Ikut AiTotYati

10.11.11

CERITA LUCU DI PAGI HARI RAYA KORBAN

semangat berkobar-kobar nak g solat sunat hari raya. raya haji kali ni turn beraya di rumah mertua Ai sbb raya puasa hari tu dah beraya n solat sunat hari raya kt rumah mak abah Ai.

tanpa berlengah selepas sarapan pagi raya, terus siap2 nak g solat bersama mak mertua, adik ipar 1, adik ipar 2, adik ipar 3 (tiga-tiga semua perempuan) dan enJekjek. pagi itu hujan lebat tanda kseyukuran. ayah mertua dan suami adik ipar 2 mereka hanya ke surau berdekatan rumah. kami ke masjid kerana di surau tidak disediakan ruang solat utk wanita (utk pagi raya sahaja). yelah kaum adam pun ramai, surau tak mampu nk tampung jemaah wanita dan lelaki serentak.


sampai di masjid lebih kurang jam 8.15pagi, Ai lihat parking lot dah penuh. so enJekjek just drop kami di pintu belakang masjid. dan kami harus menapak dalam hujan.

tempat solat wanita di tingkat atas, maka menapaklah kami ke atas. dan ketika kami sampai, ruang solat wanita sudah penuh. sepenuh sardin dalam tin yg belum dibuka. maka kami pun hanya berdiri di belakang dengan harapan akan ada ruang yang kosong untuk kami menyelit jika semua jemaah wanita bangun utk solat sunat raya nanti. Ai mmg tak mahu duduk sbb nk cari port utk tunaikan solat sunat tahiyatulmasjid. dan sewaktu kami berdiri di belakang tu.

tiba-tiba adik ipar 1 kata panas. so Ai dan dia pun decide nak buka tingkap yg boleh slide di blkg kami. bila Ai tolak maka terhasillah bunyi yg agak kuat. jemaah wanita yg duduk di barisan depan kebanyakannya menoleh ke arah kami. tapi kami hanya senyum kambing je.

Ai dapat tempat solat untuk solat sunat tahiyatul masjid tu. selepas habis solat, tiba-tiba (untuk kali kedua), ada sorang makcik ni cakap,


"solat sunat aidiladha dah habis nak. pukul 8.00pagi tadi solat"


*muka merah- malu dowh. sengih2 kerang busuk. hahaha

5 comments:

  1. erk...klakau...hihi.
    mmg solat raya haji ni derang buat cpt kan. sbb lps tu nak ber korban lak.
    tp awal tu kul 8pg. kat masjid umah mertua tu kul 8.15pg

    ReplyDelete
  2. @PUANSTOBERItu le kekda. ghupanya ada ajk masjid tu tampal notis kt papan kenyataan yg solat akan mula jam 8.00 pagi.

    aduyai lain kali kena lebih peka
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. Hehehe..Kelakau la..sian pun ada

    ReplyDelete
  4. @Princess Nurheheheh malu. akan jadi kenangan sepanjang hayat

    ReplyDelete
  5. Kekekeke.. ayah ngan mak aku solat kat surau Kg Hj Ismail.. memang mula kol 8pagi.. aku tak dapat gi sebab off..kekeke...teringat kesah raya tahun lepas.. basri gi masjid ngan abg ipar aku.. tau2 dah khutbah..ingat khutbah dulu baru solat..ekekeke..

    -lieya-
    (aku guna id kawan aku sbb aku tgh watkan blog dia..kekeke)

    ReplyDelete