Ikut AiTotYati

12.11.13

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN TAHUN 2014 dan ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM KEBANGSAAN 2013

semakan telah dibuat pada 31 oktober.
alhamdulillah Jek bakal mengikut jejak langkah Ai- sambung sarjana/ master.
bukan itu sahaja, jek juga bakal menyambung pengajian sarjana dalam bidang yang berlainan daripada ijazah pertamanya - pun sama macam Ai. hihihi

ada yang bertanya ape perbezaan HLP dengan CBBP TB.
hadiah latihan persekutuan tu, selain cuti bergaji penuh, yuran pengajian anda juga dibayar dan setiap bulan anda menerima elaun sara diri selain boleh claim elaun tesis dan lain-lain manakala untuk CBBP TB atau cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa anda hanya diberi cuti dan gaji dibayar penuh namun yuran pengajian bayar sendiri serta anda tidak boleh claim elaun tesis dan lain-lain.

Jek dapat HLP Ai pula CBBP TB sebab dulu org kata susah nk dapat HLP so Ai minta CBBP TB tapi alhamdulillah sekali minta terus dapat sama macam Jek.

pagi ini Jek ada majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran untuk hadiah latihan persekutuan di dewan zaaba putrajaya. Ai pula akan ke Dewan seri negeri, Ayer keroh melaka untuk mewakili Jek yang mendapat anugerah cemerlang ko-kurikulum peringkat negeri melaka. minggu lepas Jek dah ke perlis untuk menerima anugerah kokurikulum kebangsaan. untuk kebangsaan Jek dapat tempat ke-5.

ini adalah rezeki anak-anak bulus yang 10 ekor tu.
siapa kata rezeki itu anak sahaja?
mari kita bahagia dengan cara kita ya (pesanan untuk TTCian)

p/s: ada je suara2 sumbang menyatakan, takde anak bolehla buat master, bolehla cemerlang kerja. pada pendapat Ai, hendak seribu daya. dah kau yang malas banyak plak kau nak berdolak dalih.
ramai je antara kawan2 Ai yang beranak-pinak, yang mengandung masa buat master gigih je bljr. cemerlang je dlm kerja. pokok pangkalnya hati kita. adakah kita mahukan penghargaan manusia atau keredhaan Allah?

10 comments:

  1. tahniah pd pasangan bahagia ini =)

    ReplyDelete
  2. Ai... nk email boleh? im thinking to do CBBP jgk and nk apply next yr. need tips.

    ReplyDelete
  3. ala suara2 sumbang tu sbb diaorg jeles kak...

    ReplyDelete
  4. betui Ai...i cukup hangin bila org cakap kita bleh buat coz kita tak de anak... actually, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bila semuanya nak dikaitkan dengan anak. nampak macam kita ni bersalah pula takde anak lagi. huhuhu

      Delete
  5. Masha Allah, happy-nya dengar berita ni.
    Yes, dear. You're right. Rezeki kita semua tak sama.
    Kita ada bahagian masing-masing.

    I ada kawan yg dpt sambung belajar peringkat master dan dlm masa sama gaji dibayar penuh. Byk jugak liku-liku hidup kawan I ni tapi sekali Allah bagi rezeki, banyak sgt dlm masa yg sama.

    Good luck to both of u ya.

    ReplyDelete