Ikut AiTotYati

3.9.10

CUCI MATA lagi dengan BiSKUT COKLAT CHIP MERDEKA

entry ini dibuat khas buat sahabatku nuril ok sila terharu

nama biskut kena gempak sebab buat masa hari Merdeka. perghhh mujur puasa maka biskut ni selamat. kalau tak memang 'selamat' kat mulut hubby Ai le jawabnye.

nak letak resepi dulu ke gambo dulu?

kite layan foto dulu boleh? tima kaseyyy kpd hubby Ai yg rajin snap dan edit.
peringatan: anda dilarang copi pes gambar Ai ok!!

badam yang kena disangan (goreng tanpa minyak)



adunan yang sedia utk diletak dalam dulang pembakar


adunan dibentuk sebesar syling 20sen. besar syiling 50sen pun boleh.


yaa... sudah masuk dalam oven. gile cepat oven elektrik ni. 
10minit dah buleh keluarkan.



ini bukan foto biskut hangus tapi gamabo ini telah diedit ye :D



biskut sedang disejukkan


perghh mmg details you all. siap nampak badam n nestum dlm biskut tu heh



1 adunan dapat 3balang saiz ni. ini adalah balang bertutup merah yang rendah tu.


so here is the resepi!!!
BiSKUT COKLAT CHIP MERDEKA

bahan A
1 buku buttercup
160g gula castor
1 biji telur kuningnya sahaja
1 sudu teh esen vanila

bahan B
230g tepung gandum
100g coklat chips
20 g serbuk koko van houten
50 g coklat urai
50 g badam cincang yang disangan (goreng tanpa minyak)
50g nestum - nk guna oat pun boleh

cara buat:
1. pukul buttercup dgn gula sampai kembang.
2. masukkan kuning telur dan esen vanila. pukul lagi.
3. masukkan bahan B sedikit demi ssedikit. masa ni guna le sudip kayu bior tak lekat.
4. dah kacau rata, buh dalam loyang. bentukkan sebesar syiling 20sen or guli or syiling 50sen kalau nak cepat habis.
5. bakar dalam oven gas pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit. kalau guna oven elektrik selama 10 - 15 minit je.
6. dah siap bakar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

selamat mencuba!!!

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SAHABAT TERSAYANG, CIK NURIL.
MAAF ZAHIR BATIN YE (^_^)

selamat hari raya kepada semua pembaca setia blog Ai dan kepada 'stalker @ penghendap' sila jaga anak bini anda di rumah. tak paham bahasa ke Ai mmg takmo berkawan dgn kamu. cukuplah Ai block kamu di facebook.


kesian, eh sekian (^_^)

3 comments:

  1. apekes intip2 ko plak tu wes..
    sengal ar stalker2 tak faham base ni.
    btw, mmg ko pakai ukuran dalam gram ke?
    uhuks..
    tade yg pakai cawan2 ke..camni aku kena pinjam timbang2 ko plak kang huhuks

    ReplyDelete
  2. nuril~ attention seeker mmg lagu tu. tak cukup kasih sayang anak bini gamaknye.
    sebenarnya aku tak timbang pun. aku guna measurement jug. kat jug tu ade senggat-senggat gram utk tepung/ gula, senggat-senggat utk liquid. aku masak selalu ikut instinct hati je. kehkeh. enggak berapa percaya dgn sukatan. bajet takdir kot... hihihihi


    lieya~ meh dtg raya kt kg aku. takpun kt umah kami (^_^)

    ReplyDelete