Ikut AiTotYati

28.2.10

IYER AKU DENGAR... DAH 4KALI KAU CAKAP

sekarang aku ada perangai baru
aku tak akan pergi mendekati orang2 yang aku rasa mulut macam takde insurans



tapi tadi sebab terpaksa rela maka terjumpa juga dengan makhluk ni
dan untuk kali ke4 dia cakap,

"dia tu mengandung dah 4bulan"

aku nak aje cakap, "so?"




ok i get the point situ. sejak die pindah sini dah 3kali die mengandung. aku je masih belum mengandung. tak perlulah kau nak canang bagai segala. oh mungkin nak buat comparison kot. aku je yang masih belum mengandung dan punya anak di sini?


belum rezeki aku


aku tak kisah dah.
yang penting kami gembira.
kami gembira dengan cara kami sendiri.
semoga jodoh kami berpanjangan. aminnn...

26.2.10

VALENTINE'S DAY vs MAULIDUR RASUL

one good evening, there were 2 teachers sitting in a laboratory will waiting for their friends. both teachers have different races & religion. and the conversation began,

A: u know what, i ask my students just. what is maulidur rasul?
B: then what did they say?

A: one of the student said that she doesn't know what it is. but her friend claim that they celebrates Valentine's day.
B: ....... ( speechless)


-------------------------------------------------------------------------------------------------

betul wardina cakap, artis tidak buleh jadi idola. oh maafkan aku. pengaruh media massa yg memperbesarkan hari valentine telah menyebabkan remaja melayu islam sekarang lebih mengenali hari itu daripada maulidur rasul.


jadi, renung-renungkan & selamat beramal (oh pinjam tagline dr izi yahya)



24.2.10

TOLONG AKU NAK MUNTAH!!! TERGAMAK BETUL

aku taknak cakap banyak. sila view gambar2 itu. pergi ke link yang aku paste di bawah ini:


http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2010/02/abortion-pictures.html

tergamaknye. insaflah woiiiii.
haish aku ni nak mengandung belum rezeki lagi.
tapi semua pun ujian Allah.

yang dah 'termengandung' tolong insaf dan ingat ye.
itu baru balasan Allah di dunia.
seronok itu hanya sekejap sahaja.
kesian bayi yang tidak berdosa (T_T)

cerita asal dari blog ini
http://buaya-merah.blogspot.com/

23.2.10

ADA SATU TAHAP TU KO JADI MACAM CIPAN

graf kehidupan ada naik ada turun
kalau buleh nak mainbtain naik je

tapi tahap hormon mana buleh kite kawal
semulajadi


jadi... pasrah

21.2.10

AFTER MIDNIGHT LA PULAK!!!

wah wah tak buleh blah. selepas publish entri LEPAS TENGAH MALAM, ada part 2 lah plak. hehehehehe


saje je nak sharekan gambr.
gambar masa taman kami black out jam 12.40mlm tadi.
paham2 jelah umah kt bndar if takde elektrik bermakna kamu akan tidur-kepanasan-menggelupur.


foto di bawah diambil menggunakan handset sonyericsson s500i ye kawan-kawan.


sila cuci mata


ini menggunakan mode malam aka night mode




yg ini tanpa mode malam. oh yg aku ambil itu adalah gambar pangsapuri di hadapan depan umah kami. kenapa mereka tak black out? ini tidak adil. tapi di mana keadilan? hahahah
bagus gak sebab umah aku tak gelap sangat. hehehehe.
mendapat limpahan nur dari bangunan depan.




masa black out tu aku berfikir, oh inikah keadaan di dalam kubur gelap gelita jika tak melakukan suruhan Allah. *mode insaf*
kalau aku meninggal nanti siapa yg nak sedekahkan al-fatihah utk aku? ( T T)
baru aku teringat, mak aku skrg die sibuk baca surah al-ikhlas utk bekalan dia di sana nanti.
anak die ni yg agak2 degil taknak buat. bukan taknak buat tapi konon bz. tapi ajal tak kira ko sibuk atau tidak, tetap akan menjemput.--> ini tazkirah utk diri aku sendiri.






kalau kamu pandai sila cari perkara yang menarik pada kereta ini.
lokasi: atas jambatan kuala selangor
tarikh: masa nak balik cuti CNY
pemenang akan disponsor makan RFC (Radix Fried Chicken :P)





oh ni "lunner" yakni lunch & dinner kami masa jumaat last week. masa ni kami cabut lari dari JPN melaka sbb nombor aku banyak giler. nombor 1441 sedangkan masa tu nombor baru 1301. tak larat nak tunggu lama2 maka g MYdin jejalan. hahahaha. objektif pd jumaat itu telah dibawa ke hari sabtu. dan pada sabtu objektif telah tercapai (>_<)


oh RFC tu ape? RFC ialah Radix Fried Chicken. dijamin halal keluaran bumiputera. telah melebarkan sayapnye di melaka. kat mydin MITC tu ade. so far rasanya sedap & enak. whipped potato mmg rasa lain tak mcm KFC. carbonated drink nye mmg kurang gas. cubalah!!! nak tahu lebih lanjut tentang RFC, sila klik sini. tak menyesal cuba

20.2.10

LEPAS TENGAH MALAM

lepas tengah malam aku nak culik kamu dari dunia ini
dan simpan kamu dalam bilik aku
oh cintaku peganglah tangan ku ini

HAHAHAHAHAHAH

dah dah sejak bila lak aku jadi translater nih?
well i dah jatuh cinta pula dengan lagu yuna yg ni
lagu after midnite

oh nak tengok video?
g youtube taip je after midnight
sila tengoklah ye



KENAPA SAYA SUKA BELIAU?

oh saya suka sebab dia ada identiti sendiri
tidak meniru orang lain
biarlah org nak kata ape
lagi?

saya suka practice ayat-ayat omputeh klu nyanyi lagu die ni
serius!!!

saya akan melalak dalam bilik kerja saya
i mean kat umahlah

sebenarnya saya suka semua lagu dak YUNA ni
hope dia akan terus success

eh lirik lagu

opsss jangan mare kome google jelah ye :P

19.2.10

BELUM BASI & TAK AKAN BASI

salam dan selamat pagi :D



berblog lagi?

nape lak nak bising2? aku cuti.
jap lagi nak start buat powerpoint utk kursus selasa petang nextweek.

fuh kursus? ketaq lutut jugaklah sbb la ni audiens yg senior senior (tak baik tau panggil org tua). aku panggil senior sbb mereka lebih lama mengajar tapi aku kena bg kursus pd mereka tentang applied science. subjek science yg hanya diajar di sekolah teknik. trylah cari buku rujukan di kedai buku. dijamin tak jumpa :P

kenapa aku yg kena bagi course ni?
sbb bos aku suruh n sebab aku senior kepada senior2 aku tu. mereka mungkin senior mengajar tapi aku merupakan senior di sekolah yg mengajar applied science. subjek ni baru je diperkenalkan tahun 2008. batch pertama ambil exam SPM applied science ialah pada tahun lepas. kirenye ini adalah tahun ketiga aku mengajar.


eh eh lari tajuk lagi. aku nak cerita tentang sambutan hari lahir hubby pada 24november2009.

erk?


24/11/2009?


iyelah. nape? aku tak buleh buat entry ni ke? ini blog aku, aku punye sukalah nak publish bila. hahahahaha korang dah terkena :P

ingin saya maklumkan bahawa gambar adalah ihsan nat-c. blog budak kecik ni, klik sini.
adik tq ye!!! sorilah amik masa yg panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang nak publish story mory nih. oh ye. masa ni adik aku ade di sini. pesent hubby aku bli masa angah n kngah dtg melawat aku. masa tu aku dpt mc panjanggggggggggggg sbb PID.



aku suka gambr yg nat-c tangkap ni. entah masa bila dia candid pun aku tatau. amik guna handset je tuh. syabas nat-c (ntc bermaksud nathirah cumels :P)



itu makanan yg natc order. lasagna n hot coklat. aku masa ni diet jadi tak order mknn. hehehehe



"halloooo"
bz betul befdei boy masa tu. uwekkkk.. befdei boy?
ini kita panggil befdei man. hahahaha




ok dah habis semua makanan :D




ok sesi buka hadiah. hadiah ni kecik je aku buh dlm handbeg
(phm2 jelh handbeg pompuan besar :P) so hubby tak perasan pun.



ok befdei man sedang khusuk membuka hadiahnyer



wahhhh dapat wallet eh? elokle pun sbb wallet hubby sgt uzur syar'iee. takde rupa wallet. dah 4tahun tak bertukar. wallet lama hantaran kawen.




oooooooooo. dah dapat mkn segala baru nak sayang ayang eh?
sama-sama. jgn lupa befdei ayang 5april ni tau.

alamak dah makin pendek kontrak aku kat muka bumi ni. huhhuhuhuhuhu

18.2.10

PENGURUSAN KAD KREDIT

dulu aku ade beberapa keping kad kredit:

1. kad kredit BSN islamic (visa & masterkad)
2. kad kredit Bank Rakyat (visa)
3. kad kredit Cimb (mastercard)
4. kad kredit Maybank (visa)

bila dicampur had limit kesemua cc (kad kredit), ia berjumlah rm30k. dengan had limit terbesar ialah CIMB sebanyak rm12k. uish kalaulah boleh tukar ke wang tunai, aku pergi umrah sekarang juga!!!


nanti jangan terpesong tajuk. aku nak cerita bagaimana untuk menguruskan kad kredit tu.

sebelum terlupa, aku dapat kad kredit tu sebab:

1. kad kredit BSN --> buat personal loan
2.kad kredit Bank rakyat --> jadi penjamin org nak wat loan
3 . kad kredit CIMB --> nak beli penapis air elken
4. kad kredit Maybank --> nak buat ez payment senang

tapi 2 drpd kad kredit tu aku dah terminate aka potong dua aka dimusnahkan sebab BSN & bank rakyat susah nak pantau. BSN takde online, leceh. Bank rakyat--> akaun aku asyik kosong je.

so skrg tinggal 2 kad kredit jelah. dua-dua pun sudah bayar government tax yg rm50 tu. aku bayar guna points yg terkumpul tu. aku redeem.

kenapa aku perlu kad kredit ?

1. nak beli minyak kereta. apa kau fikir minyak masakkah? selalunya aku mls nk withdraw duit dr atm. the best way plug in je kad kredit tu kat pam minyak tuh. heheheheh

2. nak buat ez payment utk bli perabot rumah. ez payment adalah 0% maka aku tak makan interest sbb aku selalu byr on time. aku suka ez payment sbb duit yg sepatutnya aku buleh byr cash tu aku dapat simpan n spend utk benda lain.

3. emergency--> tetiba ko takde duit cash. apa mau buat?


pengurusan kad kredit

ok barulah aku masuk tajuk sebenarnya. cara aku guna kad kredit mudah je:

1. sentiasa bayar kad kredit sebelum due date. MBB aku due date adlh pd 26hb setiap bulan. CIMB pula adalah pd 3hb setiap bln. maka aku akan pastikan ada amaun mencukupi dlm akaun utk buat pembayaran.

2. pastikan berbelanja mengikut jumlah tunai yg ada. jangan berbelanja lebih. ini untuk mengelakkan sakitkepala-fikir-mana-nak-cekau-duit-bayar-hutang-kad kredit.

3. sentiasa fikirkan KESUSAHAN untuk bayar hutang kad kredit . jgn fikir keseronokan utk berbelanja.

4. berbelanja utk yang perlu shj. contoh: kau nak balik kg tapi cash money utk minyak tiada maka bulehlah guna kad kredit utk bli myk. nanti bln depan dpt gaji mesti terus bayar.

5. sentiasa ingatkan diri yg riba tu haram. maka bayarlah on time. jika tidak maka haruslah kamu bayar bunganya itu.

6. disiplin --> jika anda tiada disiplin baik pakai tunai sahaja. faham?

7. nak lagi senang, TERMINATE je kad kredit tu. kan mudah kamu tak perlu nak uruskan lagi

:P

TITIKBLOG atau MUKABUKU?

aku selalu panggil muka buku. muka buku takpe jangan talam dua muka.
juga aku panggil titikblog. entah, orang lain panggil blogspot.


eh tolong sikit ye, hari ini aku cuti. so tak salah publish entry pepagi buta ni :P


prinsip aku skrg senang je. waktu keje jangan main facebook. kat umah balik main lah puas-puas. kat umah juga jgn bw blk keje sekolah. tapi nampaknya cuti ni tak buleh nak lari dari buat kerja sekolah. so pepagi tadi dah on lappy tapi dah 3 jam aku tak start lagi keje. hahahahaha. asyik main muka buku dengan titikblog aje. LAGHA tau!!! tapi oleh kerana aku kat umah maka aku tidak mencuri tulang. aku cuti. jadi aku buleh buat apa sahaja aku nak seperti:


1) bangun pagi takpayah mandi terus goreng mee
2) makan sarapan depan pc layan dvd
3) lambai abang tak perlu pakai gigi

---> baca sambil lagukan macam nyanyi 'bangun pagi tak gosok gigi, pergi sekolah cikgu benci, balik rumah bunuh diri" ---> korang pernah ke nyanyi lagu ni masa kecil kecil?



pendrive aku kena attack dengan cacing sohanad. memang lahanat. ish ape pepagi sebut tak elok ni. nak tahu lebih lanjut pasal virus cacing sohanad buleh klik sini. aku syak aku dapat kat pc hitam tempat keje aku. tak pasal2 aku kena reformat pendrive aku.


ok dah menaip. aku warm up jejari aku ni. maklum nak wat sijil 108keping. (eleh, mail merge pun nak kecoh ke?)

17.2.10

LOGIKNYE

tolonglah fikir secara logik

jika aku sudah punya baby@anak@ anak-anak

takkan aku letak gambar aku n hubby je?


tolonglah fikir secara logik



tapi mungkin juga orang bertanya kerana ingin dia menjadi bangga?




fikir......




p/s: oklah aku fikir positif. mereka tak tahu. tapi bagaimana pula yg sudah tahu tapi suka nak ambil tahu?


entah... aku tidak tahu


yang maha Tahu... Allah yang satu :D

14.2.10

WINDOW SHOPPING

aku sangat suka window shopping.
sekarang hobi baru window shopping kt blog.
lompat dari satu blg ke blog yang lain.




istilah window shopping juga ke?





ape kata survey?

11.2.10

TAK TERUJA LANGSUNG

tinggal esok aje hari bekerja. jangan banyak songehlah. kami dah 2kali sabtu bekerja. cuti tahun baru cina sudah diganti. tapi aku langsung tak teruja nak cuti. kenapa ye?

aku rasa sebab:


1) ada kerja yg harus aku setelkan masa cuti ini (arghhh keje si TLS tu le!!! pandai nak mengarah je. menyampah aku!!!). masa cuti harus prepare bahan2 utk beri ceramah pd guru2 applied sc. haish bos dah suruh ikut jelah. )

2) husband aku tak cuti mcm aku. sek hubby ade sorg je chinese tapi cikgu tu tak kisah sangat psl cuti ni. so cuti hubby pendek je. akulah terkontang kanting kt umah nanti.


3) akan pulang ke kampung. aku teruja nak jumpa family tapi mungkin agak 'kureng' nak berdepan dengan soalan2 cepu emas dari sanak sedar jauh. dari last week aku dah kumpul jawapan2 yg nak aku berikan pd mereka. kalau perlu aku swing habis je. mungkin aku akan tak berapa nak fikir perasaan mereka kot. janji aku release menjawab. erk macam pentingklan diri sendiri je heh?


4) salah seorg adik hubby akan fly. aku sudah rasa sedih nak berpisah. ceh poyo


5) aku masih tak pandai2 lagi berenang dengan betul. kaki bengkok mcm tulah. tapi tadi g fisioterapi pn terapist tu kata kaki aku masih bengkok lagi. tak boleh nak lurus lagi. hmmmm


6) gian nak bershopping tapi kena fikir gaji bulan depan lambat giler. haish. bilalah duit tanda paper spm ni nak masuk?


---bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan---

9.2.10

INILAH HIDUP KAMI

bangun celik mandi solat subuh gegas ke tempat keje



keje





keje






keje




keje




keje





7 pm- baru konpem dua2 ade kat umah. if not meetinglah, kelas tambahanlah, swimming classlah, jumpa clientlah dan apa2lah.








Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kami. sebab itu belum ada rezeki anak lagi.





kami redha

8.2.10

SAYA SAYANG MEREKA

Saya sayang mereka:

1) my hubby
2) my ayah n ma
3) my mak n abah
4) my siblings n my in laws (in laws ni mcm takde dlm istilah lah... i'm happy to call them as my siblings jugak heh)

dan saya sangat suka doa ini

percayalah... orang yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga... Insyaallah..

(kredit to ayah. picture taken from his blog :D )

KECIK HATI AKU

masa dia banyak kerja aku tolong bantu
tapi masa aku banyak kerja dia hanya membatu

oh oh sungguh kecik hati aku
ya Allah bantulah aku hamba-Mu

7.2.10

MENJELANG TAHUN BARU CINA

aku sangat letih. iye letih yang sangat. ditambah dengan keadaan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhya. batuk yang masih belum reda walaupun sudah hampir 3minggu dan walaupun sudah 2kali kunjungan ke klinik dibuat. sudah 2set antibiotik dihabiskan tapi suara masih belum pulih.


kerja sekolah?


tak perlu cakaplah. semua orang ada kerja tapi kecenderungan org lain utk menghempap kerja pada aku sangat tinggi. mungkin sebab aku ringan tulang dan sanggup membantu. aku harus susun kerja aku supaya segera selesai. setiap hari target kerja harus dicapai. aku sekarang sangat panas baran. pelajar nak buat lawak pun takut. aku ada swing mood. sebab kadang2 aku akan rasa sakit akibat PID ku itu. cuba anda bayangkan sedng anda berjalan tetiba rasa sentap di bahagian belakang paha. ataupun anda sedang mengadap laptop tiba tiba memang rasa berdenyut. dan datang pula makhluk-tak-pikir-pasal-keadaan-kesihatan-aku-dia-cuma-pentingkan-diri-sendiri-bagi tugas-sebab-dia-nak-lepaskan-diri.


terus terang aku cakap, aku memang amat letih dgn rutin di sekolah dan rumah. kadang2 rasa nak berhenti kerja sebab dah tak larat tapi aku bukan org kaya.


oh sudah cukup aku dah melalut. sila jamu mata dengan gambar yg aku amik masa raptai penuh sempena KM nk dtg esok pagi.

maafkanlah nampaklak bayang aku tuh. amik dgn handset je. foto diambil jam 12.35pm hari sabtu (sabtu sekolah ganti). masa ni semua org sudah balik tapi aku stayback kejap sebab nak jumpa bos besar sbb nak minta sign. esok & lusa aku terlibat. sayang betullah sbb nampaknya tak dapat aku masuk kelas mengajar. harap2 esok KM datanglah on time sebab lepas tu aku nak kena handle semua pelajar form5 utk buat akaun emel. iye semua pelajar harus ada emel sebab perkara ini. kursus tu aku tak dapat pergi kerana masalah kesihatan(kecewa saya).



Yeah backdrop itu aku yg buat. font telah ditukar oleh partner ku.



akak ini sangat mahir buat website. dialah yg membangunkan portal smtmt.





sebenarnya aku nak luahkan perasaan tentang cuti tahun baru cina yg bakal menjelang tiba ini. aku tak suka aku tak suka aku tak suka.



biarlah aku & Tuhan je yang tahu aku tak suka ape.



nak tengok gambar aku pi dating dgn hubby tak? kami pi semalam petang di pantai puteri. minum coconut shake. heaven gilark!!!!

saje pergi dataran pantai klebang yg Datuk Najib rasmikan tu. agak2 apa yg aku fokuskan itu?


cantik pemandangan nih. subhanallah



masa untuk minum coconut shake!!!! aku teringin sangat!!!! hubby macaam tau2 je aku tgh stress kerja. terima kasih sayang bucuk!!! :P

2.2.10

BAIK BETUL AKU NI.. MEMANG HATIKU BAIK... HAHAHAHAHA

bulan lepas aku dah demam. tak ingat takpe, tak suruh pun ingat... hahahahaha.. boleh baca entry ini. entry suhu badan 39.2 darjah celcius tuh!

start last week tekak aku makin gatal n batuk makin kuat. sampailah aku kehilangan suara. bagaimana aku nak mengajar kalau begini? macam speaker pecah gitu. 5 minit pertama aku on suara buleh cakap tapi lepas tu tekak sangatlah gatal n suara terus serak2 basah berkahak. euuuuuuuuuwww ape kahak2 ni... opss sori...hehehehe
dan oleh kerana masuk hr ini adalah hari yang ke-4 maka tadi jam 8.50mlm aku rushing ke klinik dgn hubby. aku pergi klinik yg sama. yelah senang dr nak keep track kan?


aku adalah patient yg terakhir memandangkan klinik close at 9pm. masa kami tunggu dr, pembantunya dah off aircond dan turunkan penutup pintu separuh. dan bila dr panggil, aku masuk dengan senyuman. dr terkejut tengok aku datang lagi. so dr amik bacaan suhu. amik ko!!! aku masih dalam keadaan demam... suhu 38 darjah celcius. dr cek pernafasan n segalalah. maybe kesibukan di tempat kerja menjadikan demam aku tak kebah2. dr bebelllah suruh rest minum air bagai. masalahnya mmg aku minum air bagai sampai asyik nak g toilet je. semua ubat yg dr bagi pun dah habis ku telan. dan masa nak keluar tu dr offer,

"do you want to take rest for tomorrow? i can give u one day MC"


aku berbelah bagi. nak mc tapi nanti banyak kerja tergendala. dahle tengah macam2 benda adhoc ni. dengan data collectionlah, dengan ketua menteri nak datanglah, dengan paperworklah, dengan kelas tambahanlah. dengan semualah. maka aku pun cakap,


'nevermindlah dr. i want to go work tomorrow"



keluar dari bilik dr aku cakap pada hubby. hubby tanya nape tak amik je? mana tahu jadi ape2 kan? manalah tahu tetiba suhu naik ke? so esok takyahlah nak g klinik lagi. entahlah aku ni tak terpikirlak. huhuhuh... bila dah kat umah baru nak menyesal tak amik. maka lahirlah entri ini. tapi walau ape terjadi aku nak gi swimming gak esok. hihihihihihih

1.2.10

MADAH BERHELAH

berapa ramai kawan anda yang sanggup sedih bersama anda?
berapa ramai kawan anda yang sanggup ziarah anda ketika anda sakit?
berapa ramai kawan anda yang sanggup doakan anda dan beri peransang ketika anda stress?
berapa ramai kawan anda yang sanggup ajar anda ketika anda ketinggalan?
berapa ramai?



kenapa?







sebab kawan anda hanya mampu mendengar luahan masalah kita.
sebab kawan anda memang boleh memberi peransang kepada diri kita.





tapi sebenarnya...




sebenarnya walau berapa ramai atau sikit pun, lambat laun semuanya adalah bergantung kepada DIRI KITA SENDIRI.





jadi,



JANGAN SESEKALI MEMBENCI DIRI KITA SENDIRI sebab...

KALAU KAMU DAH BENCI DIRI KAMU BAGAIMANA ORANG LAIN NAK SAYANG DIRI KAMU TU?


ingat,



NASIB MANUSIA MEMANG BERBEZA-BEZA... ITU TAKDIR... JADI JANGAN KECEWA. BANGUN DAN BERDIRILAH MENGATASINYA. JANGAN LUPA SEMUA ADALAH KUASA-NYA :D