Ikut AiTotYati

10.2.11

SUARA AI.... MEMANG POWER

satu kepantangan Ai, bila Ai mengantuk dan nak tidur  tapi tetiba ada gangguan yg tak boleh nak ditapis walau telinga sudah ditekup dengan bantal.


malam tadi, anak jiran Ai buat perangai. dia g ajak kwn2 dia lepak kt pangkin depan umah n jamming.



kepala hotak korang!!!! ni jerit dalm hati je le. ni ayat matrahkan kepala hotak budak2 tu psl tak fikir perasaan jiran tetangga.



memula tegur cara baik, Ai telefon anaknye tu. well, maknye takde maybe buat MLM kot.
yang buat Ai rasa macam %^$@#** boleh la pulak  anak jiran Ai tu tanya semula, "eh dengar sampai depan ke?"


ek eleh. ape ke bongok sangat. nama je pelajar unibesiti tapi otak letak kt lutut!!! dah korang ddk kt open area, tentulah gelombang bunyi tu disebarkan.


Ai sangka bunyi gitar takde dah tapi mereka masih main lagi.
dan Ai tak boleh tahan lagi, ambil keputusan, bukak tingkap master bedroom... kemudian Ai jerit,


" XXXX (nama dirahsiakan), bisingle. tolongle senyap.orang nak rehat, tidur. korang nak jamming tolong g studio. sini rumah tempat rehat!!"


yaaa begitulah ayat yg Ai jeritkan. 
terus mereka berhenti main.

eh please la sewa studio kalau nk jamming. malam2 bukan masa utk main alat muzik.




kalau korang yang kena, korang watpe ha?

9.2.11

SUNSET

Ai masih menggodek foto2 dlm folder.
ini belum publishkan lagi.

the picture was taken last year after shopping at Mydin MITC. this building is situated opposite Mydin.

ye Ai tahu, napelah shuke sangat pergi ke Mydin MiTC tu?

nanti Ai buat entry tentang perbezaan Mydin MITC dengan Mydin yang ade di seluruh Malysia ni.
nak baca tak?

8.2.11

HIJAUKAN BUMI!!!


hari ni Ai sedikit emo. ye emosi!!!
asyik nak menyentap je!!!

malas layan emosi kacau ni, belek2 folder jumpa foto ni. ni foto tahun lepas. lama dah


gambar satu tu lappy Ai.
gambar 2 tu paparan di skrin puteh.


Ai jenis malas bebel banyak2. ape2 nak sampaikan pada pelajar taip je. pepandailah mereka baca sendiri.
ye.. memang sengaja guna bahasa pasar agar mereka lagi cepat faham mesej yang ingin disampaikan.


Teknologi kenalah dimanfaatkan.
tak gitu?

6.2.11

KAMPUNG DAN KENDURI

Ai shuke blk kampung

mmg shuke. sbb balik kg boleh lihat wajah ibu bapa. ustazah kata dapat banyak pahala menziarahi dan melihat wajah ibu bapa. lupa pulak nk tanya, kalau tengok gambar je dapat pahala tak?


balik sbb attend 2 jenis kenduri. kenduri pun ade jenis ke?

ada. satunya di Perak. duanya di Sabak.
di Perak kenduri aqiqah. di sabak kenduri kesyukuran.


paling malas bila soalan tentang zuriat di tanya. kalau tanya sekadar nak tahu je takpe. kalau tanya lepas tu persoal lepas tu mulalah bagi cadangan yang entah ape2 tu yg malas nak jawab.


boleh ke dengan memegang baby, Ai akan pregnant?
Ai tak kisah kalau kamu mendoakan. kalau macam perli2 tu yang lagi sakit jantung tu.



jawapan standard balik kampung kali ni, tika Ai di tanya tentang bila nak dapat anak...


"makcik/akak sure anak cucu makcik nanti takde yang jadi macam saye?"




hahahahaha



errr... evil ke?

1.2.11

TV LCD SAMSUNG 32 inci DAN TV FUJISONIC

ini foto tv lcd samsung 32 inci



dulu tempatnya di sini, sekarang dah diambil alih
oleh tv fujisonic 21 inci.
ini namanya tv emergency.
kenapa?
tv lcd samsung 32 inci tu meragam. takmo nak on walau dah 6jam dihidupkan.
tv lcd samsung 32 inci tu Ai bli pada Julai 2008. lama dah khidmatnya. 
eh jap Ai beli ke? kalau sape tau citenye, diam-diam sudah ye. hihihih


jadi sekarang, tv lcd samsung 32 inci terpaksa diletak tepi, tunggu lepas tahun baru cina kami akan hantar ke pusat servis.
lihatlah, tv lcd samsung 32 inci di tepi


kamu ada tv lcd lebih?