Ikut AiTotYati

23.2.14

AI SEORANG YANG CEKAL- KATA BONDA

bonda selalu kata, Ai seorang yang cekal dan kuat walau 'ciwek' (ciwek tu kuat nangis dlm bhs jawa).

bonda selalu kata, Ai akan usaha untuk dapatkan sesuatu sejak dari kecil.

bonda juga selalu kata, Ai seorang yang tak tahu takut.

bonda juga selalu kata, Ai suka buat sesuatu yang mencabar.

bonda juga selalu kata, kadang kala Ai boleh jadi seorang yang sangat kejam.

tetapi bonda tahu, Ai jadi begitu kerana.....

1. Ai merupakan anak perempuan sulung daripada 6 orang adik beradik. Ai mempunyai 2 orang abang, 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

2. Ai kerap jadi mangsa 'buli' along (kami beza 10 tahun) semasa Ai kecil; kayuh basikal ke pasar untuk belikan gam sebab along nak siapkan homeworknya. along patahkan anak patung Ai dan campak dari tingkat 2. pernah kena tumbuk dengan along masa darjah 6 (pergi sekolah dengan mata kiri lebam). masakkan maggi untuk along kalau mak abah gi kenduri kat kampung.

3. kalau abah amik Ai dari asrama masa form 1-3, pasti adik2 akan ikut. jadi bila singgah Gedung harian untuk beli jajan biasanya abah akan tunggu dalam kereta dan Ai kena heret adik2 yg 3 orang tu masuk gedung harian untuk beli jajan. biasanya abah bagi RM10 jadi Ai kena pandai urus kewangan untuk pastikan ketiga-tiga adik Ai dapat bli jajan. kalau pergi pejabat pos pun macam tu juga. abah akan bagi duit pada Ai suruh bli setem dan Ai akan beratur pergi beli manakala abah akan buat urusan yang sepatutnya untuk jimat masa.

4. tingkatan 4 Ai masuk mrsm Jasin (sekarang mrsm TGB) untuk program khas pendidikan. Ai pergi dan balik dari kampung di selangor ke mrsm jasin menaiki 4 buah bas. biasanya keluar rumah 8pagi, jam 5petang baru sampai mrsm. jalan sorang2 itu dah biasa. biasanya akan lunch McD kalau turun di puduraya. SPM? ada baca yassin utk menghadapi SPM jemput ibu bapa tapi sampai habis majlis mak abah tak muncul pun. jauh kot mak abah nk travel. masa ambil keputusan SPM pun Ai pergi sendiri je. tumpang tidur rumah kawan.

5. lps SPM Ai kerja kat tempat buat kuih batang buruk. Ai keje bahagian gulung kulit batang buruk tu. lps hbs matrikulasi, Ai kerja di stesen minyak sbg pam attendant. keluar pagi sebelum subuh blk petang, kadang2 maghrib. lps hbs USM br duduk di rumah 2 minggu abah dah suh carik kerja. sudahnya Ai merantau ke USJ jadi GSTT. lps setahun di USJ Ai ke melaka jadi GSTT juga. dapat jadi pensyarah gantian di MRSM TGB tapi sbb mcm jauh je nk ulang-alik dari rumah sewa naik motor terpaksa tolak. kumpul2 duit dapat buat byr muka (down payment) untuk bli kancil. siang ai mengajar, mlm ke rumah2 org Ai buat home tuisyen. oh pernah juga part time di body shop (gile mental kena kuat sbb hari2 boss suruh tanggal tudung- diskriminasi betul).

apa yang Ai cuba sampaikan?

Ai sebenarnya cukup meluat kalau orang kata hidupnya susah sedangkan hakikatnya hidupnya tak susah mana pun.

serius, cukup meluat.

belajar-belajarlah berdikari.

1 comment:

  1. Aih...kalau org yg dok mengeluh, tak berusaha... memang meluat bila asik mengeluh susah... sound direct je Ai...

    ReplyDelete