Ikut AiTotYati

16.2.14

Entry C&P dari facebook; Antara Soalan Yang Sensitif di Budaya Mereka - Do you have a child?

teringat minggu lepas menghadiri kenduri saudara sebelah suami, Ai kena tanya soalan cepu emas.

"wah Ai makin cantik tapi perutnya bila nak berisi?" tanya seseorang.

alhamdulillah Ai dapat tangani dengan baik.

Ai respon,
"____ doa sekali ya," sambil Ai tersenyum.

kelihatan si penanya seolah terkedu. 
mungkin acapkali Ai dilontar persoalan, Ai sekadar tersenyum atau diam sahaja.

entry ini tiada apa2 cuma mahu share yang Ai jumpa di fb lalu copy di sini.

#UYDL2

Bab: UK vs Malaysia 
Entri XXX: Antara Soalan Yang Sensitif di Budaya Mereka - Do you have a child?

Sepanjang hampir tujuh tahun saya bergaul dengan Mat Salih kat sini ada beberapa soalan sentitif yang dianggap taboo atau kurang sopan kalau ditanya dengan cara yang salah tatabahasanya.

Antaranya;

Soalan tentang agama dan bangsa - Racism adalah satu kesalahan serius di sini,

Nak tanya dah kawin ke tidak kita tanya - Have you BEEN married?

dan soalan tentang ANAK juga sesuatu yang sangat sensitif.

Why don't you want to have a child?

Tu BIADAP namanya.

Saya terkesan dengan apa yang Fynn Jamal a.k.a Peri Cenderawasih tulis di FBnya hari ini.

Bila orang persoalkan tentang kenapa dah kawin lama tak ada anak ya?

Mulut saya sangat senang dan ringan membalas kalau siapa sahaja cuba berlagak tuhan menghina dan mencemuh sesiapa sahaja yang tidak atau belum lagi dikurniakan rezeki zuriat dari Ilahi.

Saya sangat maklum dilema ini! Dan soalan sebegini memang tajam dan bisa pada penerima.

Pasangan normal yang mana tak mahu menimang cahaya mata?

Kalau sesiapa yang baca buku #UYDL pasti tahu dilema keluarga yang saya alami terutama apa yang ditanggung Angah dan Alang saya.

Kami pernah dilabel orang kampung di Ulu Yam sebagai tak akan ada zuriat.

Masa majlis perkahwinan saya dan Ain sok sek sok sek beberapa makcik jiran sekeliling.

"Ish.. Kahwinlah dengan anak JANTAN Mat Noor Belanda tu. Bukan boleh bagi anak tu anak anak jantan dia!"

Saya hanya tahu bila malam selesai majlis arwah mak mengadu dengan saya.

Ini kerana dua abang saya tidak ada rezeki dalam hal zuriat. Tapi Allah kurniakan mereka dengan pelbagai rahmat yang lain.

Allah maha adil kan teman?

Mereka dah usaha macam macam! Cakaplah apa sahaja tradisional atau moden.

Mana tempat yang tak dijengah mereka? Pantang ada yang kata itu ini hospital petua segala dah usaha.

Cuma bukan itu yang Allah suratkan rezekinya.

Jadi dua abang saya memang menumpang kasih dengan anak anak saudara seperti anak anak saya.

Sayang mereka kadangkala lebh dari sayang saya kat anak anak.

Mak cakap lagi salah seorang kakak ipar saya hampir bertengkar dengan seorang makcik di dapur. Bila makcik tu kengkonon berseloroh dengan salah seorang abang saya dan kakak ipar saya ada bersama.

" Kenapa tak kahwin lain? Kesian makcik tengok takda anak ni ha. Duit banyak... kaya lak tu.."

Mak kata kakak ipar saya balas

"Kalau kahwin satu lagi tu KONFEM ke dapat anak tu makcik?"

Mak kata makcik tu terdiam.

Celupar kan orang kita yang tak sensitif sebahagiannya tu?

Ikut sedap gigi aja nak kata apa!

Kalau saya ada kat dapur tu memang saya halau makcik tu dari kenduri saya!

Tolonglah ya. Jangan main main buat lawak hal macam ni.

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul 

Sepanjang saya kat sini ada seorang kawan yang isterinya ada kanser ovari dan dibuang rahimnya.

Mereka ambil anak angkat. Anak itu berkulit hitam. Mereka banyak buat charity dan masa ke Kenya mereka jumpa satu keluarga susah dan nak ambil anak orang susah tu.

Susah mereka uruskan hal adoption.

Walau kami tahu tentu bukan anak dia tapi sepanjang majlis kami bertemu tak ada satupun orang berdecit tanya soalan

"Is this your child?"

TAK PERNAH!

Jadi tolonglah ya teman?

Jagalah perasaan orang lain.

Hal anak bukan perkara kecil.

Suruh kawan kawin lain bukan solusi mudah pada penerima.

Gelar orang MANDUL dan berlagak jadi tuhan menghukum orang bukan kerja kita.

Allah beri apa yang kita perlu TEPAT PADA WAKTU dan bukan selalu kita dapat APA YANG KITA MAHU!

Mesti ada yang tertanya gambar baby siapa yang saya kongsi kali ni kan?

NI anak seorang berpangkat adik pada saya dan AIn. Kami sangat rapat.

Seringkali sama ada suaminya Shazuwan Ab. Sani atau isterinya Ninna Naim mengadu dilema yang sama.

Balik kampung aja mesti soalan anak ditanya tanya. Kerana mereka dah kahwin lama.

Sebab itu Allah suratkan mereka peroleh rezeki jauh dari kampung dan bermastautin di Brunei.

Dan bila 9 bulan lepas mereka beritahu kami Ninna dah berbadan dua melalui facetime.

Saya dan Ain terlompat lompat gembira.

Kerana kami tahu apa yang mereka usahakan, doakan, tawakkal dan redha selama ini.

"Abang dengan Kak Ain antara yang pertama kami beritahu ni tau. Terima kasih ya sebab sentiasa doa untuk kami ya kak..abang"

Itu kata Ninna dan Juan pada kami satu ketika dulu.

Tiga hari lepas saya terima mesej bergambar di iphone

"Abang Nazzzzz.. Ninna dan bersalin. Baby girl.. Ini gambarnya bang. Abang antara yang first tahu ni tau"

Hati saya jadi sebak gembira. Ainpun sama.

Selamat datang ke dunia anaknda.

Moga nanti dah besar anakda secekal mama dan abah ya?

Buat yang masih berusaha peroleh zuriat.

jangan pernah putus asa ya teman?

Usaha..doa..tawakkal ..redha.. dan usaha lagi.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat.

Poskodnya tepat dan akan sampai jika itu janjiNYA.

1 comment:

  1. mmm... masyarakat kita kena bezakan antara being ramah tamah and being busy body. huhuhuhu....

    ReplyDelete