Ikut AiTotYati

4.11.10

AJARAN SESAT: AiTotYati PUNYAI 100 PENGIKUT

gelak gelak gelak
sampai berguling-guling.

Ai saje je nk buat gempak. tolong jangan lempang Ai.




tadi bila belek2 dashboard. Ai nampak bilangan pengikut sudah meningkat. 
ya itu dia. 
satu peningkatan yg boleh mengkembang kembangkn lubang hidung.
sudah masuk 3 angka!!!
ok fine, kamu semua followers sudah ratus ratus dan riban riban.
ngeeee





mari kita lihat siapa yang kena!!

tahniah!!!!
yaaa kepada encik asrol, sila hubungi Ai di talian 012-3444 tekan tekan tak dapat.
untuk menghargai encik asrol, Ai berbesar hati untuk memberikan beliau hadiah misteri. 
oh sape2 yg nk baca blog asrul boleh klik sini



 emel Ai di asimp_tot@yahoo.com.sg       ye encik asrol.
sertakan nama dan alamat utk pengeposan hadiah misteri (^_^)

 maybe lepas ni Ai akan buat lagi. kite lihat siapa yg bertuah.


kepada semua pembaca yang telah dan akan membaca blog Ai, sangat2 dihargai dan Ai ucapkan jutaan terima kasih. semoga persahabtan kite kekal ye.



kesian, eh sekian. (^_^)

GUA NIAH part 1 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4

ala, takkan pening kot baca tajuk tu. Ai nak cerita tentang percutian ke miri dan brunei. dan skrg Ai nk cerita tentang Gua Niah. Tapi cerita tentang Gua Niah ni Ai pecahkan kepada 3 bhgn. boleh faham? tak faham tanya Ai.

*gelak gelak gelak*


untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-3 dulu.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch dow @ mendarat
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di MIRI
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei


kalau kamu belum tahu, Gua Niah ni terletak di sarawak. ek eleh memang le. mana lah tahu kot2 ade yang belum trahu gua Niah merupakan Gua batu kapur yang terbesar sekali di asia Tenggara. jika kamu pernah ke Gua kelam di Perlis, tolong bayangkan yang Gua Niah adalah berkali-kali ganda besarnya.

sebelum bertolak ke Gua Niah yang terletak di Taman Negara Niah, Sarawak kami telah medang eh minum pagi. sebelum minum pagi kenalah keluar dari rumah dulu. hahahahah jangan mare ye.

 lutong Inn
  eh ni lah umah sewa kawan Ai yg jadi tempat penginapan kami tu.



medang tu perkataan jawa yang bermaksud minumlah. Ai telah pekena laksa sarawak. serius sedap gile. Ai ni pulak bukannya spesis makan laksa tau. tapi dengan laksa sarawak ni memang takde masalah Ai nak makan. layan foto.

antara kartun yang ada dalam kedai yg sangat catchy.

laksa sarawak.
laksanya guna benda macam bihun kt semenanjung tu. 
tapi ini bukan bihun ini laksa sarawak.

makan dengan sambal ni. sedap!!! alhamdulillah


sesudah makan laksa sarawak, kami bertolak dari Miri dengan menaiki kereta kawan Ai dan sahabat baik cik Nuril. perjalanan ke Taman Negara Niah mengambil masa selama 2jam dari Lutong, Miri.

jalan yang kami lalui sangatlah tenang. tiada kesesakan lalu lintas. ada sekali tu, masa di satu jalan yg sunyi, tetiba radio kereta ter off dan door lock kereta terbuka. masing2 senyap tak kata ape. Ai anggapkan berlaku litar pintas je dlm kereta tu. tapi sebenarnya masih berteka-teki. jeng jeng...


setibanya di sana, kami pun parking kereta. nak tulis gak?  hihiih


 dua foto ni snap dari dalam kereta.



sebelum masuk ke dalam negara Niah makanya haruslah posing sebagai bukti kami telah sampai di Taman negara Niah, Sarawak. layan. cuba teka Ai mana satu?

yelah yelah Ai yang demoookkkk tu. grrrr




kami ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk. seorang dewasa dikenakan bayaran masuk sebanyak RM10 sahaja. oh ye, jika kamu berniat untuk mengeksplorasi Gua Niah pastikan kamu memakai pakaian yang sesuai. Ai cadangkan kamu:

1. pakai tshirt
2. pakai seluar trek
3. berkasut sukan dan berstokin
4. membawa bersama air mineral botol besar (kalau cepat haus)
5. bawa torchlight atau lampu suluh sebab dalm Gua Niah tu gelap gelita
6. memakai penutup kepala untuk elak kena tahi kelawar


cantek kan?

tak masuk pun muziumnye

ape yang menarik? hidup segan mati tak mahu
shop till the shop drop. hihiihih


peta Taman Negara Niah


ok sila berjalan sikit. ni nak pergi naik bot ni.



ini kak chot. gagah!!! 40-an tapi tenaga kalahkan Ai.
kami ready nak naik bot nak menyeberangi sungai


ini port sebelah sini. port tempat naik

itu pula port sebelah sana. ek eleh naik bot cuma 3minit je. gelak gelak gelak. 
tak sempat pun nak posing dlm bot. hahahhaha. 
oh naik bot ni tiketnye asing drpd tiket rm10 tu. kena bayar rm1 di sini. 
pelik kenapa tak masukkan sekali dlm pakej rm10 tu. hmmm
ko nak untung lebih ke bang?



kau tengok. nak kena berjalan 3km baru boleh sampai ke pintu masuk gua. uwaaaaaaaaaaaaa. 
masa ni Ai sangat2 takut kaki krem or sakit. sbb mmg dah lama gile tak berjalan sejauh ini selepas Ai kena sakit PID tu. tapi takpe, kwn2 ade bg moral support!!!


perjalanan pun dimulakan. ayeen, kakchot n nuril.
gile hepi kwn2 Ai. kau tengok nuril bukan main ko ye
hehhehe


hahaha termasuk tutup lubang hidung. kehkeh. Ai pun nk foto gak!!


yeah inilah laluan sepanjang ke pintu masuk Gua Niah.
diingatkan ini baru permulaan ye.

jagalah taman Negara Niah ni
haiwan pun tak buang sampah merata-rata tau.


posing ala chalie's angel sblm masuk perkarangan pintu masuk Gua Niah. 
kalau kamu rasa kami dah sampai Gua Niah. kamu silap!!!
ini baru permulaan nak masuk ke Gua Niah


nantikan sambungannya esok.



kesian, eh sekian (^_^)














3.11.10

PALING MAHAL

Ai ni spesis berjimat.
dan sangat peka dengan harga2 barangan.

keyword: jimat bukan kedekut



teh tarik paling mahal pernah Ai minum.

nun jauh di atas sana, tapi bukan di atas masa atau udara asia.

harganya? RM 5 sahaja






nantikan entry seterusnya....


kesian, eh sekian (^_^)

2.11.10

SATAY AYAM

Ai suka makan satay. dari dulu sampai sekarang,

dulu secucuk satay hanyalah 2kupang.
sekarang 5kupang.

dulu RM 1 =5 cucuk
sekarang RM 1 = 2cucuk


dulu sebatang satay mmg betul-betul daging,
tapi sekarang
Ai makan 10cucuk satay (batang lidi yg sebelah kanan tu ye). yg kiri tu enJekjek yg mkn. sebuk je nk interprem  dan yang kamu nampak berketul-ketul itu ialah lemak satay. ataupun kulitlah. oleh kerana Ai mengamalkan makan secara sihat, biasanya Ai akan asingkan lemak2 tu sebelum mkn satay.

lihatlah, boleh dikatakan daripada 10cucuk satay, 2cucuk itu adalah kulit ayam sahaja.

kesian, eh sekian (^_^)

1.11.10

AYAT CINTA DARI ABANG UNTUK AYANG

itu almari.

itu almari baju.

itu almari baju abang dan ayang.

itu almari baju abang dan ayang buat simpan baju ayang dan abang.

atas almari baju tu ada sebuah beg.

atas almari baju tu ada sebuah beg yang dah patah tempat pemegangnya.


pagi semalam Ai minta tolong enJekjek (hubby yang ada blog, sila klik sini) turunkan beg yang dah tak guna tu. tujuannya supaya Ai boleh simpan baju-baju lama atau yang dah tak pakai ke dalam beg itu.


sekali, enJekjek balas dengan dialog ni,

"haaa memanglah. nanti ayang boleh kemas n simpan baju-baju lama. lepas tu almari kosong. lepas tu ayang boleh beli lagi banyak baju lagi, kan?"


Ai diam saje. tapi dalam hati memang mengiyekan pun.



kesian, eh sekian (^_^)