Ikut AiTotYati

30.6.11

BULAN BULAN PENGSAN

kalau Ai on off berblog tu. kira nasiblah.
selain mengajar dan membuat bahan bantu mengajar, tugas tugas sampingan yang kena diselesaikan adalah seperti berikut:


1. taklimat data SMM - 14/6/2011
2. program 1pelajar 1sukan - 15/6/2011
3. mesyuarat bulan teknologi & korporat - 16/6/2011
4. mesyuarat julai bulan Membaca - 16/6/2011
5. sukantara 21 & 22 Jun 2011
6. acara saringan dan acara akhir untuk sukan tahunan - 28 & 29 Jun 2011.
7. mesyuarat guru kali ke-5 - 30/6/2011
8. penghantaran data SMM yang telah dikemaskini ke JPN - 30/6/2011


semua perkara berikut berlangsung selepas tamat waktu persekolahan iaitu selepas jam 3.15petang. tang update data tu tak sempat di sekolah, angkut ke rumah. siapa2 yg jadi penyelaras data pelajar taulah camne julingnye bijik mata.


ok mari intai aktiviti Julai yang telah ditetapkan.
lepas ni disyaki akan ada penambahan lagi.

1. Program Titian Emas - 1/7/2011
2. Program 1pelajar 1sukan 1malaysia - 2/7/2011
3. tarikh akhir hantar untuk pertandingan BBM - 3/7/2011
4. Pelancaran Bulan Teknologi & Korporat & Julai Bulan Membaca - 4/7/2011
5. Sukan tahunan sekolah - 7/7/2011
6. Program Delima di N9 - 9/7/2011
7. Guru bertugas di sekolah- 12/7/2011
8. Latihan dalam perkhidmatan di sekolah - 16/7/2011
9. Kursus Intervensi CBBP TB di KL : 19 - 21 Julai 2011
10. Menerima APC di Putrajaya : 22 Julai 2011
11. Bengkel menjawab soalan SPM : 23/7/2011
12. Buletin sekolah - patut kena siapkan Jun tapi nampaknya bawa ke Julailah.





"ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkan segala urusanku, amin"

27.6.11

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Alhamdulillah.
Komitmen dan penat lelah dihargai.
Ini merupakan pendorong untuk hasilkan yg lebih baik.
Syukur atas rezeki ini.
Published with Blogger-droid v1.7.2

26.6.11

PERCUTIAN Di MEDAN PART 4: KAMPUNG TOMOK

part 1

part 2

part 3

sampai sampai je inilah pemandangannya.
jalan terus don't belok2. eh ade belok kanan then kiri. sampailah kami di Huta Siallagan.

yaaa inilah perkampungan kaum batak.
kaum batak ni makan orang tau. pada zaman dululah.
sekarang tidak lagi.

 ade penerangan dan demonstrasi





 dalam umah mereka
 tengah giat mengukir





ok dah nanti sambung part 5 pulak. hehehehhe

PERCUTIAN Di MEDAN PART 3: Samosir Tour

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/06/percutian-ke-medan-part-1-ditinggal.html

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/06/percutian-ke-medan-part-2-parapat.html


haa mari kite terus masuk part 3 ye.

hari yang kedua (30/5/11). pagi2 kami dah bangun dan breakfast sebab TG (travel guide) akan ambil kami jam 8.30pagi waktu tempatan (waktu malaysia jam 9.30pagi).


yaaa sudah pagi maka pemandangan indah tasik toba sangat mengujakan.


sarapan pagi kami

makan sambil menghadap tasik. tenang giler


kunci bilik kami. saje nak buh. hihihi


joam jalan sekitar hotel

ade swimming pool.

see, dah sama tinggi dengan bumbung tajam tu tadi. hihihi


ok mari bergerak ke Jeti. kami nak pergi ke kampung Tomok di  Tasik Toba. TG kami btahu tasik Toba ini luasnya sebesar Singapore. bayangkan. dan merupakan tasik yang paling tinggi sekali di dunia.

pemandangan on the way ke jeti

dah sampai jeti, jom naik kapal!!


perjalanan ke kampung Tomok bukan penyanyi tomok tu ye mengambil masa selama 45minit. masa dalam kapal ada 2 org kanak2 menyanyikan lagu. mereka hanya berpakain biasa, seluar lusuh dan baju lusuh. menurut TG, penduduk di sini akan buat ape saje utk mencari rezeki. so lepas mereka nyanyi mmg topi dihulur dan letakkan berapa banyak pemberian yang ikhlas kita nak bagi.



inilah jeti kampung Tomok. hijau bukan? masa kami tiba tu memang ade penduduk yang sedang mandikan anak2 mereka dan membasuh pakain menggunakan air tasek toba ni. airnya mmg sangat jernih.



ok sambung part 4 lah ye. dah panjang sangat ni







PERCUTIAN KE MEDAN, PART 2: parapat

part 1 ada di sini

lepas kami sampai tu, kami terus dibawa untuk makan tengahari
Ai dah lapar banget. mari makan nasi padang!!


jom intai lauk ape ade:
dah habis makan posing depan restoren ACC SM Raja.
dalam restoren ni ada surau. tapi suraunya campur. maksudnya pepandailah kome nak solat camne. biasanya lelaki di depan perempuan di belakang. 

walau restoren ni nampak mcm moden tapi tandasnya 'kurang menyelerakan'. 
sama juga masa di airport. ya tandas di medan enggak ade flush. harus jirus banyak2 selepas melepaskan hajat kecil atau pun besar.

ok lepas saje makan kami pun memulakan perjalanan ke parapat. 
perjalanan mengambil masa selama 4jam. masa dalam kenderaan belakang Ai dah macam sakit2 sbb terlalu lama duduk. yang menariknya, masa nak masuk highway tu ada tol so kena amik tiket tapi bukan manusia yang bagi tapi pemandu kena tekan tombol. tak sempat nk snap gambar. ala highwaynye kejap je dalam 20minit gitu. lps tu jalan biasa. jalannya kecil saje.

yaaa pengangkutan rasmi mereka. bunyi hon kenderaan tak payah ceritalah. sakit telinga duduk kat sana.

pengangkutan depa. depa duduk dalam ni macam sardin.


pondok polisi ini terletak di bawah fly over. tapi ramai je penduduk sana yang menjual makanan. masa kami berhenti di traffic light, akan ada orang yang ketuk cermin kereta untuk menjual sesuatu. oh sangat insaf melihat mereka yang berusaha utk hidup begitu.



setelah 2jam setengah perjalanan, kami berhenti sebentar di Permatang Siantar di kedai Paten. kedai ni menjual makanan berasaskan kekacang spt yang kamu dapat lihat pada gambar di atas. menarik bukan?




tapi Ai tak rasa pun, sebab was was. turun2 je Ai nampak anjing berkeliaran dalam kedai tu.
takmo Ai rasa. huhuhuhu


dan lepas tu kami sambung lagi perjalanan selama 2jam lagi. jalan di situ bengkakng bengkok lekuk lekuk. uihhh mmg tersangatlah mencabar tulang belakang.

dan kami tiba di Quality hotel di parapat. luas biliknye.

itu pemandangan daripada bilik hotel kami. memang nyaman. lps tu kami terus je dinner.




dan dah lepas dinner terus naik hotel, mandi dan tidur.



sambung di part 3 ye.


25.6.11

ARIANI MADNESS part 3


part 1 ada di sini. hehehe. part 2 tak buat entry. part 3 ni saje je mengisi masa lapang.
ceh padahal keje sekolah yg dibawa blk ke umah tak disentuh lagi. huhuhuh


EnJekjek takde kt umah dia g jd marsyal paintball kt pusat koku lanchang.td Ai kuar jap amik kete.
pastu kaki mcm ditarik2 ke butik ariani.oleh krn tiada enJekjek maka Ai pun sakanla di situ.hahaha.
Dan itulah hasilnya. Lalalalala
Published with Blogger-droid v1.7.1

15.6.11

UTeM tu IPTS!!!

erk?

kita akan rasa sangat hairan kalau yang berkata-kata itu adalah seseorang yang bekerja di kementerian pelajaran malaysia. bahagian yang kendalikan tentang hal-hal guru nak sambung belajar pulak tu.


tapi itulah kes yang berlaku pada hari ini. berulang kali pegawai tu suruh Ai pastikan yang UTeM itu adalah sebuah IPTA dan bukan IPTS. Ai yang memang pasti UTeM adalah sebuah IPTA terus jadi konpius. dan untuk kepastian Ai google. dan memang pasti UTeM sebuah IPTA. boleh rujuk di sini   sini dan sini.


lagi pula Ai tinggal di melaka jadi memang banyak juga billboard yang memaparkan perkataan, UTeM adalah sebuah IPTA teknikal pertama malaysia"


peliklah, bagaimana hang yang kerja di kementerian pelajaran malaysia bahagian cikgu-cikgi nak sambung master n phd kalau kau taktahu UTeM tu IPTA?

mungkinkah kau main fb saje?

14.6.11

PERCUTIAN KE MEDAN, PART 1: DITINGGAL PENERBANGAN

tengok tajuk pun dah tahu, kan? takyahle Ai cakap banyak2.

iye buat pertama kali nak merasai terbang dengan enJekjek ke luar negara ecewah tapi kena tinggal dgn Air Asia.

dan memang pengalaman yang tak akan dilupakan. sebelum ni dah pernah terbang tapi tanpa enJekjek. dan sudah pernah ke luar negara juga tanpa enJekjek.


alkisah, kami bertolak dari rumah jam 5pagi. kemudian solat subuh di Seremban. dan tiket parking masuk ke LCCT menunjukkan jam 6.59pagi. terus je cek in. tapi kalau Allah dah kata kami akan ditinggalkan oleh kapal terbang, maka memang kena tinggal le. memang misteri..... dan kami terpaksa bli tiket baru dengan harga RM516. huh melayang lagi....




saje tayang kasut. hehehehe



ya ibu ib ibu dan bapak bapak sila kencangkan sabuk pengaman ya

pemandangan dari atas


ya ini dia Polonia international airport.
kecik je airportnye, lagi besar airport Miri tuh.

yaaa itu dia kijang. kijang tu toyota innova dan merupakan pengangkutan kami di sana.
group kami cuma 5 orang saje maka mmg selesa gile dalam kijang.

dari LCCT KL ke medan ni cuma ambil masa 45minit saje. 
macam melaka g seremban.
 
 
lepas ni sambung part 2 plak ye