Ikut AiTotYati

6.12.10

PEROKOK ITU MEMANG BODOH!!

Hai Hai,

uiiii mau kang Ai kena lanyak dengan para perokok ni disebabkan tajuk entry ni. eh kalau kamu perokok tapi kamu pandai tidak mengapa. meh sini Ai tunjuk sebab mengapa perokok-perokok yang bakal Ai dedahkan ini adalah mereka yang BODOH. ye memang mereka BODOH!!!

1. bodoh sebab tak menghormati hak dan privasi orang lain. macam dalam iklan karipap tu kalau kau tak suka karipap tapi ade orang sumbat gak kueh karipap tu kau marah tak?

2. bodoh sebab buat-buat buta dan konon tak pandai membaca. lihat foto di bawah dengan teliti. kejadian ini berlaku petang semalam ketika Ai dan enJekjek makan di sebuah restoren berhadapan kedai kain MIDAS.

 foto satu ini memaparkan sebuah keluarga yang duduk di belakang kami. bertentangan dengan mata pemuda berbaju belang yang merokok tu terdapat signboard larangan merokok. Pembaca juga dapat perhatikan dalam bulatan biru itu adalah papan tanda memaklumkan bahawa kawasan ini adalah zon bebas asap rokok. Ai telah dengan sengaja pergi ke signboard zon bebas rokok itu dan snap foto tersebut. foto adalah seperti di bawah.

papan tanda berbunyi: 
ANDA KINI BERADA DI ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOK. MANA-MANA BANGUNAN SEPANJANG JALAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

pemuda itu dan ayahnya (berbaju biru) turut merokok tanpa mempedulikan teguran seorang pakcik yang berada di meja sebelah kami. maaflah ye wahai pemuda Ai  mmg takmo blurkan muka kamu sbb kamu tak hormati hak dan sensitiviti kami insan yang tak merokok. dan kamu juga dengan sengaja membuat buta terhadap papan tanda yang ada di situ. 

oh dan ya, selang satu meja kami ada pulak sekumpulan wanita dan lelaki yang dengan sengaja merokok. tak dapat nk snap foto sbb tak bw kamera besar. 2 org perempuan melayu sundal itu sudahlah ketawa berdekah-dekah merokok pula. muka boleh kategori comel dan cun tapi sifat yang ditonjolkan sangatlah tidak sopan. dan itu melambangkan syarikat yang mereka wakili kerana mereka memakai uniform berwarna biru terang yang tercetak 'HEALTHY LIVING' di bahagian belakang uniform mereka. Untuk makluman, mereka adalah jurujual yang menjual peralatan memasak yang terdapat di dalam shopping compleks mydin. sbb Ai dah nampak perangai mereka yang tak senonoh tu, jangan haraplah kan nk dekat dengan booth kamu dalam Mydin tu.(mereka bukan staff mydin tetapi mereka buka booth dlm Mydin).

so tak salah jika Ai katakan PEROKOK ITU MEMANG BODOH!!

apa kata kamu?

5.12.10

AKU TAK BODOH. KAU BODOH?

tadi g MBO cinemas kat melaka mall menonton filem aku tak bodoh. antara sebab Ai teringin nak www.tonton.com.my tonton adalah krn adanya adibah nor. kebetulan petang tadi melihat the making of aku tak bodoh di astro ria. tu yg tetiba je trs mengajak encik suami pergi ke MBO cinemas melaka mall. hihihi

 sumber foto daripada sini
tima kasih ye



ye Ai peminat adibah nor. bukan macam tubelawak yang minat cik lisa surihani. kehkeh. suka kak adibah nor yg selalu berlakon dgn bersahaja. oh selain tu ade amy mastura. dan sbb utama ialah kerana filem ini adaptasi daripada karya  Jack Neo iaitu I'm not stupid too. tak tahu? klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.


Ai shuke cerita ni. ye cerita melayu yang menggunakan pelakon biasa biasa tanpa dedah sini sana. dialog yang digunakan sangat memberi kesan. macam dialog anak menerangkan pada ayahnye mengapa dia mencuri di kantin sekolah sedangkan mereka adalah keluarga yang berada. dialog seorang cikgu yang asyik nak kata pelajarnya bodoh. pelajarnya asyik dapat telur busuk. cuma mungkin lain kali pengarah boleh mengkaji dulu terma-terma yang sepatutnya digunakan. contoh seperti pengetua bukannya guru besar kalau di sekolah menengah.


pengorbanan seorang ayah yang sayangkan anaknya tapi tak berapa pandai nk tunjuk. bli jugak beg harga rm20 sebgai hadiah kepada anaknya. oh sangat touching. oh ade lagi ayat-ayat terakhir seorang bapa sebelum dia meninggal,

" bukan anak kurang ajar tapi ibubapa yang tak pandai mengajar"

eh alamak. ye ke? ke Ai yg salah ingat nih.
eh ape2 pun g layanlah filem ni. penuh pengajaran.




AKU TAK BODOH. 
KAU ?

4.12.10

AKU MASIH DARA

silalah percaya dengan Ai. oiiii hang tu dah sambut 5th anniversary nk kata masih dara lagikah?

hahahhah yelah yelah tak boleh dah nak ungkapkan tu.
tapi masa kami pi tengok Rapunzel kt MBO Ai nampak poster di bawah ni. Apalagi snap le nk jadikan entry blog dasar hantu blog

perlu ke filem Melayu seperti ini?
Pada pendapat Ai dengan melihat posternya sahaja dah boleh meransang gelojak jiwa remaja. Ai bukanlah peminat filem melayu sangat. tapi Ai tidaklah mengkritik filem kite. itukan mmg industri filem kite. setakat ni cuma suke filem Cinta, Magika dan Sepi sahaja.

try google info tentang filem aku bukan dara ni. dapatlah beberapa maklumat seperti di link ini dan ini

filem ini adalah arahan Ahmad Idham. sangat klise bila pengarah selalu kata untuk menonjolkan fenomena remaja masa kini iaitu tentang kebejatan masalah sosial remaja.

kamu nak tontonkah?


p/s: terbacalah pulak pasal kupasan YB di blog nya tentang dara. nak baca klik sini

3.12.10

MALAS & KOTOR

Ai di sini.seberang sungai ada tulisan kuantn yg bsr.di pagar besi ini ada tin nescafe yg diselit di pgr.tong smph dkt je.rkyt m'sia pengotor& pemalaskah?

1.12.10

Ai... SAYA TAK DAPAT KONEK

Sabtu, 26 November 2010 -
Ai perlu hadir ke tempat keje. setelkan ape2 yang patut. tengah syok keje tetiba sorang mamat ni,

"Ai, bukan nama sebenar  saya tak dapat konek la"


selalu sangat dah dengar orang-oarang yang macam ni sebut macam tu.
sebenarnya komputer dia tak dapat sambung ke internet. tu yang jadi macam tu.


kalau korang yang kena ape nak buat?



#scheduled entry written on 29 November 2010#