Ikut AiTotYati

5.6.20

cara batalkan kad kredit CIMB Bank Mastercard Platinum

Selamat tinggal kredit kad mastercard cimb Platinum

Dulu terbuat pun sebab beli mesin air ***** tu.
aku yg naif sign je borang rupa2nya installment tu guna CC.
Aku kan naif. so guys sebelum sign apa2 borang tengok dulu.
biar cerewet.

mudah je cara nak buat pembatalan kredit kad atau orang kampung panggil termination of credit card.
call cimb call centre 03-62047788
pilih kredit kad
pilih nak bercakap dengan pegawai. Beritahu nak buat pembatalan kredit.

Memang pegawai akan tanya sebab dan pujuk kita. sebab-sebab aku nak terminate:
  1. 1. Rewards cimb tak menarik hati aku macam CC MBB dengan AEON CC. points aku ada 8 ribu lagi so dia cakap sayang.
  2. 2. zaman2 ekonomi tak berapa baik ni, walaupun service caj rm75 sahaja ia tetap duit.
  3. 3. asyik diganggu orang jual insurans yang nak buat potongan melalui kredit kad ni. Lagi2 sejak covid-19 ni makin galak pulak.
  4. 4.
    jarang digunakan sebab aku ada lagi 2 CC yg lebih aktif.

pegawai akan buat pengesahan diri dan jawablah dengan benar.

aku baru check thru cimbclicks dah takde dah akaun aku tu. alhamdulillah satu kelegaan.

ps: aku dah siap print satu surat pembatalan sebab sebelum2 ni pernah batalkan CC bank2 lain juga. bgslah prosedur tahun 2020 ni memudahkan orang. tak payah aku nak keluar rumah. had kredit aku ialah RM36000.

29.3.16

FACET JOINT INJECTION

hai hai hai
kekangan dan kesibukan membuatkan blog ini kesepian hihihi


Ai telah selamat menjalani prosedur facet joint injection pada Rabu 23/3/16 jam 5.05-5.20pm.
ok sebenarnya sape ynag mengikuti Ai diinstagram pasti mengetahui Ai telah admit di mahkota medical centre pada Isnin-khamis minggu lepas disebabkan oleh slipped disc.


 ok apakah facet joint injection ni?


Ai akan explain berdasarkan pemahaman Ai melalui penerangan doktor dan fisioterapist

facet joint injection atau suntikan sendi facet merupakan satu suntkan untuk pesakit tulang belakang atau slipped disc. facet joint injection merupakan satu alternatif untuk pesakit tulang belakang supaya tidak perlu menjalani pembedahan tulang belakang. facet joint injection ni perlu dilakukan di dalam bilik pembedahan. facet joint injection berfungsi untuk melegakan disc yang membengkak dan juga menghalang maklumat sakit itu daripda dihantar ke otak.

pengalaman Ai menjalani facet joint injection.


jam 2.30 petang Doktor masuk bilik dan maklumkan prosedur akan dijalankan pada petang ini. Pada ketika ini, kegusaran Ai adalah mengenai insurans. ya Ai masuk mahkota medical center menggunakan medical card yang  Ai bayar sebanyak RM250 sebulan. ada sedikit kehampaan di situ bila doktor kata blm dpt feedback drpd insurans company. bila Ai sebuat berapa lama Ai dah bayar lagilah doktor tambah ayat best, "no wonder la. now i can see from your face. you are really disappointed with the insurance company"


dalam 4.30 ptg, Ai pun mula dipersiapkan. kenalah pakai baju patient kaler putih yang disediakan. baju tanpa kain huhuhu. baju tu takat bawah lutut je tapi Ai request utk trs bertudung dan minta diselimutkan di atas wheel chair tersebut. Ai ddk wad ortopedik di tingkat 7, operation theater di tingkat 1 so here we goes. Jekjek mengiringi Ai sehingga ke pintu operation theater. tp bil dh kt dlm tu ada lagi satu pintu besar yang terbuka secara horizontal. Ai kena naik atas katil beroda, buka tudung dan pakai head cover yg mcm shower cap tu. Doktor sebut nama Ai, tunjuk borang yg ada tandatangan Ai dan mula menolak Ai terus ke OT no 7. 


oiiii sejuk giler kot.
dalam OT no 7 tu dah ada 3org doktor yg menunggu. sorang doktor tu saje ajak Ai sembang2 untuk hilangkan nebes.Ai nampak jam yg bertentangan dengan Ai 4.50 ptg. terima kasihlah doktor sbb teka umur saya 25tahun hahaha. doktor yg sebang dgn Ai tu umurnya 38tahun dan ada 4 org anak. dia kata maybe sbb Ai blm ad anak nmpk muda hihihih.


10minit lps tu doktor prem pun masuk. Ai disuruh naik atas operating table ( ya meja pembedahan yg ada lampu bagai tu). oh ya kena meniarap ya. satu bantal diletakkan di bawah perut Ai dan satu lagi di muka Ai. dan doktor pun mula mencuci bhgn yg nk kena injeck tu. Doktor kata ni akan sejuk ye. sesungguhnya Ai hanya mampu bertasbih, bertahmid dan bertakbir je dgn zikir2 yg lain. betul2 sblm prosedur bermula, dr prem terima called drpd ejen insurans yg memaklumkan insurans akan cover semua treatment. alhamdulillah syukur sgt pd Allah.

kredit sini



ok bila doktor nk start injection, doktr pun cakap sikit je mcm kena gigit semut. tapi sbnrnya Ai rasa mcm kena gigit lipan (hhuuhuhuhu sakit kot). Ai kena 7 injection semua. masa injection yang ke berapa entah, Ai rasa mcm ada something hiris masuk dlm daging, huhuhu sakit tmbh nyilu. masa tu br Ai rasa, doktor klipkan yg pebgesan nadi di jari kaki Ai hihihi.


bila doktor kata ok this is the last shot, Ai tak sabar sgt. bila dah habis Ai dicuci semula dan naik semula atas katil yg beroda tu. Ai nmpk jam 5.20ptg. betullah dr prem kata prosedur tu kejap shj.


Ai ditolak ke recovery area dan diberi heater. 6.10ptg Ai ditolak naik ke wad semula. terus trk baju dan perform solat asar scr duduk. sakit? iye mmg sakit taktahu nk ckp. lps maghrib misi yg cantik dtg masukkan painkiller melalui salur darah di tangan.


ok itu sahaja.
buat masa sekarang Ai MC drpd kerja.





20.2.16

panggilan daripada 03-26007400

panggilan daripada 03-26007400

orang di talian sana memperkenalkan diri sebagai Cik Shahirah ni beritahu daripada Telekom Malaysia.
terus dia tanya," cik nak dapat apa-apa promosi daripada TM ke?"
aku jawab," melalui panggilan takmahu, email or sms boleh"

cik shahirah kata di sini dia cuma nak tahu boleh atau tidak melalui telefon?
so aku jawab tak mahu.
tapi dia sambung lagi.

dia pun sebut sebagai pelanggan STREAMYX aku layak mendapat pelan perlindungan percuma daripada AIG selama 6 bulan. dia minta email address aku nk forward pelan perlindungan katanya.
aku cakap, aku pelanggan UNIFI dan kalau daripada telekom, korang bukan dah ade info pasal aku ke? buat ape aku nak sebut emel aku, cik lah sebut.
dan dia tak dapat sebut pun emel add aku tu......
tapi sebab aku baik, aku pun sebutkan.

aku sangka dah habis tapi dia sambung lagi.......
lepas tu dia sambung, untuk pelan perlindungan yang kedua ni cik kena bayar.....

aku cakap aku takmahu apa-apa pelan perlindunagn insurans sebab aku dah ada.
yang kelakar tu, dia yang terus hang up.
aku yang terpinga-pinga di hujung talian.
kelakarlah cik shahirah oiiiiiiiiiiiiiiiiiii

7.9.15

NO, I'M NOT OK

bila banyak jawatan, banyak kerja
bila banyak kerja, orang tak bagi kerjasama, Ai stress
bila Ai stress, keimunan badan rendah
bila keimunan badan rendah, sakit pun datang melanda
sakit yang datang tu bukan yang biasa biasa

bila slipped disc dah menyerang, sape yang susah?
Ai juga...

2.9.15

RUMAH TERBUKA AITOTYATI

alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada ahad 30 Ogos 2015.

menu yang dibuat sendiri ialah cheesekut dan spaghetti bolognese.
potong buah tembikai dan bancuh air sarsi.

menu yang ditempah ialah nasi impit, rendang ayam, kuah kacang untuk 100 orang. satay dan sambal satay tempah 400 batang. tak ketinggalan apam dan seri muka 100 biji.

sekian .

15.5.15

Nota tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat 15/5/15 1. Mulakan pg dgn sesuatu yg indah & baik. 2. Solat itu rukun islam ke-2. 3. Solat tiang agama islam. 4. Israk & mikraj; berkenaan solat. 5. Akhirat adalah pengakhiran. Kita tidak akn blk ke dunia semula. 6. Solat tdk blh ditinggal even sakit. 7. Hormat & hayati azan; ingat Allah. 8. Tanpa solat, kejayaan yg diperoleh tidak diberkati. 9. Islam dr arab tp negara2 islam berperang. Why? 10. Org yg solat akan berjaya pada hakikatnya, bkn pd dunianya shj. 11. Lelaki lbh baik solat jemaah di masjid. 12. Solat adalah mknn rohaniah.

22.4.15

EMMA MAEMBONG

Jek bangun tidur.... memandang Ai yang sedang bertelekung


"ayang, abang mimpi sekelas dengan emma maembong, tapi ayang comel lagi"


motip?


13.4.15

IVF IN VITRO FERTILIZATION

lama betul senyap

merawat hati yang luka mungkin?

arghhhhhhh..... ini semua takdir....
jalan cerita yang ditentukanNYa



iya pada 1 Dec 2014 2 embryo gred A (8 sel) telah berjaya dimasukkan dalam rahim Ai
rezeki takde


mungkin lain kali Ai akan cerita panjang berjela
kawan kawan yang mengikuti Ai di Instagram pasti tahu cerita ini


'apabila kita sudah boleh berkongsi cerita mengenai kesedihan yang pernah kita alami, sebenarnya kita sudah berjaya mengatasi kekecewaan itu"



3.3.15

HABUK SANGAT...... 2015 DAH MASUK MAC

fuhhhhh very the habuk. very the banyak.
banyak sangat kejadian tahun lepas dan tahun ni.
alkisahnya Ai dah tak berapa nak aktif di blog. lebih banyak berkongsi rasa di IG.

IG? instagramlah.

tahun ni, banyak jawatan:

1. Ketua panitia Sains
2. Penyelaras Peperiksaan Dalaman
3. Guru Tingkatan
4. Ketua Guru Penasihat Persatuan Sains dan Matematik
5. Guru 1M1S sepaktakraw
6. Guru penyedia pasukan Saintis Muda

lain-lain yg ajk ajk ajk tu takyah masuklah kang list down jadi tak muat plak LOL



oklah tatata

6.8.14

SELAMAT HARI RAYA 1435H TAHUN 2014

catatan raya tahun ni, takut terlupa:

tahun genap turn raya umah mertua.

25/7/14 (jumaat malam sabtu): gerak balik kg kami berdua (sedaerah je hihi- tak gaduhla balik raya)

26/7/14 (sabtu): sahur dan buka di rumah mertua

27/7/14 (ahad): sahur rumah mertua. buka rumah mak. Ai masak2 raya di rumah mak Ai.

28/7/14 (isnin): raya pertama di rumah mertua. tema baju emerald green  dan tudung sponsored by adik ipar. lepas itu terus beraya ke rumah Nek atun (tiada anak), Nek Limah (kena soalan sentap di sini), Nek Sal (juga kena soalan sentap), Tok Tar (isterinya mendoakan) dan Nek XX (tiada anak). habis beraya di rumah nenek2 trs blk rumah mak Ai (dekat je).

29/7/14 (selasa): bergerak ke rumah embah Ai (ibubapa Mak Ai) di Kampar perak. masak2 di situ dan petangnya bergerak ke rumah Embah Kembek dan Embah Marem serta rumah embah (tempat pertama kali abah n mak Ai berjumpa). lepas dah sudah, malamnya tu Ai terus balik ke rumah mertua.

30/7/14 (Rabu): bergerak ke Lenggong kampung halaman mak mertua Ai (ibu ayah mak mertua Ai). uruskan rumah dan apa2 yg patut. jumpa dengan acu dan acik sekeluarga.

31/7/14 (khamis): beraya di rumah nenek andak dan nenek (x ingat). lps beraya blk ke sabak bernam semula. petangnya tu Ai pergi beraya ke rumah along Ai.

1/8/14 (jumaat): paginya pulang ke melaka kerana rombongan ahli keluarga Ai akan tiba dari sabak bernam, kuantan dan ipoh. Ai jadi host. malamnya masak ayam masak kicap, sayur campur dan ayam goreng.

2/8/14 (sabtu): pagi tu Ai goreng bihun dan bli roti canai. jam 10.15am sepupu dr saujana putra tiba. rombongan kami bertolak ke merlimau untuk hantar rombongan pengantin adik bongsu Ai yg kwen dgn org sana. petangnya lepas majlis semua pulang. sunyi rumah.

3/8/14 (ahad): pengantin baru (adik Ai) datang beraya ke rumah Ai sbelum mereka pulang ke sabah. Ai masak ayam masak selon, udang goreng tempoyak dan tauge tumis. petangnya acik Nab dari bkt gambir dtg beraya.

ok sekian diari raya cukup seminggu.
letih memang letih tapi Ai gembira.

25 syawal ni insyaallah genap 9 tahun Ai dan Jek bernikah.
semoga tahun depan kami beraya berlima.
wah impian.
insyaallah projek akan berlangsung syawal ini.

21.7.14

Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution ialah ah long alaf baru

Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution merupakan along alaf baru?

apa Ai?

Along alaf baru.

kenapa Ai cakap macam tu? 
meh Ai kongsi pengalaman Ai berurusan dengan Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution di Melaka.

terlebih dahulu, nak maklumkan sebelum ini Ai pernah buat facial, weight loss management di salun kecantikan milik orang sama kaum dan juga Fe Marit'z Aeon Ayer keroh. tapi salun2 ini tak cekik darah macam 3 salun ni: Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution.


mari Ai cerita tentang Mayfair dulu.

Ai pergi ke Mayfair sebab tertarik dengan iklannya dalam pamplet perniagaan yang diedarkan di taman perumahan Ai. stated there rm899 utk 15 sesi begitu (wah murahla kan?). Ai pergi ke Mayfair Melaka pada akhir tahun 2012. tujuannya utk menambah cantik bentuk badan yang flabby flabby tu (tu la manusia kan. asyik tak puas hati j padahal dengan diet herbalife Ai dapat hilangkan 15kg). 

ok kesalahan pertama yang Ai lakukan ialah Ai mengaku ada kredit kad bila staf Mayfair tu tanya. mula2 buat free treatment (free la sangat). memang layanan staff Mayfair tu baik habis la. maklumlah nak pancing kita. tapi kan bila Ai dah habis buat treatment tu, maka mulalah sesi pujuk memujuk. style pujuk memujuk Mayfair ni bukan lembut lembut tapi jenis memaksa. Ai diletakkan dalam satu bilik dan dikelilingi 2 orang 'consultant' dia. at one point Ai setuju utk swipe rm2250 (lebih kurang) utk 20 sesi selepas diterangkan itu ini. tapi..... tapi... bila dah lepas swipe tu, kad kredit Ai tidak dipulangkan. 
masuk lagi sorang consultant pujuk Ai utk upgrade pakej dgn guna alat slim master mcm tu (ok alat ni blh cairkan lemak guna frekuensi tinggi- pernah tgk demonya dlm tv3). so Ai setuju dan tara.... naik jadi rm6550 utk 20 sesi. tapi Ai bagi syarat: ansuran kad kredit maybank utk setahun sahaja dan cib untk 20 tahun. Rawatan tahun 2012 Ai hanya datang 2 kali. tahun 2013 pun Ai hanya datang 2 kali sahaja (sibuk tesis).

dah bayar mahal mahal tapi setahun 2 kali je datang?

iye, sebabnya Ai menyampah, setiap kali nak start sesi asyik nak promote beli itu ini padahal kan Ai dah amik pakej rm6550. sebenarnya pada pendapat Ai, pakej tu tak wujud pun. 'consultant' Mayfair sesedap rasa je mark up harga (ini berlainan dengan pengalaman Ai di Fe Maritz yang memang ada nyatakan harga setiap rawatan dan pakej).

ok dipendekkkan cerita masa birthday Ai bulan April tahun ni orang Mayfair called bagitahu Ai ade dapat promo sempena birthday tapi Ai tak pergi sebab sibuk (read as malas).

Namun pada khamis petang Ai dapat panggilan dari Mayfair (no yang ini tak simpan, no lain Ai save so kalau Mayfair called Ai tak akan angkat). Mayfair beritahu Ai patut datang utk naikkan metabolisme sel; yang ini promosi ramadhan. So Ai pun bersetuju kerana si pemanggil menyatakan rawatan cuma ambil masa 30 minit sahaja (takde guna hot blanket etc atau yg membuatkan Ai lemah).

dan apabila Jumaat minggu lepas, Ai sampai di Mayfair jam 2.45 petang. terus sijemput masuk oleh Yvonne. si Yvonne ni mengaku 'consultant' Ai (padahal ntah bila Ai lantik dia ntah). Yvonne ni ambil timbangan berat Ai. tapi Ai memang dah maintain beratpun. Ai punye penimbang jenama Tanita di rumah lagi canggih (sape amik herbalife tahu la). kemudian kami duduk dalam consultant room Mayfair. seperti yang Ai agak, Yvonne mula jual barang suruh beli itu ini. Yvonne kata kena datang 5 hari berturut-turut utk treatment ni. Ai dah mula panas hati apahal nak main paksa-paksa ni. so bila Yvonne nampak Ai mcm nak marah, dia slow down dan suh Ai masuk buat treatment tu. tapi sambil tu, dia pujuk suruh Ai amik treatment DDP (bila Ai tanya ape benda DDP tu tak reti plak dia menjawabnya cuma yang Ai pasti itu adalah cecair di dalam botol. cecair tu hanya 20ml tapi dijual rm220 sebotol!!) Ai memang taknak amik! tapi dia pujuk. Akhirnya Ai setuju bila dia kata promosi. Ai cakap kalau nak suruh tambah duit memang sorrylah kan. dia amik kad rawatan Ai dan mula tunjuk akan ganti DDP tu dgn ampoule yg lain. so Ai setuju.

so treatment dgn DDP pun dimulakan. treatment ni guna tekanan. cecair dimasukkan dalam picagari tapi takde jarum. picagari diletak atas kulit dan ditekan. habis je rawatan ni kulit Ai berbekas dan gatal. ok lepas dah tamat sekali lagi masuk dalam bilik keciknya tu. masa tu dah jam 5 petang. sesi jual pakej mula lagi.

rawatan Ai yang rm6550 tu baru 4kali Ai attend. jadi maknanya ada 16kali lagi. Tapi bila Ai tak mahu convert pakej tu ke pakej DDP rm9000 Yvone mula tinggi suara. dia mula offer pakej lain pulak.

pakej seterusnya ialah pakej tambah DDP dlm treatment yg sedia ada.  Bila Ai tak setuju untuk amik pakej DDP (15 botol rm2500- murahlah konon sbotol jadi rm166.66 je) tu Yvonne mula paksa Ai untuk bayar 4 botol DDP yang dah diguna (berharga rm880). masa ni Ai dah tahap berang dah. Yvonne Mayfair mula kata Ai salah faham. dia kata mana ada barang free. wah masa tu mmg melampaulah. dahlah mula2 cakap DDP tu free sbb tengah promosi, lps tu sebotol rm210, kemudian 220 kemudian rm166 kalau amik banyak. kau dah kenapa? Dia kata nak panggil manager. Ai kata?

"ini tak masuk akal! you called kata treatment tingkatkan metabolisme sel hanya setengah jam tapi you suruh I try DDP secara free tapi akhirnya bila I tak mahu ambil pakej tu you paksa I bayar?"

habis je cakap mcm tu I terus bangun dan keluar.
Tak menoleh lagi.
terus masuk kereta (kebetulan Ai parked abang singa Ai depan salunnya).

Jadi korang kalau ada hati atau baru nak cuba cuba dengan salun cekik darah ni buang jelah niat tu sebab kalau tak pandai tepis nanti jadi macam Ai.

ini baru cerita Mayfair.
nantikan part 2 untuk new york skin solution plak.

23.6.14

John Legend - All of Me

15.6.14

LEXIS PORT DICKSON : review oleh AiTotYati

Lexis port dickson ni dah lama da dalam senarai Ai.
lama... memang lama...ihihi

taktahu?
ini adalah water chalet (chalet atas air yang berkonsepkan bali gtu).
lepas tu boleh nampak air menerusi lantai kaca yang ada dalam bilik kita. macam gambar kasut atas cermin dalam bilik Ai ni

apa beza dengan Grand Lexis Port Dickson?
Grand Lexis ni ada private pool dalam water chalet tu. klik utk lihat gambar

kebetulan pula bilik Ai mengadap Grand Lexis Port Dickson makanya memang terdengar jeritan kanak2 mandi manda riang hohohoh. Ai dengan Jek pula hanya mampu mandi di swimmping pool Lexis Port Dickson. maklumat lanjut Grand Lexis di http://www.grandlexispd.com/

jadi sempena weekend gateway kami yang very the singkat tu makanya Jek booked Lexis port dickson.
pergi jumaat balik sabtu petang.
balik umah keje Ai tido je. hahaaha. penat main air kot. lama benor tak exercise kat swimming pool. bila jumpa pool jadi jakun jap. muahahah.

berapa bintang nak bagi?

bilik- 5 bintang. gambar 1 gambar 2 gambar 3 gambar 4
breakfast- 4 bintang
swimming pool- 4 bintang (bau klorin kuat sangat. rambut Ai keras kot. kuikui) mau tak keras pi bertafakur dalam air mcm tu lah jadinya.

bab bilik paling best hohohoho
kami dapat bilik Deluxe water chalet. harga? boleh check kat http://www.lexispd.com/Home

banyak gambar dalam instagram.
silalah search dan follow asimp_tot ya. pastikan profile picture anda tu yang Ai ketahui.
syok rasanya dapat melapangkan fikiran sebelum kembali bekerja.

kalau nak pergi PD lagi memang pilih Lexis lah!!!! terbaikkkkk


daaaaaaaaa

p/s: klik link2 yang ada untuk melihat gambar-gambar Ai dan Jek di Lexis Port Dickson ya


8.6.14

PUISI BUAT PENGANTIN

"Alhamdulillah selesai walimatulurus adikku Izah Zaza dgn Izzat Mustafa dan adik iparku Nathirah Ghazali dgn Daniel Zolkapli. 
Selamat melayari bahtera rumahtangga. Survive the first 5 years and insyaallah you' ll survive the next chapter"

status Ai dalam fb. adik Ai menikah pada sabtu 31/5/14 manakala adik ipar Ai menikah pada 5/6/14. hanya selang 6hari. letih toksah ceritalah. kalau rumah Ai, kami tetap memasak untuk tetamu yang datang sehari sebelum majlis persandingan. 3malam berturut-turut Ai tidur jam 2pagi dan bangun jam 6pagi.

Sempena musim 'mengawan' @ perkahwinan ni Ai tulis puisi khas utk pengantin baru:

Masa belum kahwin
Debaran itu rasanya lain
Tapi bila dah nikah
Hilang semua resah

Bukan saja si dia jadi milikmu
Tapi dua keluarga menjadi satu
Sabar dan tolak ansur amat perlu
Jika tidak boleh haru biru

Kalau dulu suka ikut rasa
Sekarang kena lebih jadi dewasa
Jadi suami jangan suka memaksa
Isteri pula jangan merajuk saja

Keluarga bahagia bkn mudah
Jika tidak solat berjemaah
5 tahun pertama mungkin seksa
Sebab nak kenal baik buruk dia
Yang tidak diketahui kita
Please survive the first 5 years
Insyaallah you'll survive another chapter


Ikhlas,
Yg sedekad jd isteri.

13.5.14

RINDUNYA

rindunya Ai nak menulis dalam blog ni.
namun ada kerja yang perlu didahulukan.
banyakkkkkkkkkkkkkkkkk.....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kadang-kadang rasa nk jadi nazir lah.
tapi nak mohon rasa tak yakin.
hahahahhah

23.4.14

SIBUK BENOR KATANYA

april hingga mei

Ai kerja 6 hari seminggu

ahad pun kerja juga. kerja di rumah sebab kat sekolah tak settle

itu yang stress tu kot
ini bunga lalang yang segar bugar tumbuh. gambar diambil selepas kami pulang dari Jepun

motip gambar?

semak dan sesak

3.4.14

NAGOYA-->TOKYO-->NAGOYA-->TOKYO part 1

been there

dah 2 kali datang jepun

tapi datang ke sabah belum pernah lagi

nagoya tokyo nagoya tokyo

di sana selama 8 hari

puas jalan


2.4.14

Ai ada satu perangai

satu perangai Ai...

berkemampuan untuk buat tak kisah dengan orang.
seperti

tidak mengambil tahu
tidak mengambil peduli
tidak bertanya khabar
tidak ambil pusing
tidak ambil kisah

Ai akan buat begini kalau hati Ai terguris
dan Ai memang mampu buat begini

sebab

sejak berkecimpung dalam arena perguruan ni
kekebalan hati dan perasaan semakin kukuh
untuk mengelak makan dalam yang berterusan
biasanya Ai buat tak kisah sahaja

mungkin ada yang menyampaikan pada Ai kisah orang itu begini dan orang ini begitu
tapi Ai dengar sahaja
dan Ai tak akan lanjutkan pertanyaan untuk mengetahui cerita selanjutnya tentang orang yang diceritakan

kerana pada pendapat Ai
buat apa ambil tahu dan ambil berat tentang orang lain sedangkan
orang yang kita ambil berat dan ambil tahu itu tak sudi pun nak berkongsi ceritanya dengan kita

an ouutsider will always be an outsider
always.....

14.3.14

VIVA MASTER FTSM UKM- sarjana teknologi makumat

dan akhirnya alhamdulillah, tarikh 14.3.14 jumaat jam 9.30pagi Ai telah berjaya menamatkan pengajian sarjana teknologi maklumat.

Viva?
perasaan nak viva?
seminggu tidur tak lena, mandi tak basah makan tak kenyang.

lepas Viva.
lega sangat alhamdulillah.

lagi2 bila membaca komen daripada external examiner.

Ai diberi sebulan untuk membuat minor correction.
ya sangat minor.
yang sebetulnya 2minggu shj untuk membuat pindaan dan pembetulan.
selebihnya 2 minggu itu adalah untuk hantar tesis bagi semakan gaya ukm dan kemudian baru boleh dibuat hard cover.

tiada perkataan yang dapat Ai gambarkan.
sejauh ini perjalanan Ai.
siapa sangka, pemegang ijazah sarjana muda sains (mikrobiologi) mampu untuk menghabiskan ijazah sarjana teknologi maklumat?

ini semua berkat usaha, doa dan sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.
terasa penat lelah berbaloi.

syukur sangat ya Allah.

23.2.14

DEVIOUS MAIDS

hohohoho drama kesukaan terbaru selepas DH, revenge dan parenthood.

oh sudah tidak boleh berhenti