Ikut AiTotYati

24.4.10

IT'S EASY TO FORGIVE BUT IT'S HARD TO FORGET

rabu (21 april 2010) - Ai tiba di sekolah setelah mengambil CRK (adek berkonvo) pada isnin dan selasa. oh saringan merejam lembing pada selasa petang ditunda ke pagi rabu. nampaknya Ai kenalah ke padang dengan baju kurung. takpelah...

jam 8.00pagi Ai telah terpacak di padang. ambil borang senarai peserta, pastikan alatan dan peserta merejam lembing telah mencukupi. Ai berpuashati dan nak mulakan acara itu., tapi terbantut kejap sbb sebelum acara merejam lembing L2 ni mesti selesaikan acara merejam lembing kategori perempuan. oleh kerana peserta dan kelengkapan utk kategori peremnpuan itu belum mencukupi, maka penyelaras sukan mengarahkan Ai utk mulakan acara merejam lembing kategori L2. tapi cadngan itu ditolak oleh petugas kategori perempuan. Dan Ai takkan lupa intonasi dialog serta wajahnya yang mengatakan TIDAK BOLEH kerana sepatutnya acara perempuan dulu yg mula. dalam hati, Ai sangat kecewa. kenapa dia tidak boleh bertolak ansur? tapi tidak mengapalah... Ai dan partner Ai tetap menolong mereka. partner Ai beri briefing pada semua peserta tidak kira lelaki atau perempuan. Ai dan partner juga tolong mereka uruskan acara utk kategori perempuan. tapi....

selesai acara merejam lembing kategori perempuan, petugas itu telah bersedia angkat kaki. meninggalkan Ai dan partner dengan selamba tanpa ucapan terima kaseh. tanpa rasa bersalah petugas itu blah begitu sahaja.
kami reda. tapi sepanjang hari Ai kecewa serta jauh hati. ini bukan kali pertama Ai "kena buli" macam ni. dulu2 pun pernah.


ALLAH ITU MAHA KUASA


khamis (22 april 2010)- berlangsung hari sukan di tempat Ai. kebetulan Ai sengaja datang lewat setengah jam. kenapa Ai lewat? sebab rabu petang itu Ai telah stayback di sekolah semata-mata nak siapkan list nama pemenang dalam buku program yang mana list nama pemenang tu Ai dapat selepas loceng tamat sekolah berbunyi. Ai tidak mahu buat di rumah. ape kamu ingat orang tidak ada anak takde komitmen lainkah? nak kerja 24jam kah? sedangkan orang lain telah balik sejurus selepas loceng berbunyi.

berbalik pada cerita di tenpat kerja setelah tiba Ai terus ke astaka. dan Ai terserempak dengan petugas itu. dengan bersungguh-sungguh dia meminta maaf. maaf yang sangat2. dia siap bercerita tentang rasa bersalah yang menghambatnya sepanjang hari (rabu). dia rasa serba tidak kena. lalu memutuskan utk meminta maaf dengan Ai akibat tindakannya semalam. Ai kan pemaaf , makanya Ai memang telah memaafkan dia. cuma... lepas ini Ai akan lebih berhati2. mungkin juga kalau dia yg minta tolong... Ai akan 'hold' dulu? ekekekekekekekekek...




CERITA LAIN PULA

selepas Ai selesai bertugas utk acara merejam lembing itu, Ai terus bergegas ke kantin utk sarapan. kantin yg aman menjadi tidak aman tatkala kelibat 3 manusia memasuki kantin. Ai dengan segeranya cuba nak menghabiskan sajian. kenapa Ai begitu? kerana Ai golongkan mereka dalam kelas "kalau taknak sakit jiwa cepat-cepat larikan diri dari mereka"

tapi nampaknya Ai takdapat larikan diri  kerana sajian masih berbaki. mereka bertiga duduk join dengan Ai. maka dalam hati Ai standby je. dan seperti yang dijangka isu Ai tak mkn nasi jadi pebualan tatkala mereka melihat pinggan Ai hanya penuh dengan sayur dan ikan tanpa kehadiran nasi. dan daripada nasi isu itu menjadi besar dan terus jadi isu anak. ye isu anak yg tak sepatutnya dipanjangkan atau dibuat perbandingn antara Ai dan mereka. antara dialog-dialog yang bisa mencarik hati gua (wah Ai dah brutalkah?):

1. Ti, lelaki ni kalau takde anak diaorang akan carik lain. baik ko beranak cepat-cepat. lainlah kalau kau nak payung emas

2. kesian ko ye, nak kurus terpaksa tak makan nasi., akak ni takpayah diet-diet pun badan slim gini... anak pun empat.

3. perempuan ni kesuburan menurun kalau dah 30lebih. masa akak baya ko ni anak akak dah nak masuk 3. senang beranak muda-muda ni. umur dah gini senang, anak dah besar.

4. eh ko sakit macam ni macam mana ko 'bersama'?


dan Ai mengambil pendekatan berdiam diri serta melemparkan senyuman tapi dalam hati rasa sedih gile air mata nak meleleh.tapi Ai  kuat. dan Ai memang ketawa kuat-kuat tatkala Ai biarkan soalan mereka tidak berjawab.

itu nasib kamu... nasib Ai bahagian Ai sudah ditentukan begini. tidak guna cakap tentang usaha-usaha yang Ai telah lakukan pada mereka.

duhai hati... bertabahlah!!!!

11 comments:

  1. pst, doakanlah semoga diorg diberi hidayah..
    btw, remember kisah pakcik n makcik laser itu yg aku citer smlm.
    anak laki tunggal diorg meninggal pg tadi. siap ade kes polis.
    innalillah.

    ReplyDelete
  2. nuril~ tq!!! smlm jumpa ko mmg best!!! nanti kite lepak lagi eh? btw, en jekjek (best lak panggil jek sbg jekjek :D ) memang sengaja blk lewat smlm utk memberi 'laluan' kita borak2. sporting heh?
    oh tapi sbg balasan dia g shopping seluar kt JJ sbg 'token of appreciatian' (dia dah terikut perangai aku suka shopping beb) (^-^)

    innalillah... smg rohnya dicucuri rahmat.. amin..

    ReplyDelete
  3. xper yang... emh sini ku cabaikan mulut xder insuran tue...

    ReplyDelete
  4. takpe bang, dunia ni boooooolat.

    what goes around goes around (^_^).

    in fact yang dok cakap tu pun mmg ramai anak tapi sorang anaknya bukanlah sempurna sifatnya. bukan nak mengata tapi dia lupa nak cermin diri sendiri. cuma ayang masih jaga maruah dia taknak bagi dia malu.

    kan sabar itu sebahagian daripada iman :D

    ReplyDelete
  5. good! best2!
    enjekjek sila buat lagi.. hahahah

    ReplyDelete
  6. sgt mulut longkang mereka ye kak...sy pon x paham npe lah melayu ni suka jaga tepi kain org pastu x reti nk berbahasa dgn kalangan kite...masa abg ngn SIL sy blom dpt anak pon ramai yg suka bermulut longkang gtu...x reti ke yg allah tu maha mengetahui akan kelebihan dan kekurangan kita2 hambanye...xpe la kak...sabar ea...sy doa akak cepat sembuh dan cepat dapat anak...aminn~~~

    ReplyDelete
  7. m!ss Ikan,

    biasalah manusia, suka mengacau orang yang tak mengacau mereka.

    terima kasih doakan akak (^_^)

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tak sangka pula "cakap2" orang sampai begitu sekali..Tak masuk akal dan tak berkualiti betul la cara mereka berfikir ni.. (sila baca dgn nada lembut dan simpati dgn mereka hihihi)

    Patutlah..pernah tengok "bersama dato fadzillah kamsah" di astro oasis, ada wanita tu sampai fobia keluar rumah sbb tertekan dgn masyarakat.. dia 6 tahun kahwin belum ada anak..

    Lambat atau cepat, ada atau tiada anak, semuanya ujian.

    Bersabarlah semua ya.. :)

    ReplyDelete
  9. wslm sakinah,

    itulah manusia ini banyak ragamnya. saya lebih suka ambil pendekatan 'baik larikan diri daripada kena tembak sakit jiwa' cuma hari tu aje tak dpat nak lari.

    terima kasih atas nasihat.

    doakan saya akan perolehi zuriat ye (^_^)

    ReplyDelete
  10. Sabar banyak2 ye sahabat.. aku faham perasaan ko..n aku tau.. ko kuat..!

    ReplyDelete