Ikut AiTotYati

23.3.13

KLINIK PERGIGIAN MAWAR PERINGGIT: CABUT GIGI GERAHAM

last cabut gigi geraham tahun 2004.
last cabut gigi depan 2009.

petang semalam Ai dah selamat cabut gigi geraham atas kiri belakang sekali di klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit. alhamdulillah semasa proses mencabut tu Allah permudahkan.

Ai tiba lebih kurang 2.30pm. memang takde sesiapa so terus je masuk. doktor gigi di klinik itu ialah perempuan melayu islam. masuk2 je Ai terus duduk dan doktor gigi start ketuk2 gigi utk cek mana yang sakit. sekali doktor gigiketuk atas geraham atas kiri ada 2 batang yang sakit. tapi yang lebih sakit ialah geraham yang belakang sekali tu. Ai try juga pujuk2 doktor gigi tak boleh ke tampal je. doktor gigi kata klu tampal pun nanti sakit lagi so better cabut je. uwaaaaa Ai dah macam seram sejuk ke ape.

Ai tengok jam dinding klinik 2.45pm. then doktor gigi spray gigi, kemudian doktor gigi suntik dgn ubat gigi kebas. Ai memang selawat tak henti masa tu. Ai juga try rilexkan otot sume. kemudian bila dah injek doktor gigi suh tunggu kat dalam tu je. so Ai duduk dan renung jam dinding sementara Ai nampak doktor gigi sambung baca tafsir Al-Quran.

bila jam dah menunjukkan 3pm, doktor gigi tanya dah kebas ke? Ai mmg rasa lidah mcm kebas dan tempat gigi tu kebas. so doktor gigi nak mulakan prosedur mencabut gigi. kat klinik ni takde goggle tp mujur Ai rabun sikit jadi buat2 tak namapk sekeliling.

doktor gigi sangat baik. doktor gigi baca bismillah dan suruh Ai nganga sikit je. oh masa ni seat telah ditegakkan 90 darjah. Ai rasa ade seseorang pegang kepala semasa doktor gigi tengah cuba untuk tarik gigi geraham tu. doktor gigi tukar playar dua kali. wohooo nampak wooo playar tu besar.

dan last sekali bila dah goyang banyak kali, akhirnya keluarlah gigi tu. doktor gigi pesan jangan usik tempat luka dengan lidah sbb nanti boleh menyebabkan jangkitan pada luka. doktor gigi juga bagi antibiotik dan painkiller.

Ai google cara nak jaga gusi lepas gigi  kena cabut:

1. kena gigit kapas gigi dengan kuat utk hentikan pendarahan. tukar kapas setiap 30minit sekali.
2. elakkan makan makanan pedas dan panas.
3. kumur air garam 3-4kali sehari selepas 24jam cabut utk hindarkan pembentukan bakteria.
4. jangan gosok gigi dan berkumur dengan kuyat. cukup kemam sahaja.

sayangilah gigi anda. gosok gigi dan floss gigi dengan cara yang betul ye

p/s: untuk cabut Ai dicaj RM50 beserta antibiotik dan painkiller serta kapas.

19.3.13

ALLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT BERGANTUNG

dalam kehidupuan manusia pasti akan ada masalah.
tak kiralah besar atau kecil, serius atau kurang serius.
 masalah itu pula pelbagai.
ada menghadapi masalah di tempat kerja,
masalah teman hidup, masalah nak dapatlan zuriat,
masalah nak siapkan tesis, masalah nak beli makan tengahari (hahahhahaha ni mcm Ai je).

dan kadang-kadang bila ada masalah, terasa nak meluah pada rakan.
mulalah telefon rakan
mulalah pm fb rakan
mulalah whatssapp rakan
mulalah LINE dengan rakan
lepas tu bila rakan tak jawab, kita geram dan sedih

kita lupa, rakan kita tu pun manusia juga.
manusia yang serba kekurangan
manusia yang boleh meletup bila kesabarannya hilang

jadi
ALLAH adalah sebaik-baik tempat meluah
ALLAH adalah sebaik-baik tempat bergantung

cubalah (^_^)

18.3.13

SAKIT GIGI PENGHAPUS DOSA

12/3-hari selasa kepala dah start berdenyut2 tapi Ai sangka sebab cuaca panas so mmg minum banyak air.

13/3-rabu kepala denyut lagi.

14/3-khamis kepala denyut teruk. khamis mlm jumaat tu Ai tak boleh tidur sbb bdn panas. chcek dgn termometer sendiri suhu 38.3 darjah celcius.

15/3-jumaat officially demam tp gagahkan diri bgn solat subuh. then tidur. bangun tidur g mandi dengan harapan nak taip tesis tapi sbb kepala berdenyut sgt teruk so sambung tidur. dalam kul 10pg terjaga dan gagahkan diri kemas rumah serta kemas groceries yg bli kt mydin ptg khamis tu. tengahari enJekjek blk bw lunch. lps lunch n solat zohor Ai tidur. bgn tidur sakit kepala tak hilang so ajak enJekjek g jumpa dentist.

 google jumpa Ng Dental klinik tapi klinik takmo terima patient sebab dah ramai. lagipun masa tu dah 4.30ptg. dia kata nanti tak sempat hbs by 6pm. fine. mujur bawa Note 10.1 so google the nearest dental klinik. oh jumpa klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit. depan melaka sentral. yang kelakar tu masa cari kami boleh tak perasan sbb silau cahaya matahari. signboard klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit tu kt belah atas. pusing2 lps tu enJekjek kata try call no tepon klinik tu. calll dapat dan staffnye kata atas seven eleven. ya Allah camne tak perasan klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit ni?

sejuk hati masa sampai staff bagtau Dr tengah solat asar. oooh situ dr perempuan Islam. bagus. sekuarang2nya bila cabut gigi dia baca bismillah. masuk dlm jumpa Dr dia cek ade jangkitan gusi. Dr juga ketuk2 gigi Ai mmg sakit. so Dr bekalkan 2 antibiotik. tapi malamnya tu Ai tetap tak boleh tidur. Ai asyik terjaga sbb bdn panas dan kepala berdenyut2 teruk. mlm tu habis 3 jalur cool fever. enJekjek siap bangun g amik ais lap2 bdn Ai. huhuhu

16/3-sabtu pagi Ai terlajak subuh. terjaga masa enJekjek nk pergi jadi jurulatih robotik. enJekjek pesan nanti lps dia setel yg perlu dia akan blk hntr Ai ke klinik mediviron Dr Thilaga. dekat je kliniknya tak jauh. suka pergi situ sbb Dr friendly. oklah Dr bagi 6jenis ubat sume kena RM64.

dan hari ini kadang2 akan ada rasa berdenyut2 kat geraham Ai tu. Dentist cek tampalan ok tapi maybe ade caries kt bwh tampalan tu. tadi Ai called klinik tu boleh tak nak cabut hari ini. dia kata tunggu jumaat ni br datang sbb kena habiskan antibiotik tu dulu.

sekian cerita org demam+sakit gigi+sakit kepala

inilah ubat yang Ai dapat dari klinik mediviron tu. yang dari klinik pergigian mawar lupa pula nak snap

12.3.13

SUSU KAMBING ANUGERAH

dah hampir 2minggu pagi2 minum susu kambing anugerah ni. khasiat?
meh baca petikan dari harian metro ni


SUSU kambing adalah sebahagian sunnah Nabi. Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasuluulah s.a.w bersabda, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”.
Maka, sahabat bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab baginda “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”. 
Dalam hadis lain yang disandarkan kepada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. 

Susu Kambing Anugerah diperkenalkan untuk membolehkan pengguna menikmati manfaat nutrien semula jadi di dalam susu itu.

Susu itu diperkayakan dengan beberapa ramuan aktif yang terbukti secara saintifik. Paling istimewa, ia ditenagakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran serta doa-doa pilihan.

Susu Kambing Anugerah membantu mengurangkan masalah pernafasan seperti bronkitis, asma dan rheumatik. 

Ia membantu penghidap insomnia, demam kuning serta pembentukan tulang dan gigi yang sihat. 

Ia mempunyai kandungan protein lebih tinggi daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu. Ia amat sesuai bagi mereka yang alah kepada susu lembu. 

Susu Kambing Anugerah lebih mudah dicerna, mengandungi kalsium untuk tumbesaran dan kekuatan tulang, potassium untuk mengimbangi tekanan darah dan fungsi jantung, serta kaya dengan riboflavin dan Vitamin B untuk pembakaran lemak badan serta menghasilkan tenaga dalam badan selain mengatasi kelesuan. 

Kombinasi 30 Juzuk al-Quran, khasiat organik susu kambing dan tujuh ekstrak penting untuk penawar dan kesihatan diri. 

Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar Ghazali, berkata susu kambing boleh dicampurkan dengan pelbagai nutrien lain untuk kesihatan yang optimum. 

Beliau berkata, Susu Kambing Anugerah ini dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan membantu mengekalkan kesihatan. 

“Ia diperkaya dengan nutrien penting seperti ekstrak biji aprikot, ekstrak ginkgo biloba, ekstrak buah delima, ekstrak kismis, ekstrak gam arab dan ekstrak habbatus sauda. 

“Ekstrak Ginkgo Biloba sebagai ‘makanan’ untuk otak kerana ia berfungsi untuk meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. 

“Ekstrak ini menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan mengatasi masalah lupa. Ekstrak kismis juga antara ramuan di dalam Susu Kambing Anugerah,” katanya. 

Ekstrak habbatus sauda yang mengandungi kalsium, zat besi dan potassium membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel tumor. 

Ekstrak Gam Arab di dalam susu ini menstabilkan kontraksi usus kecil, mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit. 

“Malah, ekstrak delima mengandungi antioksidan serta nutrien lain seperti zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan Vitamin C. 

“Ekstrak biji aprikot pula mengandungi vitamin B17 yang membantu merawat dan mencegah kanser. 

“Kami juga menggunakan ekstrak kolagen, sebagai agen aktif untuk awet muda, mengurangkan geseran antara tulang sendi dan menajamkan penglihatan,” katanya. 

Katanya, sebagai umat Islam, kita harus yakin segala doa dan hajat akan dipenuhi dengan izin Allah. 

“Usah lupa mengiringi doa itu dengan usaha dan amalan yang gigih bagi memastikan doa kita dimakbulkan,” katanya. 

Hubungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau talian 03-2072 5555, 019-369 9998 atau laman web, www.anugerahquran.com dan Facebook Anugerah https://www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.

Ai lupa pula nak snap gambarnya tapi dalam satu kotak ada 10 botol. bukan botol besar tapi botol kecik2 yg berisi serbuk susu kambing. bukan botol tapi boleh panggil tiub. tiub tu tu saiznya macam bekas yang kite isi jajan asam masin dulu2 tu. satu kotak tu harganya RM48 tapi Ai bli di Nadhira shop dapat less 15% gtu. eh ke 25% ek? lupa lah. hihiih

minumlah. sedapppppp (^_^)

UNDI MACAM DAH TAK RAHSIA JE

kawan2 FB Ai tau le semalam Ai post status ni. 
gini ceritanya:


dapat panggilan daripada nombor 0108115498. 
panggilan dari BN sabak bernam nk buat survey pasal pilihanraya. mula kena jawab 4 soalan dan jawab ya atau tidak sahaja. sebarang pendapat tidak dilayan.

1. wajarkah PTPTN dimansuhkan?
2. adakah BN akan menang di parlimen sabak bernam?
3. adakah puashati dengan corak pemerintahan PKR di selangor?
4. adakah BN akan menang dlm PRU ke-13 di Malaysia?

Ai jawab kesemua soalan dengan jwpn TIDAK!! 

ni macam nak buat survey Ai nak undi sape je. bukankah undi itu rahsia?

yang pelik tu, cik Farah yang call tu siap boleh sebut nama penuh Ai tu. 
ape deme ni beli maklumat pelanggan ke? memang Ai sangat terkejut sebab mula-mula dia kata nak buat survey pasal PTPTN tapi lepas tu ditambah dengan survey pasal PRU-13. Ai pun dengan hati yang 'malas-malas ayam' pun jawab. 

ok di bawah ini adalah reason kenapa Ai jawab semuanya TIDAK.

 mmg tak salah survey. 
bg Ai mmg tak wajar mansuh ptptn sbb klu bg free education nanti tak dihargai.
 jwpn no 2&4 tidak so that jentera BN akan lebih bekerja keras. 
tidak no 3 sbb mmg tak puas hati so kalau PKR btl nk bertapak lama kenalah usaha juga. jwpn tidak itu diharap dapat memperkuatkan jentera masing masing


lagipun Ai memang tak selesa dengan cara survey begini seolah-olah nak tahu parti mana yang akan Ai pangkah. Ai bukanlah pro kerajaan atau pro pembangkang. Ai membaca berita kedua-dua belah pihak. sebab Ai agak tak berapa suka bila hal politik dibincangkan dalam keluarga sama ada oleh mak Ai ataupun bapa mertua Ai. sangat tak selesa!

7.3.13

AJARI AKU ANUAR ZAIN

uiiiiii lagu kesukaan sekarang. sokmo dok main kat lappy. hihiihihi

Lirik Lagu Ajari Aku – Anuar Zain

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

lirik amik dari sini

6.3.13

PENANGGUHAN

sesuatu terpaksa ditangguhkan.
hati harus redha (^^)
biar masa penentu segala

1.3.13

POSITIF ITU LEBIH BAGUS

salam readers.

selamat hari jumaat dan selamat masuk bulan masihi yang baru. pejam celik dah 1/3/13 ye hari ini.
sekadar ingin berkongsi rasa diri yang semakin positif. (hoh dulu2 tak positif ke?)

balik kampung sempena cuti tahun baru cina yang lepas, ada kenduri aqiqah untuk anak buah Ai yang baru (anak adik lelaki Ai). kalau ikut kronologi:

Nov 2005- Ai nikah
Jan 2007- isteri Angah bersalin (1st child)
Jan 2008 - isteri Along bersalin (3rd child)
Jan 2013- isteri adik lelaki Ai bersalin

memang dah banyak kali aqiqah dilakukan di rumah mak abah Ai tapi sekalipun belum ada kenduri untuk anak Ai. macam biasa bila kenduri kendara Ai pasti ditebak dengan persoalan, "bila?"

"bila nak ada anak? tu alongnye dah 3 org
bila nak ada anak? tu angahnya nak masuk 2 org.
bila nak ada anak? tu adiknya dah sorang"


macam biasa Ai sengih2 je. cuma kali ni emo2 tu dah takde sebab Ai mengamalkan prinsip menjawab sambil minta orang yang bertanya tu mendoakan Ai. berikut merupakan contoh jawapan Ai,

Insyaallah bulan december ni. acik doakan ye.
Insyaallah bulan 12 ni. akak doakanlah sama.
Insyaallah dah ade cuma tunggu turn nak dibagi pada Ai. tolong doakan saya juga ye.

semuanya dengan Insyaallah. semua perkara akan berlaku dengan izin Allah. yang penting usaha.
kenapa december? yelah Ai dok kira2 cuti tahun baru cina tu kan dah pertengahan februari, so kalau nak 'lekat' mesti lepas next cycle period which is lps cuti thn baru cina. then bersalin december 2013 laaa. hehehehhe

tapi ada sorang kawan mak ni, laserkan Ai kaw2 punye masa nak keluar dari pintu rumah,

"haaa kakaknya bila lagi? takkan nak tunggu lama2. pergilaaaaa cari ubat. tu pergi mekah sana tu. ni dok senyum senyum bukan jadi ape"

respond Ai?
"acik janganla sentap-sentap macam ni. kita kena percaya semua ada hikmahnya. Ai mmg ada usaha tapi takkanla nak bagi tau acik. acik pun ramai anak n cucu yang nak difikirkan. masalah saya ni takpayah acik fikirkan. acik doakan yg baik2 buat Ai ye. Insyaallah, nanti akan ada rezeki Ai. doa2la december ni acik dengar saya bersalin ye"

acik itu diam tak terkata ape.
hihihihi

be positive (^_^)