Ikut AiTotYati

2.4.14

Ai ada satu perangai

satu perangai Ai...

berkemampuan untuk buat tak kisah dengan orang.
seperti

tidak mengambil tahu
tidak mengambil peduli
tidak bertanya khabar
tidak ambil pusing
tidak ambil kisah

Ai akan buat begini kalau hati Ai terguris
dan Ai memang mampu buat begini

sebab

sejak berkecimpung dalam arena perguruan ni
kekebalan hati dan perasaan semakin kukuh
untuk mengelak makan dalam yang berterusan
biasanya Ai buat tak kisah sahaja

mungkin ada yang menyampaikan pada Ai kisah orang itu begini dan orang ini begitu
tapi Ai dengar sahaja
dan Ai tak akan lanjutkan pertanyaan untuk mengetahui cerita selanjutnya tentang orang yang diceritakan

kerana pada pendapat Ai
buat apa ambil tahu dan ambil berat tentang orang lain sedangkan
orang yang kita ambil berat dan ambil tahu itu tak sudi pun nak berkongsi ceritanya dengan kita

an ouutsider will always be an outsider
always.....

0 komen terulung:

Post a Comment