Ikut AiTotYati

28.12.09

KENAPA TAK BULEH CHECK IN SITU?

oleh kerana aku punya urusan seri paduka baginda selama 10hari, maka aku nak bagi 4 alasan kenapa kamu tak buleh stay di sebuah hotel yg terletak di jalan raja alang, kl. gi cepat google hotel itu.




hihihihi. dah tau? aku tak btau ye. korang yg carik... hihihihi




ok2 antara alasan kenapa kamu tidak digalakkan duduk di hotel 4 bintang itu:




1. PENYAMBUT TETAMU ITU TIDAK MESRA ALAM.
masa aku memula sampai aku terus g kaunter nak cek in. aku tercegat kat situ tanpa disapa oleh mereka. aku tengok takdelah bz sanagt budak hitam tu!!! so aku pun saylah good evening. i would like to cek in. i'm from ***. lalu budak hitam itu terus amik form dan letak depan muka aku tanpa mengucapkan ape2 atau menerangkan ape2. aku yg terkulat2 kenalah baca form itu dan fikirkan sendiri ape yg harus dibuat. huh tak mesra alam langsung!!!! aku jugaklah yg kena tanya bila masa dinner n katne. n tanya jugak ape makna 1625 itu. biasanya itu kan bermaksud bilik ko di level 16 room no 25. aku tahu tapi kan biasanya org kaunter akan maklumkan pd kite.



2. KETIADAAN AIR.
weh gile apekah takde air? sape pernah duduk hotel 4bintang tapi takde air angkat tangn? sape jugak yg pernah duduk hotel tapi kena mandi dengan cebuk@gayung angkat tanagn? haaa aku sorg je pernah kot9dengan kwn2 kami yg lain itu hari). bayangkan aku balik dr jumpa kwn n tiba2 bila nak mandi air takde. nak menjerit rasanya. air takde selama 4hari. aku terpaksa tumpang mandi tempat kwn. kwn2 aku yg takde kwn terpaksa mandi kt public toilet. tak ke haru tu?




3. SORRY MEM BUT WHAT IS GAYUNG @ CEBUK @ WATER DIPPER?
adakah aku duduk di AS? tak pernah plak aku request gayung kt mana2 hotel dan mereka taktahu makna perkataan itu. serius beb rasa mcm nak tergelak masa receptionist tu kata lagu tu? or maybe sbb die cha ya nun alif maka taktahu apa itu gayung@cebuk. yelah pasal mereka kan dok guna tissue paper shj. kenapa aku nak gayung@cebuk tu? masa air dah ada maka kami semua pakat2 tadah air dlm bath tub. takut krisis air lagi. jadi sbb malas nak bising2 so aku turuun je beli kat mydin. dan sebgi balasan kpd pihak hotel maka rumet aku yg ade emergency kes jam 3pagi telah guna cerek pihak hotel utk dijadikan gayung sbb dia nak flush jamban. wah apekah? hahahahaha





4. MASA KAMU MAKAN TETIBA ADA SQUIRREL PADAHAL ITU TIKUS BERLARI2 BWH MEJA KAMU!!!
haaa sape berani dgn cik Tikus? bayangkan kena angkat kaki masa having lunch. dahle hitam berbulu lebat. yg manager kat bhgn kitchen tu plak asyik cakap "oh it's just a squirrel"
kepala hotak die!!! itu bukan tupailah!!! itu tikus. tikus!!! rat!!! rat!!! faham? aku yg tengah mkn tetiba putus selera. ish sbb tu turun lagi 2kg kot. takut nak makan. hahahahahaha





5. KAMU TELAH PERGI BERJALAN-JALAN DGN SUAMI KAMU DAN KEMUDIAN BALIK KE HOTEL JAM 2.30PAGI NAMUN TAK BOLEH NAIK KE LEVEL 6 NAK PARKING KERETA DENGAN ALASAN PALANG PARKING HANYA DIBUKA JAM 5.30PAGI!!!!
ni lagi satu lagi gile!!!! tak boleh masuk parking hotel yg ada kat level 6 sbb pihak hotel tak mahu turunkan palang kereta tu!!!! bila aku g kaunter receptionist tanya, dia kata itu polisi hotel. jam 12 tengahmalam palang diturnkan. jam 5.30pagi baru buka semula. jadi aku nak parking kat mana? terpaksalah parking kat open parking kat belakang hotel tu!!!! masa tu tawakal kepada Allah ajelah 206 aku tuh. huhuhuhuhuhuh. alhamdulillah mujur takde ape2. takut gak sbb situ jalan chow kit yg ramai PATI lepak2 dgn muka ganaz n ko rasa macam kat indonesia@bangladesh tgh perati muka n mcm nak rampas handbeg gitu.




6. KO KELUAR JE DARI HOTEL TETIBA ADA MAKCIK TUA BAWA BIL HOSPITAL MIBTA SEDEKAH DARI KORANG N KORANG TAKUT MCM NAK KENA PUKAU.
yer... yg ni mujur aku takde ape2 tapi makcik tu ikut kami (aku n rumet) sampai kami keluarkan duit dr wallet. seram beb makcik tu. aku bagi jelah.




jadi... lu pikirlah sendiir nak ke duduk THE REGEN** HOTEL, KUALA LUMPUR?

27.12.09

SMS UNDI HANTAR KE 33333 JIKA JAWAPAN INI BEST

kenduri tempat mengeratkan silaturrahim tapi ada gak amik kesempatan tusuk hati orang lain. kamu kacau aku, aku jamin jiwa kamu akan kacau. hahahahaha-evil




haaa.... dekat dekat sikit, mana tau buleh"jangkit'
aisey, dapat anak bukan penyakit la makcik oiiii. bukan disebabkan virus. mana buleh jangkit-jangkit. tulah dulu sekolah tak fokus masa cikgu sains mengajar. takpun tak sempat habis sekolah dah sibuk nak kahwin.


pegang baby ni. mana tau boleh 'lekat'
uiks, saya bukan pelekat lalat atau nyamuk ye. jadi bayi kamu tidak akan melekat dengan saya. kalau tak dah lama pelajar2 saya melekat dengan saya.


bila nak berisi perut ni. kosong aje. dah banyak kali datang pun tak besar-besar.
perut kosong tu perut patung. kalau perut saya kosong dah lama mati. macam mana nak hadam makanan?


bila lagi nak bertiga? asyik berduaaaa aje. orang lain dah ramai dah.
eh.... kami memang suka berdua. kalau tak macam mana boleh ada lagu "berdua dengan mu... pasti lebih baik...."setakat ni tak pernah pula dengar orang cipta lagu pasal bertiga atau berempat... pernah dengar ke?


cepat-cepatlah beranak. jangan sampai kamu kalah dengan anak pakcik.
oh, ada pertandingan sape-bersalin-cepat ke? takde pulak isi borang hari tu!

15.12.09

OUT STATION

aik jadi cikgu pun ada out station kah?

ada

kat mane?

adalah?

taknak bagi tahu?

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

oooooo

lama ke?

lama

16-26 dec 09

27 dec kenduri cousin belah hubby ku

tak bawa laptop?

tak

anak2 ikan?

dah jual tadi

bil2 umah blm bayar lagi kan?

belum, nantilah dah setel urusan tu aku online je, bayar
nak bawa laptop tapi broadband tadak
duit umah dh serah pada hubby suh dia bayar
doakan turun lagi 5kg

ada apa2 pesanan?

ada

silakan beri pesanan

kwn2 jangan lupa baca akhir tahun awal tahun hari khamis ni.. jangan malas
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
ASSALAMUALAIKUM

13.12.09

DAN KEPUTUSANNYA....

dengan ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang saya dah..


sabar




sabar



sabar





dah dapat pakai baju saiz M!!! saiz 38!!! habis semua blous yg dah lama gile terperuk dlm gobok hitam putih aku tu aku try tadi!!! hubby peliks je napelah aku dok keluar masuk bilik. hihihihihihi.. seronok gilerrrrr dapat pakai baju2 tu... dulu sblm aku start diet mmg dapat lepas kepala jelah. then bila nak sarung penuh sah tak lepas. if lepas pun mesti macam sarung nangka gitu.. so kali ini sarung nangka no more... best best!!!! kena giatkan lagi diet dan senaman yg buleh dibuat!!!


period aku lewat 2 minggu. maybe kesan makan ubat PID kot. biarlah.. dah cek dah UPT -negatif. aku pasrah dan redha. sedih? Allah maha mengetahui segalanya. buat apa nak bersedih selalu. nanti jiwa kosong. sedih kejap sudah. hihihihih. hidup mesti diteruskan.

HIDUP MESTI DITERUSKAN

aku sekarang tengah berusaha mengurangkan berat badan. setakat semalam berat badan telah hilang sebnyk 3kg!!! yey satu usaha yg patut diteruskan lagi!!! aku kena hilangkan lagi 12kg spy dapat berat bdn ideal dgn ketinggian aku 158 cm ni. kenapalah aku macam beria2 nak turunkan berat badan?

1. doktor kata if aku tak kurangkan berat badan tulang aku tak mampu beri sokongan. so kebarangkalian utk kena PID adalah tinggi.

2. asyik nak beli baju baru je sbb memula dulu aku pake saiz S, lepas tu M dan sekarang dah naik ke L. oleh kerana saiz M tak muat aku kena beli baju saiz L yg buleh menyebabkan bajet aku lari. aku nak simpan duit nak g umrah. tapi bilakah buleh ke sana?

3. buleh mengurangkan belanja isi rumah. aku berdiet dengan tidak memakan nasi, coklat, aiskrim, pizza, KFC, McD dan segala jenis makanan yg tinggi kalori serta byk karbohidrat. bila aku dah tak mkn benda2 tu bulehlah aku simpan duit kan? seriusly aku stop mkn nasi mulai
20 november 2009. tapi ada gak aku tak buleh tahan diri termakan sepotong kecil nasi impit masa raya haji hari tuh. mana buleh tahan masakan mak aku. ceh meleleh air liur. pagi aku makan macam biasa. tengahari n mlm ratah lauk aje. tupun dalam kuantiti yg sangat sedikit. kalau aku lapar aku akan mkn buah. jadi peti sejuk aku mmg meriah dgn buah-buahan mcm epal, limau n buah naga.

4. aku nak hidup dlm keadaan sihat. jika boleh tak mahulah kena diabetes, darah tinggi, sakit jantung. aku muda lagi n sampi tua pn nak sihat mcm parents aku - mak abah bfast oat setiap pagi.

5. dr tak sarankan aku buat aktiviti outdoor atau aktivit lasak. dr galakkan aku berenang utk kuatkan otot2 aku. jadi aku kena hilangkan lebih byk lemak spy dapat pakai swimsuit muslimah menjelang 28dec09.
(16-27dec09 aku takde kt melak sbb ada URUSAN SERI PADUKA BAGINDA)

walaupun aku diet, aku tetap masak sup ayam n wat sambal kicap beserta rebus telur masin utk hubby aku utk lunch dia hr ini. oh dia baru je selesai mkn. aku? menaip entry inilah utk elak tergoda dgn keenakan haruman sup ayam aku...hihihih :B

11.12.09

MYSPY: movie review


last wednesday me and my hubby went to mbo melaka mall to watch myspy. errrrrrr sbb sains & math akan diajar semula dlm BM maka saya nak taip bm je buleh? because...

"i sound stupid if i speaks english"

itu one of the dialog yg dititipkan oleh tan sri (lakonan mamat khalid) . serius mmg tan sri tu sebut speaks bukan speak. hahahahahaha. agak2 perli siapakah?

memang kelakar gilelah cerita myspy ni. masa awal2 movie ni keluar,

"lakonlayar oleh Afdlin Shauki'

oh yeke? aku taktau pun sebenarnya. so sbb ia garapan afdlin shauki maka aku lebih teruja utk tengok!!! dari start cerita sampai habis pun aku asyik gelak aje. orang tua kata tak kering gusilah!!!! tapi movie ni rated PG13. pada aku baik 18SX je. sebab ape?

sebab banyak betul dialog lucah yg tersirat. hahahaha. banyak gak perli2 org. perli2 org politik pun ada kot. hahahahaha. sebenarnya semua terpulang pd penonton nak terima mcm mana. kdg2 pd aku benda tu biasa je tapi penonton2 lain gelak mm nak terburai perut. contoh scene aku gelak biasa tapi org lain gelak nak pecah perut:

1. masa HSBC (Harun Salim BaChik daaa) guna timun sbg pistol diacukan pd belakang si cantik jelita.

2. masa HSBC dok capai2 buah pisang dan nak bagi pada AC mizal.

dan banyak lagilah!!!

jadi silalah ke pawagam berdekatan ye utk menonton.

kalau anda nak baca review oleh amyikram boleh klik sini. review oleh my hubby klik sini ye.

p/s: masa start masuk panggung aku sakit kepala. aku sedar sakit kepala aku hilang bila dah habis movie. dasat gak penangannye nih. bak kata celcom, berbaloi-baloi! kelakar gile adlin aman ramli jadi sup adnan.. eh bukan sup tapi superitendan adnan. hehehehe (ac kata sup tu superman kah?)

9.12.09

091209

hari ini hari rabu tarikh 9 disember 2009 disingkatkan menjadi 091209.
apakah perkara yang aku miss hari ini?



fikir





fikir





fikir





jadi sebelum aku nak solat zohor tadi aku buka wallet nk tgk appoinment kad fisioterapi. aku yakin hari ini fisio aku jam 2pm mcm biasa.

jeng jeng jeng


aku teliti kad temujanji....

9.00am 091209



alamak!!!! alamak!!! aku sudah miss app hari ini!!! aku segera menelefon unit fisioterapi. dan fisioterapist aku yg angkt telefon!!! aku minta maaf byk2. dan dia bagi tarikh baru yg lama gile lagi... 281209 jam 2pm. haish..... jauh tu. next week jadual sudah penuh. tapi logiklah sbb 16-27 dec aku akan meninggalkan bumi melaka lagi. menuju ke alam abadi... ceh poyo. bukan aku akan dikuarantin lagi. time2 mcm ni yg rasa na beli broadband celcom yg tgh promosi utk kakitangan kerajaan tu. even tak g spital aku tetap membuat fisioterapi sendiri di rumah menggunakan peralatan yg ada. if nak wat short wave ke tu takdak. kena g spital.

oklah aku nak keluar. hubby nak belanja tgk myspy (bukan bersepai ye). walaupun aku keluar aku tetap mengamalkan langkah2 keselamatan. ingat, badan kita ada kuasa utk sembuh!!! mind healing power!!! buang jauh2 trauma aku tu!!! syoh syoh!!!

TRAUMA

sebab dah 3 kali admitted masuk spital krn PID maka aku dah macam trauma ape ke trauma tak boleh kata MACAM!!! aku mmg trauma. sila kaunseling aku!!

aku trauma:

1. nak masuk dalam kereta.
2. nak pandu kereta
3. nak baring atas katil
4. nak berjalan laju-laju
5. duduk lama2 atas kerusi
6. nak mengadap pc
7. nak menonton tv
8. nak buat kerja rumah
9. nak bangun dari katil lepas bangun tidur

pendek kata aku macam trauma nak lakukan aktiviti harian. tapi aku kena atasi juga. mana buleh tak buat apa2. setiap kali duduk berjalan angkat barang semu pun aku lakukan ikut postur yg betul. aku masih solat dalam keadaan duduk tapi aku nak try solat macm biasa. sbb sekarang aku macam dah buleh bongkokkan badan aku lebih (if solat duduk masa sujud kepala harus lebih rendah daripada rukuk). ni minggu depan aku nak menanda kertas ni lagu mana ni? aku dah fikir aku nak beli bakul pergi ke pasar yg ada roda tu mana tahu aku kena angkat kertas2 soalan yg bertimbun2 tu. haish (tak baik mengeluh)

tapi sekarang aku lebih menghargai diri sendiri. sekarang harus kena lebih fikirkan diri daripada fikirkan orang lain. priority utk diri sendiri, faham?

JIWA KOSONG