miri baru 5 tahun dinobatkan sebagai Bandaraya ye tuan puan



 ni umah sewa kawan Ai tu. serius giler dia sanggup cat sendiri dinding umah ni. dan kalau kt dalam mmg bukan mcm umah sewa. mcm umah sendiri. kos sewa: rm500 sebulan



 depan umah sahabat Ai tu dan keretanya.



 pemandangan depan umah kawan Ai. masa ni baru jam 6.30pagi. dah cerah dah.


 ai breakfast dengan mee kolok jawa. sedap banget!!!



 cik rilyana pula makan mee kolok wantan dengan air milo.


 ini depan e-mart. E-mart tu tempat shopping depalah. sume ade di sini. kami datang sini sebab...


 oh bbukan sebab nak bli sayur labu hijau tu. erk labu ke?


 sebab nak bli ni. ikan terubuk masin!!! tapi belum buka lagi.



 lepas tu g umah kakchot. nak amik kak chot. kak chot ni dia ade kakak yang tinggal di brunei. so kami nak ke bruneilah ni.


 wohooo jangan mare ye sempat lagi kami nak ber snap snap depan signboard nih.. hehhehe ini sebelum masuk ke kawasan brunei.


 ok mari kite lalui pemeriksaan imigresen oleh pihak Brunei.



 brunei yang hijau. inilah pemandangan yg ade di kiri dan kanan brunei. kami nak ke kuala belait nih. umah kakak kwn kpd kwn kami tu.


 hahaha ayah pin? bukanlah . kat brunei byk replika yg besar2 mcm ni. close up sikit.

hehehheheh besar kan? kami snap dari dlm kereta je. tu yg kualiti kurg sikit tuh.


opsss... ni dah masuk brunei dah. nantikan sambungannya di part 3 ye.


kesian, eh sekian (^_^)

5.10.10

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK dan VOKASIONAL

tahun depan intake adalah pada 6januari 2011 sumber dari yang boleh dipercayai.

tahun ni permohonan telah dibuka mulai 4 oktober 2010 iaitu semalam. permohonan boleh menggunakan keputusan peperiksaaan percubaan PMR. sape suh kome tak score masa trial PMR. haaaa kan berderet kaler merah dalam buku rekod prestasi.

ish cakap banyak pun tak guna. sila klik link di bawah untuk membuat permohonan.

http://esptv.moe.gov.my/2010/

selamat memohon!!!

PERSEDIAAN

Ai sedang menyediakan diri secara mental dan fizikal.


sebenarnya dari dulu lagi dah menyediakan diri. cuma kadang2 Ai sbg manusia biasa akan tewas.


masihkah ade peluang?




kesian, eh sekian -_-"

4.10.10

25 SYAWAL 1431

Ai shuke kire bulan islam. cepat sikit


SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-5


Ai bersyukur dikurniakan suami sebaik hubby.
Allah dah jodohkan kite dengan pasangan masing-masing.

setiap kekurangan & kelebihan yang suami ada adalah untuk dipasangkan dengan kelebihan dan kekurangan Ai.

semoga kami akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. yang penting adalah kualiti bukan kuantiti.


kesian, eh sekian (^_^)


3.10.10

movie review: FILEM MAGIKA

jumaat petang Ai puasa ganti tapi pergi tengok wayang. maksud Ai pergi tengok wayang lps menghadiri open house anjuran kwn sekerja. lps maghrib gtu. tgk wayang psl tak sengaja. last minute punye plan.

lagi 5 minit movie nak ditayangkan baru tiba di kaunter tiket beli sendiri. oh pergi menonton di Melaka Mall. di situ yang ada ialah pawagam MBO Cinemas. sbb dah jadi member maka tiket berharga RM9 x 2 org = RM18. tgk movie show jam 9 malam.


pernah cerita pasal movie ni dalm satu enrty Ai dulu. klik sini.

cerita magika ni macam cerita the 10th kingdom. kamu tak tahu cerita tu? meh klik sini
cerita yang himpunkan semua watak dongeng dalam satu cerita.


sila lupakan cerita encahnted, the 10th kingdom atau ape2 cerita epik barat. filem magika adalah acuan malaysia. garapan edry.

masa kami masuk dalam cinema tu dah gelap. dan betul2 baru start. nasib baik.

cerita ni tentang malik yg termasuk dlm perigi ajaib (part ni ala2 movie Enchanted gtu). lps tu malik tu kena kidnap dgn nenek kebayan n awang kenit.


ziana zain jadi nenek kebayan yg cun. wohoooo mmg menjadik watak dia. dia buat jamu awet muda (potion eternal youth) dari air mata si malek (kanak-kanak) ni.

oleh kerana Ayu (diana danielle or DD) pun dah termasuk dlm perigi tu sbb nak selamatkan malek maka si ayu dah jumpa dgn Bad @ Badang (Mawi). mawi nampak keras sikit. aku tgk depa kurang serasi. so sepanjang masa menyelamatkan ni DD byk jumpa watak2 lain macam pakpandir (pakNil), mak andeh (raja azura), hang tuah & kwn2nya, puteri bunian (maya Karin), bwg puteh (sh amani), bwg merah ( leeya) dan byk lagilah.


Ai mmg bantai gelak habis-habisanlah!!! lagi2 masa part bwg merah n bwg puteh hantar bwg2 ke umah nenek kebayan. lebih kurang mcm ni kot dialognye,

"eh pintu terbuka sendiri, tapi takde orang pun di sini"

rupa-rupanya yg bukak pintu tu awang kenit maka mmglah tak nampk org berdiri. kome paham2lah kalau amani n leeya yg gelak2. kehkeh


kalau kome rasa stress Ai mmg rekemen tgk movie ni. kami mmg susah nk tonton filem melayu tapi sbb ni terbitan KRU maka kami tonton. tlg jgn banding dgn movie barat mmglah jauh ketinggalan. tak adil!!!
ni buatan anak tempatan. berbanggalah sbb anak te,patan dah mengorak lagkah. hrp2 lps ni ramai lagi movie guna CGI yg canggig canggih.

ape tercangak lagi. pergi tonton ssekarang!!