Ikut AiTotYati

14.3.14

VIVA MASTER FTSM UKM- sarjana teknologi makumat

dan akhirnya alhamdulillah, tarikh 14.3.14 jumaat jam 9.30pagi Ai telah berjaya menamatkan pengajian sarjana teknologi maklumat.

Viva?
perasaan nak viva?
seminggu tidur tak lena, mandi tak basah makan tak kenyang.

lepas Viva.
lega sangat alhamdulillah.

lagi2 bila membaca komen daripada external examiner.

Ai diberi sebulan untuk membuat minor correction.
ya sangat minor.
yang sebetulnya 2minggu shj untuk membuat pindaan dan pembetulan.
selebihnya 2 minggu itu adalah untuk hantar tesis bagi semakan gaya ukm dan kemudian baru boleh dibuat hard cover.

tiada perkataan yang dapat Ai gambarkan.
sejauh ini perjalanan Ai.
siapa sangka, pemegang ijazah sarjana muda sains (mikrobiologi) mampu untuk menghabiskan ijazah sarjana teknologi maklumat?

ini semua berkat usaha, doa dan sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.
terasa penat lelah berbaloi.

syukur sangat ya Allah.

1 comment:

  1. Tahniah Ai! Alhamdulillah... berjaya menamatkan pengajian :-) Sure lega semua dah settle...

    ReplyDelete