Ikut AiTotYati

9.5.13

CERITA 9 MEI 2013

hari ini, saya bangun jam 5.15pagi. 
kemudian jam 6.15 pagi saya telah memandu memasuki highway PLUS menuju ke Putrajaya kerana ada bengkel. 
jam 7.50 pagi saya telah selamat tiba di Murni International College, Putrajaya.

tiba-tiba jam 10.44 pagi saya terima panggilan dari Dr Chong yang merawat Bleki menyatakan Bleki muntah hitam pekat. saya tanya Dr, Bleki boleh survive tak? Dr Chong bgtau peluang 50-50. Dr Chong said," you must be mentally prepared"
saya bagitahu buatlah apa2 yang patut asalkan Bleki kesayangan saya selamat.

kemudian jam 12.07 tengahari sedang saya berbengkel, saya terima lagi panggilan dari Dr Chong dengan memulakan perbualan, "i'm so sorry yati, Bleki has died"

saya terkedu, rasa ingin segera pulang ke Melaka. tapi tanggungjawab berbengkel harus diteruskan. saya berbengkel dengan keadaan separuh jiwaku teringatkan Bleki. Rasa macam semalam baru bersama Bleki. Bleki yang manja, yang kuat mengiau, yang suka masuk ikut tingkap tatkala saya sedang menaip tesis, yang suka merampas lazy chair saya, yang suka tidur di kerusi kerja saya, yang suka panjat meja tatkala saya nak makan dan pelbagai kenangan terus mengusik jiwa saya.

saya tiba di Melaka jam 7.30petang....
tiada suara Bleki mengiau, tiada Bleki suka menggesel di kaki, tiada lagi Bleki menyambut saya di muka pintu.

kepada Bleki, saya ucapkan terima kasih kerana menyerikan hidup ini walau buat seketika. 
damailah Bleki di sana....

p/s: total rawatan Bleki ialah RM360

6 comments:

  1. Ai...so sorry to hear about bleki... :-( I don't have words to comfort u. Just hope that u are ok. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I can't stop crying until now.
      agaknya sebab masa berbengkel tak dapat menangis, so bila dah balik umah bukan main lagi lebatnya.
      anyway tq ye sweet tooth

      Delete
  2. Innalillah ....

    Salam takziah. Mesti Yati akan terasa kehilangan Bleki. Semoga diberikan pengganti yg lebih baik satu hari nanti. Banyakkan bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm yb. Mmg sgt terasa sbb dah xde lagi bleki menyambut di muka pintu

      Delete
  3. I was wondering who is 'Bleki'..oh, a cat..smoga dpt dpt berjumpa dgn pengganti yg lebih comel dan baik hati mcm Bleki..


    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tqvm.
    Welcome to the blogging world

    ReplyDelete